Saturday, July 16, 2016

Tun Mahathir Mengulangi Kesilapan Dato' Onn : Lawan UMNO Dan Gagal!



UMNO telah melahirkan dia orang genius politik yang tidak perlu WZWH perkenalkan kepada dunia iaitu Dato' Onn Jaafar dan Tun Mahathir Mohammad.

Dua orang genius politik super ego yang percaya mereka boleh menentukan masa depan UMNO samada berada di dalam atau di luar UMNO.

Jangan persoalkan jasa dan kepimpinan Dato' Onn dan Tun Mahathir kepada UMNO, agama, bangsa dan negara. Tidak terkira...

Posting ini mengkaji kenapa dua orang genius politik ini jadi begini dan bersifat essentrik.

UMNO parti keramat tidak perlukan ahli genius politik yang essentrik cukup dengan ahli parti yang biasa dan sederhana untuk membawa perjuangan UMNO.

Sejarah Dato Onn secara ringkas. Beliau adalah bangsawan, terlalu rapat dengan Istana. Tapi selalu mengkritik Istana hingga dibuang kerja dan buang negeri. Berani vokal hingga British tidak senang.

Beliau menubuhkan UMNO bersama banyak Pertubuhan Melayu lain yang anti Malayan Union. Tapi bila menjadi Presiden UMNO mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu dan mahu tukar nama UMNO.

Sudah tentu isu Kerakyatan dan eksklusif kepentingan Melayu buat majoriti ramai ahli UMNO menentang. Kecewa dengan penolakan idea itu beliau lalu meletak jawatan.

Beliau menubuh parti baru IMP dengan membuka keahlian kepada bukan Melayu. Tetapi tidak mendapat sambutan. Menyedari mahu sokongan orang Melayu, beliau tubuh Parti Negara u-turn prinsip dan polisi beliau.

Akhirnya beliau berjaya menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan pada PRU 1959 dengan bantuan PAS ketika berumur 64 tahun! Beliau akhirnya menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat melawan UMNO dan Perikatan.

Beliau Lawan UMNO dan Gagal.

Sejarah Tun Mahathir. Tidak perlu diperkenalkan semua orang tahu. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Setar pada PRU 1964 ketika berumur 40 tahun. Kalah pada PRU 1969 kerana orang Cina tidak sokong beliau.

Kritikan beliau terhadap Tunku Abdul Rahman dan buku "Dilema Melayu" buat beliau dipecat dari UMNO.

Tetapi Tun Razak angkat beliau masuk UMNO pada 1972 dan dilantik Senator pada 1973 dan seterusnya bertanding di Parlimen Kubang Pasu pada 1974. Dilantik Menteri Pelajaran dan menang jawatan 3 Naib Presiden.

Selepas wafat Tun Razak pada 1976, anak Dato' Onn iatu Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri melantik beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Setelah Tun Hussein bersara pada 1981 akhirnya Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hingga 2003.

Sehinggalah ke hari ini, Beliau tidak suka pegganti beliau Tun Abdullah dan DS Najib Tun Razak dengan berbagai alasan.

Beliau keluar UMNO lagi 2 kali. Beliau berpakat dengan pembangkang DAP, PKR dan PAN ketika PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Kini beliau adalah De Facto 'Ketua Pembangkang' membuatkan DS Anwar Ibrahim seorang lagi anak didik beliau yang beliau tidak suka tenggelam.

Maka kita melihat sejarah itu berulang.

Tun Mahathir mengulangi kesilapan Dato' Onn: Lawan UMNO dan Gagal.

Seperti Hitler tidak belajar dari sejarah bahawa Napoleon pun gagal menawan Russia akhirnya. Hitler tidak peduli tetap mengulangi kesilapan Napoleon. Akhirnya gagal.

UMNO itu lebih besar dari Dato' Onn dan Tun Mahathir.

UMNO itu parti Keramat.

8 comments:

Anonymous said...

Apa kebende la yang aok repekkan ni Zuri weh...
Nak bagi tahu kalau belum tahu... UMNO dah lama mati.
Yang ada tu UMNO BARU yang Mahathir hidupkan.
Keramatnya UMNO tu dah dikuburkan oleh Kuli.

