Nuffnang Ads

Pages

Tuesday, March 28, 2017

Masalah Bangsa Malaysia Apa Penyelesaian Politiknya?


Image result for bangsa malaysia


Negara kita Malaysia. Apa bangsanya sudah tentu bangsa Malaysia. Tetapi bangsa Malaysia ini ramai ahli politik dan ahli akademik tidak mahu mengaku dan mengiktiraf bangsa Malaysia!

Inilah masalahnya bila majoriti parti politik dan ahli akademik intelektual tidak mahu mengesahkan kewujudan bangsa Malaysia.

WZWH mahu bangsa Malaysia ini diterima kewujudannya barulah segala polemik dan titik bengik masalah negara boleh diselesaikan.

Demikianlah tajuk posting WZWH ini Masalah Bangsa Malaysia Apa Penyelesaian Politiknya?


Orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. 

Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. 

Peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini.

Dari zaman Kerajaan Funan termasuk Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit, bangsa Melayu menganut agama Hindu dan Buddha. 

Akan tetapi apabila Islam tersebar ke Alam Melayu khasnya setelah berdirinya Kerajaan Melaka pada tahun 1400, orang Melayu telah memeluk agama Islam. 

Sungguhpun begitu, tradisi sosiobudaya Hindu-Buddha masih banyak mempengaruhi masyarakat Melayu khasnya dalam adat resam, kesenian, kesusasteraan Melayu klasik dan lain-lain.

Perkembangan bangsa tidak terpisahkan daripada perkembangan masyarakat khasnya perkembangan ekonomi, politik, kebudayaan dan bahasa masyarakat itu. Begitu juga perkembangan bangsa Melayu. 

Pada zaman Kerajaan Melaka yang masyhur dengan kemakmuran ekonominya serta utuh kekuatan politik dan masyarakatnya, bangsa Melayu terus berkembang sebagai bangsa yang merdeka dengan tamadun yang tinggi. 

Dalam zaman ini telah berkembang hasil-hasil seni, sastera, muzik, tarian, seni ukir, seni bina dan lain-lain. Hasil-hasil ini selain mewarisi ciri-ciri bangsa Melayu sebelumnya, kini mula mencerminkan ciri-ciri baru tradisi Islam Timur Tengah yang digemblengkan dengan tradisi tempatan. Ciri-ciri Islam ini istimewa menonjol dalam wajah rohaniah bangsa Melayu sampai ke hari ini.

Akan tetapi, di depan pencerobohan dan pendudukan kuasa-kuasa penjajah asing khususnya kuasa-kuasa penjajah barat - Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun - Alam Melayu tidak dapat memelihara keutuhannya.

Alam Melayu sebahagian demi sebahagian telah dilapah-lapah dan dibelah bahagikan menurut lingkungan pengaruh kuasa-kuasa penceroboh tersebut sehingga terbentuklah negara-negara yang berlainan dan bangsa-bangsa yang berlainan berdasarkan syarat-syarat sejarah yang baru yang dapat kita lihat Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. 

Satu unsur penting yang sama yang melahirkan baik bangsa Malaya (Malaysia) mahupun bangsa Indonesia atau bangsa Filipina ialah perang yang berjangka panjang serta perjuangan-perjuangan bentuk lainnya melawan pencerobohan asing dalam mewujudkan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. 

Dalam proses perjuangan itu terbentuklah kesedaran nasional bersama yang menggemblengkan penduduk-penduduk dalam wilayah masing-masing itu.


Di Tanah Melayu, bangsa Melayu telah dijajah oleh kuasa barat sejak 1511 lagi. Pencerobohan kuasa-kuasa asing telah mengubah masyarakat negara kita dari masyarakat feudal menjadi masyarakat tanah jajahan dan setengah feudal. 

Bangsa Melayu telah mengalami perubahan yang sangat besar iaitu daripada bangsa yang unggul dan merdeka yang telah mencapai taraf tamadun tertentu menjadi bangsa yang terjajah dan tertindas. 

Sebagai bangsa yang terjajah dan tertindas, orang Melayu terus mengalami pukulan-pukulan yang berat dan kemunduran besar dalam ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, bahasa dan lain-lain lagi. 

Oleh yang demikian demi mengembalikan kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa, orang Melayu telah melancarkan perang patriotik dan perang tani yang masyhur dalam sejarah - dengan demikian terbentuklah tradisi patriotisme bangsa Melayu.


