Monday, January 17, 2011

Masa Depan Politik Malaysia


Membicarakan masa depan politik Malaysia mahu tidak mahu kena bicara juga masa depan politik UMNO. Sebabnya UMNO berpengaruh sejak tahun 1946 dan sudah lebih 59 tahun berkuasa menjadi tunjang pemerintahan negara.

Meringkaskan perubahan dan kepimpinan yang UMNO telah memerintah Malaysia ini elok WZWH quote apa yang yang dikatakan oleh  Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton...

AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara iaitu demokrasi hidup subur, kerajaan efektif dan pembangunan ekonomi yang pesat. Malaysia sebagai model negara membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara membangun lain...

Malaysia dikagumi oleh negara-negara Islam..Hillary juga menyatakan bahawa Palestin memohon agar Malaysia dapat membantu membangun dan memulihkan ekonomi mereka...

Jika kuasa besar AS dan negara Islam memandang tinggi Malaysia apakah 28 juta rakyat Malaysia berfikir bahawa UMNO yang telah memerintah Malaysia berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen BN telah praktis "Good Governance".

Itulah parti UMNO yang bukan sahaja berjuang untuk kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi juga turut menjaga kepentingan lain-lain kaum di Malaysia.

Tetapi pembangkang sejak PRU 12 telah memusing fakta ini dan cuba memberi gambaran persepsi bahawa  UMNO tidak jaga negara, UMNO tidak jaga rakyat, UMNO tidak jaga Melayu dan UMNO tidak jaga kaum-kaum lain.

Bertambah sedih bila sudah ada segolongan kecil  intelektual Melayu, golongan pertengahan Melayu dan orang Muda Melayu yang cuba menafikan apa yang UMNO telah perjuangkan dan kesungguhan UMNO menjaga Malaysia telah menyokong dan percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Mereka kata UMNO parti yang tiada berideologi, tiada idea, tidak boleh mengharungi perubahan, tidak boleh berdepan dengan persekitaran yang sentiasa berubah dan ganas dan UMNO tidak boleh mengharungi masa depan!

Adakah betul UMNO itu parti kampung? UMNO tidak laku di bandar besar. Ya memang UMNO itu parti kampung. Hanya orang-orang tua kampung generasi lama UMNO dengan makcik-makcik Wanita yang kuat menyokong, orang muda tidak menyokong dan berminat, kata mereka.

75% dari 222 kerusi parlimen terletak di kawasan luar bandar dan di kawasan Felda. Itu fakta yang sesuai dengan UMNO imej parti kampung. Berapa ramai orang Melayu yang ramai di bandar-bandar besar kosmopolitan mengundi di bandar? Berapa ramai orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan pulang ke kampung setiap kali PRU dan PRK? WZWH tidak tahu jawapan tepat. Satu kajian menyeluruh perlu dibuat.

UMNO sebuah parti yang tiada ideologi? Hadi Awang kata PAS parti lama ada ideologi Islam. Lim Kit Siang juga kata DAP parti paling berideologi sekali di Malaysia! Anwar Ibrahim pun kata PKR parti yang punya ideologi bertaraf universal dan dunia!

UMNO memang parti yang tiada ideologi. UMNO parti kampung. Ideologi UMNO sangat mudah difahami oleh orang kampung, orang Melayu dan intelektual Melayu yang berfikir. Ideologi UMNO ialah Alif, Ba, Ta - Agama, Bangsa dan Tanahair.

Ideologi yang simple inilah buat UMNO telah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun. Ideologi mudah inilah yang boleh membina Malaysia mencapai tiga perkara yang Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton katakan:
  • demokrasi hidup subur
  • kerajaan efektif 
  • pembangunan ekonomi yang pesat
Ideologi yang simple inilah yang membolehkan UMNO memecah rekod dunia sebagai parti politik yang paling lama memerintah dalam politik dunia moden selepas perang dunia ke 2. Adakah rakyat Malaysia yang menjadi pengundi berdaftar seramai dekat 15 juta orang akan menolak UMNO dalam PRU 13? Adakah pengundi Melayu dan Bumiputera seramai 60% akan menolak parti UMNO ini?

DEB yang diketengahkan dan diarkitekkan oleh Tun Razak sejak tahun 1970 hingga 1990 dan kesinambungan dasar seumpamanya telah berjaya dalam bidang pendidikan menghantar anak-anak muda Melayu dan Bumiputera belajar di universiti-universiti dalam negeri dan luar negara. Bagi anak-anak muda Melayu dan Bumiputera yang cerdik dan bijak dihantar belajar ke England, AS, Eropah, Rusia, Australia, Jepun, Timur Tengah, India, Korea Selatan. 

Anak-anak muda ini membawa bermacam-macam pemikiran yang tidak ada dan nampak di Malaysia.  Anak-anak muda ini telah membentuk golongan pertengahan Melayu yang besar saiznya dan berpengaruh. Anak-anak muda inilah yang memimpin negara, organisasi, firma, bisnes, parti politik, industri, SME, bank,  dan keusahawanan membina negara.

UMNO yang berideologi simple dan kampungan inilah yang memulakan dan mengharapkan anak-anak muda ini. Anak-anak muda ini yang "highly educated" telah berkelamin punyai anak-anak dan cucu-cucu yang majoritinya tinggal di bandar kosmopolitan dan metropolitan di Malaysia.

Adakah generasi anak-anak muda ini, anak-anaknya dan cucu-cucunya akan "MENOLAK" UMNO parti yang mengharapkan sejuta harapan dan impian daripada mereka, parti yang punyai ideologi paling simple dalam dunia, parti kampungan yang menatang mereka bagai minyak yang penuh.

Maka WZWH boleh simpulkan jawapan dari anak-anak muda ini, anak-anaknya dan cucu-cucunya akan mencorakkan  dan mempengaruhi  masa depan politik Malaysia. Demikian juga jawapan generasi baru kaum-kaum lain pun turut menentukan masa depan politik Malaysia.

Sunday, January 16, 2011

Kolokium Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Pahang

DSD Adnan Bin Yaakob MB Pahang.

Hari ini WZWH menghadiri kolokium (mini konvensyen) pemimpin-pemimpin sayap UMNO Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah.

Majlis ini anjuran Yayasan Pembangunan Insan Malaysia (YPI) dan UMNO Pahang. YPI telah ditubuhkan oleh DS Najib pada Julai 2009 kesinambungan dari Yayasan Islam Hadhari.

YPI menyediakan 3 program iaitu Program Asas, Program Lanjutan, dan Program Khas. Antara 10 modul pembinaan perwatakan berlandaskan ajaran Islam:

  • Bangun Runtuhnya Tamadun Dan Empayar Besar
  • Survival Menuju Kemerdekaan
  • Realiti Umat Melayu Islam Masa Kini
  • Jalan Menuju Ke Syurga
  • Tugas Kritikal Bagi Pembangunan Umat Melayu
  • Pengorbanan Sebagai Prasyarat Untuk Mencapai Kejayaan
  • Pengakhiran Hayat Sebagai Sumber Perubahan Diri Dan Masyarakat
  • Penghalang-penghalang Dalam Mencapai Kecemerlangan Bagi Umat Melayu
  • Kemuliaan Pemimpin Terulung
  • Solat Berkualiti Sebagai Prasyarat Untuk Mendapat Keredhaan Allah
Program bermula dengan Seminar 1 Tajuk:"Survival Menuju Kemerdekaan" oleh YBhg. Kapt. (B) Dr. Shamsuddin bin Hj Moner, Pengurus Besar Operasi YADIM.

Ucapan Perasmian oleh MB Pahang. Antara intipati ucapan ialah orang Melayu perlu ada kesedaran untuk kekal berkuasa di Malaysia dan mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. UMNO bukan saja perlu menjaga kepentingan orang Melayu tetapi mengambilkira juga kepentingan kaum-kaum lain di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin muda UMNO mesti berfikir apa yang baik untuk masyarakat, menolong masyarakat, disamping mencari rezeki untuk diri sendiri. MB akan tolong apa yang mampu. Bawalah hal-hal masyarakat lebih dari hal peribadi. Ingatan kepada wakil rakyat dan AJK UMNO Bahagian.

