Tuesday, March 8, 2016

Perjalanan Mahathir Mencari Ilmu Politik Laduni Nabi Khaidir Antara Syariat Dan Makrifat



Salah satu kisah Al-Qur'an yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah SWT memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:


"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)


"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)


Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya.


"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)


Mahathir adalah tokoh pemimpin Islam yang kehidupannya terlalu fokus kepada politik. Tidak seperti pemimpin sebelum ini selepas bersara tidak lagi mencampuri urusan politik mentadbir negara.

Bahkan juga pemimpin bukan Islam seperti mantan-mantan  Presiden AS tidak campur urusan politik selepas bersara.

Persoalan kenapa Mahathir tetap aktif berpolitik mencampuri urusan pentadbiran Malaysia menjadi minat dan kajian para akademik dan politician diseluruh dunia.

Ketika Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri Najib Razak yang boleh mengerakkan AS, China, Arab dan berpengaruh di Asia namun tetap Mahathir tidak bersetuju.

Mahathir mahu Najib menjadi Perdana Menteri yang bagaimana? Apa ukuran piawai dan standard yang Mahathir mahu? Itu persoalan yang mahu dicari jawapan oleh penyelidik politik  dunia.

Ya, ketika Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia, Malaysia terserlah kemajuan. Dikagumi dunia. Dunia Islam pun turut mengkagumi Mahathir.

Malah ada yang mengatakan Mahathir itu tarafnya wali Allah.

Ketika itu juga Malaysia ada Anwar Ibrahim pemimpin yang juga berpengaruh di AS, Eropah, dunia Islam dan rantau Asia. Namun tetap Mahathir tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir dipercayai mempunyai ilmu politik laduni iaitu boleh nampak apa yang berlaku di masa depan. 

Mahathir menentang Anwar Ibrahim sebab walau sedikit melanggar syariat tapi Mahathir percaya berlandaskan hakikat.

Kisah Mahathir dan Anwar Ibrahim telah menjadi sejarah dan akan diperdebatkan oleh akademik dan politician terkemudian.

WZWH lebih berminat dengan tindakan Mahathir sekarang menentang Najib. Apakah ilmu politik laduni yang Mahathir mahu capai?

Sudah tentu tindakan Mahathir menentang Najib dengan berpakat dengan pembangkang membuatkan orang UMNO mengutuk Mahathir.

Bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai tokoh-tokoh simbol pembangkang embrace Mahathir maka...

Mahathir yang dulu digelar bermacam-macam gelaran tidak baik dalam politik hari ini sudah dipuji, disayang dan dipuja serta di revered oleh penyokong pembangkang.

Tindakan politik laduni Mahathir ini secara hakikat telah menguatkan UMNO. PAS parti Islam yang tidak menyokong politik laduni Mahathir yang melanggar syariat mahu mengulingkan Najib sebagai Perdana Menteri menguatkan lagi politik kerjasama antara UMNO dan PAS akan datang.

Sengaja Mahathir menembak awal Najib isu-isu yang ada lagi 2 tahun tempoh pilihanraya membolehkan Najib dan kerajaan bersedia menjawab hingga isu-isu itu akhirnya menjadi basi kerana telah dijawab.

Hasil hakikatnya UMNO boleh memerintah lagi dan Najib sepenggal lagi menjadi Perdana Menteri. 

Demikianlah perjalanan Mahathir mencari ilmu politik laduni Nabi Khaidir antara syariat dan makrifat.

Para ulama berbeda pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebagian mereka mengatakan bahwa ia seorang wali dari wali-wali Allah SWT. Sebagian lagi mengatakan bahwa ia seorang nabi.


"Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya hamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertairnu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari hasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)

9 comments:

Anonymous said...

tindakan najib xpulak kau dan gerombolan ko nak pertikai? dan lagi bangsat ko gunakan agama untuk membenarkan perbuatan ko kan?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 3:40,
Baca, baca, baca,...guna akal jangan emosi baca, baca, baca cari hakikat.

Anonymous said...

Kenapa admin menggunakan pendekatan islamic tetapi menutup mata dan tidak menyebut langsung tentang salah laku yang berlaku sekarang.

Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami (bukan umat ku) dan aku bukan daripada (golongan) mereka (aku bukan rasul mereka), dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.Hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim.

Anonymous said...

Anon 3:47,
Undang-undang Malaysia mendapati tidak ada salah laku yang berlaku sekarang. Lainlah seperti Anwar Ibrahim yang menurut perundangan di Malaysia melakukan kesalahan dengan menjalani hukuman penjara.

Begitu juga dengan Mahathir setakat hari ini tidak ada salah laku melainkan beliau didakwa atau dihukum penjara jika disabit kesalahan.

Anonymous said...

Aku akan memberitahukan kepada kau WZ tujuan perbuatan-perbuatan yang kau tidak dapat sabar terhadapnya.

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, (darat, ofis, kilang, MAS) dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja(menteri ketua) yang merampas hasil tiap-tiap bahtera (dengan memungut cukai dan hasil Gst untuk kepentingan sendiri)

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota(negeri) itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang saleh, maka Allah menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Allah.

Adapun Malaysia tanah melayu ni memang banyak hasil bumi dari emas, minyak bauksit dan sebagainya. namun kebanyakan hasil bumi ni hanya sampai pada pencuri, penyamun, pelakon yang pandai bermain politik dan menipu sesama manusia demi memenuhi kehendak nafsu. InsyaAllah bila sampai masa ketentuan Allah penipu penyamun ini akan dibinasakan Allah dengan cara selayaknya. Walaupun ramai pembodek2 membenarkan segala kejahatan beliau.

WZ cuba fikir hakikat ayat ni pulak? Adakah WZ termasuk dalam golongan orang2 yang dekat pada firaun?

Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun:

"Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
(Asy-Syu'araa' 26:41)

Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".

Anonymous said...

mahathir d najib islam, tp ilmu islam sngat cetek. maka rosak segalanya krn berlandaskan kecetekan itu.

Anonymous said...

Kamu berpendapatan lebih RM4000.00 sebulan kenalah bayar GST. Kami orang pendapatan rendah terima BRIM RM950.00 setahun untuk tampong bayar GST sebanyak perbelanjaan kami RM15,000.00. Kamu yang tamak dan tak bersyukur nikmat hidup di Malaysia.
Menantu saya bersalin di hospital kerajaan anak pramatang selama 15 hari. Kos doktor pakar, jururawat, peralatan dan kemudahan lain cuma bayar RM120.00 sahaja. Kerajaan amat prihatin kepada rakyat.

Anonymous said...

Nanti cucu awak tu dah besar dan membesar awak kiralah kos duit susu, lampin dan lain2 beserta dengan GST, kerajaan memanglah prihatin.

Awak dah tanya bini PM dia pegi shopping luar negara pernah bayar GST?

Anonymous said...

tak ingat zaman kecik

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024