Thursday, April 21, 2011

SPRM "Mengganas" Di Jerantut


SPRM sudah berjaya menjalankan operasi di Jabatan Immigresen dan Kastam. Beberapa tangkapan melibatkan pegawai kerajaan dan sejumlah wang. SPRM dulu dipanggil BPR iaitu Badan Pencegah Rasuah.

Kini SPRM sedang menjalankan operasi di Jerantut melibatkan jabatan kerajaan, korporat dan ahli politik. WZWH dengar ada 20 nama dalam senarai.

Di Jerantut ini memang banyak kes-kes melibatkan penjualan tanah-tanah kerajaan di bandar Jerantut, tanah Majlis Daerah, tanah pinggir bandar dan hutan-hutan balak sungguh mudah ditebang atas nama pembangunan palsu.

Transaksi dan urusniaga yang melibatkan keraguan terutama kepada rakyat Jerantut memerlukan penyiasatan mendalam dari SPRM.

WZWH harap jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ahli korporat serta ahli-ahli politik Jerantut haruslah memberi kerjasama yang baik bagi pihak SPRM menjalankan penyiasatan dan tanggungjawab. 

Orang Jerantut mahu Jerantut bersih rasuah. Orang Melayu bandar Jerantut mahu tahu kenapa tanah-tanah strategik di bandar senang-senang diberi kepada towkey Cina atas nama projek silang. Berapa projek silang lagi ada di Jerantut? Berapa hutang lagi campur bunga yang kerajaan perlu bayar kepada beberapa projek silang di Jerantut?

Orang Jerantut mahu tahu siapa yang terlibat dalam urusniaga dan perjanjian yang merugikan kerajaan dan rakyat Jerantut?

Biarkan SPRM menyiasatnya. Kita kena beri kepercayaan kepada SPRM.

Wednesday, April 20, 2011

Mentaliti Wakil Rakyat 3 Penggal dan Mantan YB Jerantut.

Lee Kuan Yew, 88 tahun mahu bertanding lagi di parlimen Tanjung Pagar pada PRU Singapura Mei nanti. Ini memberi motivasi yang tinggi kepada ahli politik-ahli politik Jerantut.

Jerantut adalah daerah paling besar dalam negeri Pahang. Keluasannya lebih 700,000 hektar. Ada 3 DUN di parlimen Jerantut. UMNO jaga DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan manakala MCA jaga DUN Damak.

DUN Tahan merupakan pula DUN paling besar dalam Pahang dan paling mundur. DUN Tahan ini sungguh luas lebih 500,000 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut.

Wakil rakyat Jerantut semua sudah 3 penggal kecuali MCA masuk penggal ke 4 dan ADUN Tahan belum sampai sepenggal.

Menarik di Jerantut ADUN yang sepenggal ini mahu diberhentikan servisnya kerana ada segelintir tidak suka. Pelik juga wakil rakyat yang muda belia dan rajin buat kerja cari peruntukan sebegini mahu diberhentikan.

Biasalah wakil rakyat 3 penggal sudah kurang motivasi. Tidak berminat nak jaga kawasan macam dulu. Hal-hal perkahwinan, kematian dan perasmian PIBG sekolah di dalam kawasan tidak dihiraukan. Rakyat mahu bermesra tapi YB tidak berminat mesra namun masa PRU mahu pula undi rakyat.

Orang Cina bandar Jerantut di kedai kopi kata ini wakil rakyat tidak servis macamana orang Cina mahu suka. Tidak tahu pula samada orang Cina cakap betul atau saja cari alasan.

Mantan-mantan YB Jerantut pun hebat ada banyak kategori:
  • Ada yang mantan parlimen mahu jadi ADUN
  • Ada yang mantan ADUN mahu jadi parlimen
  • Ada yang mantan parlimen mahu menaruh harapan menjadi parlimen semula
  • Ada mantan-mantan ini kata mereka orang kuat Najib. He he he...
Mereka ini kebanyakan sudah berumur 60an. Hebat ahli politik Jerantut biar kuda tua tapi semangat membara. Maklum tidak puas menjadi YB.

