Sunday, July 31, 2016

Ketum Mampu Menjana Berbilion Ringgit Kepada Negara

frames

Mitragyna speciosa korth atau pokok ketum.


Betapa Malaysia tidak terfikir ada jalan mudah dan senang mencari duit dengan memasarkan tumbuhan herba asli local product-Ketum boleh menjana berbilion ringgit kepada negara.

Betapa Malaysia bersusah payah menanam pokok getah berasal dari Brazil bagi kepentingan ekonomi Malaysia. Sekarang harga getah sekilo jatuh teruk.

Betapa Malaysia tabah menanam pokok kelapa sawit yang berasal dari Afrika bagi kepentingan ekonomi Malaysia. Sekarang harga sawit setan metrik jatuh dan bangun.

Betapa 'bodohnya' Malaysia tidak tahu dan pandai mengeksploitasi ekonomi ketum tumbuhan herba asli dari tanah tumpah negara ini.

Apa lagi Malaysia guna Undang-Undang tertentu menyekat mana-mana agensi kerajaan atau swasta dari cuba membangunkan industri ketum.

Perlu diingat ketum BUKAN daun poppy candu.

Ketum adalah daun ketum.

Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.

Cadangan Risda supaya kerajaan mengkaji faedah dan kebaikan ketum adalah statement yang terbaik dalam sejarah 43 tahun Risda.

Ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara.

Cadangan penanaman ketum secara terkawal yang dikemukakan lebih kepada tujuan eksport kerana terdapat permintaan ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat farmasi itu nampak kebaikan tanaman itu sebagai alternatif untuk perubatan moden kerana ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.

Negara-negara lain akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan Malaysia perlu bertindak pantas dalam isu ini.

Farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu, termasuk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.

Risda sudah kemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kerajaan tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut.

Risda perlu mencari alternatif lain disebabkan harga getah yang tidak stabil dan ramai yang menentang cadangan penanaman ketum itu.

Menteri-Menteri dan Menteri Besar-Menteri Besar perlu mendengar pandangan idea yang bernas lagi brilliant dari Risda ini.

Jika cadangan ini berjaya Risda akan menjadi corporate giant lebih hebat dari Felda.

Risda boleh bina Stadium Risda.

Risda boleh tubuh team bolasepak Risda United.

Pekebun-pekebun kecil Risda boleh bila menjadi peserta skim ini boleh berpendapatan tinggi.

Pekebun-pekebun kecil bolehlah ek dengan peneroka-peneroka nanti bila berjaya.

Friday, July 29, 2016

Siapa Raja Mendeliar Dan Si Kitol Keling Khianati Malaysia?




Sejarah Melayu telah menceritakan hukuman kepada pengkhianat dan pembelot yang buat Bendahara Tun Mutahir terbunuh dan Empayar Melaka jatuh adalah Raja Mendeliar dan Si Kitol sekeluarga dihukum bunuh dan mayat serta tapak rumahnya dibuang ke laut.


Portugis mulanya datang ke Melaka untuk berdagang. Mereka meminta tanah untuk didirikan gudang. Melihat cara diplomasi yang baik antara Bendahara dan Portugis. Kitul mula berdengki. Kitul memfitnah Bendahara menerima suapan berbentuk kalung dari Portugis kepada Sultan. “Kita perlu menjalin hubungan baik dengan saudagar India dan Cina untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan. Tetapi jauhi saudagar Arab dan Melayu kerana mereka tidak akan mahu memberikan kerjasama,” kata De Sequeira. Portugis mula percaya orang seperti Kitul boleh beri kejayaan kepada Portugis di Melaka.

De Sequeira (juragan kapal Portugis) pulang semula ke Portugis dan meninggalkan anak anak kapalnya membina gudang di Melaka. Lama-kelamaan, gudang itu bertukar bentuk menjadi kubu. Bila disedari ianya kubu, gudang Portugis dibakar dan diserang oleh Melaka. Portugis menjadi marah dan mengutus angkatan perang menyerang Melaka.

Angkatan laut Portugis yang pertama menyerang Melaka diketuai oleh Gonzalo Pereira. Dengan kekuatan tujuh buah kapal, sepuluh buah gali panjang dan tiga belas buah fusta, angkatan Gonzalo Pereira ini tidak sempat menginjak kaki ke bumi Melaka kerana kehandalan Tun Hasan Temenggung dan kebijaksanaan Bendahara Melaka. Portugis gagal. Namun Portugis yang pada awalnya hanya datang berdagang pada 1509, mula mencari titik kelemahan kerajaan Melayu Melaka.

Siapa yang Portugis gunakan untuk pecah belahkan orang Melayu ketika itu? Pelbagai bangsa dari Arab, Parsi, Gujerat, Cina berdagang di Melaka pada ketika itu. Yang menjadi tali barut kepada kerajaan Melayu Melaka ialah Datuk Syahbandar Melaka iaitu Raja Mendeliar (keturunan Keling, peranakan India Singapura). Portugis tahu konflik antara Sultan dan Bendahara. Sultan berkenan dengan Tun Fatimah, tetapi Bendahara mengahwinkan cepat cepat anaknya dengan Tun Ali, tunangan Tun Fatimah. Hubungan Sultan dan Bendahara bertambah kusut akibat Tun Fatimah.

Untuk menyemarakan lagi konflik, api fitnah ditambah untuk mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suap itu.

Perkara ini diketahui oleh Si Kitul (seorang lagi Keling). Si Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Raja Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.

Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara. Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. Melaka hilang Bendahara yang bijak mentadbir negeri dan panglima perang yang mengalahkan serangan pertama Portugis.

Pada awal Julai 1511, Melaka diserang pula oleh armada Portugis yang diketuai oleh Alfonso De’ Albuquerque. Baru sahaja angkatan perang Portugis sampai, Sultan Mahmud Syah telah mengutus utusan naik ke kapal Portugis menyatakan bahawa orang yang bersalah (Bendahara) membakar gudang Portugis sudah dihukum bunuh. Sultan minta berdamai, tetapi Portugis meminta agar tawanan Portugis dibebaskan. Sultan gagal membebaskan tawanan. Akhirnya sesudah serangan selama sepuluh hari sepuluh malam, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis.

Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul (Keling), Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka. Akhirnya, bila orang Melayu Melaka berpecah dan bergaduh sesama sendiri akibat “emas” dan “wanita”, orang luar mengambil kesempatan menjajah negeri Melayu.  Kitul, Mendeliar, Nina Chatu menjadi pengkhianat utama.

Jika kita tidak mengambil pengajaran, suatu hari kita akan diajar oleh perbuatan kita sendiri. Moga kita semua dijauhkan dari sifat Kitul dan Mendeliar. 1402-1511, hanya 109 tahun bertahan sebagai kerajaan, Melaka jatuh. Malaysia baru 59 tahun. Apakah akan berlaku pada tahun 2066, ketika usia kemerdekaan adalah 109 tahun? Berapa ramai lagi anak Melayu yang sanggup pertahankan identiti bangsanya sendiri? Jangan disebabkan fitnah, kerajaan Melayu jatuh sekali lagi.

Thursday, July 28, 2016

Bila Malaysia Jadi Mangsa Percaturan Politik Amerika







Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dikatakan bermain politik apabila menjadikan tindakan saman sivil ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai cubaan untuk mengalih isu daripada skandal rasuah yang memalit Jabatan Kehakiman dan Peguam Negaranya, Loretta Lynch.

Mana tidaknya, ke­­tika pengumuman mengejut mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB yang hanya dibuat bersandarkan andaian, Lynch sebenarnya sedang berdepan dengan petisyen dibuat American Center for Law and Justice (ACLJ) bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.

Ini kerana Lynch terpalit de­ngan skandal rasuah membabitkan bekas Presiden AS, Bill Clinton dalam usaha menyelamatkan isterinya, Hillary dan sehingga kini lebih 100,000 rakyat AS sudah menandatangani petisyen tersebut sejak dilancarkan ACLJ pada awal Julai lalu.

Berdasarkan laporan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menemukan 100 e-mel perbualan antara Clinton dengan Lynch dan mereka berdua juga didapati berjumpa secara sulit di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona, menyebabkan integriti Peguam Negara AS itu dipersoalkan.

Namun, ketika banyak pihak menuntut tindakan tegas diambil ke atas Clinton, Lynch memutuskan tiada pendakwaan dibuat ke atas suami Hillary itu menyebabkan calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump, menuduh Lynch telah disogok oleh bekas Presiden AS tersebut.


US Attorney General Loretta Lynch Refuses to Answer Questions Put to Her By Congress 74 Times Regarding Hillary Clinton Email Scandal.






Seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah terpe­ngaruh dengan propaganda AS dalam apa juga isu, kerana setiap tindak-tanduk negara kuasa dunia tersebut selalunya mempunyai tujuan yang tidak baik.

Kenapa Lynch tiba-tiba mengumumkan saman sivil ini? Apakah beliau mahu menolong kepada publisiti Hillary untuk bersaing merebut jawatan Pre­siden AS atau adakah ini merupakan jalan bagi menutup dakwaan skandal rasuahnya bersama Clinton.

Terdahulu, sebelum timbul isu skandal rasuah, Lynch juga tidak pernah kering daripada kontroversi terutama ketika beliau menjawat jawatan sebagai Pendakwaraya Persekutuan AS, apabila wanita itu membuat rundingan bagi menyelesaikan skandal pengubahan wang haram di AS.

Ironinya ketika beliau bersungguh-sungguh mahu me­ngambil tindakan ke atas 1MDB, Lynch tidak bertindak serupa dalam kes pengubahan wang haram oleh kakitangan Bank HSBC melibatkan transaksi lebih AS$200 juta (RM813 juta) hingga tiada seorang pun yang didakwa. 

Wednesday, July 27, 2016

Siapa Bangsa Mandala Politik Yang Bina Borobudur Dan Angkor Wat?





















Borobudur satu megastruktur yang dibina oleh satu bangsa mandala politik yang advance tamadun pada zamannya ambil masa 50 tahun sejak tahun 750 hingga 800.






Angkor Wat sebuah kompleks bandaraya megastruktur seluas 500 ekar yang boleh menampung sejuta penduduk, sistem pengairan, sawah padi ditanam  3/4 kali setahun adalah hasil tamadun paling hebat dan terbesar dalam dunia pada zamannya. Dibina pada tahun 1113 selama 30 tahun.

Siapa bangsa mandala politik yang bina Borobudur ( 120 X 120 meter) dan Angkor Wat (215 X 187 meter)  yang merupakan satu monumen piramid gunapakai teknologi tinggi?

Mandala adalah konsep politik Melayu kuno bermaksud wilayah penguasaan politik seperti Empayar Srivijaya, Sailendra, Khmer dan Majapahit.


In the brief 100 years of the Sailendra dynasty of the Srivijaya Empire, the devarajas/kings created a series of monuments on Java’s central plain. During this period a young Khmer prince had been sent to Java either as a royal hostage to guarantee cooperation or for upbringing and education abroad. Either is likely as the Khmer tradition acknowledges Javanese overlordship in the later part of the 8th century.

There had already been a long history of connection between Cambodia and Java. The Javanese even considered themselves descendants of the Funanese of Cambodia. As a casual indication of their relationship, Sailendra means ‘Lord of the Mountain’ and Funan means ‘Mountain Kingdom’. Even though both kingdoms are located in the valley, there titles suggest their affinity with the mountains – the abode of the gods.

This Cambodian prince was exposed to the Javanese concept of the devaraja, which was associated with pyramid building, such as Borobudur. These god kings created their own Mount Meru. Inspired by the great Javanese culture, this young Cambodian prince escaped or just returned home to Cambodia with grandiose ideas. This was in 790 CE, when Borobudur was only midway through its 50 years of construction. Jayavarman II was the name of this Java educated Khmer Prince who returned to Cambodia and founded the Khmer Empire that eventually created Angkor Wat.


Kaitan Sriwijaya dengan Dinasti Sailendra

Kaitan antara Sriwijaya dengan dinasti Sailendra dimulai kerana adanya nama Śailendravamśa pada beberapa prasasti (batu bersurat) di antaranya pada prasasti Kalasan di pulau Jawa, prasasti Ligor di selatan Thailand, dan prasasti Nalanda di India. Sementara pada prasasti Sojomerto dijumpai nama Dapunta Selendra. Kerana prasasti Sojomerto ditulis dalam bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu kuno umumnya dituliskan pada prasasti-prasasti di Sumatera maka diduga wangsa Sailendra berasal dari Sumatera.

Majumdar berpendapat dinasti Sailendra ini terdapat di Sriwijaya (Suwarnadwipa) dan Medang (Jawa), keduanya berasal dari Kalinga di selatan India. Kemudian Moens menambahkan kedatangan Dapunta Hyang ke Palembang, menyebabkan salah satu keluarga dalam dinasti ini pindah ke Jawa. Sementara Poerbatjaraka berpendapat bahwa dinasti ini berasal dari Nusantara, didasarkan atas Carita Parahiyangan kemudian dikaitkan dengan beberapa prasasti lain di Jawa yang berbahasa Melayu Kuno di antaranya prasasti Sojomerto

Hubungan dengan kekuatan regional
Untuk memperkuat posisinya atas penguasaan kawasan Asia Tenggara, Sriwijaya menjalin hubungan diplomasi dengan Maharaja China, dan secara teratur mengantarkan utusan beserta ufti.

Sejarawan S.Q. Fatimi menyebutkan bahwa pada tahun 100 Hijriyah (718 M), seorang maharaja Sriwijaya (diperkirakan adalah Sri Indrawarman) mengirimkan sepucuk surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz dari Kekhalifahan Umayyah, yang berisi permintaan kepada khalifah untuk mengirimkan ulama yang dapat menjelaskan ajaran dan hukum Islam kepadanya. Surat itu dikutip dalam Al-'Iqd Al-Farid karya Ibnu Abdu Rabbih (sastrawan Kordoba, Sepanyol), dan dengan redaksi sedikit berbeda dalam Al-Nujum Az-Zahirah fi Muluk Misr wa Al-Qahirah karya Ibnu Tagribirdi (sastrawan Kairo, Mesir).

Peristiwa ini membuktikan bahwa Sriwijaya telah menjalin hubungan diplomatik dengan dunia Islam atau dunia Arab. Meskipun demikian surat ini bukanlah berarti bahwa raja Sriwijaya telah memeluk agama Islam, melainkan hanya menunjukkan hasrat sang raja untuk mengenal dan mempelajari berbagai hukum, budaya, dan adat-istiadat dari berbagai rekan perniagaan dan peradaban yang dikenal Sriwijaya saat itu; yakni China, India, dan Timur Tengah.

Pada masa awal, Kerajaan Khmer merupakan daerah jajahan Sriwijaya. Banyak sejarawan mengklaim bahwa Chaiya, di propinsi Surat Thani, Thailand Selatan, sebagai ibu kota kerajaan tersebut. Pengaruh Sriwijaya nampak pada bangunan pagoda Borom That yang bergaya Sriwijaya. Setelah kejatuhan Sriwijaya, Chaiya terbagi menjadi tiga kota yakni (Mueang) Chaiya, Thatong (Kanchanadit), dan Khirirat Nikhom.

