Nuffnang Ads

Pages

Saturday, December 17, 2016

Main Bola Demi Raja Dan Negara Contohi Thailand

Image may contain: 2 people, outdoor

Bangsa Thailand yang beradat tinggi kena dengan budayanya boleh menghasilkan team bolasepak berprestasi tinggi.


Semasa Final AFF Suzuki Cup 2014 Second Leg Malaysia VS Thailand, pasukan team Malaysia telah bangkit dari kekalahan 0-2 keputusan First Leg Bangkok dengan merobek gawang Thailand 3 gol.

Team Thailand sudah panik. Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang tidak terkata apa-apa. Satu panggilan telefon dari Bangkok oleh Mendiang Raja Thailand yang sangat dimuliakan oleh rakyat Thailand the late King Bhumibol Adulyadej memberi motivasi dan semangat kepada para pemain Thailand.

Kiatisuk memberi kata dua kepada pemain-pemain Thailand," Raja titah Thailand boleh menang. Main untuk Raja dan Negara pasti menang!". Walau Thailand kalah kepada Malaysia  2-3 tetapi dari segi aggregate Thailand menang 4-3 dan menjadi juara.

Sekarang malam ini sebentar lagi Thailand menghadapi situasi yang sama ketinggalan 1-2 kepada team Indonesia di Bogor.

Lihat gambar di atas bila team Thailand turun dari bas di Stadium Raja Manggala Bangkok, beberapa pegawai dan pemain membawa gambar foto the late King Bhumibol Adulyadej sebagai pemberi semangat dan peransang untuk memberi keyakinan kepada Thailand bagi mengalahkan Indonesia pada Final AFF Suzuki Cup 2016 Second Leg malam ini.

Gambar Mendiang Raja Bhumibol tetap dipuja. Tidak juga dibawa gambar Raja Maha Vajiralongkorn raja Thailand sekarang.

Itu lah Thailand main bola demi Raja dan Negara.

Malaysia patuh contohi team bolasepak Thailand.

WZWH percaya dan yakin Thailand pasti dapat mengalahkan Indonesia dengan semangat pemain-pemain membara untuk bermain demi Raja Bhumibol Adulyadej yang pada tahun ini meninggal dunia.

No comments: