Friday, February 21, 2014

Dinosaur Politik Pahang Satu Intrepetasi Rakyat



Pahang sama saiz dengan Belanda tapi kenapa tidak semaju Belanda?

Tidak mengapa kenapa tidak semaju Singapore?

Kenapa tertinggal dari Selangor, Penang, Perak dan Johor?

Rakyat Pahang terutama orang muda banyak migrate ke negeri dan negara.

Yang tinggal 1.5  juta itu pun ramai datang dari luar; dari Kelantan, dari Terengganu, dari keturunan peneroka, dari Perak.

Rakyat Pahang akan memberi jawapan itu semua lambat maju kerana pengurusan baik negeri dan GLC.

Pengurusan kerajaan dan GLC cukup mudah. Duit seringgit masuk, duit seringgit keluar.

Kalau untung seringgit itu sudah cukup bagus bagi GLC.

Jangan rugi dan banyak rugi serta banyak hutang itu masalah.

Kenapa Pahang lambat maju?

Dinosaur politik Pahang satu intrepetasi rakyat.

Kepimpinan dinosaur politik Pahang perlu berubah gaya pengurusan.

Kepimpinan dinosaur politik Pahang tidak berupaya melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis.

Yang tinggal di Pahang hanya pemimpin-pemimpin mediocre.

Pemimpin-pemimpin Pahang yang malu...

Malu menbangunkan negeri Pahang dari ADUN biasa hingga PM.

Malu menbangunkan negeri Pahang takut dikata orang.

Dinosaur politik Pahang sampai bila mampu bertahan memerintah?

Adakah bila dinosaur politik Pahang pupus baru negeri Pahang berubah?

Dinosaur politik Pahang satu intrepetasi rakyat.

3 comments:

Anonymous said...

Salam.

Pahang negeri terbesar di Semenanjung.Nak dimajukan memanglah tak terlarat.Besar ya amat.Penduduk 1.5 juta untuk kawasan yang luas.Hasil bumi Pahang Barat (Jerantut/Lipis/Cameron/Raub/Bentong)seperti bijih besi,emas,balak dan berbagai macam di sinilah dikutipnya sini tapi yang dimajukannya Pahang Timur.Dari hujung Cameron nun di atas sampai ke Endau nun di bawah,yang dapat nikmatnya Kuantan dan Pekan.Tak salah lansung tapi tak balance.Najib Orang Kaya Indera Shahbandar,jadi padanlah kawasan jajahan beliau perlu dimajukan dulu agaknya.Ulu Pahang hasil buminya dikorek, ditarah,ditebang macam biasa berabad lama buat-buat tak tahu pun tak apa.Segala keladak,sisa-sisa kotoran masuk Sungai Jelai dan Sungai Tembeling lalu membentuk Sungai Pahang,lesu kotor koko airnya lalu mengalirlah ke hilir.Sepanjang tebing kiri dan kanan rakyat jelata dapat tempiasnya.Nak tau apa masalah pemimpin di Pahang peratikan dan tenung sajelah Sungai Pahang tu lama-lama dan dari situlah segala punca masalah boleh difikirkan.

Darul Makmur.

Anonymous said...

Rakyat nak Pahang maju tapi entah kenapa pemimpin macam buat tak endah jer.. malu sangat negeri PM macam ni.. 2 org PM dlm sejarah Malaysia dari Pahang, tapi tgk negeri, alahai... semuapun fokus ke Kuantan dan Pekan saja.. yang lain sangat dianaktirikan.. tak mustahil golongan muda yang akan layak mengundi pada PRU akan datang tidak memilih BN, dah negeri tak maju dan tak sediakan banyak peluang pekerjaan, dan pada masa tu, jangan menyesal... Temerloh dan Jerantut sangat berpotensi untuk dimajukan dan diikuti oleh daerah2 lain..

Anonymous said...

adnan yaakob dah masuk kategori dinasour , elok le ganti orang baru ..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024