Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, January 4, 2017

Bila Gajah-Gajah Pahang "Mengerjakan Umrah" Ke Gua Kota Gelanggi




Sekumpulan gajah Pahang sedang menikmati umbut makanan yang gajah Pahang gemar dalam perjalanan menuju ke Gua Kota Gelanggi, Jerantut.


Orang tua-tua Pahang kata bila banyak gajah keluar menampakkan diri tanpa segan dan malu itu tanda alamat yang baik bahawa Negeri Pahang ini semakin makmur. Pemimpinnya memerintah dan mentadbir dengan baik. Rakyat Pahang senang lenang tiada susah tak bersunggut pun.


Hari ini di awal tahun minggu pertama 2017 bila sekumpulan gajah Pahang keluar boleh dilihat di tepi jalanraya maka ini juga berita baik. 

Tentulah rakyat Pahang dan pelancung masa kini berasa pelik mudah sangat lihat kelibat gajah macam di Safari Afrika. Gajah-gajah Pahang ini nampak jinak dan comel.

Ramai rakyat Pahang tidak tahu bahawa gajah-gajah Pahang ini setiap 2 tahun sekali akan memulakan perjalanan 'ibadat kerohanian' macam buat umrah ke Gua Kota Gelanggi.

Gua Kota Gelanggi adalah tempat paling bersejarah di Jerantut. Ahli Sejarah kata beribu tahun dulu ada kerajaan purba di Kota Gelanggi.

Dikatakan Kota Gelanggi ini ada gudang tempat simpan emas dan permata Raja-Raja zaman dulu. Dikatakan ini tempat berperangnya Raja Suran Keling dan Raja Chulan Siam.

Gua Kota Gelanggi ini dikatakan tempat paling mistik di Jerantut. Tempat berkumpulnya hantu jin dan jembalang. Tempat ramai pahlawan purba bertapa.

Ada banyak gua di Kota Gelanggi. Bukan berpuluh malah beratus tapi mata zahir tidak nampak. Mungkin gajah-gajah Pahang yang datang dari hutan rimba Taman Negara semata-mata untuk menziarah gua-gua misteri ini nampak.

Demikianlah cerita gajah-gajah Pahang "mengerjakan 'umrah" ke Gua Kota Gelanggi.

No comments: