Sunday, August 28, 2011

Adakah Komunis Agenda PAS Selepas Tolak Negara Islam?


Orang Islam Melayu atas pagar keliru bila PAS langgar perlembagaan parti tolak Negara Islam sebagai perjuangan utama. Ahli PAS di kampung-kampung terpingga-pingga. Mereka menyokong PAS kerana percaya Doktrin Negara Islam.

Bila pemimpin ulamak tewas kepada Mat Sabu dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS awal tahun ini menambah resah penyokong tegar PAS. Mat Sabu yang kredibilitinya diragui seperti kes khalwatnya di Hotel Perdana, Kota Bharu, isu Tabung Memali yang disalahguna, isu ideologi syiah buat bukan saja majoriti orang PAS malah orang UMNO pun bimbang.

Bila Mat Sabu terang-terangan dalam ceramah politik secara terbuka memuji dan mengangkat serta mengagongkan perjuangan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng dan mengatakan semua sejarah kemerdekaan negara adalah bohong serta Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang talibarut anjing British dan yang lebih sedih polis dan askar Melayu semasa era British adalah perjuangan sia-sia maka timbul persoalan besar dikalangan orang Melayu.

Pengganas komunis melakukan kerosakan di Tanah Melayu sejak 1948 hingga 1960 dan bersambung sehingga 1989. Ramai rakyat, usahawan, polis dan askar terbunuh dalam mempertahankan negara dan hartabenda.

Ini fakta yang orang Melayu perlu ingat perjuangan komunis yang sebenar tidak mahu British menyerahkan Tanah Melayu ini kepada orang Melayu yang berhak ke atas negara ini melalui Raja-Raja Melayu. Sebab itu  komunis menimbulkan ketakutan dan huru hara mahu menghalau British dan sempat memerintah negara selama 14 hari dengan rekod pembunuhan ramai orang Melayu.

Inilah perjuangan yang Mat Sabu mahu hidupkan semula. Setakat hari ini tiada komen dan respon dari TG Nik Aziz dan Hadi Awang. Ini memberi makna pemimpin tertinggi PAS menyokong dan bersetuju dengan pandangan politik Mat Sabu.

Ini satu perkembangan yang sangat bahaya kerana langkah yang seterusnya ialah PAS bersama dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain akan mengerakkan negara ke arah pemerintahan republik. Mungkin tidak nama republik Islam mungkin Republik Kebajikan Malaysia!

Ini bermakna Mat Sabu akan buat ucapan politik meminta Raja-Raja Melayu dihapuskan. Ketua agama negeri mahu diserah kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar. Percayalah Mat Sabu bila beliau berjaya menjadi Presiden PAS akan menjelajah ke seluruh pelusuk negara mencanangkan idea Republik Kebajikan Malaysia.

Sudah tentu pengundi kaum Cina akan menyokong perjuangan Mat Sabu habis-habisan!

Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu yang faham formula kestabilan politik negara perlulah menyedari bahaya ancaman Komunis-Syiah-Republik ini kepada keselamatan politik Malaysia. 

Mimpi DAP: mengambil alih pemerintahan. Ia adalah impian tradisi segelintir pemimpin cina sejak zaman Chin Peng. 

Modus operandi: 
Bermula secara agresif melalui gerakan komunis tetapi gagal. Kemunculan fahaman sosialis cuba dimanipulasi dengan bijak oleh Lee Kuan Yew sehingga Singapura diterima menyertai Malaysia. Namun muslihat ini dapat dikesan oleh Tunku Abdul Rahman. Akibatnya Singapura dikeluarkan semula daripada Persekutuan Malaysia. 

Apabila strategi awal dilihat tidak berkesan, pemimpin chauvinis cina merancang strategi baru. Keberkesanan taktik pemerintahan Inggeris menggunakan dasar pecah dan perintah memberi ilham pada mereka. Kebetulan, beberapa isu besar yang.muncul kemudiannya membuka peluang untuk mereka merealisasikan impian. 

Contohnya isu Anwar Ibrahim! 