Seperti disebutkan sebelumnya, Sriwijaya di Sumatra meluaskan wilayah degan perpindahan Wangsa Sailendra ke Jawa. Pada kurun waktu tertentu wangsa Sailendra sebagai anggota mandala Sriwijaya berkuasa atas Sriwijaya dan Jawa. Maka Wangsa Sailendra berkuasa sekaligus atas Sriwijaya dan Kerajaan Medang, yaitu Sumatera dan Jawa. Akan tetapi akibat pertikaian suksesi singgasana Sailendra di Jawa antara Balaputradewa melawan Rakai Pikatan dan Pramodawardhani, hubungan antara Sriwijaya dan Medang memburuk. Balaputradewa kembali ke Sriwijaya dan akhirnya berkuasa di Sriwijaya, dan permusuhan ini diwariskan hingga beberapa generasi berikutnya. Dalam prasasti Nalanda yang bertarikh 860 Balaputra menegaskan asal-usulnya sebagai keturunan raja Sailendra di Jawa sekaligus cucu Sri Dharmasetu raja Sriwijaya. Dengan kata lain ia mengadukan kepada raja Dewapaladewa, raja Pala di India, bahwa haknya menjadi raja Jawa dirampas Rakai Pikatan. Persaingan antara Sriwijaya di Sumatera dan Medang di Jawa ini kian memanas ketika raja Dharmawangsa Teguh menyerang Palembang pada tahun 990, tindakan yang kemudian dibalas dengan penghancuran Medang pada tahun 1006 oleh Raja Wurawari ( sebagai sekutu Sriwijaya di Jawa) atas dorongan Sriwijaya.

Sriwijaya juga berhubungan dekat dengan kerajaan Pala di Benggala, pada prasasti Nalanda berangka 860 mencatat bahwa raja Balaputradewa mendedikasikan sebuah biara kepada Universitas Nalanda. Relasi dengan Dinasti Chola di selatan India juga cukup baik. Dari prasasti Leiden disebutkan raja Sriwijaya di Kataha (Kedah) Sri Mara-Vijayottunggawarman telah membangun sebuah vihara yang dinamakan dengan Vihara Culamanivarmma, namun menjadi buruk setelah Rajendra Chola I naik tahta yang melakukan penyerangan pada abad ke-11. Kemudian hubungan ini kembali membaik pada masa Kulothunga Chola I, di mana raja Sriwijaya di Kadaram (Kedah) mengirimkan utusan yang meminta dikeluarkannya pengumuman pembebasan cukai pada kawasan sekitar Vihara Culamanivarmma tersebut. Namun demikian pada masa ini Sriwijaya dianggap telah menjadi bagian dari dinasti Chola. Chronicle  China menyebutkan bahwa Kulothunga Chola I (Ti-hua-ka-lo) sebagai raja San-fo-ts'i, membantu perbaikan candi dekat Canton pada tahun 1079. Pada masa dinasti Song candi ini disebut dengan nama Tien Ching Kuan, dan pada masa dinasti Yuan disebut dengan nama Yuan Miau Kwan.

Monday, July 25, 2016

Puteri Kamaliah @ Putroe Phang...







Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan... 

WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.

Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...

Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.

Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Gabenor Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.

Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad. 

Tragedi sepakraga-destar terbunuhnya Tun Besar anakanda Bendahara Tun Perak membuatkan Raja Muhammad terbuang ke Pahang menjadi Sultan partama. Raja Ahmad akhir menjadi Sultan Pahang ke dua.

Tun Teja Ratna Benggala puteri Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja Pahang yang kecantikannya diperkatakan oleh pedagang-pedagang yang berdagang di Pahang telah dicolek dan diguna-guna oleh Hang tuah pada tahun 1490 untuk memuas kehendak Sultan Mahmud iaitu Sultan terakhir Melaka walaupun ketika itu Tun Teja Ratna Benggala adalah tunangan Sultan Ahmad Shah iaitu Sultan Pahang.

Sewaktu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam iaitu Sultan Acheh menakluki Pahang pada tahun 1617. Baginda telah membawa pulang 10,000 orang Pahang ke Acheh termasuk seorang puteri Pahang yang bernama Puteri Kamaliah. Tertarik dengan kecantikan dan kebijaksanaan Puteri Kamaliah maka Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah memperisterikannya.

Puteri Kamaliah sangat mashor dan cerdas menasihat suaminya dalam pemerintahan. Rakyat Acheh memanggilnya Putroe Phang. Seperti kata pepatah Acheh:


Adat bak Poe Teumeureuhom
Hukom bak Syiah Kuala
Qanun bak Putroe Phang
Reusam bak Laksamana


Ertinya:


Adat pada Marhum Mahkota Alam
Hukum pada Syiah Kuala
Kanun pada Puteri Pahang
Resam pada Laksamana


Puteri Kamaliah selalu rindu pada negerinya Pahang. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah membina sebuah taman yang ada model banjaran gunung dipanggil Gunongan dan Putroe Phang suka dengan taman itu bermain-main dengan dayang-dayangnya memanjat Gunongan. Kalau anda pergi melawat Acheh, anda akan melihat taman itu masih ada dan dijaga rakyat Acheh. Taman itu dinamakan Taman Putroe Phang dan Gunongan.