Sejak abad ke-19, masyarakat Tanah Melayu telah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum. Orang Cina dan India di Malaya berasal daripada dua bangsa terbesar di Asia. 

Mereka dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaya untuk menjadi lembu perahan kaum kapitalis monopoli British dan lain-lain di lombong-lombong, estet-estet, jalan-jalan raya dan jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya. 

Setelah berada di Malaya, mereka hidup dan bekerja di satu alam material dan rohaniah yang baru, yang berbeza sama sekali dengan tempat asal mereka. Melalui beberapa dekad tinggal di sini, mereka beransur-ansur menjadi mantap sebagai tenaga produktif yang maju serta komponen penting masyarakat Malaya. 

Dengan demikian lahirlah kelas proletariat di Malaya.


Perubahan ekonomi dan masyarakat secara besar-besaran ini telah membawa perubahan baru kepada perkembangan bangsa di sini. 

Malaya tidak lagi menjadi negeri yang didiami orang Melayu atau Orang Asli semata-mata, tetapi didiami bersama oleh kaum Cina dan India yang sudah memutuskan ikatan politik mereka dengan negara asal serta menjadikan negara ini tempat tumpah darah mereka dan tumpuan taat setia mereka.


Di bawah syarat-syarat sejarah dan material baru inilah, bukan saja orang Cina dan India berubah, dan berkembang menjadi komponen bangsa yang baru di Malaya, tetapi juga bangsa Melayu pun turut berubah sama menjadi bangsa Malaya.

Akan tetapi, oleh kerana masyarakat Tanah Melayu atau Malaya merupakan masyarakat terjajah, bangsa Malaya yang berbilang kaum tidak dapat berdiri tegak dan berkembang makmur sebagai satu kesatuan yang utuh dengan perpaduan nasional yang erat. 

Hanya melalui perjuangan bersama dalam masa yang panjang menentang penjajahan asing dengan berlandaskan patriotisme Malaya khasnya melalui Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British, barulah bangsa Malaya beransur-ansur terbentuk dan bersatu hingga tercapainya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. 

Perjuangan bersama rakyat semua kaum serta parti-parti patriotik-demokratik telah berjaya menamatkan kekuasaan penjajahan di tanah air kita yang wujud selama lebih 400 tahun serta lahirlah bangsa Malaya.

Proses kelahiran bangsa Malaya yang berbilang kaum ini boleh diringkaskan sebagai berikut:


1. Orang Melayu telah melancarkan perang-perang patriotik dan perjuangan-perjuangan adil lainnya melawan kaum penjajah demi kemerdekaan tanah air sejak tahun 1511 lagi dan telah membentuk tradisi patriotisme Melayu.


2. Setelah terbentuknya masyarakat berbilang kaum sejak abad ke-19, rakyat berbilang kaum telah bersama-sama menciptakan kekayaan masyarakat. Kerana dorongan dari gerakan kemerdekaan seluruh dunia khasnya revolusi China, revolusi Indonesia, gerakan kemerdekaan India dan lain-lain, kaum proletariat Malaya (khasnya anasir maju kelas buruh Cina) telah mendirikan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930. 

Kerana dorongan gerakan kemerdekaan tersebut juga, golongan terpelajar Melayu yang terdorong dengan semangat patriotisme dan demokratik telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937. KMM adalah parti politik nasionalis Melayu yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.


3. Setelah meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata melawan Jepun. Dalam pada itu KMM bekerjasama dengan Jepun. Bulan Jun 1942,  KMM diharamkan.


4. Pada tahun 1945 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah didirikan untuk meneruskan perjuangan KMM. PKMM dengan lantang mengemukakan semboyan merdeka sebagai dasar perjuangannya. Ia telah menggembleng kekuatan-kekuatan patriotik-demokratik iaitu nasionalis, agama dan sosialis. 

Pada tahun 1945, golongan pertengahan telah mendirikan UMNO dengan semboyan Hidup Melayu. Dasar perjuangannya ialah menyatukan bangsa Melayu tetapi menentang kemerdekaan. 

Ketika itu telah muncul dua aliran besar dalam sejarah bangsa Malaya iaitu PKMM yang mewakili golongan patriotik-demokratik dari aliran nasionalis, agama dan sosialis yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan UMNO yang didirikan oleh golongan pertengahan Melayu yang bekerjasama dan memihak penjajah. 

