Wednesday, December 23, 2015

Peruntukan ECER Terbantut Setahun SEGERA Disalurkan Ke Kg Tradisional Tembeling Selepas Isu Pelantikan Ahli MDJ Selesai






















CEO ECER Dato' Sri Jebasingam Issace John semasa lawatan ke Kuala Tahan pada tahun lepas bersama team ECER, Felda, Pejabat Daerah Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut meninjau Kuala Tahan dan Kg tradisional di Lembah Tembeling.

ECER berkata peruntukan ECER lebih RM20 juta untuk membangunkan prasarana Kuala Tahan dan kampung-kampung tradisional telah diberi lebih setahun tetapi tidak digunakan kerana isu pelantikan Ahli Majlis Daerah Jerantut belum selesai.

WZWH percaya peruntukan ECER lebih RM20 juta terbantut setahun ini akan SEGERA disalurkan ke Kuala Tahan dan kampung-kampung tradisional bagi membina prasarana-prasarana yang diperlukan bagi menarik minat pelancong datang mengunjung selesai selepas pelantikan Ahli Majlis Daerah Jerantut pada tahun depan.






ADUN Tahan YB Dato' Sri Wan Amizan Wan Razak dan WZWH selalu ada untuk memastikan dan memantau pembangunan terutama di Lembah Tembeling di DUN Tahan berjalan pantas mengikut perancangan. 

They never say NO to us....Barang Sebut Barang Jadi! Insyallah.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024