Inilah cerita corat coret mentaliti wakil rakyat 3 penggal dan mantan YB Jerantut. Jika Lee Kuan Yew mantan Perdana Menteri Singapura yang berumur 88 tahun masih mahu bertanding parlimen Tanjung Pagar pada PRU Singapura Mei ini kenapa tidak ahli politik Jerantut umur 60an bertanding lagi kerana mereka masih jauh lebih muda jika dibandingkan dengan Menteri Mentor Kanan Singapura itu!

Kenapa PM Dan MB Pahang Tidak Berminat Melawat Ulu Tembeling?

Ihsan gambar dari blog Pahangku.

Ramai orang Ulu Tembeling dan Jerantut bertanya WZWH kenapa PM dan MB Pahang tidak berminat melawat Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Bila WZWH fikir betul juga selepas DS Najib naik makam politik menjadi PM beliau tidak pernah melawat Ulu  Tembeling. Walaupun semasa PRU 12, beliau pernah berjanji mahu melawat DUN Tahan semasa pilihanraya.

MB Pahang, DSD Adnan Yaakob pun sudah lama tidak menjengok orang Ulu Tembeling mungkin sudah lebih 5 tahun.

Yang rajin melawat ialah Tuanku Sultan Pahang berangkat mencemar duli baik sebelum dan selepas pilihanraya. Tengku Mahkota Pahang pun sanggup ambil inisiatif beradu di Ulu Tembeling selama 3 hari 2 malam pada tahun 2010.

Pada tahun lepas Presiden PAS Hadi Awang bersama rombongan "kabinet bayangan PAS" baik peringkat pusat dan negeri datang melawat penduduk Ulu Tembeling. Walaupun Hadi Awang bukan Perdana Menteri dan MB yang boleh meluluskan  peruntukan namun kedatangan rombongan ahli-ahli politik PAS dialu-alukan oleh penduduk Ulu Tembeling.

DS Najib suka melawat bandar-bandar besar, pusat-pusat  industri, sering ke luar negara untuk umumkan GTP, ETP, pelaburan-pelaburan, ECER, NCER berbilion-bilion. Ini baik untuk ekonomi negara.

DS Najib pun suka melawat komuniti Cina dan sekolah Cina dan "generous" memberi peruntukan beratus-ratus juta. Ini bagus orang Cina suka. Ini semangat 1Malaysia.

WZWH cakap kedua-dua pemimpin besar kita ini sangat sibuk mentadbir dan mengurus negara dan negeri.  Walaupun mereka sibuk namun ramai Menteri, Timbalan Menteri, KSU, Timbalan KSU dan Pegawai Tinggi kementerian yang berkaitan datang meninjau perkembangan projek-projek pembangunan Ulu Tembeling.

Mungkin tidak ada jemputan dari kepimpinan UMNO Bahagaian Jerantut atau dari ahli parlimen dan ADUN-ADUN Jerantut. Macammana pemimpin besar dan agong kita mahu turun.

WZWH tambah lagi tidak penting untuk PM dan MB Pahang turun melawat Ulu Tembeling. Yang paling penting luluskan dan segerakan projek-projek pembangunan seperti:

  1. Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dan fasa 2
  2. Projek Felcra Ulu Tembeling
  3. Projek-projek  Pembesaran Kampung
  4. Projek-projek Tanah Kelompok
  5. Projek-projek  infrastruktur dari pusat
Ada ahli ekonomi kata jika jalan Ulu Tembeling boleh terus disambung ke Kampung Pasir Raja (Terengganu) maka lebih banyak pembangunan ekonomi diperbesarkan untuk memajukan region tersebut.

Tuesday, April 19, 2011

Realpolitik Cina Dan Hakikat Populasinya Mengecil

Proportion of Chinese in Malaysia total population
YearPercent
195745.0 +
197035.6
198032.1
199126.9
200024.5
201022.6 *
203518.6 **
Numbers of Chinese in Malaysia
Year
Chinese (million)
Total population
(million)
19703.610.5
19804.413.7
19914.918.4
20005.723.3
20106.528.9 *
20357.741.1 **
    * Projection by Department of Statistics
    ** Projection in The Population of Malaysia (ISEAS)

WZWH sedang mengkaji kenapa populasi orang Cina mengecil? Kemana orang Cina pergi atau menghilang? Penurunan populasi orang Cina yang drastik mengundang persoalan.

Antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, 50,000 pelajar belajar ke luar negara. Ramai yang tidak akan kembali. Juga ramai yang minta status PR di negara mereka belajar.

Terdapat 304,358 pelajar berdaftar dengan kedutaan Malaysia di luar negara hingga kini. Pasti modal insan yang majoriti berbangsa Cina ini tidak akan kembali ke Malaysia.

Mengikut kaum-kaum di Malaysia, orang Cina yang paling ramai berhijrah ke luar negara dan perubahan paling besar dari segi demografi. Helen Ang menulis...

In the 80s decade, the Chinese had a negative net migration rate of -10.6 percent. “Between 1980 and 1991, the [Chinese] migration deficit was estimated at 391,801 persons as against a national increase of 777,339 persons,” statistician Tey Nai Peng found in his study.

Chinese annual growth rate also showed a consistent drop, recording only 53 percent between 1990 and 2000 during a period when the national population grew 123 percent.

Tey said in his paper ‘Causes and consequences of demographic change in the Chinese community in Malaysia’ that “the fertility of the Chinese declined from 4.6 children to 2.5 children between 1970 and 1997”. Comparatively, total fertility rate for Malays in 1987 remained a high 4.51 when TFR for Chinese was 2.25.

It is no longer true that Penang is a Chinese majority state. In 2010, Malays in Penang are projected to be 670,128 persons – outnumbering Chinese at 658,661. Between 1991 and 2000, Penang had an average annual growth rate of 1.8 percent but Penang Chinese only 0.7 percent.

Perak has significant numbers of Chinese but still, Chinese registered a negative growth of -1.0 percent in 1991-2000 whereas the average annual rate of Perak population growth was a positive 0.4 percent.

The Department of Statistics records that in the 1990s, Chinese fell in number in Kelantan, Terengganu and Perlis too. In Malacca, Negri Sembilan and Pahang, Chinese were practically stagnant.

In Sabah, Chinese were 23 percent of the population in 1960 but shrunk to 10.1 percent in 2000. “In contrast, recent immigrants and refugees, with a population of 614,824 persons in 2000, form close to a quarter of the total population, or more than twice the size of the long-settled Chinese community,” writes Danny Wong Tze-Ken in his paper‘The Chinese population in Sabah’. 

By year 2000, Chinese were mainly concentrated in Kuala Lumpur and Selangor. The Klang Valley accounted for 38 percent of all Chinese in the Peninsula. Nine out of 10 Chinese today are found in urban areas, concentrated in the major cities.

In the dozen years between 1980 and 1991 when the Malaysian population increase nationally was 4,634,500 persons, Chinese increase was only 530,400 persons.

It is conspicuous that among the younger age cohorts, Chinese are an even smaller proportion of the national average. On the other hand, among the elderly [60 years and above], Chinese constitute 5.4 percent of the population, as against the national average of 5 percent.

Among the ethnic groups in Malaysia, Chinese have the highest proportion of the elderly. “It is found that most of the ‘clients’ in nursing homes are the Chinese,” observes researcher Philip Poi Jun Hua in his essay 'Ageing among the Chinese in Malaysia: Some trends and issues'.

The statistics tell a very sobering story. In another short 25 years, Chinese will only be a mere 18.6 percent of the population. They will soon fall below the sustainable threshold for propagating their culture, and their diminishing numbers will only increase the pressure for assimilation – something Chinese are reluctant to do.

WZWH dapat merasakan DAP sudah tentu bimbang dengan trend populasi orang Cina secara drastiknya menurun. DAP terpaksa menggunakan Anwar Ibrahim untuk memujuk TG Nik Aziz dan Hadi Awang menjatuhkan UMNO dan BN secepat mungkin pada PRU 13 nanti.

WZWH dapat meramalkan lagi 5, 10, 15, 20 hingga 50 tahun seterusnya dengan pertambahan populasi orang Melayu bila pada tahun 2035 diramalkan populasi orang Cina hanya 18.6% dan semakin menurun hingga bawah 10% pada tahun 2060.