Pada tahun 1947 berdirilah front persatuan PUTERA - AMCJA yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbagai aliran patriotik-demokratik berjuang untuk kemerdekaan dengan berlandaskan patriotisme Malaya secara berperlembagaan dan menggubal 10 PRINSIP PERLEMBAGAAN RAKYAT yang mencerminkan hasrat semua kaum di Malaya. 

Ketika itu UMNO yang dimenangi oleh penjajah telah mendapat saingan yang amat berat. Perjuangan bangsa Malaya untuk kemerdekaan telah membahana ke seluruh negara.


5. Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah mengharamkan semua pertubuhan patriotik-demokratik serta menangkap para pemimpin dan anggotanya. 

Perlu dijelaskan di sini bahawa pengharaman semua parti tersebut telah memungkinkan UMNO menjajakan dirinya tanpa sebarang saingan. Kerana gerakan patriotik-demokratik menghadapi tekanan hebat, PKM bersama sebahagian anggota PKMM telah melancarkan perang melawan penjajah British manakala sebahagian anggota pertubuhan patriotik demokratik lainnya meneruskan perjuangan dengan mendirikan parti-parti baru atau memasuki UMNO. 

Dengan demikian arus kemerdekaan mula melanda dalam tubuh UMNO. Mulai dari saat itu UMNO mengubah semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka. 

Pada tahun 1955 berlangsung pula Perundingan Baling untuk menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian antara PKM dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang masih ditunjangi penjajah ketika itu tidak memberikan jalan kepada golongan patriotik-demokratik untuk sama-sama memperjuangkan kemerdekaan secara berperlembagaan.


6. Pada 31 Ogos 1957, penjajah British terpaksa mengakui kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada UMNO. 

Dengan demikian lahirlah bangsa Malaya yang merdeka melalui perjuangan bersama yang bertumpah darah dalam masa panjang oleh rakyat berbagai kaum. 

Ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah tanah air kita. Tetapi kemerdekaan ini tidak sempurna, perang tidak dapat ditamatkan. Bangsa Malaya harus terus berjuang untuk kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati bangsa, tanah air dan rakyat.


Masalah bangsa harus dibentangkan dari sudut sejarah dan ekonomi. 

Masalah bangsa hanya dapat diselesaikan jika ia dipandang daripada dan dihubungkan dengan syarat-syarat sejarah yang wujud dalam bangsa itu sendiri. 

PKM dalam pernyataan 18 Jun 1957 merumuskan bahawa "orang Melayu adalah pengasas masyarakat tamadun negara kita, adalah kaum yang paling lama sejarahnya dan agak ramai penduduknya di negara kita. Orang Melayu pernah memainkan peranan yang penting dalam sejarah perjuangan anti-penjajah. Kita harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan orang Melayu yang semestinya". 

Seterusnya pernyataan tersebut menegaskan: "orang Cina dan orang India merupakan komponen utama dalam keluarga besar negara kita yang berbilang kaum. Mereka juga mempunyai penduduk yang ramai dan telah membuat sumbangan yang positif dalam menciptakan kekayaan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita harus menghormati kedudukan penting orang Cina dan orang India di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan wajar mereka. Selain itu kita juga harus memperhatikan tuntutan-tuntutan munasabah kaum-kaum minoriti." 

Formula ini dirumuskan berdasarkan ciri-ciri khusus masyarakat negara kita dengan bertolak daripada prinsip mencari kebenaran dari kenyataan.


Bangsa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat, maka ia mempunyai sifat dan isi yang berlainan dalam masa sejarah yang berlainan dan di bawah syarat-syarat yang berlainan. 

Bangsa juga berubah seiring dengan perkembangan terus-menerus masyarakat umat manusia. Perkembangan bangsa serta hubungan bangsa paling pokoknya ditentukan oleh perkembangan tenaga produktif masyarakat dan pembahagian kerja dalam masyarakat serta oleh dasar material masyarakat.


Setelah merdeka, masyarakat negara kita telah mengalami perubahan-perubahan besar baik di bidang ekonomi mahupun politik, sosial, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Ini telah mempengaruhi dengan nyata sekali perkembangan bangsa di negara kita.


1. Ekonomi: Dalam masa penjajah British, kedudukan ekonomi masing-masing kaum ditentukan secara ketara oleh British. Orang Melayu tinggal di desa-desa menjadi petani atau nelayan, mengerjakan sawah padi, menoreh getah ataupun menangkap ikan manakala orang Cina dan India bekerja di lombong-lombong dan estet-estet sebagai buruh. 