Orang Melayu mewakili kira-kira 50% daripada penduduk Malaysia. Itulah sebabnya Tunku menjemput Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk turut bersekutu bagi menguatkan dominasi muslim. Hikmah dari tindakan Tunku itu, sejak dulu hingga hari ini kelompok Melayu-Bumiputra mewakili hampir 70% penduduk Malaysia. 

Keadaan ini menjadi tembok penghalang paling kental terhadap rancangan besar Lee Kuan Yew untuk menguasai politik 4S: Singapura, Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. 

Untuk itu, strategi paling praktikal yang perlu dilakukan adalah dengan memecahkan semula orang Melayu dengan bumiputra Sabah dan Sarawak serta membahagi dua orang Melayu. 

Secara matematiknya, apabila undi melayu pecah dua automatik DAP menang. 

Mimpi UMNO: mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan pegangan politik orang Melayu yang ditafsir sebagai Islam melalui perlembagaan. 

Modus operandi: satukan orang Melayu dan berusaha mengembalikan sokongan bukan Melayu. 

Mimpi PAS: menggantikan UMNO dengan mengajak orang Melayu menukar sokongan. 

Modus operandi: sebelum ini menggunakan Jenama Negara Islam sebagai mengambil kesempatan terhadap orang Melayu yang begitu sensitif dengan istilah agama. 

Itu dulu. Sekarang PAS menggunakan nama 'Negara Berkebajikan' bagi menarik sokongan orang bukan Islam. 

Kenapa mereka bekerjasama? 

UMNO bekerjasama dengan MCA sejak sebelum merdeka kerana tiada pilihan lain. British meletakkan syarat iaitu orang Cina mesti dibenarkan menetap di Tanah Melayu sebagai warganegara jika orang Melayu mahu mencapai kemerdekaan. 

Pemimpin awal MCA bekerjasama dengan UMNO kerana mereka menghormati hak orang Melayu untuk menjadi pemimpin utama sampai bila-bila kerana faktor sejarah dan kesediaan dan kesudian orang Melayu berkongsi negara. 

Sebagaimana MCA, begitu juga hubungan UMNO dengan MIC. Meskipun kaum India cuma kaum minoriti namun UMNO sedar bahawa orang India perlu ada wakil dalam kerajaan yang memerintah. 

PAS asalnya sebahagian daripada UMNO iaitu daripada sayap agama UMNO. PAS menolak kerjasama dengan kaum lain yang bukan beragama Islm. PAS tahu bahawa jika orang Islam tidak bekerjasama dengan MCA dan MIC sekalipun, orang Islam tetap menguasai kerajaan Malaysia. 

Itulah sebabnya masih ramai penceramah PAS yang mengungkit perkara ini hingga sekarang. Mereka menuduh pemimpin UMNO bodoh kerana tetap bekerjasama dengan orang kafir padahal orang Islam mampu memerintah sendiri. Hal ini kerana bilangan kawasan parlimen yang majoriti pengundinya beragama Islam sudah cukup bagi membentuk kerajaan 2/3. 

DAP adalah parti yang sempat dilahirkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia. Tujuan khususnya ialah bagi melanjutkan impian golongan radikal Cina untuk menguasai Tanah Melayu. Usaha ini asalnya dimulakan melalui gerakan komunis namun tidak berjaya. 

Hasrat golongan kiri dalam masyarakat cina tersebut tidak pernah pudar. Biarpun mereka bukan mewakili masyarakat Cina secara keseluruhan namun beberapa isu yang mereka gunakan sedikit demi sedikit menarik minat kaum mereka. 

Kumpulan tersebut sering memberi contoh kejayaan parti cina memajukan Singapura bagi menarik sokongan golongan muda. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Lim Kit Siang adalah murid dan orang kanan Lee Kuan Yew sejak dulu. Justeru jika LKY boleh berjaya, kenapa LKS dan LGE tidak boleh? 

Kini, Lim Guan Eng menjadi harapan mereka. Ini dibuktikan dengan kunjungan demi kunjungan antara keduanya tanpa sempat berselindung lagi. 

Hari ini, persaingan dan perebutan kuasa sedang sengit berlangsung tanpa dencingan pedang ataupun dentuman meriam. 

