Wednesday, February 26, 2014

Kisah Benar: Hala Nama Seekor Harimau Yang Boleh Terbang Di Ulu Tembeling!



WZWH percaya ramai pembaca blog WZWH akan berkata posting ini tidak betul mana ada harimau boleh terbang. Memang tidak logik tapi itulah kenyataannya...

Hala nama seekor harimau yang boleh terbang di Ulu Tembeling.

Orang agama atau sufi kata burung borak itu diguna oleh Nabi semasa Israk dan Mikraj. Pada pemahaman kita ianya tentu sejenis kenderaan samada binatang atau pun mesin dengan kuasa Allah.

Tapi ini bukan cerita setinggi makam yang begitu cuma satu cerita yang beberapa penduduk Ulu Tembeling pernah diberi peluang menaiki harimau yang boleh terbang ini dari satu kampung ke satu kampung!

Tapi ada syaratnya anda perlu menutup mata semasa menunggang harimau ini jika tidak katakan kalau anda mahu pergi dari Kg Bantal ke Kg Mat Daling. Kalau tidak ikut arahan dengan sengaja anda membuka mata secara tiba-tiba anda akan terdampar ditepi pasir tebing sungai di Kg Peling sebagai contoh.

Maka kalau penduduk mahu cepat sampai dan tidak terkandas terpaksa berjalan kaki pergi ke kampung yang mahu dituju maka ikutlah syaratnya pejam mata dan orang kampung akan sampai ke destinasi.

Harimau ini diberi nama Hala. Hanya ada seorang tua yang menjaga harimau ini dan WZWH terpaksa merahsiakan nama dan kampung orang tua tersebut.

Satu hari arwah datuk WZWH mahu orang tua ini memanggil Hala kerana mahu merasa sangat cepat dan selesa menaiki harimau yang boleh terbang ke mana-mana.

Menurut kata orang yang pernah menunggang Hala, harimau ini sungguh besar dan panjang.

Maka orang tua itu pun memanggillah harimau itu. Agak lama masih tidak muncul-muncul lagi. Sampai ke sudah Hala tidak muncul! Barangkali harimau itu takut berdepan dengan arwah datuk.

Bila WZWH ada kesempatan mudik ke Ulu Tembeling dan berjumpa dengan dengan orang tua ini, selalu WZWH memujuk supaya ditunjukkan Hala itu. WZWH mahu terbang bersama harimau ke serata kampung di Ulu Tembeling.

Jawab orang tua itu, " Takda dah wok harimau itu, tak muncul-muncul dah". WZWH cakap barangkali nama Hala itu sudah tidak sesuai kena tukar nama Heli!

Selalu juga WZWH mengecek orang tua itu supaya beri WZWH belajar ilmu harimau boleh terbang. 

"Tak payahlah wok....ong (awak) kalau nak terbang , ong cari banyak duit terbanglah ke seluruh dunia!!!"

Orang tua itu memang tidak mahu beri ilmunya...atau mungkin sudah membuang jauh Hala harimau boleh terbang itu.

8 comments:

Anonymous said...

Hahahaha.. Waris org tua tu adalah wan mizan, dia selalu ke ulu tembeling naik 'Hala'.. Hahahaha lucu la ong ni wan zurik..

atot bayou said...

hugh clifford pernah dengar cerita tentang 'hela' ni.bukan hala. maka cerita ni di bawa balik oleh hugh cliford ke england.

orang putih jadi heran macam mana hela boleh terbang.merka jadi pening!sbb orang melayu sudah boleh terbang!

orang putih rasa terhina kerana tak boleh terbang macam orang melayu!

akhirnya mereka boleh terbang juga naik heli.helikopter tu sebenarnya mengambil sempena nama hela yng hugh cliford ceritakan zaman dahulu! helacliford bertukar menjadi helikopter!

cerita ni cucu hugh cliford yang ceritakan kat aku! he he he!

atot bayou said...

hugh clifford pernah dengar cerita tentang 'hela' ni.bukan hala. maka cerita ni di bawa balik oleh hugh cliford ke england.

orang putih jadi heran macam mana hela boleh terbang.merka jadi pening!sbb orang melayu sudah boleh terbang!

orang putih rasa terhina kerana tak boleh terbang macam orang melayu!

akhirnya mereka boleh terbang juga naik heli.helikopter tu sebenarnya mengambil sempena nama hela yng hugh cliford ceritakan zaman dahulu! helacliford bertukar menjadi helikopter!

cerita ni cucu hugh cliford yang ceritakan kat aku! he he he!

