Nuffnang Ads

Pages

Monday, January 16, 2017

Retorik Terakhir Mahathir Hanya Untuk Menjatuhkan Najib SANGAT RAPUH RASIONALNYA?

tun-m

Pelancaran Parti Mahathir hambar kelmarin di Stadium Malawati Shah Alam.


Mahathir sejak muda minat Soekarno. Gaya politik karisma Soekarno termasuk ucapan pidato genre membangkitkan semangat adalah kegemaran Mahathir. 

Demikianlah Mahathir terikut politik Indonesia hari kelmarin telah melancarkan parti baru. Di Indonesia beratus parti baru dilancarkan setiap menjelang PRU dan semuanya banyak kalah.

Dalam ucaputama Mahathir itu banyak retorik yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan Najib sangat rapuh rasionalnya.

Mahathir memulakan ucapan serangan emosi negatif tanpa fakta dan bukti asas.


1. Kita berhimpun di sini untuk melancarkan sebuah parti politik baru.

2. Kita lancarkannya untuk mengganti sebuah parti politik yang sudah usang, yang sudah lari daripada landasan yang ditentukan oleh pengasasnya.

3. Parti UMNO bukan sahaja usang tetapi sudah menjadi parti kleptokrat, parti yang dipimpin oleh penjenayah, penyamun dan pengamal rasuah yang tidak terhingga skalanya.

4. Parti ini juga menjadi penindas keatas rakyat, mendera mereka tanpa sebab, menangkap, memasuk dalam tahanan dan menghadap mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah. Peguam yang menasihat anak guam juga ditangkap.

5. Parti ini juga telah dan sedang menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan yang terasing dari negara, dengan penduduk asing yang berideologi bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan bangsa kita.

6. Itulah sebahagian daripada sebab parti baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia ditubuh. Ianya ditubuh sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu supaya diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah penyangak dan penyamun, yang bernama Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tunggaknya.


Semua tuduhan-tuduhan Mahathir ini adalah tuduhan-tuduhan liar melulu tanpa asas.

Kemudian bermulalah ucapan rutin Mahathir menyerang Najib dan melempar tohmahan dan fitnah.



74. Negara ini sekarang dikenali sebagai negara rasuah yang tertinggi. Sebabnya pemimpin tertinggi sekali yang menjadi perasuah terbesar dalam negara. Dunia tahu bahawa pemimpin inilah yang mengguna kedudukan tertingginya untuk mencipta 1MDB, kononnya dana kekayaan negara, meminjam wang berbilion dan melesapkan wang ini. Dunia tahu dan rakyat Malaysia juga tahu berkenaan berbilion Ringgit yang tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang tidak mungkin ada kepadanya melainkan jika ia diseludup dan dicuri.

75. Kita tahu Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin menjadi “billionaire” kerana gaji dan pendapatan Perdana Menteri, walaupun mencukupi tetapi tidaklah sebegitu besar.

76. Dan keluarga PM bukanlah begitu kaya sehingga dapat membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, mengeluarkan filem lucah dengan pelaburan ratusan million Dolar Amerika. Kononnya wang ini sepeninggalan keluarga. Bilakah terdapat keluarga Melayu yang dikenali dahulu sebagai billionaire. Millionaire Melayu yang boleh tinggal ratusan juta kepada waris pun tidak pernah ada dahulu. Yang boleh dipercayai ialah wang ini dicuri. Dan memang pun Jabatan Keadilan Negara (Amerika) berkata demikian. Jika tidak benar adakan saman malulah. Tetapi tidak. Hanya cuba melobi - menyogok. Negara sudah tidak ada undang-undang. Polis tidak ambil tindakan keatas laporan yang dibuat kepadanya. Sebaliknya yang melapor di masukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu. Peguam yang menasihat anak guam juga ditahan, dihadapkan ke mahkamah. Apabila hakim mendapati mereka tidak bersalah, keputusan hakim tidak dipedulikan. Mereka masih dianggap bersalah dan pasport mereka dirampas.

77. Dan jabatan-jabatan Kerajaan diguna untuk menindas. Jika dibantah atau diumum kepada orang ramai akan perlakuan jabatan, maka penindasan dilipatgandakan. Pasport dirampas dan perniagaan diganggu.

78. Buat kali pertama Kerajaan mengguna samseng untuk mengugut, mempertahankan Kerajaan dengan mengasar, membelasah rakyat yang memprotes secara aman akan penindasan oleh Kerajaan. Ketua samseng dilayan, bahkan disuap dedak oleh pihak tertentu setelah bertindak ganas. Rakyat tahu dan samseng mengakui mendapat wang dari pihak tertentu.

79. Pemimpin samseng ini mendakwa mendapat derma. Penderma perlu bayar cukai keatas wang yang di derma. Demikian juga penerima perlu bayar cukai. Bolehkah Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat pengakuan terhadap cukai yang telah dipungut dari penderma dan penerima. Oh! Rahsia. Dengan ini jenayah boleh dilindungi. Curilah. Kamu akan dilindungi oleh Pendakwa Raya dan polis melalui OSA dan juga LHDN.

80. Pemerintahan sekarang cuba melaga-lagakan kaum-kaum di Malaysia. Sempadan kawasan pilihanraya diubah untuk memisah pengundi mengikut kaum. Pendaftaran pengundi diganggu dan disekat supaya Gen Y tidak boleh undi. Segala-galanya dilakukan untuk merampas hak rakyat untuk mengundi dalam pilihanraya.

81. Kewangan Kerajaan merosot dengan teruk. Peruntukan bagi Jabatan dan Kementerian tidak diberi mengikut belanjawan yang telah dilulus. Demikian juga peruntukan kepada Universiti-Universiti.

82. Hutang berbillion Ringgit oleh 1MDB dialih kepada Kerajaan untuk membayar.

83. Di masa Kerajaan tidak pun dapat membayar faedah hutang 1MDB, Najib berhutang lagi. Beratus billion dihutang kononnya untuk keretapi laju, keretapi pantai timur dan lain-lain.

84. Tanah dalam Kuala Lumpur, di Johor, di Melaka dan Pulau Pinang dijual kepada orang asing. Jualan tanah ini ditafsir sebagai FDI, Foreign Direct Investment. Tetapi menjual sebahagian dari wilayah negara kepada orang asing bukan FDI. Jikalau menjual tanah pusaka adalah FDI, jual sahajalah negara. Akan kamu dapat lebih banyak duit. Tetapi kamu tidak akan mempunyai negara lagi.

85. Sesungguhnya Najib telah rosakkan politik, ekonomi, kewangan dan masyarakat Malaysia. Kerosakan ini amatlah teruk. Tetapi Najib bersedia memburukkan lagi keadaan negara ini.

86. Tidak syak lagi jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, kerosakan negara akan menjadi lebih teruk lagi sehingga tidak dapat dirongkai dengan mudah.

87. Jika kita, rakyat Malaysia, yang begitu sayang kepada negara bertuah ini, jika kita ingin selamatkan Negara tercinta ini, usaha mesti dibuat dari sekarang untuk singkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

88. Kita akui penyingkirannya tidak mudah kerana sokongan buta tuli yang diberi kepadanya oleh wakil rakyat UMNO, dan wakil rakyat BN, pegawai penguatkuasaan Kerajaan, oleh polis dan pendakwaraya, dan penghapusan pemerintahan mengikut undang-undang.

89. Rayuan kepada Raja-Raja juga gagal menghasilkan apa-apa.

90. Maka cara yang tinggal kepada rakyat hanyalah dengan mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya.

91. Untuk inilah kita tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tujuannya ialah untuk menggembeling tenaga rakyat dan bekerjasama erat antara parti-parti pembangkang untuk menukar kerajaan pimpinan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-14.


Kemudian Mahathir menyelar PAS parti yang membantu Najib untuk mengalahkan segala Pakatan Anti Najib dalam PRU 14.


94. Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN. Tak usahlah mereka menyangkal kerana perletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya Najib akan menang.

95. Bagi kita dalam parti campuran sebarang perbuatan untuk kononnya melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain, tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Najib melalui pilihanraya.

96. Namun demikian PPBM dan campuran pembangkang akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih. Rakyat, pengundi, yang sayang kepada negara dan bangsa mesti faham akan hasrat parti diluar campuran parti-parti pembangkang meletakkan calon. Mereka sebenarnya menyokong Najib. Mereka sendiri tidak akan menang. Terutama di kawasan yang mereka kalah pun akan dituntut oleh mereka, guna untuk memecah perpaduan musuh Najib supaya Najib menang. Rakyat perlu faham mengundi pihak ketiga atau keempat bermakna mengundi untuk Najib, untuk UMNO, untuk BN, untuk kleptokrasi.


Seterusnya Mahathir menjanjikan kepada rakyat bulan, bintang dan matahari sekiranya Pakatan Harapan menang PRU 14, tidak perlu WZWH tulis angan-angan tidak berpijak dibumi nyata dan tidak kesampaian Mahathir ini.

3 comments:

Anonymous said...

Tak sabar PRU 14... Jannam Jannam.. In shaa Allah kebenaran akan terlihat juga, tuhan Maha Adil..

Anonymous said...

Anon 4:24PM, berapa kerusi agaknya parti cap bunga ni bertanding?

Anonymous said...

Rakyat sedar...mahdey gagal jadikan najib pm boneka yg tunduk dgn kemahuannya serta para proksi dan kroni.Kegagalan najib dibonekakan mencetus perasaan benci yg amat mendalam spt bencinya mahdey ke atas musuh2 politiknya dahulu spt nik aziz..kit siang dan banyak lagi.
Rakyat sedar mahdey pernah mghilangkan wang rakyat sebanyak rm100billion setelah pelaburan yg gagal dan bailout syarikat2 waris dan kroni yg bermasalah.Jika dinilai dgn jumlah skrg bersamaan dgn rm300billion.
Rakyat sedar unsur2 rasuah mahdey lebih buruk dan terkutuk dgn membantu para waris..kroni dan proksi dlm menjarah wang rakyat.Pernah tanah rakyat dijual dgn para kroni dgn harga rm300juta tetapi dibeli balik dgn harga rm2.8billion.Hampir 10kali ganda.Kroni yg membeli telah diberi pinjaman bank dgn jaminan dpd kerajaan mahdey.
Rakyat sedar mahdey memiliki banyak aset spt tanah...rmh dan pelaburan didlm dan luar negara.Tanah ladang kuda di argentina dan rmh bernilai rm22juta mgkin bukan hasil gaji sebagai pm.Apatah lagi klu ada 8 buah semuanya dgn yg termurah bernilai rm4juta.Belum lagi beratus2 syarikat milik anak2 dan beliau sendiri hasil penjanaan putar belit dan kuku besi menutup mulut para pendedah rahsia dia.
Rakyat sedar utk dia meneruskan legasi kaya dan mewah tersebut adalah dgn meletakkan seorg pm yg akan akur dan tunduk dgn kehendak waris..proksi dan kroni dia sehingga kiamat.Umpama maharaja kerala yg merasakan semuanya boleh membeli syurga.
Maka..sebagai rakyat kita sama2lah mghentikan wujudnya legasi penyamun besar tun mahdey simamak kerala dpd terus menerus menjarah harta rakyat utk selama2nya.Dia pakar provokasi yg bijak menakut2kan rakyat.Hentikan mendengar ramalan pakar nujum no1 tersebut.Negara yg dikatakan bangkrap setakat ini msh mampu bergerak ke hadapan.
BERHENTI MEMPERCAYAI AHLI NUJUM YG GILA MEMEWAHKAN ANAK..WARIS..PROKSI DAN KRONI!!!!