UMNO akan bangkit sebagai satu parti Melayu akan makin kuat dan ini akan menyebabkan orang Cina terpaksa menyokong MCA dan Gerakan kembali kerana DAP tidak akan pergi ke mana.

WZWH percaya pada PRU ke 13 nanti, majoriti orang Melayu akan menolak PAS dan PKR kerana kesedaran kenapa perlu menyokong UMNO kembali sudah ada. Walaupun pakar-pakar strategis Pakatan Rakyat tidak bersetuju tetapi WZWH sudah tunjukkan statistik demografi.

Masa Depan Politik Malaysia


Membicarakan masa depan politik Malaysia mahu tidak mahu kena bicara juga masa depan politik UMNO. Sebabnya UMNO berpengaruh sejak tahun 1946 dan sudah lebih 59 tahun berkuasa menjadi tunjang pemerintahan negara.

Meringkaskan perubahan dan kepimpinan yang UMNO telah memerintah Malaysia ini elok WZWH quote apa yang yang dikatakan oleh  Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton...

AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara iaitu demokrasi hidup subur, kerajaan efektif dan pembangunan ekonomi yang pesat. Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain...

Malaysia dikagumi oleh negara-negara Islam..Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka...

Jika kuasa besar AS dan negara Islam memandang tinggi Malaysia apakah 28 juta rakyat Malaysia berfikir bahawa UMNO yang telah memerintah Malaysia berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen BN telah praktis "Good Governance".

Itulah parti UMNO yang bukan sahaja berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi juga turut menjaga kepentingan lain-lain kaum di Malaysia.

Tetapi pembangkang sejak PRU 12 telah memusing fakta ini dan cuba memberi gambaran persepsi bahawa  UMNO tidak jaga negara, UMNO tidak jaga rakyat, UMNO tidak jaga Melayu dan UMNO tidak jaga kaum-kaum lain.

Bertambah sedih bila sudah ada segolongan kecil  intelektual Melayu, golongan pertengahan Melayu dan orang Muda Melayu yang cuba menafikan apa yang UMNO telah perjuangkan dan kesungguhan UMNO menjaga Malaysia telah menyokong dan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Mereka kata UMNO parti yang tiada berideologi, tiada idea, tidak boleh mengharungi perubahan, tidak boleh berdepan dengan persekitaran yang sentiasa berubah dan ganas dan UMNO tidak boleh mengharungi masa depan!

Adakah betul UMNO itu parti kampung? UMNO tidak laku di bandar besar. Ya memang UMNO itu parti kampung. Hanya orang-orang tua kampung generasi lama UMNO dengan makcik-makcik Wanita yang kuat menyokong, orang muda tidak menyokong dan berminat, kata mereka.

75% dari 222 kerusi parlimen terletak di kawasan luar bandar dan di kawasan Felda. Itu fakta yang sesuai dengan UMNO imej parti kampung. Berapa ramai orang Melayu yang ramai di bandar-bandar besar kosmopolitan mengundi di bandar? Berapa ramai orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan pulang ke kampung setiap kali PRU dan PRK? WZWH tidak tahu jawapan tepat. Satu kajian menyeluruh perlu dibuat.

UMNO sebuah parti yang tiada ideologi? Hadi Awang kata PAS parti lama ada ideologi Islam. Lim Kit Siang juga kata DAP parti paling berideologi sekali di Malaysia! Anwar Ibrahim pun kata PKR parti yang punya ideologi bertaraf universal dan dunia!

UMNO memang parti yang tiada ideologi. UMNO parti kampung. Ideologi UMNO sangat mudah difahami oleh orang kampung, orang Melayu dan intelektual Melayu yang berfikir. Ideologi UMNO ialah Alif, Ba, Ta - Agama, Bangsa dan Tanahair.

Ideologi yang simple inilah buat UMNO telah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun. Ideologi mudah inilah yang boleh membina Malaysia mencapai tiga perkara yang Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton katakan:
  • demokrasi hidup subur
  • kerajaan efektif 
  • pembangunan ekonomi yang pesat
Ideologi yang simple inilah yang membolehkan UMNO memecah rekod dunia sebagai parti politik yang paling lama memerintah dalam politik dunia moden selepas perang dunia ke 2. Adakah rakyat Malaysia yang menjadi pengundi berdaftar seramai dekat 15 juta orang akan menolak UMNO dalam PRU 13? Adakah pengundi Melayu dan Bumiputera seramai 60% akan menolak parti UMNO ini?

DEB yang diketengahkan dan diarkitekkan oleh Tun Razak sejak tahun 1970 hingga 1990 dan kesinambungan dasar seumpamanya telah berjaya dalam bidang pendidikan menghantar anak-anak muda Melayu dan Bumiputera belajar di universiti-universiti dalam negeri dan luar negara. Bagi anak-anak muda Melayu dan Bumiputera yang cerdik dan bijak dihantar belajar ke England, AS, Eropah, Rusia, Australia, Jepun, Timur Tengah, India, Korea Selatan. 

Anak-anak muda ini membawa bermacam-macam pemikiran yang tidak ada dan nampak di Malaysia.  Anak-anak muda ini telah membentuk golongan pertengahan Melayu yang besar saiznya dan berpengaruh. Anak-anak muda inilah yang memimpin negara, organisasi, firma, bisnes, parti politik, industri, SME, bank,  dan keusahawanan membina negara.

UMNO yang berideologi simple dan kampungan inilah yang memulakan dan mengharapkan anak-anak muda ini. Anak-anak muda ini yang "highly educated" telah berkelamin punyai anak-anak dan cucu-cucu yang majoritinya tinggal di bandar kosmopolitan dan metropolitan di Malaysia.

Adakah generasi anak-anak muda ini, anak-anaknya dan cucu-cucunya akan "MENOLAK" UMNO parti yang mengharapkan sejuta harapan dan impian daripada mereka, parti yang punyai ideologi paling simple dalam dunia, parti kampungan yang menatang mereka bagai minyak yang penuh.

Maka WZWH boleh simpulkan jawapan dari anak-anak muda ini, anak-anaknya dan cucu-cucunya akan mencorakkan  dan mempengaruhi  masa depan politik Malaysia. Demikian juga jawapan generasi baru kaum-kaum lain pun turut menentukan masa depan politik Malaysia.

Monday, April 18, 2011

BN Masih Perlu Undi Kaum Cina

Kolumnis  Awang Selamat (Utusan Malaysia) kata BN tidak perlu undi kaum Cina untuk menang PRU 13. Awang Selamat melontarkan "realiti politik" bahawa kabinet menteri Sarawak perlu mengambarkan sokongan rakyat Bumiputera dengan lebih banyak jawatan diberikan.

Portal Malaysian Insider dalam posting mengulas komentar Awang Selamat telah menerima banyak komen lebih 360 komen yang majoriti dari kaum Cina. Mereka marah betul.

WZWH faham sentimen dan kehampaan Awang Selamat yang kecewa dengan sokongan pengundi Cina dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Pada WZWH, Awang Selamat sudah emosi.

Kita lihat fakta PRN Sarawak. SUPP parti wakil kaum Cina BN bertanding di 19 DUN. Menang 6 kalah 13. DAP menyapu 12 DUN dari 15 kerusi ditandingi. Pengundi Cina bandar secara konsisten menyokong DAP.

Presiden SUPP, TS Dr George Chan, Timbalan KM Sarawak tumbang. Juga Timbalan Presiden SUPP. Mesej yang diberi kaum Cina ialah mereka tidak puas hati dengan parti komponen BN yang mewakili kaum Cina.

BN perlu buat kajian mengenal pasti permasalahan dan penyelesaian. WZWH berpendapat BN masih perlu undi kaum Cina. Kita tidak boleh mengatakan semua orang Cina tidak suka kepada BN. Contoh seperti berikut:

Presiden SUPP tewas di N063: PIASAU 

1. LING SIE KIONG (DAP)...........................5,998 
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)...............4,408 

Calon muda DAP menang majoriti 1590. Masih ada 4,408 pengundi menyokong BN. Logiknya masih ada pengundi kaum Cina menyokong BN.