Demikianlah kehebatan 4 orang puteri Pahang dari zaman berzaman. Mereka wanita jelita menawan, cantik paras rupawan, cerdik, pandai, bijaksana bikin hati Raja dan Sultan cair hati lalu sanggup menghunus senjata menakluki negara.

Puteri Tun Teja Ratna Benggala...







Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan... 



WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.


Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...

Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.

Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Gabenor Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.

Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad. 

Tragedi sepakraga-destar terbunuhnya Tun Besar anakanda Bendahara Tun Perak membuatkan Raja Muhammad terbuang ke Pahang menjadi Sultan partama. Raja Ahmad akhir menjadi Sultan Pahang ke dua.


Tun Teja Ratna Benggala puteri Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja Pahang yang kecantikannya diperkatakan oleh pedagang-pedagang yang berdagang di Pahang telah dicolek dan diguna-guna oleh Hang tuah pada tahun 1490 untuk memuas kehendak Sultan Mahmud iaitu Sultan terakhir Melaka walaupun ketika itu Tun Teja Ratna Benggala adalah tunangan Sultan Ahmad Shah  iaitu Sultan Pahang.

Puteri Wanang Seri Maharaja Dewa Sura...







Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan... 

WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.

Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...

Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi yang juga di panggil Klang Kio atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.

Semasa Pahang di bawah pemerintahan Siam yang berpusat di Tembeling (Ligor), Gabenor Siam bernama Maharaja Dewa Sura pada tahun 1454 telah diserang oleh Sultan Mansur Shah iaitu Sultan Melaka dan Puteri Wanang Seri anakanda Maharaja Dewa Sura telah dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah.

Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad. 

Tragedi sepakraga-destar terbunuhnya Tun Besar anakanda Bendahara Tun Perak membuatkan Raja Muhammad terbuang ke Pahang menjadi Sultan partama. Raja Ahmad akhir menjadi Sultan Pahang ke dua.

Sunday, July 24, 2016

Puteri Onang Kiu Kota Gelanggi (Gelanggui)...







Sejarah Pahang memperlihatkan bagaimana wanita menjadi lambang pengenalan Pahang. Barangkali Pahang dilihat sebagai lambang kewanitaan yang selalu menjadi idaman dan perhatian orang luar. Imej kewanitaan yang melahirkan keghairahan pihak yang lebih kuat menggunakan apa saja helah dan cara bagi mencapai apa yang diidamkan...

WZWH bicara sejarah pemerintahan Empayar Pahang yang berhubungkait dengan pengaruh wanita-wanita terhebat yang mencetuskan konflik dan peperangan. Ianya adalah "politik cinta" yang melarat kepada politik menguasai sang pemerintah.

Pernahkah anda mendengar nama-nama wanita klasik berpengaruh ini seperti Puteri Onang Kio, Puteri Wanang Seri, Tun Teja Ratna Benggala dan Puteri Kamaliah? Maka WZWH pun bercerita...

Puteri Onang Kio adalah puteri Raja Chulan Pemerintah Siam kerajaan Kota Gelanggi dibawah Kerajaan Ligor Tambralingga yang juga di panggil Klang Kio (Gelanggui)  atau Ganggayu ertinya perbendaharaan permata. Kota Gelanggi terletak di Jerantut. Semasa Kota Gelanggi dilanggar oleh Raja Suran (Raja Rajendra Chola 1 dari selatan India) pada tahun 1025, Raja Chola terpegun dengan kecantikan Puteri Onang Kio lalu diperisterikannya.

Friday, July 22, 2016

Orang Felda Dan Ulu Tembeling Pun Faham Saman Sivil Jabatan Kehakiman US : 1MDB




Amat menyedihkan apabila membaca kenyataan pemimpin pembangkang mengenai kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS). Rupanya pengetahuan mereka mengenai kes ini amat cetek. Tidak hairanlah kenapa kenyataan mereka begitu dangkal dan mengarut. Tak tahu, rasa nak menangis atau ketawa sebenarnya. Penyokong pembangkang patut berasa malu kerana tahap pengetahuan pemimpin mereka, termasuk yang bergelar Ahli Parlimen begitu menyedihkan.

Analisis Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB ini mungkin boleh membantu meningkatkan tahap pengetahuan ahli parlimen dan pemimpin pembangkang. Ia juga boleh menjawab soalan, BENARKAH WANG 1MDB TELAH DICURI DAN PENCURINYA ADALAH NAJIB?

1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB. Jika kerajaan AS yakin bahawa aset-aset tersebut adalah hasil "money laundering" atau kegiatan haram yang lain, sudah tentu kerajaan AS akan terus merampas aset dan mendakwa setiap individu yang dinamakan melalui PROSIDING JENAYAH dan bukan melalui PROSIDING SIVIL. Persoalannya, kenapa AS tidak merampas aset-aset tersebut dan mendakwa terus semua individu yang dinamakan di dalam saman ini? Malah didapati Jabatan Kehakiman AS juga tidak berani menamakan pihak tertentu di dalam saman tersebut. JAWAPANNYA: kerana Jabatan Kehakiman AS TIDAK MEMPUNYAI BUKTI atau TIDAK MEMPUNYAI  BUKTI YANG MENCUKUPI untuk mendakwa bahawa semua aset yang tersenarai di dalam saman ini adalah dari hasil "money laundering" atau kegiatan haram. 

2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat? Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan atau prosiding jenayah sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.

3. Ketiga, siapakah yang didakwa? Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."

4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York dan California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini? Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan beberapa pihak lagi, termasuk yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini? Kerajaan AS tidak boleh merampas aset ini sewenang-wenangnya. Untuk merampas aset ada TIGA langkah yang perlu dibuat terlebih dahulu. Pertama, memastikan siapa pemilik sebenar aset-aset ini. Kedua, memastikan tiada pihak lain yang menuntut aset tersebut. Ketiga, menyiasat dan memastikan adakah aset itu hasil daripada kegiatan haram atau kegiatan perniagaan yang sah. Selepas TIGA langkah ini dilaksanakan baharulah kerajaan AS boleh merampas aset-aset ini. 

7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini? Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia atau negara asal dana tersebut.

8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat? 1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.

9. Dalam tindakan saman sivil ini, Jabatan Kehakiman AS tidak ada atau tidak mempunyai cukup bukti untuk mensabitkan setiap individu terbabit dengan kesalahan jenayah. Dengan menggunakan saman sivil ini mereka mahu pihak yang kena tuduh mengesahkan bahawa aset mereka bukan dari sumber haram. Jika pihak yang dituduh memperolehi aset dari sumber haram yang lain selain dari 1MDB dan tidak mahu mengesahkan sumber wang dalam pembelian aset ini pun, kerajaan AS tetap akan merampas aset mereka. Tidak semestinya ia dikaitkan dengan 1MDB. Jika pemilik aset boleh mengesahkan bahawa ia adalah dari sumber pelaburan yang sah dan bukan dari kegiatan haram, maka aset-aset ini tidak boleh dirampas.

10. Memandangkan Jabatan Kehakiman AS tidak mempunyai bukti yang mencukupi dan jika betul pembelian semua aset ini menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, maka ia bukan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh 1MDB. Sebaliknya dalam kes ini, 1MDB adalah mangsa kepada perbuatan jenayah. Berdasarkan fakta kes, sehingga kini pertikaian hanya timbul dalam transaksi yang melibatkan IPIC dan Aabar. Jika itu kesnya, maka baguslah jika wang dari hasil penjualan aset dan produksi filem blockbuster ini dikembalikan kepada Malaysia atau 1MDB yang menjadi mangsa 'kecurian' ini.

Jadi apa isunya? Kenapa Tun Mahathir dan PROTUN serta Pakatan Anti Najib dan Pembangkang suka putar belit isu ini.

Thursday, July 21, 2016

Tiada Siasatan Jenayah Ke atas Isu 1MDB – Peguam Negara Amerika



Peguam Negara Amerika Syarikat (US) mengakui pengumuman mengenai tindakan undang-undang ke atas beberapa individu adalah berdasarkan aduan bahawa mereka menyeleweng wang 1MDB dan terbabit dengan penggubahan wang haram BUKANNYA melalui siasatan jenayah yang biasa.
Saman sivil ini dilakukan di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu sebagai usaha menyekat penggubahan wang haram tidak menggunakan kaedah siasatan jenayah korupsi biasa.
Jabatan Kehakiman US juga tidak pasti sama ada wang yang ingin mereka sita ini dari 1 Malaysia Development Berhad kerana 1MDB menafikan terdapat wang yang hilang.
1MDB has consistently maintained that no money was stolen and can account for where its money has gone to. However, 1MDB is currently in dispute with IPIC where 1MDB maintains that it has paid or deposited or guaranteed up to USD6 billion by a company called Aabar Investments PJS BVI upon the instructions of Aabar’s the then Chairman, Khadem Al Qubaisi and the then Managing Director.
IPIC disputes that it owns Aabar Investments PJS Ltd (BVI) and thus denies it has received these funds from 1MDB.
This dispute is now in arbitration at the London Arbitration Center and will take many months. However, 1MDB is confident that they will win this case and stand a good chance to recover their money – which is why 1MDB had earlier refused to pay the interest on a USD3.5 billion bonds despite comfortably able to, which triggered the bond guarantee by IPIC thus leading to the arbitration process.

The following is the full text of a statement by Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, press secretary to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on the US Department of Justice's civil lawsuits: U.S. DEPARTMENT OF JUSTICE CIVIL LAWSUITS: PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT 21 July 2016‎ Malaysian authorities have led the way in investigations into 1MDB. The company has been the subject of multiple investigations within Malaysia, including by the Malaysian Anti-Corruption Commission, Auditor General and bi-partisan Public Accounts Committee. After comprehensive review, the Attorney General found that that no crime was committed. 1MDB is still the subject of an investigation by the Royal Malaysia Police. We note the United States Department of Justice’s civil lawsuits brought against various assets. As previously stated, the Malaysian Government will fully cooperate with any lawful investigation of Malaysian companies or citizens in accordance with international protocols. As the Prime Minister has always maintained, if any wrongdoing is proven, the law will be enforced without exception. DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER



Below is the full text of 1Malaysia Development Bhd's (1MDB) statement regarding a press conference held by the US Attorney General earlier today: US Attorney General Press Conference 1MDB notes a press conference led by the US Attorney General today relating to a civil court action filed by the government of the United States of America. 1MDB highlights that it is not a party to the civil suit, does not have any assets in the United States of America, nor has it benefited from the various transactions described in the civil suit. Furthermore, 1MDB has not been contacted by the US Department of Justice or any other foreign agency in relation to their investigations. As previously stated, 1MDB will fully cooperate with any foreign lawful authority, subject to international protocols governing such matters and the advice of the relevant domestic lawful authorities.



FULL Q & A
The USA Govt’s Department of Justice (DOJ) have filed civil cases to seize the assets they believe is linked to 1MDB, from three individuals under the USA’s Kleptocracy Asset Recovery Initiative.
Q1. Who are the three individuals?
They are Riza Aziz, stepson of Prime Minister Najib Razak; Jho Low, a Malaysian financier; and Khadem Al Qubaisi, the former managing director of Abu Dhabi’s sovereign-wealth fund IPIC and the former Chairman of Aabar Investments PJS responsible for dealing with 1MDB at that time.
Q2. What is the USA’s Kleptocracy Asset Recovery Initiative?
It is an initiative started in the year 2010 by the USA Govt under the US Department of Justice (DOJ) with the aim to seize and recover assets within the USA which the DOJ suspects is linked to corruption from a foreign country and return them to the originating country.
Q3. Why is the DOJ investigating this case?
In March 2015, the DOJ received a complaint from Sarawak Report. Further complaints appears to also have been made by Tun Mahathir loyalist, Khairuddin Abu Hassan.
Q4. What is the DOJ actually filing against the 3 individuals and what will happen next?
The DOJ is filing civil cases against the 3 individuals to ask the courts to seize their assets. The courts will then check if the identified assets are being claimed by anyone else. If no one else is claiming these assets then the courts will ask the DOJ to prove that these assets have indeed been stolen or received illegally.
Q5. Is Prime Minister Najib Razak also charged?
No. He is not charged and not named in this case despite Tun Mahathir previously saying in September 2015 that Najib is afraid to go overseas as he will be caught by the FBI. This is untrue as not only is this a civil case but Najib is not even named in the suits.
Q5. Will anyone go to jail if the assets are seized?
No. These is a civil suit and not a criminal case. If the courts find in favour of the DOJ, only the assets are seized. There is no jail terms or criminal conviction.
Q6. If the court allows the assets to be seized, what happens to the seized assets?
The assets are eventually returned back to the whomever the DOJ believes it is stolen from – in this case, 1MDB.
Q7. Are the assets purchased with money stolen from 1MDB?
1MDB has consistently maintained that no money was stolen and can account for where its money has gone to. However, 1MDB is currently in dispute with IPIC where 1MDB maintains that it has paid or deposited or guaranteed up to USD6 billion by a company called Aabar Investments PJS BVI upon the instructions of Aabar’s the then Chairman, Khadem Al Qubaisi and the then Managing Director.
IPIC disputes that it owns Aabar Investments PJS Ltd (BVI) and thus denies it has received these funds from 1MDB.
This dispute is now in arbitration at the London Arbitration Center and will take many months. However, 1MDB is confident that they will win this case and stand a good chance to recover their money – which is why 1MDB had earlier refused to pay the interest on a USD3.5 billion bonds despite comfortably able to, which triggered the bond guarantee by IPIC thus leading to the arbitration process.
Q8. If the money is not stolen then why is the USA DOJ acting on the complaint?
It is possible that some of the money that was paid by 1MDB into the Aabar Investments PJS Ltd (BVI) controlled by Khadem – which IPIC denies is owned by them, may have been used to fund various investments in the USA including real estate, investment in films, artwork and companies.
Q9. How much worth in asset is impacted by the USA DOJ?
No specific amounts have been confirmed yet but reports by NYT and WSJ is quoting up to USD 1 billion.
Q10. Why is the PM’s step-son Riza Aziz involved.
WSJ had previously reported that investigators believe that Red Granite, Riza Aziz’s film company received USD$155 million in loans from the Aabar Investments PJS Ltd (BVI) much of which went to finance the 2013 movie “The Wolf of Wall Street. and to purchase properties.
WSJ said documents show three transfers to Red Granite Capital in 2012 – US$60 million, US$45 million, and US$50 million.
Of this, US$105 million was booked by Red Granite Capital as a loan, while the other US$50 million was moved to the company through intermediaries.
“Among the intermediaries, according to people familiar with investigations and the person familiar with 1MDB: Telina Holdings Inc, a company that had been set up in the British Virgin Islands by Mr Al-Husseiny and his boss, Khadem Al Qubaisi.”
According to WSJ , the US$50 million loan from Telina Holdings has been repaid, citing people familiar to the investigations.
A Red Granite spokesperson told WSJ that the company “has been repaying and will continue to repay all its loans. “Red Granite had no reason to believe at the time that the source of Aabar’s funds was in any way irregular and still believes the loan to be legitimate,”
“What Red Granite have done and will continue to do is develop and produce successful and acclaimed movies that have generated more than US$825 million in worldwide box-office revenues.”
Q11. So, if it was a loan or investment into Red Granite and is already part repaid or being repaid from a successful film company, why is Riza Aziz still the target of a civil suit?
In the USA, if you make profits based on funding which the DOJ suspects was from an illegal source then this is called “profiteering” and hence your profits are also considered illegal and can be seized – essentially making money out of illegal funding. This is different from stealing money.
The DOJ will then have to prove that Red Granite is aware that the funding or loan that they received is deemed illegal.
Q12. What about Jho Low’s investments?
Not much has been revealed what assets or the amounts of investments are owned by Jho Low, who is a fund manager, in the USA but Jho Low had confirmed before that he has real estate holdings in the USA and may have co-invested in some US-based companies.
Q13. How long will this civil cases take before a judgement is reached?
Similar cases have taken years as both sides present their arguments to the US courts for the judge to make a final decision.
Q14. Is there anything unusual about this case?
Yes. Typically, the supposed victim of any stolen money has to make a complain to the USA DOJ to request the DOJ to seize any assets they deem was purchased using the stolen money. In this case, 1MDB has consistently maintained that there is no money stolen and they can account for all their investments or transfers but the DOJ seems to be still going ahead with filing civil suits to recover stolen money even though the “victim” said no money has been stolen.