Lagi satu... Aok ni pak nujum kerrr ?? Belum apa2
dah tahu gagal.... Yerrr Dato Onn tu dah lepas mmg
org dah tahu gagal. Yang aok nak repekkan ni belum
lagi lepas... jadi tak usahlah nak meraban.

Unknown said...

Oiiii...BBNU.
Stick to your song and tampal gambar pompuan cantik jelah.
Jangna masuk campor hal orang tua-tua nak berpolitik.
Kesian awak, teruk kena tibai saja.

Anonymous said...

Yang perlingkup UMNO lama jadi UMNO baru pun Mandey juga bukan orang lain.

Tok sah dok sembanglah yang mengukuhkan kembali UMNO bukan Madey sorang.

Jika harapkan dia sorang dah lama UMNO lenyap. Orang yang keluar masuk persatuan ni bukan ada jiwa perjuangan cuma nak test market.

Kali ini orang dah muak dengan produk recycle dan recond.

Anonymous said...

Hahaha... Mangkuk hayun mana pulak la duk mimpi
ada orang sembang pasal Mahathir sorang saja
yang kukuhkan UMNO BARU tu gamaknya... Biol ke mende...
Dah tentulah kalau sorang saja tak jadi mende...
Nak songlap duit berbilion dollar Amerika
pun dah terbukti nak kena berpakat juga....
Siapa yang nak kena lari... siapa yang perlu diam diri...
siapa pulak yang perlu berkokok.....
dan macam2 siapa lagi lah.... hampeh...

Anonymous said...

Sifir aku senang jer ... seseorang yang tidak setia kpd parti bukanlah pejuang sejati. Tidak wajar dijadikan pemimpin yg sejati. Dia hanya jadikan parti spt kuda trojan utk kepentingan diri semata2.

Anonymous said...

Dia nak kerusi pm tu.
Kemudian wujudkan balik ISA dan sumbat penentang dan pgkritik dlm jel tanpa bicara.
Gugurkan org yg jujur dan wujudkan kementerian2 yg dpt pegang kehakiman dsbnya utk meneruskan legasi kaya raya mrk.
Dgr cerita...rm5billion dilabur bagi dana menguasai semula putra jaya.Gila nak mampus...
Bermakna puak pakatun nie serupa dgn penjajah juga...dptkan hasil negara demi waris dan kroni.Rm5b pelaburan demi kaya sampai kiamat.Moga hancur puak bangsat ini!!!!!

Anonymous said...

Klu puak mangkuk tu berakal dan beriman...tunggu jer pemilihan parti.MUDAH!!!!
Dia ingat kluar parti akan ada majoriti yg nak ikut.Yang muhdin..boboi n piee apdal mengutuk dari belakang satu amalan yg baik ker???
Kenapa muhdin cadang tangguh pemilihan parti???Mgkin rasa isu 1mdb n rm2.6b memungkinkan dia naik kerusi presiden dgn percuma.Iyelah...sistem kouta era mangkuk dah dimansuh dan sesapa boleh bertanding maka khuatir akan gagal krn ahli parti tahu sapa yg gila nak kaya dan untungkan waris dan kroni guna talian vvip parti.Takut kalah!!!!!
Skrg apa dh jadi???Jadi munafik ler korang...
Tak apa...dgr kabar dlm fb kroni2 mahdey melabur rm5billion utk tubuh parti mangkuk pakatun.Mgkin pelaburan berbaloi.Maklumlah sejak bnyk disekat oleh 1mdb ada kroni mangkuk sanggup kata mrk kaya bukan krn bantuan umno/bn(era mahdey jd pm).Lupa diri bila dah kaya raya....moga Tuhan pelingkup mrk yg bongkak ini.Korang melaburlah dlm parti mangkuk pakatun tu krn menjarah harta negara dh jadi amalan korang sejak legasi 22 tahun dulu.Sial korang!!!!

Anonymous said...

Ingat dah menopause....
Minah...ko jadi ahli parti mahdey ker???
Apa nama parti baru mahdey tu minah???
Hehehe...aku cdg nama parti minah mahdey

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024