Seminar 2 Tajuk: "Realiti Umat Melayu Islam Masa Kini" oleh Ybg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Malaysia.

Seminar 3 Tajuk: "Bangun Runtuhnya Tamadun Dan Empayar Besar" oleh Ybg. Ustaz Mohd Fadzil bin Abu Kasim Ketua Penolong Pengarah Pusat Ekonomi & Kewangan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia.

Dan Ucapan penutup oleh Ybhg Dato' Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Tahun 2011 satu permulaan yang baik bagi pemimpin-pemimpin sayap UMNO: Wanita, Pemuda dan Puteri untuk bergerak memperjuangkan dasar perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair semoga berada di landasan jalan yang lurus dan di redai dan diberkati Allah.

Hanya UMNO  tinggal terbukti dalam sejarah dunia moden untuk memperkasakan syiar Islam secara cekap dan berkesan di dunia ini sebab itu Allah beri kuasa kepada UMNO kerana Allah lebih tahu hamba makhlok UMNO ini.

WZWH akan kembali lagi ke Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 30 Januari 2011 untuk Majlis Konvensyen BN Pahang yang akan dirasmikan oleh DS Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Saturday, January 15, 2011

Blog SPU dan Urag Drrulug Sudah Insaf!?



Bagi orang Jerantut peminat blog cyberpolitik sudah tentu tertanya-tanya apa sudah jadi dengan blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) lama menyepi tiada posting selama 6 hari. Biasanya 2 hari sekali posting review mengulas posting blog-blog Jerantut.

Adakah blog SPU sudah bertukar pengurusan lagi? Atau SPU sudah insaf untuk mengkritik WZWH lagi. Tiada modal dah agaknya. Sejak WZWH berblog dari April 2010 hingga sekarang selalu WZWH menjadi bahan posting SPU.

Satu lagi blog yang ikut pattern SPU ialah blog Urag Drrulug (UD). 90% dari 125 posting blog UD suka menyentuh isu yang melibatkan WZWH. Ada orang kata blog UD ini wujud untuk "demonise" WZWH. Apa yang WZWH fikir dan cadangkan untuk kemajuan Ulu Tembeling, DUN Tahan dan Jerantut diperlekehnya.  Semua tidak kena, ada motif udang di sebalik batu kata UD.

Blog UD kreatif dengan satirikal ceritanya siap dengan foto-foto sarcastic termasuk video. Sudah tentu pembaca Jerantut cukup terhibur membaca postingnya.

Begitu juga blog SPU sungguh pandai celotehnya. Pun ramai pembaca Jerantut meminati penulisan dan gaya bahasa SPU.

Apa sudah jadi bila SPU dan UD membisu. Ada orang kata UD sudah jumpa YB Dato' Wan Amizan kerana ada hal personal. UD pun pernah komen dalam blog WZWH cakap mahu jumpa ADUN Tahan. Mungkin selepas jumpa ADUN Tahan gamoknya UD sudah tidak berapa minat menulis blog lagi dan senyap sampai sekarang (ekekekeke...)


Barangkali SPU pun menjejaki UD jumpa ADUN Tahan. Pun SPU senyap sampai sekarang. Bruup...Bruup...Bruup... kata blogger Braveheart he he he...

ETP "Mengoda" Brain Drain Kembali



"The worst of the financial/economic crisis seems to be over. Asset markets performed reasonably well in 2010. Growth in the United States and parts of Europe returned"

Kenyataan Michael Spence, Professor of Economics, Stern School of Business, New York University, and Senior Fellow at the Hoover Institution, Stanford University.

Perkembangan ekonomi China dan India turut membantu pulih semula ekonomi Malaysia. Produk-produk yang berorientasikan eksport Malaysia akan meningkat bila ekonomi United States dan Eropah menambah permintaan.

Terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara. Separuh di Singapura, Australia, Britain dan United States.

Strategi "Reverse Brain Drain" DS Najib untuk menarik kembali brain drain dengan mencipta lebih banyak kerja berpendapatan tinggi melalui projek infrastruktur besar

DS Najib mahu bina ekonomi berpendapatan tinggi. Beliau percaya dan yakin ekonomi akan kembali tumbuh mendadak dan brain drain akan kembali bekerja di Malaysia. Talent Corporation diberi tugas menyelesaikan masalah brain drain negara.

Economic Transformation Programme (ETP) akan meningkatkan kerja berpendapatan tinggi di Malaysia. Fokus Talent Corporation adalah menarik profesional Malaysia yang bekerja di luar negara tahu ada banyak peluang di negara sendiri. Banyak entry-point projects (EPP) yang DS Najib telah umumkan dan akan umum banyak lagi.

Antara EPP yang besar:
  • MRT Lembah Kelang RM36 bilion, gross national income (GNI) antara RM3-4 bilion dari 2011-2020
  • Loji janakuasa nuklear RM21.3 bilion, GNI RM1.8 bilion setahun dari jualan elektrik bila beroperasi.
WZWH merasakan bagi kepentingan ekonomi Jerantut, EPP loji janakuasa nuklear perlu direbut untuk menjana pertumbuhan mendadak ekonomi Jerantut dengan pelaburan yang besar boleh merancak ekonomi, peluang pekerjaan dan impak EPP.












Negara perlu memanggil kembali cerdik pandai, profesional, genious, brain drain kembali bekerja. Malaysia perlu kemahiran dan skil mereka ini untuk memajukan negara.

Friday, January 14, 2011

WZWH Jawab Sakmongkol AK47: UMNO Boleh Mengurus Perubahan Dan Memenangi PRU

Blog Sakmongkol AK47 menarik dalam posting terbaru memberi satu pandangan bahawa UMNO tidak boleh mengurus perubahan dan kenapa UMNO boleh kalah sila baca sini.

WZWH suka Sakmongkol adalah blog yang suka provoke pemikiran UMNO. Provocation Sakmongkol walau negatif perlu untuk UMNO kaji dan fikir. Itu yang buat ramai blogger Pahang tidak faham Sakmongkol malah kata beliau suka tulis isu anti Najib.

Kepada blogger Jerantut tidak ramai yang tahu Sakmongkol ini cucu orang Kampung Tebing Tinggi sebuah kampung tradisional di tepi Sungai Pahang di Jerantut. Tapi beliau lebih Pekan dan seorang  ahli politik yang Najib kenal.

Sakmongkol menulis UMNO boleh survive dalam persekitaran tertutup. UMNO tidak boleh mengurus perubahan. WZWH tidak bersetuju.

Sejarah telah membuktikan UMNO evolve, berkembang dan berupaya menangani perubahan. Ianya adalah satu fakta yang diakui oleh Amerika dan China malah England pun bahawa UMNO adalah parti paling lama memerintah dalam sejarah politik demokrasi dunia moden.

England pun tanya parti Labour dan Conservative mereka berasa  cemburu dengan UMNO. But as usual the English politicians would reply that UMNO carries the legacy of British traditions!

Cabaran UMNO dulu lebih hebat dari sekarang. Dulu Komunis pernah cuba berjuang memerintah Malaya dan Malaysia selama lebih 40 tahun dengan cara keganasan tapi gagal. Indonesia pernah cuba mengancam Malaysia secara militari UMNO berjaya.

Krisis kewangan Asia menyerang ekonomi Malaysia pada lewat 1990an bila mana Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Filipina sujud menyembah IMF yang disokong kuat oleh Anwar Ibrahim (Mantan Presiden IMF Asia) pun UMNO boleh atasi badai.

Hanya kerana kesilapan strategi UMNO pada  PRU 12 pada tahun 2008 maka ada orang cuba berkata UMNO sudah tidak relevan lagi! Dan apa yang semua UMNO buat untuk kebaikan negara ini dianggap tahi dan kudis. 

