Friday, February 28, 2014

Kempen Mari Kita Selamatkan Harimau Semenanjung Malaysia


Kini tinggal hanya kurang dari 500 ekor harimau Malaya...dulu kita ada berpuluh ribu ekor. Selamatkan Harimau Malaya.


Permintaan yang tinggi kulit harimau dan organ dalaman harimau dari orang kaya boleh buat spesis harimau Malaya boleh pupus.

Ketika umur WZWH bawah 7 tahun pada awal tahun 1970an, WZWH masih ingat lagi di kampung Bantal, Ulu Tembeling ramai orang kampung berkerumun di bawah pokok dekat padang pada waktu petang. WZWH telah menyaksikan banyak harimau telah ditembak oleh orang kampung.

Sewaktu WZWH bercuti masa belajar di UK pada awal 1990an, WZWH telah melawat Dunrobin Castle yang berusia 700 tahun di Scotland. WZWH masih ingat sewaktu menaiki tangga dalam Castle, WZWH lihat ada berpuluh-puluh kepala harimau dengan kulitnya diletakkan di tepi tangga hingga tingkat seterusnya. WZWH rasa tentu Earls and Dukes of Sutherland pemilik Dunrobin Castle membelinya dari India dan Malaya.

Harimau di seluruh dunia semakin pupus. Daripada 100,000 ekor pada awal abad sekarang cuma tinggal 3,200 ekor sahaja sebab pemburuan haram dan penebangan hutan. Jika tidak ada usaha bersama dunia kempen selamatkan harimau maka lagi 12 tahun harimau akan pupus.

Satu persidangan kemuncak empat hari "tiger summit" oleh 13 negara diadakan di St.Petersburg, Rusia bermula pada 22 November 2010, merancang mengelakkan kepupusan harimau. Usaha yang baik dan mulia ini diketuai oleh PM Rusia, Vladimir Putin.

Pakar harimau berkata jika tiada tindakan drastik di ambil , harimau akan cepat pupus. 13 negara yang menghadiri persidangan diharap komited mengandakan populasi harimau menjelang 2022.

Justru itu 13 negara ini dan kumpulan konservasionis telah diberi dana USD$330 juta dari Bank Dunia yang mengepalai inisiatif harimau global. 13 negara itu termasuk Bangladesh, Bhutan, Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam.



Dan bagi Malaysia pula kawasan yang diberi perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu terutamanya DUN Tahan. WZWH percaya agensi-agensi kerajaan Malaysia terlibat dengan penyaluran dana tersebut.

WZWH mahu ahli politik UMNO terutama di Jerantut dan kampung-kampung serta orang Asli perlu berperanan menyelamatkan harimau di tempat kita dari pupus. WZWH ada dengar dari orang kampung tentang kemasukan pemburu haram dari Thailand datang ke hutan kita memburu harimau, gajah dan hasil hutan lain.

WZWH harap pasukan keselamatan seperti askar dan polis serta orang kampung perlu bekerjasama membenteras pemburuan haram hidupan liar kita.

Pemburuan haram telah meningkat kerana permintaan tinggi pasaran haram bagi harimau terutama di Asia seperti di China dan Vietnam serta di seluruh dunia.


Persepsi orang Cina, harimau baik untuk nilai perubatan-produk, tulang, kulit, daging, hati, limpa, jantung, perut dll, juga persepsi status kerana memakan harimau.

WZWH mencadangkan kepada setiap 13 kerajaan negara 'harimau' ini perlu mengambil tindakan yang lebih tegas lagi untuk mencegah dan menghukum pemburu haram selain dari melindungi dan mengembangkan habitat-habitat harimau yang sedia ada.

Di Malaysia hanya Semenanjung sahaja yang ada harimau, Sabah dan Sarawak sudah lama pupus harimau. Bilangan harimau di Semenanjung tidak sampai 500 ekor sekarang. Dulu kita ada beribu ekor.

2 plan untuk menyelamatkan harimau daripada pupus;

  • Plan TX2 (Tiger Times Two) oleh WWF sasaran untuk mengandakan populasi harimau Malaysia menjelang 2020. Telah diusahakan oleh Malaysia sejak 4 tahun dulu.
  • Plan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia 2008-2020. Disokong kuat oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Malaysia.

Antara objektif plan ialah melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang harimau dan pemakanannya serta menggunakan sains untuk memantau kecekapan aktiviti konservasi.

2 comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024