Ketiga-tiga kaum ini hidup secara terpisah-pisah dan kurang sekali interaksi serta pergaulan antara mereka. Di segi pembangunan ekonomi kapitalis tanah jajahan, proletariat Cina dan India merupakan jumlah terbanyak tenaga produktif.


Selepas merdeka, khasnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, keadaan masyarakat berubah dengan agak pesat sekali. Orang Melayu yang dulunya kebanyakan tinggal di desa kini membanjiri kota-kota mencari pekerjaan. 

Proletariat Melayu lahir dan membesar dengan tiada taranya. Dengan demikian kelas buruh negara kita telah berubah menjadi berbilang kaum, bercampur gaul dan bersatu dalam pekerjaan dan perjuangan bersama. 

Di segi penguasaan ekonomi, kelas kapitalis birokrat Melayu sudah menguasai 30 peratus sektor korporat negara manakala selebihnya dikuasai oleh kapitalis besar asing serta kapitalis-kapitalis besar Cina dan India. 

Perubahan ekonomi dan sosial ini menjadikan kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain yang dulunya lebih bersifat majoriti penduduk Cina sekarang sudah berubah menjadi berbilang kaum dengan bertambah ramainya penduduk Melayu. 

Pembandaran yang pesat ini telah mendorong pergaulan yang lebih kerap antara berbagai kaum di negara kita.


2. Tanah: Dulu di zaman penjajah, hanya orang Melayu yang mempunyai geran khas atas tanah di samping wujudnya Tanah Simpanan Melayu. Orang Cina dan India hanya diberikan tanah TOL, iaitu Lesen Tumpangan Sementara. 

Dalam masa Perang Anti-British, kira-kira 1.5 juta penduduk, kebanyakannya orang Cina dipindahkan secara paksa ke dalam kem-kem kurungan yang kemudian berubah menjadi "kampung baru". 

Selepas merdeka, berjuta-juta penduduk dipindah memasuki rancangan kemajuan tanah seperti Felda, Felcra, Kesedar, Ketengah, Dara, Kejora, Projek Johor Barat serta Jengka Tiga Segi. 

Rancangan-rancangan tanah ini kebanyakannya disertai oleh orang Melayu, namun dalam masa kebelakangan ini, lain-lain kaum juga diterima masuk menyertainya. 

Melalui perjuangan berjangka panjang, orang Cina dan India juga beransur-ansur diberi hak milik atas tanah dengan mendapat geran kekal, bukan lagi semata-mata tanah TOL. Ini membawa perubahan kepada perkembangan bangsa di negara kita.


3. Bahasa: Bahasa merupakan salah satu syarat terpenting bagi perhubungan dalam bangsa itu. Sebelum merdeka, berbagai kaum menggunakan bahasa Melayu pasar sebagai alat berhubung dan bergaul. 

Kalangan yang berpendidikan barat pula menggunakan bahasa Inggeris. 

Selepas merdeka, seiring dengan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dan demi memenangi sokongan orang Melayu, kerajaan telah mengembangkan pendidikan dalam bahasa Melayu yang telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan. 

Kini bahasa Melayu sudah diterima dan digunakan secara merata sebagai bahasa umum oleh rakyat berbilang kaum. Dengan demikian, sudah terdapat bahasa bersama yang digunakan secara luas oleh rakyat berbagai kaum dan lapisan negara kita. 

Taraf bahasa juga lebih teratur, bukan lagi semata-mata bahasa pasar.


4. Kebudayaan dan Kesenian: Kebudayaan dan kesenian mencerminkan wajah mental sesuatu bangsa itu. Di negara kita berbagai kaum umumnya hidup secara bercampur dan pergaulan antara rakyat berbagai kaum amat kerap dan merupakan perkara harian baik di tempat kediaman, tempat kerja, sekolah, pasar, tempat hiburan dan lain-lain. 

Melalui kehidupan bersama tersebut rakyat berbagai kaum di samping memelihara kebudayaan dan kesenian baru yang mencerminkan unsur-unsur berbilang kaum serta penghidupan baru bersama. 

Selain itu dalam berbagai hari raya tradisional kaum masing-masing, berbagai kaum ikut serta. Dalam acara-acara kesenian seperti nyanyian, tarian, pementasan drama, deklamasi sajak, lakonan filem dan lain-lain serta acara-acara sukan terdapat unsur percampurgaulan antara berbagai kaum. 

