Saturday, February 1, 2014

Anwar: Dari Kajang Ke Putrajaya Melalu Jalan Yang Gelap Dan Sumbang?

Photo
















Rasional Strategi PKR mengikut pandangan Rafizi Ramli...

“Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak. Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat. Ia demokratik dan ia juga sadistik.

“Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

“Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

“Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan UMNO,’ 

“Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini dan ia bukan perkara yang mudah.

“Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda, apa lagi yang anda boleh lakukan?” 

“Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama UMNO,”

Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman UMNO yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

Kepada Rafizi cukuplah berlakon apatah lagi mengaitkan strategi PRK Kajang bertujuan mengekang politik perkauman yang kononnya mainan UMNO.

Adakah beliau tidak sedar Lee yang meletak jawatan selain meminta maaf mengakui tindakannya itu adalah demi kepentingan PKR atau Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau langsung tidak mengaitkan peletakan jawatannya dengan UMNO.

Mungkin Rafizi dan PKR sudah silap strategi dan cuba berlagak baik demi menutup kerakusan pemimpin-pemimpin parti itu dalam memburu kuasa.

Rafizi, Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali – watak watak besar dalam strategi PRK Kajang masing-masing mengakui bahawa Kajang adalah laluan ke Putrajaya buat PKR dan pakatan rakyat.

Malangnya, UMNO dan BN juga dijadikan kambing hitam.

PKR harus bersedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN demi memberi laluan kepada Anwar dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya.

9 comments:

Anonymous said...

janji bukan pr

Anonymous said...

Dah memang pr pun pegang selangor,nak cakap benda,bn memang xkn dapat dah pegang selangor smpai bila2,tula sebab umno takut sangat anwar menang di kajang,cuma rakyat pahang je lagi bodoh nak bergantung dengan umno bn ni,tak berani ubah kerajaan baru,kita tengok sepenggal pr memerintah,kalau teruk kita tukar balik,ni tidak pemimpin umno semua kurang cerdik dalam urus tadbir negara,tula sebab sejak ds najib jd pm hutang negara mencecah 600bilion,semakin hari semakin teruk malaysia,matawang jatuh setiap masa,bebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan

Anonymous said...

setakat selangor apa class bro..itupun haru biru duk berebut kuasa,berpolitik biarlah utk rakyat bukan utk individu ygcai duk sokong tu.pasal hutang tu tak payah cerita la amerika pun berhutang jangan bangap sangat la cai,setahu aku di negeri pr kecoh je lebih apa pun tarak,rakyat tak bodoh sbb tu yg cerdik habis dah lari yg tinggal cuma yg jumud lagi low class je.

Anonymous said...

tolak penyanggak mamak kutty termasuklah azmin ali penipu terbesar !!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

orang selangor tahu kebaikan 2 penggal PR pegang dan banyak keburukan BN pegang selama ini..

usin malaun said...

selangor yang tak class tu yang org BN dgn UMNO duk kejar masa PRU13 dan keluarlah sayangi selangor.org selangor sayang tu yang dah tak beri ke BN dah sebab banyak keburukan dari kebaikan selama ini masa dema perintah.org pahang aje yang tak nampak2 lg hanya org kuantan dgn temerloh aje yang nampak.

Anonymous said...

Bn dan pr sama je. Barua.

Anonymous said...

sama la mcm putrajaya dulu kata kerajaan bn membazir duit rakyat tapi sekarang pr meroyan tahap gila nak ke putrajaya tak gytu usin oii...

usin malaun said...

bkn nak sangat ke putrajaya tp nak mengambil alih kuasa BN yang senang lenang mengenakan rakyat.rakyat dah tak larat makan kangkung sebab kos sara hidup tinggi serta mebebankan rakyat.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024