Thursday, July 28, 2016

Bila Malaysia Jadi Mangsa Percaturan Politik Amerika







Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dikatakan bermain politik apabila menjadikan tindakan saman sivil ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai cubaan untuk mengalih isu daripada skandal rasuah yang memalit Jabatan Kehakiman dan Peguam Negaranya, Loretta Lynch.

Mana tidaknya, ke­­tika pengumuman mengejut mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB yang hanya dibuat bersandarkan andaian, Lynch sebenarnya sedang berdepan dengan petisyen dibuat American Center for Law and Justice (ACLJ) bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.

Ini kerana Lynch terpalit de­ngan skandal rasuah membabitkan bekas Presiden AS, Bill Clinton dalam usaha menyelamatkan isterinya, Hillary dan sehingga kini lebih 100,000 rakyat AS sudah menandatangani petisyen tersebut sejak dilancarkan ACLJ pada awal Julai lalu.

Berdasarkan laporan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menemukan 100 e-mel perbualan antara Clinton dengan Lynch dan mereka berdua juga didapati berjumpa secara sulit di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona, menyebabkan integriti Peguam Negara AS itu dipersoalkan.

Namun, ketika banyak pihak menuntut tindakan tegas diambil ke atas Clinton, Lynch memutuskan tiada pendakwaan dibuat ke atas suami Hillary itu menyebabkan calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump, menuduh Lynch telah disogok oleh bekas Presiden AS tersebut.


US Attorney General Loretta Lynch Refuses to Answer Questions Put to Her By Congress 74 Times Regarding Hillary Clinton Email Scandal.






Seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah terpe­ngaruh dengan propaganda AS dalam apa juga isu, kerana setiap tindak-tanduk negara kuasa dunia tersebut selalunya mempunyai tujuan yang tidak baik.

Kenapa Lynch tiba-tiba mengumumkan saman sivil ini? Apakah beliau mahu menolong kepada publisiti Hillary untuk bersaing merebut jawatan Pre­siden AS atau adakah ini merupakan jalan bagi menutup dakwaan skandal rasuahnya bersama Clinton.

Terdahulu, sebelum timbul isu skandal rasuah, Lynch juga tidak pernah kering daripada kontroversi terutama ketika beliau menjawat jawatan sebagai Pendakwaraya Persekutuan AS, apabila wanita itu membuat rundingan bagi menyelesaikan skandal pengubahan wang haram di AS.

Ironinya ketika beliau bersungguh-sungguh mahu me­ngambil tindakan ke atas 1MDB, Lynch tidak bertindak serupa dalam kes pengubahan wang haram oleh kakitangan Bank HSBC melibatkan transaksi lebih AS$200 juta (RM813 juta) hingga tiada seorang pun yang didakwa. 

10 comments:

Unknown said...

WZWH....stick to HISTORY.
Jangan tulis about things that U don't know.
Looks so silly macam kanak-kanak autisme.
Amerika takkan campurtangan kalau Najib tak buat tahi
di negeri Uncle Sam itu. Bawak duit masuk Amerika untuk
dicuci. Ko ingat Amerika nak biarkan orang berak merata tempat. Adakah ko biarkan orang berak di rumah kau.......?????
So, stick to cerita-cerita pengleiporlara.
Mungkin tak ramai orang baca, tapi aku suka.
Aku baca but not when u start meroyan hal-hal yang beyond
your level of thinking.


Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Amboi...
Cik Minah tahu betul expert hal Amerika haaaaa.

haku said...

aku tak baca posting ko..cuma nak nengok komen..sian..sampai sendri nak kena balas balik komen reader...takpe..aku tolong tambah naikkan ranking ko..tq

Anonymous said...

Klu org berak merata di amerika...org amerika termasuk org malaysia bersorak sakan.
Bila amerika berak serata dunia..org malaysia duduk diam jer.
Waktu kes anwat...bersorak beruk2 menyokong timb presiden amerika berak di malaysia.
Bila mahdey berak muka minah dgn perjanjian bodo dan bangang konsesi tol serta bailout guna wang rakyat berbillion ringgit serta beli bon yg rugi berbillion ringgit...beruk2 minah senyap jer.
Mungkin kenyang makan dedak mahdey atau tak berbunyi krn nazak kekenyangan melampau sampai hari ini.Ptuiiihhh...

