Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, February 12, 2014

Isu PBS : Kemarahan 500,000 Guru Boleh Gegar Politik Negara?



Sebelum ini WZWH tidak pernah lansung mahu mengulas isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melibatkan SRK dan SMK kerana menjaga Protocol General Order sebagai penjawat awam.

Tapi...kalau isu ini boleh buat majoriti guru memendam rasa dan akhirnya menolak kerajaan BN dan membuatkan UMNO tidak boleh memerintah Putrajaya....maka WZWH terpaksa bersuara!

Dengan bilangan guru yang berjumlah hampir setengah juta orang di Malaysia (419,940 guru), kemarahan guru boleh menggegarkan politik Malaysia.

Walaupun guru bukan lagi tunggak politik UMNO sebagaimana sebelum ini namun kemarahan mereka boleh menggoncang politik negara.

Jadi sebelum apa-apa berlaku, sebelum guru ini bergabung dengan majoriti rakyat yang marah dengan kenaikan kos hidup, lebih baik kerajaan berbuat sesuatu.

Masalah PBS sila klik sini.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau tak suka jadi guru.. Berhenti.
Kalau jadual kerja padat.. Ponteng.
Kalau gaji tak bayar... Mogok.

Jefry Zain said...

hahahahahah......

Anonymous said...

Weh Che Wan..

Mana tak cikgu mengamuk..sistem komputer hampureah...slow macam siput babi. Lepas tu dema suruh guru masukkan markah murid dalam komputer..kalo tak masukkan, nama naik kat PPD warna Merah, jap lagi nama dapat kat guru Beso, Tak ke tension cikgu tu...

Aok tengok Root Cause dia, bukan system PBS, Bukan Cik gu, tapi kalo dah 4 tahun baru nak tukar System komputer memanglah system tu gagal...Bodh melantun betul..tak gitu gamoknye..

PBS tu bagus tapi kalo kerajaan tak sedia, macamana nak jadi bagus...ha ha ha.

Anonymous said...

Kesian cikgu. Kerja teruk, tak siap kerja kat sekolah, bawak balik rumah. Kena ikut cakap pengetua, kena ikut perintah pejabat pendidikan, kena ikut arahan JKKK, kena ikut kehendak Ketua Bahagian pastu sistem komputer pula gagal. Camna lah cikgu boleh hasilkan anak anak murid yg berkualiti apabila cikgu tension 24 jam. Tak perlu tukar sistem komputer tapi tukar sistem keseluruhannya. Nanti cikgu cikgu akan rasa tenang tanpa tekanan. Boleh ajar anak murid dlm suasana aman.

Anonymous said...

Bila yg pemikir dan penggubal dasar meninggalkan sasaran utama guru..Sepatutnya kementerian telah membuat kajian dan test run di sekolah luar Bandar..contoh Bekok...tgk line internet pun bukan satu Malaysia ni boleh Unifi...lainlah cikgu di Putrajaya. Kemudahan internet kelas pertama. PPD dan Pengetua Daerah yg ceruk patut bersuara lah..takat nak tunggu giliran naik pangkat tapi tak menyumbang...susah lah kerajaan.

Anonymous said...

Haa?? apa?? pengetua nak bersuara?? guru besor nak bersuara?? PPD nak BERSUARA????? JPN nak bersuara????? duduk tempat tu pun atas lantikan org...cucuk hidung ja laaahhh...