Thursday, May 26, 2016

ADUN Tahan Bina 7 Masjid Baru Di Jerantut Dan Berpuluh Masjid lagi Sedang Diusahakan.




ADUN Tahan bekerja kuat mencari peruntukan membina 7 masjid dan berpuluh masjid lagi di Jerantut. Bukan sahaja di kawasan DUN Tahan tapi meliputi seluruh parlimen Jerantut. 




ADUN Tahan percaya ahli politik yang bina banyak masjid untuk umat Islam beroleh banyak pahala dan mudah masuk syurga.

ADUN Tahan @ DS Hj Wan Amizan bin Hj Wan Abdul Razak adalah seorang ADUN yang begitu popular di Pahang kerana kerja kuat berusaha mencari peruntukan membina kemajuan seperti pembinaan jalaraya.

Kebanyakan projek-projek jalanraya berprofile tinggi di Pahang samada yang telah dilaksanakan dan bakal dibina adalah atas usaha kerja kuat beliau.

Walaupun beliau hanya seorang ADUN biasa tapi kekuatan will power dan political will beliau menyamai kekuatan 3 orang Menteri Besar.

Beliau juga pengerak membawa pelaburan ke Pahang dengan beberapa projek mega dengan usahasama Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pahang dan Pelabur dari luar negara bagi memajukan Negeri Pahang.

ADUN Tahan juga tokoh membina Ladang Getah dan kelapa Sawit yang hampir keluasan 160,000 ekar dengan kerjasama GLC dan Syarikat Anak Negeri Pahang.

Sebab itu bila NGO Alam Sekitar bising kerana beberapa isu maka ADUN Tahan bertanggungjawab sepenuhnya di Negeri Pahang ini. 

MB Pahang dan EXCO Pahang boleh lepas tanggungjawab sebab tidak terlibat dan tidak ada kuasa!

Sekarang ini satu lagi kegilaan hobi ADUN Tahan membina masjid baru.

ADUN Tahan bina 7 masjid baru di Jerantut dan berpuluh masjid lagi sedang diusahakan.

Beliau bukan sahaja membina masjid baru di kawasan DUN Tahan malah membina di seluruh parlimen Jerantut.

Antaranya:

  • Masjid Baru Felda Padang Piol RM5.5 juta
  • Masjid Baru Kg Som Jalan Benta RM1.5 juta
  • Masjid Baru Kg Ulu Cheka RM3.5 juta
  • Masjid Baru Kg Kuala Sat RM1.7 juta
  • Masjid Baru Kg Kuala Teh RM1.3 juta
  • Masjid Baru Batu Embun Jaya RM 5 juta (tapak sedang dikenalpasti)
  • Masjid Baru Pelancongan Kuala Tahan RM12 juta (tapak sedang dikenalpasti)

Beliau mahu bina berpuluh masjid lagi di Jerantut. Itulah kepuasan beliau.

Beliau banyak menyumbang dan berjasa kepada kemajuan Negeri Pahang walau baru berkhidmat tidak sampai 2 penggal sebagai ADUN tapi jasa beliau menyamai hasil kerja 3 orang Menteri Besar.

2 comments:

Anonymous said...

Tak sebesar jasa ADUN Lanchang dlm membangunkan Temerloh dan Pahang..

Anonymous said...

Bende ke jase adun lanchang tu,xde ke bende pon,buat program wanita pon nasib baik ade shaniza tolong..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024