Bila berlaku PRU 13 sokongan kaum Cina setiap DUN samada 3 atau 4 DUN diambilkira semua dalam mengira undi kerusi sesuatu parlimen.

Sokongan daripada masyarakat Cina pula merudum kepada 24.6% sahaja berbanding 40.4% pada pilihanraya DUN Tahun 2006.

Berkenaan dengan kehilangan sokongan dari masyarakat Cina, tidak ada apa lagi Kerajaan boleh buat, semua pendekatan telah di cuba. Nampaknya masyarakat Cina beranggap mereka lebih beruntung dengan cara berkonfrontasi dengan Kerajaan BN. Mereka ternyata tidak menghargai usaha usaha PM mendekati dan berkompromi dengan mereka. Apakah matlamat mereka sebenarnya, hanya Allah yang maha mengetahui.

Soalnya kini, apakah fenomena masyarakat Cina di Sarawak sama dengan keadaan di Semenanjung. Kalau ikut sejarah, ianya sama kerana kejatuhan sokongan masyarakat Cina di Semenanjung pada PRU 2008 sebenarnya menjejaki keadaan yang berlaku sebelumnya dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2006. Dalam kedua dua pilihanraya diwaktu itu, sokongan kaum Cina merudum ketahap 40% sahaja. Sukar hendak meramalkan sama ada tahap sokongan Cina Semenanjung kini pula jatuh hingga ke paras 24.6% seperti di Sarawak, kerana isu utama, iaitu kebencian mereka terhadap Taib Mahmud adalah isu tempatan masyarakat Cina yang relevan di Sarawak sahaja.

Apa yang penting keyakinan Melayu dan Dayak kepada BN masih kukuh. Najib perlu memeliharakan keyakinan ini, jangan nanti orang orang Melayu dan kaum Bumiputera lain menganggap UMNO tidak lagi menjadi pembela nasib mereka.

Dari perspektif Semenanjung, BN perlu juga menjaga hati kaum India, satu kaum yang tidak begitu besar bilangannya, tetapi telah terbukti begitu setia kepada BN. Prejudis kaum yang telah sengaja ditanam oleh musuh kita perlu diketepikan.

Usaha usaha diatas pasti akan mengelak perpecahan di kalangan masyarakat Melayu/Bumiputera di Semenanjung dan negeri negeri Borneo. Jika tidak, perpecahan akan terus berlaku, dan masyarakat Cina akan terus beruntung dengan meneruskan konfrontasi dengan UMNO dan BN.

WZWH masih percaya BN masih perlu undi kaum Cina. Kita lihat di parlimen Jerantut pula terdapat 48,000 pengundi berdaftar. Ada 9000 pengundi Cina. Parlimen BN Jerantut masih perlu undi kaum Cina. Kita perlu sokongan persatuan, NGO, dan apa-apa pertubuhan Cina menyokong BN. 

BN Jerantut perlu beritahu bahawa undi kaum Cina Jerantut sangat diperlukan untuk BN menang dalam PRU 13 nanti.

BN juga perlu sokongan padu Melayu, Bumiputera, India, dan juga lain-lain kaum etnik lagi.

Biarkan DAP dengan pendekatan chauvinistik dan rasisnya kerana politik sebegini tidak ke mana dan tiada masa depan dalam politik Malaysia moden. Majoriti rakyat Malaysia akan menyedari hakikat ini.

Sunday, April 17, 2011

Thorium Logam Mineral Masa Depan Dan Selamat















Thorium adalah logam mineral dari "rare earth"-di panggil bumi nadir yang mahu dibuat loji pemprosesan thorium terbesar di dunia di Gebeng Kuantan. Projek ini telah menjadi modal pembangkang untuk mempengaruhi rakyat menentang kerajaan bina projek bernilai RM1.3 bilion dengan pendapatan eksport RM8 bilion setahun dan memerlukan 5000 pekerja.

Ketika ini China merupakan pengeluar thorium terbesar dunia menguasai 95% pasaran dunia. Jika loji thorium Gebeng berjaya siap dibina, Malaysia akan menguasai 1/3 pasaran dunia.