Kononnya orang Melayu di bandar-bandar besar tidak menyokong UMNO. Benci sangat kepada UMNO tiba-tiba!

Konon orang muda juga benci kepada UMNO. Konon orang muda di Malaysia mahu "freedom" kebebasan dan mahu perubahan!

WZWH mahu tanya apa jenis freedom, kebebasan, dan perubahan yang orang muda mahu?

Adakah dulu di Tanah Melayu atau Malaya ini orang muda tidak pernah melahirkan ketidakpuasan hati. Adakah dulu orang muda tidak rebelious? Kenapa dulu pun sudah ada kaum muda dan kaum tua?

Adakah UMNO tidak memberi kebebasan kepada pemuda UMNO untuk express freely political expression? WZWH don't think so because through WZWH experiences WZWH can express political thinking freely in UMNO. UMNO never oppressed the UMNO Youth aspiration.

Sakmongkol guna hujah kes isu politik di Perak dan Selangor membabitkan Sultan. Well what can WZWH tell is that the Sultans of Perak and Selangor knew best how to govern and administer their states. These two advanced countries in Malaysia are ruled by Sultans whom have matured experiences in dealing with politicians. They knew what best for the benefit of their states.

Do not underestimate the knowledge of law and legal expertise possesed by Sultan of Perak. It is simple how much Sakmongkol knows about the management style of Sultan of Pahang?

Bolehkan UMNO memenangi PRU 13? WZWH pernah bertanya kepada YBM Tengku Razaleigh, " Apa yang buat Anwar Ibrahim nampak hebat sangat? Jawab Tengku Razaleigh," Anwar tidak kuat...kita orang UMNO yang suka bagi peluru, modal dan isu kepada Anwar...Anwar memang orang pandai cakap sikit maka dia guna ini semua tembak kita... Anwar tidak kuat..Anwar tidak ada kesan..kenapa orang UMNO takut?"

Baca posting terbaru Blog Sri Tri Buana sila baca sini untuk mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim mengurus ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan Asia sebelum Tun Mahathir mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dan mengharungi  krisis dengan dengan berjaya keluar dari kemelut krisis.

Cara pemikiran dan pengurusan Tengku Razaleigh telah terbukti berkesan di PRK Galas Gua Musang. Jika orang lama, veteran, lebih kurang sama par dengan Tun Mahathir boleh beri cakap dan perbuatannya dikota terbukti empirikal bahawa UMNO boleh memenangi hati dan minda rakyat maka WZWH kira 3.2 juta ahli UMNO perlu yakin dan percaya DS Najib boleh mengembalikan kekuatan UMNO semula.

Thursday, January 13, 2011

Jerantut Investment Outlook 2011-2015 : The Wealth Of Jerantut

Oleh kerana tiada ahli ekonomi mahu menulis tentang ekonomi Jerantut sebab banyak "investment" berlaku di KL dan tempat-tempat lain maka WZWH terpanggil untuk menulis tentang pelaburan yang berlaku di Jerantut sebuah daerah terbesar dalam negeri Pahang.

Background WZWH akauntan, ada belajar sedikit economics dan ahli politik Jerantut level pemuda AJK UMNO Bahagian Jerantut. Pengalaman bekerja dengan anak syarikat negeri Pahang, juga dalam bidang pendidikan samada sebagai pensyarah dan sekarang guru. WZWH juga ada kerja "korporat" untuk praktiskan ilmu MBA WZWH dalam syarikat pembinaan kelas A.

Oleh kerana ADUN Tahan adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan DUN Tahan adalah DUN yang paling mundur di Pahang maka WZWH mendapat peluang untuk terlibat secara lansung dengan agenda pembangunan ekonomi dan politik DUN Tahan.

Tapi WZWH mahu juga lihat Jerantut dengan DUN lain seperti Pulau Tawar dan Damak maju pembangunan ekonomi, politik dan sosial. Jerantut is WZWH's hometown anyway.