DAP bermain dengan cukup licik. Isu demi isu dimanipulasi agar orang Melayu menjadi semakin renggang. Mereka memang batu api yang hebat! 

Sayangnya PAS seolah terbius dan terpukau kecuali beberapa pemimpin yang sesekali cuba menongkah arus. Sebahagian pemimpin PAS merasa seolah mereka amat kuat sekarang. Padahal PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen. Kedudukan tersebut menjadikan PAS parti tercorot dalam pakatan pembangkang. 

Hal tersebut bermakna jika pun DAP memilih Nik Aziz atau Hadi sebagai PM nanti, maka tarafnya hanyalah sebagai PM boneka sahaja. 

Mungkinkah orang Melayu akan beralih kepada PAS? Kalaupun ia bukanlah mustahil namun terlalu sukar. Kalaupun boleh, ia memerlukan masa yang panjang. Malangnya dalam proses peralihan itu, terdapat ruang yang amat besar untuk DAP bertindak! 

Cuba renungkan. Dalam PRU ke12 yang lalu pembangkang dilihat begitu hebat dan kuat. UMNO dikatakan dalam keadaan yang sangat lemah. Semua orang marahkan UMNO. Semua kelemahan dikaitkan dengan UMNO. Hatta jika anak ayam dilanggar lori atau pokok kelapa tumbang pun dikatakan salah UMNO juga. 

Ironinya, ketika itu PAS cuma mampu mendapat 23 daripada 222 kawasan parlimen yang ada. 

Itu, ketika UMNO lemah. Bagaimana dengan PRU13 nanti? Setakat ini, walaupun BN masih belum pulih sepenuhnya namun UMNO terbukti semakin kuat. Najib begitu gagah menangani satu demi satu permasalahan dan setiap hari semakin ramai yang mengagumi beliau. Ini kenyataan. 

Jika demikian, peluang PAS untuk menambah bilangan kerusi pasti semakin sukar. Jika PRU12 yang memperlihatkan kelemahan ketara UMNO pun PAS cuma mampu raih 23 kerusi, bagaimana ketika UMNO dilihat semakin kuat sekarang? 

Hati-hati dengan DAP.

6 comments:

Anonymous said...

Pemikir yang x kemana

Anonymous said...

Artikal ini perlu disebarkan dalam semua blog dan Faecbook terutama yang pro-pembangkang dan anak-anak muda. Kerana fahaman Mat Sabu yang mengiktiraf perjuangan kominis yang membunuh balatentera, polis dan rakyat awam sebagai perjuangan rakyat, ada amat merbahaya.

Jika tercapai perjuangan yang disebut-sebut oleh Timbalan Presiden PAS ini, akan berulang kapada rakyat dan negara ini peristiwa hitam salepas perang Jepun dan akan terjadilah saperti peristiwa hitam yang menimpa rakyat Kemboja - Pol Pot menyembelih, merejam, meradak, menghempas kanak-kanak ka pangkal pokok dan berbagai siksaan keatas 2 juta lebih rakyat Kemboja yang tidak berdosa, semata-mata nak perthankan kuasanya dibumi Kemboja.

Sekarang, rakyat Kemboja menderita, walau 30 tahun Hung Sen memerintah negara saperti yang dilakukan sekarang, rakyat dan negara Kemboja mereka tidak akan mencapai keadaan saperti yang kita rasai sekarang.

MAT SABU INGIN MEMBAWA NEGARA INI KEARAH ITU, APABILA PAKATAN ANWAR, LIM KIT SIANG DAN HADI DUDUK DI PUTERAJAYA.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terima kasih Anon 8:09,
WZWH berharap masih ramai orang Malaysia dan orang Melayu yang berfikir seperti Anon.
Tolak Komunis, Tolak Syiah PAS, Tolak Republik..Allahu Akbar 3X...

Anonymous said...

Hahaha

Anonymous said...

macamana UMNO nak menang kalau takat yang memimimpin di bahagian jerantut sekarang ni..Kalau di bahagian lain macam ni juga punahlah..sedih sekali.

kutukan dewata said...

tak ada lain kerjala tu,asyik memperlekeh kan orang aje kau ni anon 11.10pm

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...