Wednesday, July 20, 2016

Tragedi Mangsa Banjir Kg Gintong Jerantut Antara Dua Zaman: 1926 Dan 2014




Masjid Lama Kg Gintong, Jerantut selepas pasca banjir 2014. Foto ihsan Blog AkuanakPahang.

Posting ini mengenai kesusahan dan penderitaan tragedi mangsa banjir Kg Gintong Jerantut sebuah kampung tradisional di tepi Sg Pahang antara dua zaman pada banjir 1926 dan 2014.

Kisah tragedi mangsa banjir Kg Gintong 1926 telah ditulis dalam sebuah buku biography Tinggal Kenangan Memoir Sir Mahmud bin Mat, Menteri Besar pertama Pahang (1949-1951).

Ketika itu beliau bertugas sebagai ADO di Pejabat Daerah Kuala Lipis pada 1926. Kuala Lipis masa itu adalah ibu negeri Pahang.

Seorang tua dari Kg Gintong, Jerantut yang menjawat jawatan Tok Empat dan juga Tok Imam telah mudik Sg Pahang terus sambung mudik Sg Jelai ke Kuala Lipis berjumpa dengan Sir Mahmud Mat (ADO) .

Orang tua itu memberitahu penduduk Kg Gintong sudah terputus bekalan makanan dan mahu minta bantuan dari Pejabat Daerah Lipis. Sir Mahmud Mat telah memberi berbelas guni beras untuk dibawa menghilir ke Kg Gintong.

Malang dalam perjalanan air Sungai Jelai telah naik berikutan hujan semakin lebat dan tidak berhenti, dalam perjalanan itu perahu orang tua itu telah terbalik dan berbelas guni itu tenggelam dibawa arus sungai yang deras.

Lebih malang ketika orang tua itu sampai ke Kg Gintong, sebuah pokok kelapa mahu tumbang menghempap masjid Kg Gintong. Orang tua cuba menghalang pokok kelapa itu dari menghempap masjid yang orang tua juga merupakan Tok Imam kampung.

Orang tua itu akhirnya oleh kerana sangat keletihan dan hampa terkena pokok kelapa yang tumbang tiba-tiba meninggal dunia. Ini menurut Sir Mahmud Mat satu kisah yang sedih dan tragis.


Kisah sedih zaman yang terkini banjir dan pasca 2014 dipostkan oleh facebook seorang anak muda yang bersemangat tinggi, berpendidikan tinggi berasal dari Kg Gintong...



    Setelah hampir dua tahun musibah banjir besar, rumah nenek saya di kampung belum mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan. Kediaman dan barangan hampir 95% musnah TERUK akibat musibah tersebut. Ironinya, Allahyarham datuk saya adalah pejuang tegar UMNO dan Barisan Nasional dan pernah menjadi wakil rakyat mewakili UMNO dan Barisan Nasional selain terpilih menjadi EXCO dalam kerajaan negeri untuk beberapa penggal.
    Pemimpin "nasional" yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat sibuk sangat dengan isu pagar rumah jiran, berkelahi dengan budak-budak, dan isu tumbuk menumbuk selain isu-isu picisan yang lain.
    Kalau rasa posting saya fitnah, saya menjemput pihak berkenaan ke kampung saya dan meneliti adakah setiap penduduk kampung yang dilanda musibah banjir besar 2014 diberi pembelaan yang sewajarnya.
    Mungkin kami tak menyumbang dana dalam political funds anda. Tapi ingat, undi dari kami yang membuatkan anda rasa anda berkuasa.


Jerantut perlu pemimpin-pemimpin seperti Sir Mahmud Mat membantu tragedi mangsa banjir semasa dan selepas pasca banjir. 

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024