Ini adalah satu perkembangan baru melalui proses integrasi semula jadi dan asimilasi semula jadi selepas kemerdekaan. Selain itu di segi agama pula Islam sudah bersebati dengan jiwa orang Melayu sejak 600 tahun dulu. 

Kini, melalui perkembangan masyarakat selepas kemerdekaan, ramai pula orang daripada kaum-kaum lain memeluk agama Islam, misalnya Orang Asli serta orang-orang keturunan Cina dan India. 

Ini berlaku sama ada melalui perkahwinan campur atau melalui penukaran agama secara sukarela. 

Jelaslah ini mencerminkan wajah baru bangsa Melayu. Kita boleh meramalkan 30 tahun mendatang, bangsa Malaya atau bangsa Malaysia yang benar-benar berwajah baru akan berkembang di negara kita.


Satu unsur penting dalam pembentukan bangsa ialah kesedaran nasional iaitu pengakuan diri atau kesedaran diri sebagai tergolong dalam kesatuan bangsa itu. 

Di negara kita ini merupakan satu syarat perlu yang belum dapat dipenuhi dan diwujudkan sepenuhnya, dalam erti kata rakyat berbagai kaum belum sepenuhnya menganggap diri mereka pertama-tama sebagai bangsa Malaya atau Malaysia melainkan lebih menitikberatkan kesedaran kaum sendiri dahulu. 

Ini adalah akibat wajar daripada mengamalkan sistem politik perkauman di Malaya parti-parti utama dalam pemerintahan UMNO, MCA, MIC adalah parti politik perkauman yang menggunakan sentimen kaum masing-masing. 


Walaupun begitu Perikatan dibentuk dengan kerjasama UMNO, MCA dan MIC dan pada tahun 1955. Perikatan ini kemudian setelah berlaku rusuhan kaum 1969 diberi nama Barisan Nasional pada tahun 1974 dengan 12 komponennya.

Selama 35 tahun Barisan Nasional berfungsi baik sehinggalah pada 2008 formula ini mulai longgar akibat dari kelemahan kepimpinan, tindakbalas pemimpin yang diketepikan menghasut sentimen perkauman.

Lagi sekali post 2013 kebobrokan pemimpin negarawan mahu bekerjasama dengan pembangkang menghancurkan formula Barisan Nasional.

Formula Barisan Nasional sekarang sudah dicopy oleh pembangkang dengan mengadakan pakatan yang hampir sama.

Masalah bangsa Malaysia apa penyelesaian politiknya? Hanya rakyat Malaysia yang terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk menjawab persoalan ini.

Yang akhirnya sampai di satu masa mungkin 100 atau 200 tahun lagi akan menjadi seperti definasi berikut:


What is a Bangsa Malaysia?

Bangsa Malaysia refers to the citizens of Malaysia being treated in equal terms irregardless of sex, race, religion and political ideology. 

Bangsa Malaysia has nothing to do with race, religion or beliefs. 

Bangsa Malaysia means working together for the benefit of the nation without any influence of individual interest, religion or race.  The sooner we adapt the “Bangsa Malaysia” ideology, the better our nation will be.

2 comments:

Anonymous said...

BANGSAT lu si KITOL KEPARAT! Tembelang lu dah PECAH!

TAK habis2 ada si KITOL KEPARAT-si PENJILAT2 si rejim2 TERORIS PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BerSHIT-DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO ANJING KURAP/madey anak BERANAK BANGSAT-si puaka2 RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD-CIA/NA*O mcm. ni - yg. nak mengHAPUSkan identiti/hak/warisan/kebajikan/keselamatan BANGSA Orang Asal/Indigenous Islam/Melayu! Inilah yg. di mahukan oleh TUAN2 PENJAJAH lu tu dgn. konsep 'bangsa' Malaysia! Mana SPRM!!!!!

Tok Landak.

[BANGSA Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Orang Asli/Indigenous/Native/Aborigines-Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah (SATU) ’Bangsa’ Malaysia, sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU ‘bangsa' Malayan bersatu dgn. MENGHAPUSkan identiti & hak BANGSA Bumiputera yg. PELBAGAI - pelansungan dari agenda-British/ZIONIS-Malayan Union-JAHANAM].

Anonymous said...

#DESTROY the Penjajah Parasit/Penyamun KAFIR HARBI DAPerasuah-no 1 Dunia JUBOQ BABI & KULI2-terTONGGENG dia-si PKRHOMO ANJING KURAP/madey anak BERANAK BANGSAT!

