Nuffnang Ads

Pages

Sunday, February 2, 2014

Projek Jalan Intra Kampung-Kampung Ulu Tembeling



Jalan perlu ditar, jambatan mesti siap, parit, longkang dsb.

Sudah lama WZWH tidak menulis posting tentang kemajuan kampung terutama di DUN Tahan Jerantut. Cuti CNY ini WZWH berkesempatan balik bercuti ke Jerantut.

Minggu lepas lima kementerian terlibat di dalam menilai projek-projek jalan intra kampung iaitu jalan-jalan dalam kampung termasuk pembinaan beberapa jambatan di Ulu Tembeling.

Di Ulu Tembeling terdapat lima kampung besar iaitu Kg Pagi, Kg Kuala Sat, Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling.

Selama ini projek yang telah berlansung ialah Projek jalan raya fasa 1 dari Kuala Tahan ke Kg Pagi sepanjang 22km dengan kos RM121 juta sila klik sini.

DS Najib telah meluluskan peruntukan RM280 juta bagi Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling sejauh 41 km melalui Kg Kuala Sat dan Kg Bantal.

Fasa 1 dan fasa 2 merujuk jalan besar maka projek-projek jalan intra (dalam kampung) perlu juga dibuat bagi kemudahan penduduk pedalaman Ulu Tembeling termasuk beberapa jambatan.

Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dan 2 ini melalui Kg Tuit Kuala Tahan-Kg Pagi-Kg Kuala Sat-Kg Mat Daling.

Berikut hasil penilaian Kementerian-Kementerian yang terlibat mengenai projek-projek jalan intra kampung-kampung tersebut.

  • Kg Mat Daling :  RM22 juta
  • Kg Kuala Sat    :  RM16 juta
  • Kg Pagi            :  RM9 juta

Kesemua kos projek tersebut ialah RM47 juta.

WZWH berharap projek-projek jalan intra kampung itu segera diluluskan. Diharap pembinaan infrastruktur asas ini boleh memberi kemudahan dan kesenangan serta menambah ekonomi penduduk Ulu Tembeling.

Cukuplah penduduk Ulu Tembeling ini yang sekarang ini mengunakan jalan slek yang diperbuat dari simen untuk menghubungi dalam kampung dan menyeberangi sungai-sungai kecil.

Tahniah kepada ADUN Tahan yang bekerja kuat untuk membawa peruntukan tambahan kepada peruntukan yang sedia ada.

Cuma penduduk Ulu Tembeling berharap projek jalan Ulu Tembeling ini lebih cepat siap kerana tidak sabar anak cucu di perantauan mahu menjalarkan kereta dan kenderaan mereka di halaman rumah ibu bapa dan nenda.

Bagi penduduk lain di Jerantut ini lagu yang dituju kepada wakil rakyat-wakil rakyat di kawasan masing-masing...

11 comments:

Anonymous said...

Pojek ikan yg keluar telo makan atas biskut tu dah mula ke? Masa kat PRU 13 kamu ada goreng pasal pojet nie. Bukan apa aku ada kaki yg leh supply ikan tu...saje nak tanya

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 10:58,
Bukan goreng. Kerajaan telah umumkan Projek pembiakan ikan ‘sturgeon’ bagi penghasilan telur ikan atau ‘caviar’ untuk pengeksportan, dengan pelaburan RNM120 juta oleh Felda Global Ventures (FGV).

Pejabat Tanah Jerantut telah memperuntukkan tanah seluas 50 ekar di Kuala Tahan. Pembiakan ikan Sturgeon menggunakan enclosed system dalam tangki-tangki tertutup.

Kalau Anon berminat pergi jumpa FGV untuk supply ikan itu.

Anonymous said...

Bila koi ingat pasal jalan raya ulu tembeling ni koi teringat ucapan bekas menteri beso pahang dulu.Dia kata buat apalah buat jalan ke ulu tembeling sebobnya mana org ulu tembeling mampu nok beli kereka.Kesiannya pemikiran bekas menteri beso tu yek.bengap sangat dia.

Anonymous said...

Sebab orang ulu tembeling bodohla dapat mb bodoh juga

Anonymous said...

koi dengar mb dah lulus lesen akapal terbang. donia akhir zaman doh tu. rogi amet rasonya yb kio tu nye melawat kawasan dun tahan doh pakai hekipelatkotor. mojor2 dio boleh pandu helikepalatkotor tu pulok.

Anonymous said...

projek jalan ulu tembeling dah bepuloh tahun dulu sepatutnya siap.disebabkan YB2 nya bodo ditarik ke tanjung lumpor..

Anonymous said...

jalan ke kole tahan tu bertar disebabkan YB malik yang kuat kalau harapkan YB yang lain berpuluh tahun baru siap tarnya

Anonymous said...

WZWH jalan jerantut-benta dengan jerantut-maran bila nak siap.Projek terbengkalai tu pun disebabkan projek kroni puak UMNO juga tu yg tiada tindakan sampai sekarang.Tanah runtuh dekat Sg. Tekam bila nak baiki bukan apa merbahayakan penduduk sg. tekam bila jadi laluan utama keluar masuk kenderaan awam.

Anonymous said...

Jalan tu dah tiada balak mana nak buat cepat.Jalan ke ulu tembeling banyak balak tu yang cpt nak menghabiskan balak.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sebab itu PAS Jerantut kena kuat dan proaktif baru kerajaan ambil berat pembangunan Jerantut.

Anonymous said...

org jerantut kelabu mata bila dompok tabur duit.mana nampak PAS dan PR sebab duit tak banyak mcm UMNO.selepas pilihanraya nah kau tengok semua naik padan muka termasuk aku kena tempiasnya.