Tuesday, November 24, 2015

Projek Hidroelektrik Tekai Dijangka Siap 2020

The site of the new dam. Photo: Olivier Evrard


Projek Hidroelektrik Tekai dijangka siap pada tahun 2020 akan memberi impak yang tinggi kepada ekonomi Jerantut dan Lembah Tembeling.

Pada mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2009, WZWH telah membawa satu usul ekonomi bertajuk "Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. 

Setelah dibahas dan diluluskan maka usul dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2009 sebagai usul Pemuda UMNO Jerantut. Usul pemuda itu telah diterima tanpa bahas.

Usul hidroelektrik dam ini WZWH bawa untuk kebaikan negara dan Jerantut serta khusus kepada pembangunan DUN Tahan. Negara boleh mendapat bekalan elektrik 400MW sebagai sumber diperbaharui atau sumber alternatif dan kesan impak ekonomi kepada Jerantut dan kemajuan dan pembangunan DUN Tahan kerana kos membina empangan hidroelektrik Sungai Tekai ialah RM2.5 bilion.

WZWH pilih Sungai Tekai kerana di ulu sungainya sangat sesuai tebing yang tinggi untuk dibuat hidroelektrik dam. Airnya mengalir laju. Yang penting tiada penempatan manusia tidak seperti Empangan Bakun yang terpaksa memindahkan 10,000 manusia. Jadi sudah boleh jimat kos perpindahan.

5 tahun selepas itu Projek Hidroelektrik Tekai telah diluluskan oleh Kerajaan.

Projek ini akan dimulakan pada 2016-2020. Projek ini memberi impak yang besar kepada ekonomi Jerantut. 3000 pekerja diperlukan.

Mulai 2015 projek membina kuarters pekerja akan dimulakan.

Fakta Ringkas Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai:

  • Oktober 2013- Penilaian EIA dan kajian keselamatan
  • Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama
  • Julai 2016- Kerja-kerja tanah bagi bina empang dan stesen janakuasa
  • Februari 2019- Proses takungan air
  • Jun 2020- Empangan Hidroelektrik Tekai memulakan operasi
  • Keluasan kolam: 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpan Tekai-Tembeling
  • Kos: RM2.5 bilion
  • Kapasiti: 400MW boleh menampung 10% keperluan elektrik Semenanjung
  • Kontraktor: Syarikat usahasama TNB dan swasta

TNB telah diberi kelulusan mendapatkan 80 ekar tanah untuk membina kuarters dan jalan utama ke Projek Hidroelektrik Tekai, Tembeling Tengah.

Selain dari dari kuarters, rumah kedai, pejabat, masjid dan pelbagai kemudahan asas dibina. Ini memberi kesan kepada limpahan ekonomi tempatan.

3000 pekerja diperlukan bagi membina Projek Hidroelektrik Tekai termasuk juru elektrik, juru kimpal, teknisyen, operator, penyelenggara, buruh mahir, buruh pembinaan, jurutera, pengurusan. Sebab itu Kolej ADTEC Jerantut perlu lebih cepat melatih anak-anak muda Jerantut dalam bidang ini.

Pembinaan kuarters dan jalan utama Projek Hidroelektrik Tekai adalah permulaan limpahan ekonomi projek ini yang bernilai RM2.5 bilion kepada ekonomi Jerantut.

2 comments:

Anonymous said...

Aisey man, wzwh. I not patient patient waiting for you to rite power power words about your Bogus Worrior very success selling 1MDB power assets. Got profit some more? Please la rite so itchy waiting only.

Unknown said...

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024