Bagaimana Seekor Beruk Boleh Menyedarkan Politikus Malaysia?




Adalah sukar untuk menyedarkan sebilangan pemimpin politikus Malaysia dan pengikut mereka tentang peri pentingnya penyatuan, kerjasama, perpaduan politik demi agama, bangsa dan negara.

Bila pemimpin besar negara menyarankan satu kerjasama antara parti politik dan menghulurkan pendamaian dengan pihak yang bertelagah juga sukar untuk buat pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut mengerti.

Banyak retorik, hujah dan alasan bantahan yang tidak bersetuju walau tidak dinafikan secara umum ramai yang bersetuju dan nampak faedah dan kebaikan.

Kitab-kitab agama, hadis-hadis, saranan ulama-ulama pun tidak didengar tentang ajaran Rasulullah dan Al-Quran menyeru manusia bersatu, berpakat, bekerjasama supaya umat lagi kuat demi masa depan Islam. Namun ramai juga yang tidak menerima dengan berbagai alasan.

WZWH berpendapat hanya seekor beruk boleh buat mereka semua ini yang tidak bersetuju boleh faham logiknya kenapa pemimpin besar negara menyarankan sesuatu yang baik untuk umat.

Lihat foto di atas....

Seorang lelaki yang rezekinya menjual buah kelapa. Buah kelapa banyak guna dan faedah kepada bukan sahaja masyarakat rantau Asia Tenggara bahkan ke seluruh dunia. Lelaki itu cuba membawa buah-buah kelapa tetapi tidak terdaya kalau beliau seorang buat kerja.

Lelaki itu terpaksa minta bantuan dari seekor beruk untuk membawa semua buah kelapa itu. Seekor beruk yang biasanya ditugaskan memetik buah kelapa dihujung pokok kelapa boleh membantu lelaki itu seraya berjalan berdiri seperti manusia.

Nampaknya beruk pun mengerti pasal semangat setia kawan tuannya.

Sedangkan beruk pandai membuat kerja apatah lagi manusia.

Kerjasama manusia dan beruk membuahkan hasil yang nampak apatah lagi kerjasama antara manusia dan sesama manusia atau kabilah manusia.

Demikianlah bagaimana seekor beruk boleh menyedarkan politikus dan pengikut mereka di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Cerita "Orang Liar" Pahang

Ahli Parlimen Raub Hina Orang Pekan Berpolitik Macam Orang Asli. Kenapa Tidak Kata Orang Raub Pun Sama?!!!

Badak Pahang Terakhir