Penduduk Jerantut berjumlah 90,000. Parlimen Jerantut mempunyai 48,000 pengundi . Melayu 77%, Cina 19% dan India 4%. Parlimen Jerantut dengan 3 DUN secara tradisi dikuasai BN.

Orang Jerantut ramai bertanya apa pelaburan yang Jerantut dapat. Yang Jelas ECER tidak ada pelaburan masuk ke Jerantut. Pelaburan atau "investment" ialah pengukur pertumbuhan ekonomi.

Di Malaysia "investment" menyumbang 20% kepada ekonomi. Bakinya dipandu "consumption" dan "trade". 45% "investment" dihasilkan oleh sektor swasta.

Investment adalah pengerak consumption dan trade. Banyak peluang pekerjaan dijanakan yang menggalakkan consumption dan trade.

Dasar kerajaan mahu meningkatkan pelaburan dari swasta dari 45% kepada 92%. DS Najib mahu peranan kerajaan berubah daripada "financier" kepada "facilitator".

Oleh kerana Jerantut sebahagian kawasannya di pedalaman maka pelaburan dari kerajaan masih ditagih. Pelaburan dari swasta juga perlu.

WZWH akan ceritakan pelaburan Jerantut baik dari segi perancangan kerajaan, RMK10, swasta dan juga konsep dan gambaran.

Mula-mula WZWH cerita investment di DUN Tahan. Projek-projek pembangunan di DUN Tahan boleh menjadi pemangkin atau "catalyst" kepada pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Projek jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling kos projek RM460 juta. Peruntukan RM121 juta telah disalur untuk buat jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi.

Semalam Projek Bandar Herba Pasir Raja RM2.2 bilion yang diumumkan DS Najib boleh memberi kesan ekonomi limpahan kepada Ulu Tembeling. Ini juga untuk justifikasi pembinaan projek Jalan Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja, Terengganu (jarak hanya 50km) anggaran kos projek RM450 juta (RMK 10).

MPOB (Malaysian Palm Oil Board) berminat untuk buat satu pusat research anggaran kos bernilai RM200 juta di tanah seluas 850 ekar berdekatan Kuala Tahan. Inilah projek yang WZWH anggap projek ECER secara tidak lansung.

Kuala Tahan, Taman Negara adalah tarikan produk pelancungan ke Jerantut. Pelaburan swasta dari Shang-Ri-la digalakkan yang ada kepakaran eco-resort dengan pelaburan yang besar.

Airport Sungai Tiang dekat Kuala Tahan perlu diupgrade kepada airport yang lebih besar dengan memberi kemudahan akses kepada Air Asia, Firefly, dan syarikat penerbangan kecil swasta. Ada pelancung mahu cepat sampai dan cepat balik.

Di Jerantut pula projek swasta "Greater Jerantut"-pembesaran bandar Jerantut oleh pihak swasta dari YTL mahu melabur RM400 juta. Kerajaan turut melabur dengan pembinaan poliklinik 1Malaysia, kompleks bangunan baru polis, flyover di bandar Jerantut dengan pelaburan beratus-ratus juta.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh WZWH dalam posting yang terdahulu telah mendapat perhatian DS Najib.

Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya. Pasti undi kepada parlimen BN akan bangkit kembali.

Taman-taman perumahan di Jerantut semakin berkembang. Bandar Jerantut yang kedudukannya sangat strategik di tengah negeri Pahang menjadikannya sentiasa sibuk siang dan malam. Pembinaan jambatan Kuala Krau memberi kemudahan kepada penduduk di Felda Jengka-jengka datang berkunjung ke Jerantut.

Industri perlombongan bijih besi turut menyumbang pelaburan kepada Jerantut. Ada banyak lagi kawasan bijih besi akan dibuka. Perlombongan emas akan turut diterokai oleh pelabur swasta di Jerantut.

