Wednesday, July 20, 2016

Tragedi Mangsa Banjir Kg Gintong Jerantut Antara Dua Zaman: 1926 Dan 2014




Masjid Lama Kg Gintong, Jerantut selepas pasca banjir 2014. Foto ihsan Blog AkuanakPahang.

Posting ini mengenai kesusahan dan penderitaan tragedi mangsa banjir Kg Gintong Jerantut sebuah kampung tradisional di tepi Sg Pahang antara dua zaman pada banjir 1926 dan 2014.

Kisah tragedi mangsa banjir Kg Gintong 1926 telah ditulis dalam sebuah buku biography Tinggal Kenangan Memoir Sir Mahmud bin Mat, Menteri Besar pertama Pahang (1949-1951).

Ketika itu beliau bertugas sebagai ADO di Pejabat Daerah Kuala Lipis pada 1926. Kuala Lipis masa itu adalah ibu negeri Pahang.

Seorang tua dari Kg Gintong, Jerantut yang menjawat jawatan Tok Empat dan juga Tok Imam telah mudik Sg Pahang terus sambung mudik Sg Jelai ke Kuala Lipis berjumpa dengan Sir Mahmud Mat (ADO) .

Orang tua itu memberitahu penduduk Kg Gintong sudah terputus bekalan makanan dan mahu minta bantuan dari Pejabat Daerah Lipis. Sir Mahmud Mat telah memberi berbelas guni beras untuk dibawa menghilir ke Kg Gintong.

Malang dalam perjalanan air Sungai Jelai telah naik berikutan hujan semakin lebat dan tidak berhenti, dalam perjalanan itu perahu orang tua itu telah terbalik dan berbelas guni itu tenggelam dibawa arus sungai yang deras.

Lebih malang ketika orang tua itu sampai ke Kg Gintong, sebuah pokok kelapa mahu tumbang menghempap masjid Kg Gintong. Orang tua cuba menghalang pokok kelapa itu dari menghempap masjid yang orang tua juga merupakan Tok Imam kampung.

Orang tua itu akhirnya oleh kerana sangat keletihan dan hampa terkena pokok kelapa yang tumbang tiba-tiba meninggal dunia. Ini menurut Sir Mahmud Mat satu kisah yang sedih dan tragis.


Kisah sedih zaman yang terkini banjir dan pasca 2014 dipostkan oleh facebook seorang anak muda yang bersemangat tinggi, berpendidikan tinggi berasal dari Kg Gintong...



    Setelah hampir dua tahun musibah banjir besar, rumah nenek saya di kampung belum mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan. Kediaman dan barangan hampir 95% musnah TERUK akibat musibah tersebut. Ironinya, Allahyarham datuk saya adalah pejuang tegar UMNO dan Barisan Nasional dan pernah menjadi wakil rakyat mewakili UMNO dan Barisan Nasional selain terpilih menjadi EXCO dalam kerajaan negeri untuk beberapa penggal.
    Pemimpin "nasional" yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat sibuk sangat dengan isu pagar rumah jiran, berkelahi dengan budak-budak, dan isu tumbuk menumbuk selain isu-isu picisan yang lain.
    Kalau rasa posting saya fitnah, saya menjemput pihak berkenaan ke kampung saya dan meneliti adakah setiap penduduk kampung yang dilanda musibah banjir besar 2014 diberi pembelaan yang sewajarnya.
    Mungkin kami tak menyumbang dana dalam political funds anda. Tapi ingat, undi dari kami yang membuatkan anda rasa anda berkuasa.


Jerantut perlu pemimpin-pemimpin seperti Sir Mahmud Mat membantu tragedi mangsa banjir semasa dan selepas pasca banjir. 

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...