Sunday, July 31, 2016

Ketum Mampu Menjana Berbilion Ringgit Kepada Negara

frames

Mitragyna speciosa korth atau pokok ketum.


Betapa Malaysia tidak terfikir ada jalan mudah dan senang mencari duit dengan memasarkan tumbuhan herba asli local product-Ketum boleh menjana berbilion ringgit kepada negara.

Betapa Malaysia bersusah payah menanam pokok getah berasal dari Brazil bagi kepentingan ekonomi Malaysia. Sekarang harga getah sekilo jatuh teruk.

Betapa Malaysia tabah menanam pokok kelapa sawit yang berasal dari Afrika bagi kepentingan ekonomi Malaysia. Sekarang harga sawit setan metrik jatuh dan bangun.

Betapa 'bodohnya' Malaysia tidak tahu dan pandai mengeksploitasi ekonomi ketum tumbuhan herba asli dari tanah tumpah negara ini.

Apa lagi Malaysia guna Undang-Undang tertentu menyekat mana-mana agensi kerajaan atau swasta dari cuba membangunkan industri ketum.

Perlu diingat ketum BUKAN daun poppy candu.

Ketum adalah daun ketum.

Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.

Cadangan Risda supaya kerajaan mengkaji faedah dan kebaikan ketum adalah statement yang terbaik dalam sejarah 43 tahun Risda.

Ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara.

Cadangan penanaman ketum secara terkawal yang dikemukakan lebih kepada tujuan eksport kerana terdapat permintaan ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat farmasi itu nampak kebaikan tanaman itu sebagai alternatif untuk perubatan moden kerana ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.

Negara-negara lain akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan Malaysia perlu bertindak pantas dalam isu ini.

Farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu, termasuk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.

Risda sudah kemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kerajaan tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut.

Risda perlu mencari alternatif lain disebabkan harga getah yang tidak stabil dan ramai yang menentang cadangan penanaman ketum itu.

Menteri-Menteri dan Menteri Besar-Menteri Besar perlu mendengar pandangan idea yang bernas lagi brilliant dari Risda ini.

Jika cadangan ini berjaya Risda akan menjadi corporate giant lebih hebat dari Felda.

Risda boleh bina Stadium Risda.

Risda boleh tubuh team bolasepak Risda United.

Pekebun-pekebun kecil Risda boleh bila menjadi peserta skim ini boleh berpendapatan tinggi.

Pekebun-pekebun kecil bolehlah ek dengan peneroka-peneroka nanti bila berjaya.

2 comments:

Anonymous said...

Ketum= ketua umum. Yg ni pun patut ditanam juga..hehe

Anonymous said...

Malaysia ni memang banyak khazanah yg tersembunyi, perihal rahsia daun ketum ini yg telah pun menjadi sebahagian daripada resepi untuk menghasilkan produk seumpama VIAGRA memang telah diketahui lebih daripada 15 tahun dulu lagi oleh seorang penyelidik herba berbangsa Melayu. Tetapi halangan terbesarnya adalah daripada pihak perundangan Kerajaan Malaysia sendiri.

Undang undang buatan manusia memang banyak kepincangannya tetapi yang unik tu benda inilah yg manusia yang kononnya sudah maju dan bertamadun pertahankan. Nak cerita pasal undang undang ni hukum Hudud yang dikatakan oleh mereka yang bukan Islam sangat barbaric tu pun tidak seganas hukum sivil jika disabitkan dgn kesalahan dadah yg menjatuhkan hukuman mati mandatori walaupun itu adalah kesalahan yang pertama. Padahal hudud adalah "hukuman" yang Pencipta adakan untuk ciptaanNya (manusia), perkara yang manusia reject dari sudut perundangan sama seperti daun ketum.

Satu ketika dulu daun ketum pun hampir nak disamakan dgn daun ganja dari sudut kesalahan jenayahnya. Sekiranya pihak berkenaan meluluskan permohonan pihak RISDA bagi menghalalkan "industri" ketum maka pesalah jenayah akibat kesalahan penyalahgunaan daun ketum yang telah dijatuhkan penghukuman itu macamana pula status mereka? Sebab sekiranya mereka dapat "pengampunan" tidak kah mereka ini pun patut dibayar ganti rugi juga? Bunyi macam lucu tetapi begitulah kenyataannya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...