Nuffnang Ads

Pages

Sunday, January 22, 2017

TIDAK Ada Lagi Orang Miskin Dan Fakir Di Negeri Pahang Darulmakmur



KDYMM Pemangku Raja Pahang begitu perihatin dan cakna kepada bencana, musibah dan kesusahan Rakyat Pahang. Foto Tengku Mahkota Pahang bertitah Rakyat Pahang perlu bangkit dari trauma banjir dua tahun dulu di Kuala Tahan, Jerantut.

TIDAk ada lagi orang miskin dan fakir di Negeri Pahang Darul Makmur.


WZWH percaya dengan bantuan dari Kerajaan Pusat, Kerajaan Pahang dan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun TIDAK ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

Bantuan Kerajaan Pusat melalui Felda untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui penempatan semula dan kegiatan ekonomi dan lain-lain agensi MARA,Felcra, Risda, Mardi, Fama, Peladang dll telah bukan sahaja mengurangkan kemiskinan malah menghapuskan fakir miskin.

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada orang miskin, OKU @OIstimewa dan ibu tunggal yang sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kemiskinan.

Belum diambilkira lagi BRIM bagi penduduk Negeri Pahang. Kalau dinaikkan BRIM dari RM1200 kepada RM3000 lagi baik!

Bantuan Kerajaan Negeri Pahang melalui Pemberian Tanah samada geran kekal, GSA, sementara TOL dsb telah membuat Rakyat Pahang dan Rakyat Luar Pahang yang berhijrah ke Pahang hingga keturunan generasi ke 2 dan 3 menikmati hasil hingga kini.

Sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Pahang, Agensi-agensi Negeri seperti Yayasan Pahang, PKNP, LKPP, ASPA, dll turut membantu Rakyat Negeri Pahang keluar dari kepompong kemiskinan.

Antara sumbangan Kerajaan Negeri Pahang yang paling besar ialah menyediakan tanah kepada Felda dengan premium yang rendah dan tiada premium kepada 115 penempatan tanah rancangan Felda yang paling ketara membasmi kemiskinan.

115 Rancangan Felda ini di Negeri Pahang seperti berikut:

Felda Wilayah Kuantan ada 41 
Felda Wilayah Mempaga ada 37
Felda Wilayah Jengka ada 37


Agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun membantu lagi dengan berkat dan suci kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Zakat adalah perintah dari Allah termaktub dalam Al-Quran bagi membantu ekonomi dan sosial orang Islam.

Zakat bukan sebahagian dari bajet kerana ianya adalah derma orang Islam kepada orang Islam yang miskin dan 8 golongan asnaf.

Pahang seperti negara dan negeri Islam yang lain beruntung kerana selain bajet mengikut ekonomi contemporary ada mendapat faedah dari zakat yang dikutip.

Perlu diingat Kerajaan Negeri Pahang tidak mengutip zakat.

Majlis Ugama Negeri Pahang Dan Adat Resam Melayu (MUIP) dibawah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang dan naungan Sultan Pemerintah Negeri Pahang mengutip zakat melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ).

Pihak lain tidak dibenarkan mengutip zakat terutama parti politik contoh PAS selalu mengutip zakat secara illegal.

Secara kasar agihan kutipan zakat di Pahang adalah lebih RM100 juta setiap tahun yang diberi kepada golongan 8 asnaf. Tidak ramai pemimpin dan rakyat tahu agihan ini.

Media kurang highlight agihan kutipan zakat oleh MUIP.

Majoriti kes-kes yang dipaparkan oleh media mengenai orang susah, orang miskin, ibu tunggal dan OKU sebenarnya telah diberi sumbangan agihan kutipan oleh MUIP tetapi tidak dilaporkan cerita sebenar.

8 golongan asnaf layak menerima agihan kutipan zakat ialah:

  • Amil
  • Fakir
  • Miskin
  • Muallaf
  • Ibnu Sabil
  • Gharimin
  • Riqab
  • Fisabilillah

Contoh-contoh maksud 8 golongan asnaf adalah seperti berikut:
































































Sebagai contoh pembaikan masjid dan surau di Daerah Jerantut sahaja pada tahun 2014 sejumlah RM674,295.00 telah diberi dari agihan kutipan zakat.

Ramai pemimpin tidak sedar peranan zakat membantu ekonomi dan sosial Pahang terutama kepada orang Islam.

MUIP perlu beri taklimat kepada pemimpin terutama pemimpin akar umbi di kampung-kampung dan taman-taman perumahan supaya peka dengan 8 golongan asnaf ini supaya kutipan agihan zakat boleh diberi kepada yang layak.

Media massa perlu highlight agihan kutipan zakat kepada 8 golongan asnaf oleh MUIP.

WZWH percaya dengan agihan kutipan zakat di negeri Pahang sebanyak lebih RM100 juta setahun dan bantuan dari kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat tiada ada lagi orang miskin dan fakir di negeri Pahang Darulmakmur ini.

4 comments:

Anonymous said...

Haiyah WZWH, dat pojek fish egg caviar how? You very gungho support dat pojek. Some more said Jabatan Alam Sekitar and politicians opposing dat pojek want to sabotage. So now, how? Eat oredi ahh..Felda kantoi mah

Anonymous said...

Kepala2 projek sturgeon dah kena tangkap dah hari ini. Dah withdraw duit belum dari akaun?

Anonymous said...

Wawwww.... Allah telah membuka pintu hati SPRM berkaiatan projek ikan strogean yang dikatakan memberi pulangan jutaan ringgit kepada penduduk Ulu Tembeling khususnya penduduk Kg Kuala Tahan. Kami berharap pernacang utama dan Dato Najib Razak yang pernah menyampai ucapan di parlimen "jangan terkejut projek ikan stragoen terbesar di dunia akan dibangunkan di Kuala Tahan" tidak terlibat bersama-sama dengan wakil rakyat DUN yang kita sayangi dan konco-konconya tidak ditahan oleh SPRM. Tapi agak terkilan juga, projek sedemikian pembangunan sedemikian hanya menggelapkan mata orang-orang Melayu di pedalaman oleh pemimpin Melayu as Felda, Felcra tanah-tanah rizab orang Melayu dirakuskan dengan mudah demi kepentingan perut (DKP). Sekian..............

Anonymous said...

Ramai lagi akan disoal siasat oleh SPRM. Semacam ada ada talihayat dengan pihak tertentu aje. Khabarnya ada dah pergi Korea utk dapat dokumen bagi delete nama-nama "ikan strugean" yang telornya grade no. wahid, harga jota-jota. Wallahualam bisawaob.............