Pembangkang melalui ahli parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh telah berkempen bahawa projek itu merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk berdekatan. Liputan media banyak memberi gambaran salah tentang bahaya thorium.

Masalahnya mereka yang memberi pendapat ini bukan lah pakar. Kebanyakannya ahli politik yang tidak dapat maklumat sepenuhnya. Hinggakan YB Pang Tsu Ming, ADUN Semambu (BN) telah terpengaruh dengan kempen ini dan mencadangkan supaya kerajaan menarik balik kelulusan projek loji thorium Gebeng ini dalam sidang dewan DUN Pahang baru-baru ini.

WZWH hari ini berkesempatan berjumpa dengan Anthony MacGhill seorang pakar mineralogi dan uranium dari Australia. Beliau berpengalaman lebih 50 dalam di dalam bidang perlombongan. Beliau pernah bekerja dengan kerajaan Australia, menjadi penasihat kepada Kementerian Mineral dan Perlombongan Australia, konsultan kepada beberapa syarikat perlombongan Australia dan profesor mineralogi di beberapa universiti termasuk di Australia dan China.

Beliau berkata thorium itu logam tidak merbahaya. Tiada "chain reaction" hanya "chemical reaction" yang biasa sahaja. Beliau pernah membawa logam plutonium dalam poketnya sahaja. Beliau pernah membelah kristal uranium yang pada beliau sangat cantik, lutcahaya berwarna hijau.

Jangan dengar kata ahli politik pembangkang dan media yang laporan mereka bersifat "rubbish"-sampah. Mereka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Saya seorang yang sangat berpengalaman dan pakar dalam bidang mineral ini.

Beliau merujuk kepada media New York Times yang ada menyentuh tentang risiko loji pemprosesan thorium di Gebeng, Kuantan.















Berikut perbincangan WZWH dengan Anthony MacGhill :

WZWH: Apa pendapat tuan tentang bencana loji nuklear Fukushima?

MacGhill: Pereka Jepun telah membina loji nuklear dengan baik. Kita kena ambil kira berapa tinggi tsunami yang melanda pantai timur Jepun itu. Ketinggian lebih 10 meter dengan kelajuan lebih 1000 km/jam telah memusnahkan dinding loji. Loji itu tidak terus meletup. kegagalan sistem coolant akibat terputusnya bekalan elektrik telah menyebabkan reaktor panas dan berlaku letupan. Bencana semulajadi  alam yang menyebabkan krisis nuklear itu.

WZWH: Bagaimana bencana nuklear di Chernobyl? Boleh tuan terangkan?

MacGhill: Rekabentuk loji nuklear Chernobyl adalah dari generasi pertama yang sememangnya menjadi percubaan jurutera dan saintis Rusia. Kegagalan Rusia mengesan rekabentuk yang perlu diupgradekan dan teknologi ketinggalan zaman telah menyebabkan berlakunya kebocoran. Hanya 60 orang yang mati akibat dari bencana itu yang majoriti terdiri dari orang tua. Dunia nuklear sekarang ada teknologi terbaru.

WZWH: Akhir sekali apa pendapat tuan tentang cadangan kerajaan Malaysia mahu bina loji tenaga nuklear?

MacGhill: Itu satu cadangan yang baik. Teknologi nuklear lebih murah, cekap dan berkesan. Bersih kepada alam sekitar. Akan datang dunia akan menghadapi krisis tenaga. Malaysia perlu bersedia ke arah itu. Australia adalah negara punyai deposit uranium terbesar dunia namun rakyat Australia pun berfikiran konservatif.

Demikianlah perbincangan WZWH dengan pakar mineralogi dari Australia ini.

Rakyat Malaysia perlu dengar pandangan pakar. Jangan dengar cakap ahli politik yang sememangnya suka membangkang apa jua perancangan baik kerajaan dan menghasut rakyat menentang kerajaan. Betul juga kata MB Pahang DSD Adnan Yaakob- elok tutup saja semua kilang chemical di industri Gebeng itu yang pembangkang mahu. Tidakkah akan menjerit lebih 20,000 pekerja kilang di Gebeng nanti!

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...