
Pencerobohan Sabah mengakibatkan bukan sahaja rakyat Malaysia terkorban tapi juga risiko nyawa askar penceroboh turut terbunuh bila 7 batalion tentera Malaysia berkampong di Sabah.
Ini merosakkan hubungan berdekad antara rakyat Malaysia dan Filipina. Perdagangan antara Selatan Filipina dan Sabah yang telah berjalan sekian abad kini berisiko untuk dimusnahkan.
Orang Filipina Selatan seperti Suluk, Moro dan Tausug dan keturunan mereka di Sabah sudah teruk terpisah ekoran konflik ini.
Hanya pusat perdagangan bandar banyak terletak di Sabah. Bagi Suluk, Moro dan Tausug, Manila terlalu jauh beribu km terpaksa menempuh pulau demi pulau. Konflik ini boleh menghalang aktiviti perdagangan yang sudah lama dijalankan oleh penduduk Laut Sulu.
Kepulauan Tawi-Tawi, Sulu, Basilan , Palawan dan Zamboanga memang telah terhalang dari pembangunan. Menjadi negeri-negeri Islam kepulauan dalam negara majoriti Kristian, progres pembangunan serantau sangat perlahan.
Ditambah lagi konflik persaingan antara kumpulan Islam dalam kepulauan Sulu menganggu pertumbuhan ekonomi yang meletakkan kepulauan Sulu sebagai rantau paling mundur dalam dunia. Walaupun ada banyak sumber asli seperti minyak, gas dan lain-lain sumber asli yang tidak digarab yang mana boleh menjadikan rantau ini terkaya di Filipina.
Sebab utama perbezaan pertumbuhan ekonomi ini ialah konflik antara pemimpin, terutama antara Sultan-Sultan dan Datu-Datu yang akhirnya menyebabkan kurang penekanan kepada pendidikan orang muda, peluang dan penyediaan pekerjaan, projek-projek infrastruktur bagi kemajuan rakyat.
Adalah malang untuk memikirkan yang suatu masa dulu BangsaSulu, BangsaMoro, BangsaTausug dari Laut Sulu yang berjaya dan mempunyai peradaban yang tinggi di nusantara telah ditolak ke zaman gelap manakala saudara mereka di Sabah telah mula menikmati manfaat dan kebaikan dari pilihan mereka sendiri untuk bermastautin di Malaysia.
Berkonflik dan berperang gerila dengan Malaysia adalah sangat merugikan kepada orang Selatan Filipina kerana menghancurkan hati negara yang benar-benar ikhlas mahu membantu atas prinsip sama rumpun bangsa dan sama kepercayaan agama.