Felda diharap memajukan sosio ekonomi di kawasan Felda di DUN Pulau Tawar dan sedikit di DUN Tahan. Jabatan pertanian dan haiwan dan penternakan perlu kreatif dan proaktif melancarkan program-program untuk petani dan membimbing usahawan tani.

Jerantut ada potensi untuk program SREP-Small Renewable Energy Programme yang boleh hasilkan 10 ke 30 MW tenaga elektrik. Usahasama TNB dan swasta perlu yakinkan DS Najib untuk bina projek Dam Hidroelektrik Sungai Tekai 400MW.

Ini adalah sedikit mukadimah Jerantut Investment Outlook . Diharap pihak-pihak yang berkenaan di Jerantut boleh membawa banyak lagi pelaburan baik kerajaan mahu pun swasta.

Wednesday, January 12, 2011

IPP Hantu Raya Mahathir Makan Tuan Hisap Darah Rakyat.



IPP-penjana tenaga bebas adalah hantu raya Mahathir makan tuan hisap darah rakyat. Ini lagi satu antara kegagalan Mahathir selama menjadi PM. Tengku Razaleigh dan Najib tidak bersetuju tetapi Anwar Ibrahim kuat menyokong.

Lop-sided Power Purchase Agreements (PPA) merugikan negara, industri dan rakyat. Sedikit fakta:
  • Generasi pertama IPP pada awal 1990an.
  • IPP bekalkan 4100 MW jual kepada TNB secara "take or pay" PPA.
  • TNB bayar kepada IPP sebanyak RM78.3 bilion dari 2001-2010. 
  • TNB bayar RM19 bilion kepada IPP pada tahun 2010 iaitu 65% dari pendapatan TNB!
  • TNB terpaksa beli elektrik dari IPP walau ada 40% kapasiti simpanan dari 19,000 MW.
  • TNB beli elektrik yang tidak perlu lalu kos bertambah akhirnya rakyat terpaksa bayar tarif lebih.
  • TNB kos 25-30% lebih murah dari IPP.
  • IPP menikmati pulangan IRR 20-25%.
Apa bijaknya Mahathir kalau mahu mengkayakan IPP seperti YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd, Malakoff tetapi membebankan negara, membebankan TNB, membebankan industri maka kos tinggi industri tidak kompetitif yang rakyat tidak boleh terima buat rakyat derita kerana bayar tarif elektrik yang paling tinggi di Asia Tengggara.

Mahathir suka mengambil penyelesaian jangka pendek bagi menyelesaikan keperluan elektrik industri negara yang akhirnya dari segi jangka panjang merugikan negara, industri dan rakyat. Sama juga dalam kes isu pindaan perlembagaan melibatkan Raja-raja Melayu yang boleh buat Mahathir popular di kalangan rakyat dari segi jangka pendek tetapi merugi dan menjahanamkan kepentingan orang Melayu dari segi jangka panjang.

Sebab itu Mahathir tidak suka "idea Malaysia go for nuclear energy" kerana loji kuasa nuklear boleh buat hantu raya IPP kelaparan tidak kenyang seperti biasa lagi.

Bila Malaysia berdepan ekonomi perlahan dan rakyat terhimpit dengan kenaikan harga kos sara hidup maka pembayaran mewah kepada IPP tidak nampak sesuai. Elektrik adalah keperluan lalu untung yang melampau dari "perjanjian syaitan PPA" ini wajar dihentikan.

Jika Petronas ada subsidi gas, TNB menanggung kos tinggi, dan rakyat membayar tarif tinggi yang tinggal ialah sumbangan dari IPP yang sudah buat duit setinggi gunung dengan mengenakan harga melampau berkorbanlah kurangkan harga agar TNB, industri dan rakyat selesa.

IPP akan berakhir kontraknya berperingkat-peringkat pada penghujung 2014, 2015 dan 2017. TNB perlu merunding semula perjanjian PPA yang dikenakan IPP merugikan negara dan rakyat.

Pemimpin negara jangan lagi buat perjanjian PPA yang "bodoh" dengan IPP kerana yang rugi ialah negara, industri dan rakyat.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...