Sunday, December 25, 2016

Sejarah Bagaimana Empayar Funan Menghasilkan Elit Raja-Raja Melayu

Image result for funan empire


Empayar Funan ( 68-550 ) semasa zaman kegemilangan menguasai sepenuhnya pedalaman Asia Tenggara termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Burma dan Segenting Kra.


Mala Malayu Iva Malayam Raja ~ Raja Mala dari Melayu, Raja Segala Raja
Prasasti Han Chey Kampong Cham, Kemboja.

Funan itu nama dari slang China. Asal namanya ialah Bnam @ Phnom bererti gunung. Ini bahasa Melayu Khmer kuno.

Diasaskan oleh seorang putera Melayu, Hun Tian dari Semenanjung Tanah Melayu dengan seorang puteri  pre-Khmer-Cham, Ratu Soma @ Liu-ye dari kelompok orang Austronesia (Melayu) juga.

Posting ini menulis semula sejarah bahawa elit-elit Funan ini lah yang menghasilkan Raja-Raja Melayu selepas kejatuhannya diserang Chenla sebuah negeri bekas naungan Funan pada pertengahan kurun ke 6.

Elit-elit Funan ini kemudian berhijrah menjadi Raja-Raja Empayar Langkasuka, Chih Tu, Pan-Pan, Srivijaya, Sailendra, Tambralingga, Majapahit, Temasek, Melaka dan Brunei.

Funan adalah sebuah empayar berbilang bangsa dan bahasa. Ada bangsa Melayu, Khmer, Mon dan Pyu. Bahasa Melayu-Cham dan Mon-Khmer.

Bangsa Melayu menjadi kelas pemerintah Ruling Class. Sikap toleransi dan diplomatik bangsa Melayu boleh menyatukan pelbagai bangsa pada zaman itu.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...