Unknown said...

Nak ngaku tahu banyak tu, takdalah.
Aku bukan Duta. Aku cuma rakyat marhaen yang rajin membaca
dan tengok siaran berita. Like U, aku pun tak suka Amerika,
terutama dalam hal-hal campurtangannya dalam politik negeri-
negeri Arab. Memang aku maki dan berdoa siang malam masa
dia serang Iraq. Rasanya doa tu dah dimakbulkan Allah bilah
Ariel Sharon terbaring koma for 8 years and never get up.
Bush senior pun dah kena alzheimer.
Mungkin Bush.jr pun tak lama lagi.
Tapi bab Malaysia ni, I don't see any reason kenapa US
nak campor tangan. Bukan ke Najib tu golf buddy Obama....?
Furhtermore, Najib dah letak tengkok Malaysia dalam
tangan US melalui perjanjian TPPA.
Kalau si Riza buat filem kat Mumbai bertajuk Wolf of Mumbai
dan beli hartanah di Delhi or Mumbai, US takkan campor tangan
terutama kalau dia guna duit rupee.
Malangnya Najib pindah-pindahkan duit serta donia guna USD.
Lepas tu pi beli asset lebih usd 1 billion di US.
Takkan orang tak tanya, mana dia dapat duit sebanyak tu.
Aku keluarkan duit EPF yang seconit tu pun, bank sibuk tanya,
mana datang duit tu.
Apa lagi duit berbillion.
Lu pikir sendirlah WZWH.
Kalau anak lu tetiba berbelanja mewah, lu tak maw tanya ke
mana dia dapat duit...........??????
Mentang-mentanglah Obama tu his golf buddy, jadi Najib ingat
dia boleh buat sesuka hatilah.
Stupid man.
Nak menyonglap pun tak pandai pilih tempat.

tepen said...

WHWZ,
People know you support the PM. Being an educated man I am sure you can think with reasons. I just don't understand how you can justify a leader who stole billions and yet you continue to supports him. As far as the American AG is concerned she's got all the documentary proof to show, not like our PM, only speak and not even once show any document to support him, and he even hide the audit report from the public, why?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

The conspirators and the traitors went to US gave a collection of doctored, tampered and fabricated documents to DOE, FBI n relevant US Agencies. Same as Justo Case. Hence they are the Raja Mendeliar dan Si Kitol modern to conspiracy of highest treason toppling the Prime Minister of Malaysia, the President of UMNO.

Anonymous said...

Semua anak mahdet kaya raya ada ko tanya????
Ada yg dh lingkup tapi bernafas balik krn siapa????

Klu anak TIRI najib kena tangkap salah....lantak dia.Ingat rakyat nak bersedih.
Cuma...beruk2 minah pemakan dedak dan peminum kencing SR dan WSJ belaan puak pakatun dah mengaku sebagai hakim kedai mamak kerala dlm menyebar spekulasi fitnah.BANGGA SANGAT KER?????
Lupa pulak...minah nie dah keja dgn polis interpol...

Anonymous said...

Seluruh dunia mrk nak bawa dokumen2 tu tak kesah.
Rakyat nak tahu mana penghujung siasatan dan dakwaan mrk.
Jangan hanya guna utk mengelirukan rakyat dlm penyebaran fitnah.
Dokumen2 mcm tu mmg sesuai dan menjadi kegemaran minah dlm menjaja cerita dia.
Tak sabar tunggu tangkapan...agar puak yg gila kuasa nak kayakan waris dan kroni tak meroyan.

Anonymous said...

Dah dpt dijangka keja bangsat gila kuasa.
DOJ dah kata...akan dakwa jika ada bukti.Sesiapa saja boleh hantar dokumen ke seluruh dunia termasuk pondan bangkrap yg jadi kaya balik sejak jilat puak gila kuasa nie.
Minah...ko tak nak join ker????

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...