Friday, July 15, 2016

Kempen 1 Rumah 3 Tangki Simpanan Air Di Felda Sungai Retang



Maklumat yang WZWH ingin kongsikan disini adalah bagaimana sistem bekalan air yang boleh menyelesaikan masalah bekalan air ketika musim Raya di Felda Sungai Retang, Jerantut. 

Sistem automatik ini  alhamdulillah boleh mengatasi sepenuhnya masalah bekalan air yang kadangkala berlaku sebelum ini, sebagaimana komen dari penduduk Felda Sungai Retang berhubung dengan masalah air.

Penduduk Felda Sungai Retang, InsyaAllah tidak akan mengalami masalah air lagi. Anak-anak dan cucu-cucu yang balik beraya dari perantauan tentu gembira bila tiada masalah bekalan air.

Rekabentuk sistem pam air secara menyeluruh seperti berikut. Selain daripada paip air daripada paip utama, kena sediakan  3 Tangki simpanan sebagaimana Gambarajah 1 dan foto dibawah, 2 paip saluran ke tangki utama, 3 punca elektrik untuk 3 Enjin pam air dan perigi bagi mempastikan penghuni tidak mengalami gangguan bekalan air. Sistem kini mempunyai suis otomatik sepenuhnya menggunakan Float Switch yang lebih sesuai berbanding Pressure Switch yang digunakan sebelum ini. Masalah yang dihadapi sebelum ini berpunca daripada Pressure switch yang mudah rosak. 


Di antara contoh Float Switch yang terdapat dipasaran.
Boleh  menggunakan switch seperti SK-12A.


Pengalaman seminggu sebelum Raya dan hingga Hari Raya ke empat, Felda Sungai Retang menghadapi masalah terputus bekalan air bermeter daripada PAIP. Kejadian ini berlaku akibat kemalangan/kerosakan loji air yang tidak dijangka oleh pihak Syarikat. Keadaan ini telah menimbulkan kesulitan kepada sebahagian besar penduduk di Felda Sungai Retang. 

Ini penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah bekalan air iaitu Sistem Simpanan Air sebagai "back-up" sekiranya terputus bekalan air bermeter atau pun air mengalami tekanan rendah.

Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana sambungan paip air dilakukan, manakala Gambarajah 2 menunjukkan sambungan pendawaian elektrik untuk satu Pam air bagi membolehkan sistem ini berfungsi secara otomatik dengan menggunakan Float Switch. 



Gambarajah 1: Sistem air 



Gambarajah 2: Litar lengkap Pendawaian untuk 1 Pam air


Kos membina sistem air ini kurang dari RM4000.

Peneroka Felda Sungai Retang yang banyak mempunyai simpanan hasil dari jualan buah sawit dan insentif dari Felda serta sumbangan dari anak-anak dan cucu-cucu yang berjaya di perantauan boleh menampung menyediakan sistem air ini.

Jangan Tanya Felda dan PAIP apa sumbangan mereka.

Tanya apa sumbangan Peneroka dan Keluarga terhadap meningkatkan kualiti hidup?

5 comments:

Anonymous said...

Cakap senang la.... duduk sendiri kat sg retang masa tak ada air baru tau langit tinggi ke rendah.

Anonymous said...

Kos 4000 dengan jumlah rumah 500, peneroka perlu keluarkan 2juta untuk buat benda alah kat atas. lebih baik PAIP sendiri yang tingkat kualiti dorg. Masing2 bagi sumbangan, peneroka dapat air bukan free. Selama ni PAIP xda untung ke? Dh tahu musim perayaan, tingkatkan tekanan air tu..payah sangat ke..

Anonymous said...

Kenyataan bongok dr seorang pemikir yg bongok.. ko ingat 4000 blh dpt ngan air liur je!!!

Anonymous said...

Beli tong banyak2 pon,pakai lah pump kuat mane pon..dah kalo tkde air..kan keje bodoh namenye?

Anonymous said...

Fikir ya baik2...mungkin dato nk derma sebuah rumah 3 biji tong...alahai...bersyukur kita warga kampung sekalian.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...