Lihat PENDEDAHAN ni oleh bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman, ketika berceramah di Putrajaya pada 3 Julai 2012 - tentang MO Setan Zionis ‘Malaysian Malaysia’-si TERORIS PENJAJAH PARASIT/PENYAMUN KAFIR HARBI HOMO DAPJUBOQ BABI; lihat di https://aidcnews.wordpress.com/2017/03/17/modus-operandi-malaysian-malaysia-didedahkan-bekas-aktivis-dap/ :

Modus Operandi ‘Malaysian Malaysia’ Didedahkan Bekas Aktivis DAP

AIDCNews

, March 17, 2017

...Lim Kit Siang biasa kata dalam mesyuarat, Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. …Tuan-tuan masih ingat tak apa yang berlaku pada 11 April (2012) yang lalu, semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong. Tengok, bagaimanakah mereka menghina dan mencaci Raja.

Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat tawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Agong di bumi Malaysia ni. Lepas ini tak ada dah. Kita akan lantik Presiden. Kita akan turunkan sembilan Raja. Kita akan lantik satu Presiden.

Presiden pertama, memang kita akan bagi kat orang Melayu. Yang pertama sahaja. Lepas yang kedua, seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Macam Singapura lah....

Azan kita tidak akan benarkan.....

Bahasa Inggeris, kita akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia Cuma sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris bahasa utama, bahasa kedua kita akan galakkan adalah bahasa Mandarin.

Bagi DAP, bahasa Malaysia is a not value language.

Inilah agensi pertama kita akan bubarkan selepas dua minggu kami tawan Putrajaya. MARA….Kita akan tubuhkan agensi lain bukan MARA. Nama MARA akan dihapuskan…..

Tuan-tuan tahu tak dalam satu mesyuarat, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng kata apa, “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu…. Dia kata, nilai seorang Melayu ni, “Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value.” .......

Kami ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, macam Singapura....DAP paling benci tiga benda; Islam, Melayu dan Raja….Dia akan tukar Rejimen Askar Malaysia selepas ini. perkataan Melayu tu dia akan buang.

Begitulah juga dengan Panglima Angkatan Tentera dengan KPN. Dua-dua jawatan tertinggi khas untuk orang Cina saja. Dia tak akan bagi dekat orang Melayu. Eksklusif untuk orang Cina…..

Majlis Agama Islam akan dibubarkan dan akan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Semua agama duduk dalam satu jabatan macam IFC. Kita akan gabung dan duduk dalam satu jabatan.

Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. ....

Mahkamah Syariah. Mahkamah yang berteraskan agama tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Kita akan guna satu Mahkamah Sivil saja, yang lain semua kita akan tolak. Kita tidak akan iktiraf. Dasar Ekonomi Baru (DEB). Lepas Lim Guan Eng ambil sumpah, inilah kenyataan pertama dia, “Akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru.”….

Tuan-tuan tahu tak, kalau DAP dapat perintah banyak warganegara Taiwan, Hong Kong, Singapura akan memohon jadi rakyat Malaysia selepas ini...... (baca sendiri artikel amat PENTING ini sepenuhnya)

(Tok Landak)

Nota: Kalau berita ni TAK benaq, kenapa Razali TAK diSAMAN oleh spesis TERORIS PENJAJAH Zionis DAPJUBOQ BABI-si KAFIR HARBI PARASIT/LANUN/PEROMPAK/PERASUAH/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL-si puaka RASIS/PORNO/HOMO-si KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD ni?!! Dan kita boleh agak kenapa zah*dKITOL-geng AnwaqHOMO/KD*GAGAL tu enggan MENYIASAT bawah Akta TERORISMA!

Dan si spesis PENYAMAQ2 PENAKUT KULIT BABI DAPJUBOQ BABI ni juga sedg. menCURI identiti RAZALI/TOK LANDAK/NEK TEMPOYAK/MAKCIK SAMBAL BELACAN utk. SABOTAJ/PALSUkan komen2 yg. ANTI-DAPJUBOQ BABI & yg. pro-YAB PM; serta mengGERTAK nak BUNUH/ROGOL Nek Tempoyak & Bapanya yg. bekas ASKAR, kerana depa punya TAKUT atas PENDEDAHAN Razali ni & mulut2 CILI PADI BERAPI Tok Landak/Nek Tempoyak/Makcik Sambal Belacan yg. amat ANTI-DAPJUBOQ BABI!