Tuesday, August 30, 2011

Mat Sabu 'Penyelamat' UMNO PRU 13

Mat Sabu lebih cerdik dari Anwar...Mat Sabu tahu apa nasib Anwar...Mat Sabu sudah pakatan dengan DAP...nanti bila Mat Sabu jadi Presiden PAS...Mat Sabu tahu kerusi PM di Putrajaya boleh dicapai...untuk dapat majoriti undi Cina...Mat Sabu puja komunis Malaya ke langit!

Perwakilan PAS memilih timbalan presiden berlandaskan kepada faktor hebat berceramah sudah menampakkan kesilapan dan kesalahan paling ketara. Mat Sabu telah merosakkan kredibiliti PAS dan dirinya sendiri.

Hanya kerana dendam membara terhadap UMNO, Mat Sabu sanggup menafikan bakti dan jasa anggota polis Bukit Kepong dalam ceramahnya 21 Ogos 2011.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Jasa Mat Sabu ini telah memberikan durian runtuh kepada UMNO. 

Umat Islam akhirnya telah difahamkan akan tatacara perjuangan politik PAS.

Kalau PAS konsisten seperti mana gerak laku mereka sebelum PRU 2008, kemungkinan PAS mampu menggantikan UMNO.

Tapi sayang, seribu kali sayang...

Allah SWT masih sayangkan Melayu atau lebih tepat parti UMNO.

UMNO selama 3 tahun ini tidak perlu melakukan damage dan karektor assasinasi politik yang begitu serius terhadap PAS

Pimpinan PAS lah yang selama ini telah membunuh kredibiliti parti mereka sendiri.

Obses terhadap politikal melampau, gaya pemikiran politik ekstrem,bangkangan politik yang tidak menguntungkan rakyat, serangan melampau terhadap institusi Islam dan Melayu antara faktor besar memungkinkan kehancuran PAS pada PRU ke 13 nanti.

Silap perhitungan PAS. Mereka tidaklah sebijak mana.

PRU 13, PAS akan bertembung satu lawan satu dengan UMNO. faktor sentimen Melayu, Islam dan kenegaraan menjadi isu utama pengundi memilih parti.

Adakah PAS mampu menjawap desakan dan persoalan rakyat? Isu-isu kalimah Allah,sokongan murtad, liberalisme diaplikasi dalam sistem saf perjuangan sebahagian pimpinan pas, pujaan melampau terhadap perjuangan komunis, Bersih 2.0, parti kalah sokmo pada DAP...boleh buat majoriti rakyat tidak yakin dengan pendirian dan ketegasan PAS.

5 comments:

Anonymous said...

Kerana seorang ahli/pemimpin tidak boleh meruntuhkan sebuah parti. Kalu nak lihat umno lagi banyak pemimpin masalah. Thambi kecik perogol. isa samad pemakan rasuah. khir toyo pemakan rasuah. najib skandal scorpene dan altantuya. Rosmah gila kuasa dan hampir 90%pemimpinnya korup dan salah etika tapi masih bertahan (kerna dapat cover up lah kan). Ini PAS hanya ayatdiputar belit olh akhbar belum tentu ia mendatangkan masalah.

TQ. Mus

Anonymous said...

kau merepek apa ni bahalol.

Anonymous said...

apa kata kutukan dewata

kutukan dewata said...

salam,
anon yang teratas sekali,
pemimpin umno yang kau sebutkan tadi sudah jadi sejarah.dia orang jahat sndiri tidak melibatkan maruah parti.
tapi mat sapu ni dia sapu habis termasuklah tahi orang tahi cicak tahi ayam dan semua yang sewaktu dengan nya.
aku berani cakap mat sabu ni ni dah pening lalat kerana dah tercium bau air holly water kristian.sebab itu dia merepek tak tentu pasal.
komunis ni dia tak percaya kat tuhan.nampok gaya nya mat sapu ni dah tak percaya ke tuhan ke.atau pun dia ni keturunan rashid maiden atau abdullah cd.tapi rashid maidin sembahyang tak tinggal sejak jadi ketua kompeni 10 lagi.agok2nya mat sapu ni cucu kepada ching peng kot.entah Allahualambisawab.
mungkin ini kifarah tuhan terhadap dia kot.sebab dia ni suka mengata orang ikut sedap mulut.
tapi dia suka sembunyikan fakta demi kepentingan politik.kalau tidak tak lah panjang sangat kes anwr ibrahim.

p/s kesian mat sapu,kerana pas terlalu lemah sekarang ni maka melutut minta simpati gereja,ambiga,puak kiasu dapigs,dan akhir sekali puak komunis laknatullah.undi melayu,bumiputera,islam akan menjauhi pas.tinggal melayu yang tak beriman saje yang mengundi pas.

Anonymous said...

Salam,
Sejarah biasanya diceritakan mengikut persepsi ahli sejarah terbabit. Setiap ahli sejarah akan memberikan paandangan yang sama atau berbeza mengikut persepsinya terhadap satu kejadian atau peristiwa. Olehitu, peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong boleh diceritakan mengikut persepsi sejarawannya.

Sebaik-baik ahli sejarah adalah seorang yang neutral dari mana-mana pihak.

Apa yang kita harus faham dalam isu ini ialah Mat Sabu BUKANlah AHLI SEJARAH. BELIAU ADALAH AHLI POLITIK. Beliau tidak sepatutnya memberikan sebarang kenyataan tanpa merujuk kepada fakta dari sekurang-kurangnya dari seorang ahli sejarah yang diiktiraf.

Dari itu pandangan Mat Sabu tentang Peristiwa Bukit Kepong bolehlah diabaikan.

Sekian. Wassalam.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...