Wednesday, March 22, 2017

Peranan JAKOA Membangunkan Masa Depan Dan Survival Orang Asli

Image result for jakoa


JAKOA merujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kewujudan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 yang telah dipinda pada tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai komuniti Orang Asli telah dijelaskan dengan terperinci. Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli ditakrifkan seperti berikut:

  1. mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki itu;
  2. mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli; atau
  3. anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.


Orang Asli di Malaysia

Orang Asli terbahagi kepada 3 group besar: Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

Negrito pecah kepada: Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq.

Senoi pecah kepada: Temiar, Semai, Semoq Beri, Jahut, Mahut, Che Wong.

Melayu Proto pecah kepada: Kuala, Kanaq, Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.

Penduduk Orang Asli di Semenanjung berjumlah tidak sampai 200,000 orang mengikut banci 2010


Pembangunan Penempatan Tersusun

1. Rancangan Pengumpulan Semula ( RPS )

Projek ini dimulakan pada tahun 1980 (RMKe-4), keputusan kabinet bertujuan pada asalnya membendung kegiatan anasir subversif (komunis) yang mempengaruhi Orang Asli di kawasan pedalaman. Rancangan ini banyak melibatkan perpindahan Orang Asli ke lokasi baru dari penempatan asal. Sejumlah 17 lokasi RPS iaitu 6 di Negeri Perak, 7 di Negeri Pahang, 3 di Negeri Kelantan dan 1 di Negeri Johor (RPS Kudung dibangunkan oleh YPJC).

Antara insentif dan projek pembangunan yang disalurkan menerusi RPS ialah penyediaan rumah kediaman kepada peserta program, pembangunan infrastruktur dan prasarana secara bersepadu serta program tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah. Menerusi tanaman komersial tersebut peserta bukan sahaja menerima dividen menerusi hasil ladang malah turut diberi peluang untuk terlibat secara langsung sebagai pekerja ladang.


2. Penyusunan Semula Kampung ( PSK )

Sebanyak 217 buah kampung Orang Asli (12,264 KIR) telah terlibat dengan pelaksanaan PSK JAKOA yang telah diluluskan pada tahun 1999 (RMK7). Pelaksanaannya adalah bertujuan untuk menaik taraf infrastruktur kampung dan kemudahan awam, keperluan asas dan projek pembangunan tanah seperti tanaman sawit dan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Peserta-peserta PSK turut menerima insentif dan kemudahan seperti mana yang dinikmati oleh peserta RPS.


3. Rancangan Kampung Baru ( RKB )

Jabatan ini juga telah melaksanakan projek Rancangan Kampung Baru di kawasan keselamatan yang bersempadan dengan Thailand (KESBAN). Program ini khusus untuk membangun dan menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli yang mana kampung mereka berada di kawasan berkenaan.

Peserta RKB juga turut menikmati insentif dan kemudahan sama seperti peserta RPS dan PSK.


4. Projek Bencana Alam

Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.

Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem perparitan, pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.


5. Ukur keliling Tanah Penempatan Orang Asli (Kampung) / Pengambilan Tanah

Memandangkan terdapat masih banyak kawasan penempatan Orang Asli yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi belum diwartakan atau keperluan kerja ukur keliling dan kejuruteraan bagi melaksanakan projek pembangunan persekutuan maka JAKOA telah diberi peruntukan bagi tujuan tersebut. Menerusi kemudahan yang disediakan tersebut isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, persempadanan dan kerja-kerja ukur dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pentadbir tanah dan peraturan-peraturan semasa yang berkuat kuasa.


Pembangunan Modal Insan

Unit Pendidikan : Program-Program Pendidikan Formal, Non Formal, IPT dan Biasiswa

Unit Latihan dan Kerjaya : Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Kualiti Hidup

Unit Kebajikan Pesakit :


Pembangunan Ekonomi

1. Program Pembangunan Ekonomi Negeri

Menerusi program ini fokus diberikan kepada pembiayaan projek pembangunan ladang. Projek ini adalah dilaksanakan menerusi RISDA dan FELCRA bagi membangunkan ladang kelapa sawit dan getah. Projek ini merupakan aktiviti utama Jabatan dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli.


2. Program Pengembangan (Kursus)

Program Pengembangan (kursus) ini adalah bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli yang berpotensi mengenai projek tanaman dan pertanian moden. Antara kursus-kursus yang dilaksanakan ialah kursus penyelenggaraan ladang kelapa sawit, tanaman hidroponik, kaedah penanaman getah, kursus ternakan dan sebagainya.


3. Program Bimbingan Usahawan

Menerusi program ini selain daripada mempromosikan produk-produk Orang Asli pelbagai insentif disediakan kepada bakal usahawan Orang Asli yang telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan yang dianjurkan Jabatan. Antara insentif yang disediakan ialah bantuan peralatan perniagaan, bantuan bahan input dan sebagainya. Pelbagai bidang perniagaan yang telah diterokai oleh Orang Asli seperti perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kenderaan, kafe siber, bidang pembinaan dan lain-lain lagi.


4. Program Pembinaan Ruang Niaga

Jabatan turut menyediakan peruntukan bagi membina premis ruang niaga kepada masyarakat Orang Asli yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pembinaan ruang niaga kepada peserta ini adalah tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Program Bimbingan Usahawan dan Perusahaan/ Industri kepada Orang Asli. Antara jenis premis yang telah dibina ialah bengkel kraf, kedai runcit, bengkel motosikal, kedai makan dan kedai jahit.


