Friday, February 21, 2014

WZWH Menjawab Pemikiran Dr Kassim Ahmad Dengan Mudah Pro And Con



Seminar Pemikiran Dr Kassim Ahmad dari 15-16 Feb di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir mengundang kontroversi dikalangan ulama Malaysia dan NGO Islam ISMA.

Antara isu-isu yang panas "penghinaan" terhadap nabi Muhammad, sistem kasta paderi @ ulama mengangkat dan memuja imam-imam, rambut wanita bukan aurat bahkan pakai tudung udara tidak bersih buat rambut tidak sihat! selain isu lama kajian semula hadis.

Isu-isu itu telah dijawab oleh ulama dan NGO Islam walaupun tidak sepenuhnya.

Bahkan DS Najib sebagai PM dan Presiden UMNO telah pun menjawab bahawa UMNO tetap mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari penyelewengan.

Apa yang WZWH tahu tradisi-tradisi yang dilalui oleh ulama-ulama Islam terutama empat imam besar itu dan para ulama pengkaji hadis semua melalui disiplin ilmu yang cukup tinggi. Baik dari segi ilmu dan ibadah mereka.

WZWH pun faham pemikir macam Mahathir dan Kassim Ahmad mengaku bahawa Islam adalah agama yang suci, benar dan lurus cuma mereka berdua tidak boleh menerima kenapa orang-orang Islam dan negara-negara Islam lebih mundur dari negara Barat dan Timur.

Sepatutnya orang-orang Islam lebih ke depan, lebih maju. Lantas Kassim Ahmad mencari jalan kenapa ini berlaku. Maka Kassim Ahmad menyalahkan kasta paderi dalam Islam yang menjurus kepada ulama diktaktor.

Lalu sistem-sistem politik yang diikuti oleh manusia seperti Marxis-Komunis, Teokrasi dan Liberalisme pun tidak boleh dan gagal mengangkat martabat Islam.

WZWH lebih berminat menjawab Pemikiran Kassim Ahmad bila beliau menyatakan...

Keenam, nyatalah sistem hidup yang dianjurkan oleh Quran itu bersifat republican dan demokratik. Ini nyata daripada asal-usul Nabi Muhammad dan empat khalifah ar-rasyidun (Abu Bakr, Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Talib). Apabila Muawiyah merampas kerajaan Islam dari tangan kaum republikan dan demokratik ini, bermulalah zaman feudalisme dalam sejarah Islam awal membawa kepada abad ke 20. Umat Islam perlu kembali kepada zaman republikan dan demokratik yang telah kita sebutkan. Hanya dengan demikian, Islam yang sebenar akan kembali semula ke dalam dunia serta memimpin umat Islam dan seluruh dunia kepada alam kejayaan dan kebahagiaan, seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada umat Islam.

WZWH akan menjawab dengan mudah dan simple...

Samada soal term republikan atau demokratik di zaman Nabi Muhammad dan khalifah ar-rasyidun itu yang penting konsep itu dipanggil mussyawarah.

Bila tiga khalifah ar-rasyidun Omar Ibni Khattab, Uthman Ibni Affan dan Ali Abi Talib telah mati dibunuh assassin apa yang ahli politik kena buat?

Ahli politik yang ada will power perlu ke depan seperti Muawiyah menstabilkan umat. Beliau pun dari clan Ummayad cabang Bani Quraish.

Muawiyah membentuk Empayar Dinasti Ummayah. Kemudian lahir Empayar Dinasti Abbasiyah inilah zaman era Islam menjadi superpower dunia dan kedepan dari segi kemajuan.

Adakah feudalisme membantutkan kemajuan Islam? Kemudian lahir pula Empayar Dinasti Osmaniyah merupakan fasa khalifah Islam terakhir. Banyak faktor-faktor masalah kemanusian itu sendiri yang menyebabkan kejatuhan Empayar Islam.

Di Kepulauan Melayu pula feudalisme lebih cepat menyebar dan mengembangkan Islam dibantu oleh para ulamak, pendakwah, pedagang serta intelektual Islam.

Bila Raja-Raja Melayu memeluk Islam semua rakyat jelata mengikut raja masing-masing masuk Islam. Golongan ulama dan intelektual Islam membantu Raja-Raja Melayu ini.

Tidak dinafikan kedatangan kuasa baru dari Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol telah melemahkan kerajaan Islam di Kepulauan Melayu.

Siapa pula yang akan mengembalikan kegemilangan Islam di rantau ini sekarang?

2 comments:

Anonymous said...

Tolak hadis bererti menolak Al Quran juga, kerana sekian bnyk ayat ayat yg memerintahkan kita mengikuti Nabi saw. Bgmn nak mengikuti Nabi jika menolak hadis, sudahnya buat tafsiran sehendak sendiri hingga sebenarnya bukanlah Al Quran yg diimani tp semata mata mengikuti nafsu sendiri dek merasa tingginya ilmu dan bijaknya pemikiran sendiri.

Admin PahangKu said...

Salam,
mohon link-kan portal PahangKu Media diblog tuan... http://pahangku.com

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024