Siti Nurhaliza Show Dari Kg Bantal Ulu Tembeling Hingga Ke Royal Albert Hall London (1996-2005)



Siti Nurhaliza mula menyanyi di Kg. Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang pada 14 Jun 1996 sempena Malam Pelancaran Bekalan Elektrik TNB 12 Jam Kg. Bantal.

Ketika itu Siti Nurhaliza belum famous dan menjadi bintang lagi. WZWH baru sahaja 5 hari lepas berkahwin tapi tetap mudik ke Kg Bantal mahu lihat show Siti Nurhaliza kerana wajah Siti Nurhaliza ada mirip isteri WZWH ekekekeke...

Tapi 10 tahun selepas itu...


Siti Nurhaliza menyanyi lagu Joget Pahang di Royal Albert Hall London dalam Konsert khas beliau pada 3 April 2005 almost 10 tahun selepas show di Kg Bantal Ulu Tembeling!

Satu pencapaian yang luarbiasa extraordinary yang tidak ramai artis seluruh dunia boleh berpeluang merealisasikan konsert di Royal Albert Hall London.

Tahun 2006 Siti Nurhaliza dianugerah Darjah Kebesaran DIMP membawa gelaran Dato'.

Memang Tuanku Sultan Pahang adalah fan no 1  Dato' Siti Nurhaliza. Tuanku Sultan Pahang turut berada di Royal Albert Hall menonton konsert Siti Nurhaliza memberi sokongan moral dan berbangga atas pencapaian penyanyi no 1 negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita "Orang Liar" Pahang

Ahli Parlimen Raub Hina Orang Pekan Berpolitik Macam Orang Asli. Kenapa Tidak Kata Orang Raub Pun Sama?!!!

Badak Pahang Terakhir