Anonymous said...

Bukannya rimau tapi jin..menyerupai rimau...mmg la boleh terbang dah jadi khadam atuk tu..bila jumpa orang yang alim mana maunya jin tu nak berkhidmat lagi dah...panas...

Saka rimau dulu2 banyak org simpan, dulu pernah ayah ceritakan, ada seorang nenek jiran sebelah rumah turut memelihara saka rimau..

Klu dulu2, petang2, ayah selalu duduk di bendul pintu menghadap rumah jiran ni..lepak2 lepas balik dari kebun...ade sekali pernah terperasan kelibat rimau melintas dari depan menghala ke belakang rumah (kawasan semak)..siap ditegurnya (org tua aku ni kadang2 boleh tahan juge celupar)..Rimau tu siap pandang dgn wajah bengis, tp x berani datang dekat..

Bila tgk betul2 kata ayah, sebelah mata harimau tu agak 'cemei' kata org Perak, maksudnya agak tertutup, mcm cacat...sama mcm mata nenek tu!!...

Bila nenek tu dah meninggal, kelibat rimau tu pun x muncul lagi dah...

Org dulu2 mmg suke berkhadam2 dgn jin ni..pasal senang nak bergerak, bersihkan kebun, jaga kebun dan sebagainya...

Anonymous said...

betul sungguh cakap anon 6.28pm tu.kalau kita baca buku siri bercakap dengan jin karangan tamar jalis kita akan jumpa kisah perempuan naik rimau bila berjalan jauh!

Anonymous said...

biasa la org ulu terutama golongan wan suka bela hantu atau jin.sebab tu golongan wan ni senang diperbodohkan..

Anonymous said...

ini bukan ilmu pelik, zaman dahulu ada orang melayu jadikan harimau sebagai tunggangan untuk sesuatu sebab atau perkara ,

pun bukan semudah itu untuk mencapai tahap sebegini , banyak syarat dan adab, banyak pantang dan amalan kena jaga ,

saya tak rasa pelik dengar dan baca cerita ni , kerana saya tahu dan memang tahu bahawa perkara atau kes sebegini memang ada,
zaman sekarang dah tak ada ilmu2 begini , orang moden tak mampu bawa dan ikut tatacara serta adat dan larangan tegahan ilmu ini ,

harimau dijadikan tunggangan biasanya hanya oleh orang2 yg terpilih , dalam seratus orang hanya ada seorang yg layak dan mampu ,
dan mereka bukan jenis tamberang ego bohong sombong, mereka ini jenis orang merendah diri, sabar, kuat bersedekah, tidak tamak, kuat solat , tahajud tak tinggal , ilmu agamnya pun hebat ..

Anonymous said...

Salam sejahtera...
jaman dulu kehidupan belum jadi mudah mcm hari ni. belum ada peralatan berenjin atawa ilmu ujong jari mcm sekarang di alam Melayu, mungkin saja di pelosok lain dunia seperti eropah sudah mulai muncul berbagai tekno baru yg membantu kerja manusia. org jaman dulu demi melangsungkan kehidupan yg penuh cabaran mereka belajar, atau mewarisi beberapa seni termasuk mengamalkan berbagai ilmu pertahanan diri dgn tujuan kelangsungan hidup.
Benarlah perihal harimau jinak atawa harimau peliharaan itu, jaman dulu datok saya juga ada seekor makhlok sebegitu, harimau peliharaan itu akan menjaga tanah sawah kebun rumah dan keluarga datok saya pada bila bila masa saja diperlukan. harimau itu akan berkawal di bawah rumah jika datok saya keluar bekerja, jika cuaca molek bulan purnama harimau akan datang dan bermain main di laman rumah datok akan beri makan bertih sebelum harimau menjilat tangan datok lalu beredar ke dalam belukar. Semua telah menjadi sejarah dlm keluarga saya di Jeniang Kedah, kini saya di Terengganu

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024