5. Program Peningkatan Pendapatan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( SPKR ) 

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi JAKOA turut menyediakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar miskin tegar selaras dengan hasrat pihak kerajaan. Antara bantuan yang disalurkan menerusi program ini ialah peralatan jentera pertanian, bahan input perikanan, kelengkapan menangkap ikan, projek sayuran, tanaman keledek, tanaman limau nipis, ternakan ikan talapia, ternakan ayam kampung, ternakan kambing dan sebagainya. Permohonan bagi penyertaan program ini boleh dipohon menerusi Pejabat Hal Ehwal Orang Asli di daerah-daerah dan senarai calon dan peserta yang berkelayakan akan dipanjangkan kepada urus setia peringkat Kementerian untuk diperakukan bantuan projek.


Pembangunan Sosial

1. Program Bantuan Rumah ( PBR )

Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.


2. Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Jabatan Kemajuan Orang Asli melalui Program Pembangunan Sosial ada menyediakan kemudahan perumahan kepada Masyarakat Orang Asli miskin dan miskin tegar di seluruh Semenanjung Malaysia. Kemudahan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli yang layak menerima bantuan dan pemilihan adalah berdasarkan Garis Panduan Program Bantuan Rumah (PBR) SPKR dalam tempoh RMKe9 (2006 – 2010). Bantuan rumah bukan sahaja membina rumah tiga (3) bilik mengikut spesifikasi teknikal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), malah bantuan turut diberikan bagi kerja-kerja pembaikan rumah PBR sedia ada.


JAKOA berperanan membangunkan masa depan dan survival Orang Asli. Adalah diharap pelaksanaan dan implementasi program-program ini deliverinya cekap dan berkesan bagi millenia akan datang .

1 comment:

Anonymous said...

HAK/KESELAMATAN/KEBAJIKAN/WARISAN Bangsa BUMIPUTERA Orang Asli/Melayu kita kita mesti diPERTAHANkan dgn. POLISI2 baru - spt. mejaga TANAH2/HUTAN2 ADAT kita spt. dgn. TANAH2/HUTAN2 ADAT bangsa BUMIPUTERA di Sarawak, terutamanya bangsa Bumiputera PENAN; yg. juga memerlukan HUTAN2 ADAT yg. luas. Malangnya di SEMENANJUNG; kita TAK ada polisi bawah TANAH/HUTAN ADAT untuk bangsa2 ORANG ASAL/INDIGENOUS Melayu-Orang Asli; cuma bawah Tanah Rezab Melayu yg. menjadi makin sedikit setelah banyak diGADAIkan di bawah rejim PENJAJAH ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL BersHIT-DAPBANGKAI /PKRHOMO/madey anak BERANAK BANGSAT RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD!

TANAH/HUTAN ADAT adalah WARISAN & HAK amat PENTING demi perkembangan kaum2 TRADISIONAL yg. SIHAT dr. segala aspek, fizikal, mental dan rohaniah - terutamanya utk. kaum Penan/Orang Asli, yg. juga amat memerlukan TANAH2/HUTAN2 ADAT yg. LUAS utk. MENERUSkan warisan/identiti amat TRADISIONAL depa, di mana para keluarga depa TAK mahu diPISAHkan.

Lihat betapa bahagia bangsa BUMIPUTERA Iban/Rungus contohnya bila depa dpt. MENERUSkan WARISAN amat tradisonal depa iaitu RUMAH2 PANJANG depa utk. dpt. hidup BERSAMA seluruh SANAK SAUDARA; walau telah dimodenkan dan ada diPISAHkan kerana BELAJAR/BERKERJA. namun RUMAH PANJANG ini akan KEKAL selamnya utk. beKUMPUL semua bila waktu PERAYAAN.

Maka, Orang Asli perlu diberikan kembali HUTAN2 ADAT depa (yg. masih KEKAL & ASLI di bawah HUTAN2 SIMPANAN) serta PERKAMPUNGAN2 tradisional depa diPERBAIKI mcm. RUMAH2 PANJANG tersebut. Dgn. adanya TANAH2/HUTAN2 ADAT yg. LUAS ini - kaum ORANG ASLI dpt. diLATIH utk. menjadi USAHAWAN2 pelancongan depa sendiri termasuk menjadi PEMANDU HUTAN (FOREST GUIDE) spt. di Sabah/Sarawak, serta menyediakan "HOMESTAY" dan MEMASARkan sendiri kraftangan2 depa.

Cthnya perniagaan kaum Rungus melalui "Homestay" RUMAH PANJANG yg. telah diMODENkan dgn. "SHOWER2"& TANDAS2 moden-ala Barat! Ini telah dpt. MENARIK ramai PELANCONG ASING yg. TAK biasa dgn. BILIK MANDI/TANDAS tradisional kita. Walau REMEH buat kita tetapi makin amat PENTING buat PELANCONG2 ASING - yg. makin mahukan KESELESAAN dan TEKNOLOGI!

Pernah aku kat satu tpt. PELANCONGAN dlm. sebuah kem HUTAN terpencil di Sabah; sekumpulan PELANCONG2 dr. Italy telah MENGAMUK kerana terpaksa mandi air TELAGA! Apalagi bila AIR TELAGA tu berLUMPUR pula tu! Tapi EJEN PELANCONGAN tu bukan main mengenakan harga TINGGI!

Tok Landak.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024