Nuffnang Ads

Pages

Thursday, January 19, 2017

Keperihatinan YAM Tengku Temenggong Pahang Kepada Kebajikan Ahli Temenggong Ranger Yang Terlantar Sakit

L1200152.JPG


Temenggong Initiative dipimpin oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah.

Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).

WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 21 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea-idea dan falsafah hebat alam sekitar tapi juga mempraktikkannya melalui Temenggong Initiative-Temenggong Ranjers.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers  dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.


Image may contain: 1 person, sitting

Kurnia sumbangan dari YAM Tengku Arif Temenggong Presiden Temenggong Initiative-Temenggong Ranger dan SASET disampaikan oleh Encik Dev Dass, Pegawai SASET kepada Encik Zainuddin Daman seorang Temenggong Ranger dari Kuala Tahan yang sakit terlantar bermingu-minggu  di Hospital Kubang Kerian.


Encik Zainuddin Daman (Jack) seorang Temenggong Ranjer dari Kuala Tahan sudah terlantar sakit berminggu-minggu di Hospital Kubang Kerian. Atas rasa keperihatinan, YAM Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Al Muazzam Shah mengurniakan sumbangan kepada Encik Zainuddin Daman. Tengku Arif Temenggong adalah Presiden Temenggong Ranger dan SASET NGO Alam Sekitar yang paling aktif di Pahang. Semoga beliau cepat sembuh.


Image may contain: 2 people


Foto terbaru semasa Encik Zainuddin Daman masih sihat bekerja bersama YAM Tengku Temenggong Pahang sewaktu Program Temenggong Initiative dan SASET di Kuala  Atok Biodiversity Research Centre pada tahun 2016.  WZWH di belakang tunduk cuba menaiki bot panjang Sungai Tembeling.

Keperihatinan YAM Tengku Temenggong Pahang kepada kebajikan Ahli Temenggong Ranger yang sakit terlantar berminggu-minggu di Hospital Kubang Kerian ini amatlah dipuji dan mulia. Inilah kepimpinan YAM Tengku Temenggong Pahang cakna kepada anak-anak buahnya.

Kepada pembaca Blog WZWH yang budiman bolehlah menderma kepada Encik Zainuddin Daman beramal jariah seperti nombor akaun bank di bawah: Marilah kita menderma untuk keluarga beliau.

4464615800
Public Bank

Mohd Zainuddin Daman


Blog WZWH banyak mempromosi Temenggong Initiative-Temenggong Ranger dan SASET (Sultan Ahmad Shah Environment Trust). Antaranya ialah Sila Klik posting-posting di bawah:







No comments: