Nuffnang Ads

Pages

Thursday, March 9, 2017

Projek Jalan Luar Bandar Jambatan Gemunchor Mela-Batu Balak-Labu Memacu Pembangunan Tembeling Tengah Dan Kuala Tembeling

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor

Lagi hasil tangan sentuhan masterpiece ADUN Tahan. Site visit Projek Jalan Luar Bandar Jambatan Gemunchor Mela ke Kg Labu melalui Kg Batu Balak RM200 juta.

Image may contain: car, sky, outdoor and nature





Projek Jambatan Gemunchor Mela sudah siap pada 2016 turut membantu memacu pembangunan Tembeling Tengah selain dari memajukan kampung-kampung tradisional kanan mudik Sg Jelai di Daerah Lipis.

Selepas Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 2 Tambahan selesai kelulusan peruntukan lebih RM1 bilion hingga Projek Jalan Ulu Tembeling-Terengganu (Kg Pasir Raja) Fasa 3.

ADUN Tahan berhasrat untuk membina jalan bagi menghubungkan Kg Tuit di Kuala Tahan ke Kg Mat Daling di Daerah Jerantut, Pahang yang mana perhubungan sedia ada hanyalah melalui jalan balak 4x4 dan laluan sungai seperti Sg Tembeling (perahu/bot).

Jalan baru ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan ekonomi, dan seterusnya menaiktaraf kehidupan penduduk luar bandar di sepanjang laluan ini dan khususnya kepada penduduk kampung-kampung di Ulu Tembeling.

Pelaksanaan projek jalan sepanjang 66km ini telah dibahagikan kepada tiga pakej:

Pakej 1: Dari Kg Tuit ke Kg Pagi dengan jarak 21km kos RM121 juta. Siap Ogos 2015.

Pakej 2: Dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang 32km kos RM280 juta. Telah bermula kerja-kerja sejak 2015 dan dijangka siap 36 bulan pada Mei 2018.

Pakej 3: Kg Pagi By Pass 7km
              Jalan Kg Kuala Sat 5km
              Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Gusai 5km
              Dari Kg Bantal Seberang ke Kg Mat Daling 13km
              7 Jambatan merentasi Sg Tembeling , Sg Sepia dll
              kos RM251 juta


ADUN Tahan merancang lagi satu Projek Jalan Luar Bandar iaitu Projek Jalan Jambatan Gemunchor ke Kg Labu melalui Kg Batu Balak hingga mendapat kelulusan peruntukan KKLW RM200 juta.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membina sebuah jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor dekat Kg Mela diselenggara oleh Kementerian luar Bandar.

Walaupun ini pembangunan di Daerah Lipis tetapi bersempadan dengan Daerah Jerantut.

Sebelum ini peruntukan RM16 juta telah diluluskan untuk membina sebuah jambatan pejalan kaki Kuala Tahan. Oleh kerana sedikit salah faham Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju maka peruntukan ini telah dipindahkan ke Projek Jambatan Gemunchor.

Di Sungai Tembeling pula tiada sebarang jambatan dibina menghubungkan  kedua tebing sungai.

Bagaimana Projek Jambatan Gemunchor ini boleh membantu memacu pembangunan bukan sahaja di Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Jerantut tapi juga memacu pembangunan di Tembeling Tengah?

Terdapat banyak kampung-kampung tradisional lama di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling yang sudah ditinggalkan oleh penduduk dan mempunyai keluasan tanah yang luas berpotensi untuk dimajukan disamping ladang kelapa sawit 30,000 ekar diusahakan oleh GLC seperti Tabung Haji.

Pada masa ini juga Kementerian Luar Bandar telah meluluskan satu projek jalan luar bandar yang menghubungkan Kg Gemunchor ke Kg Labu Tembeling Tengah  sepanjang 22 km.

Projek jalan luar bandar ini boleh menghubungkan dengan beberapa buah kampung seperti Kg Batu Balak, Kg Jong Berlaboh lama dan banyak kampung yang sudah dilupakan namanya.

Ini bererti bukan sahaja di sebelah kanan mudik Sungai Tembeling ada jalinan jalanraya malah disebelah kiri mudik Sungai Tembeling pun ada jalinan jalanraya.

Jambatan Gemunchor Mela dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu bakal memacu pembangunan Tembeling Tengah Lama.

Projek-projek pertanian secara perladangan dan orang kampung boleh usahasama keluasan banyak tanah yang sekarang telah ditinggalkan untuk kegiatan sumber ekonomi.

Ini menjadikan banyak pilihan ekonomi bagi penduduk Tembeling Hilir dan Tembeling Tengah.

Sebuah jambatan akan dibina di Kg Labu merentas Sg Tembeling yang mana diharap boleh memberi keceriaan kepada Projek Labu Sentral sebagai destinasi transit pelancong ke Taman Negara yang menelan peruntukan ECER lebih RM1 juta.

Jabatan Perhilitan telah mencadangkan supaya Projek Jalan Jambatan Gemunchor-Batu Balak-Labu ini boleh disambung terus ke Kuala Atok Sg Tembeling tempat Kompleks Pusat Pendidikan Biodiversiti yang ingin dinaiktaraf di masa depan hanya sejauh 11 km lagi.





















Foto slide ehsan Jabatan Perhilitan.



















2 comments:

Anonymous said...

Kpg2 lama yg. diTINGGALkan tu - tolonglah RISDA/FELDA/Lembaga ZAKAT bangunkan; biaq PENEROKA2 bangsa BUMIPUTERA/Orang Asal/Indigenous Islam/Melayu dan Orang Asli kita bangunkan kembali; dari jenerasi MUDA miskin/sederhana pula! JANGAN pula hanya syarikat2 KORPORAT ambil alih!

Dan biaqlah kpg2 RISDA/FELDA/lembaga ZAKAT ni dibangunkan dgn. kemudahan2 CANGGIH spt. KOMPLEKS SUKAN/GIMNASIUM, DEWAN KOMUNITI termasuk pusat2 KOMPUTER, TAMAN2 PERMAINAN/REKREASI yg. amat LUAS, PASARAYA2 canggih, sistem PENGANGKUTAN canggih dan SEKOLAH2/ASRAMA2 canggih utk. anak2 PENEROKA supaya dpt. menarik jenerasi muda!

Tok Landak.





Anonymous said...

Asyik2 anak2 peneroka! Istimewa sgt anak peneroka ni? Kg tradisional ada juga anak2nya! Jd kwsn kg tradisional utk anak kampung tradisional. Klu semua utk anak peneroka hiduplah ko org aje org mampus belaka!