Friday, August 19, 2011

Program Berbuka Puasa Di Perkampungan Ulu Tembeling


Minggu ini dari hari Khamis hingga hujung minggu WZWH sibuk betul dengan program berbuka puasa. Tak larat WZWH nak kejar kesemuanya.

Hari Khamis jemputan majlis berbuka puasa AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bersama Ketua Pemuda cawangan di seluruh DUN Pulau Tawar di Sungai Tekam Resort. 

Hari Jumaat jemputan ke majlis berbuka puasa ahli parlimen Jerantut bersama penduduk Kampung Melayu, Mat Kilau dan Perumahan LKNP Jerantut.

Hari Sabtu jemputan majlis berbuka puasa di Kampung Bukit Mat Daling dan hari Ahad di Kampung Bantal.

Program Berbuka Puasa di perkampungan Ulu Tembeling selalunya WZWH tidak pernah menolak. Untuk menjelajah keseluruh lima kampung besar di Ulu Tembeling seperti Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan kampung Bukit Mat Daling dalam masa dua hari adalah sukar lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini.

Mahu tidak mahu WZWH terpaksa menaiki helikopter berlepas dari padang Jerantut selewat-lewatnya pukul 4 pm hari Sabtu. Mengikut program berbuka di Kampung Bukit Mat Daling. Sebelum itu singgah di Kampung Gusai. Bermalam di Kampung Bantal.


Perkampungan Ulu Tembeling begitu sentimental kepada WZWH. Mereka orang Ulu Tembeling adalah saudara mara WZWH. Inilah masa untuk WZWH menjengok mereka. 

Kalau ada masa WZWH akan menziarah ke pusara arwah Engku (Ayah) WZWH di kampung Chenih, Ulu Tembeling. Sedih Kampung Chenih sudah tidak berpenghuni lagi baik Kampung Chenih Darat atau Kampung Chenih dekat Sungai Tembeling. Ramai orang kampung berpindah ke Kampung Macang Perah di seberang sungai dan lain-lain kampung berdekatan.

Bila WZWH fikirkan ini semua ada rasa sedih dan sebak di dada. Orang Ulu Tembeling tidak ada pemimpin lain lagi untuk memperjuangkan nasib mereka dengan begitu semangat-Hanya WZWH dan ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak yang mereka ada.


Ini misi politik besar WZWH.....memajukan Ulu Tembeling dan masyarakatnya sama taraf dengan tempat lain di Malaysia. Tidak kira apa halangan dan rintangan, tidak kira membayar harga yang tinggi, siapa yang menghalang akan dirempuh...kini tiada tembok tebal menghadang lagi.

5 comments:

Anonymous said...

"Orang Ulu Tembeling tidak ada pemimpin lain lagi untuk memperjuangkan nasib mereka dengan begitu semangat-Hanya WZWH dan ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak yang mereka ada."


Cuba orang DUN TAHAN kaji sehalus-halus ayat ini. Bagi aku begini:

1. Nampak nya WZWH sudah nak gigit WAN DOMPOK,
2. Makna nya Wan Samsuri, Wan Bakar, dan orang-orang pandai dilembah Tembeling itu tak setanding WAN ZURIK termasuk lah UD dan Cenderong ULAR,
3. Perangai nya sudah seiras Dumpok.. dah naik helikopter
4. Angkat bakul sendiri... nampok dah bonkak dan sombong nya.

Baik nya Pemikiran Wan Zurik ini membuka mata kita siapa kah dia WAN zURIK sebenar-benar nya?


ZUrik, terlepas kata susah nak dibetul kan. Pendeta konfisius Kata Kurang bercakap lebih kerja.


Aku kenal amek ong Zurik meleto pakai seluar sampok tak berbaju masa ong cilek lagi, kehulu kehilir, makan buah tomato ingat kan buah plum ?......he ee.....

Anonymous said...

konfisius(tak pernah dengar nama ni)pendita ke? he he he he he he he!!!!

Anonymous said...

Wow tuan penasihat dah pandai naik heli. Tahniah ada kemajuan..belajar belajar laa naik heli ..mana tahu lepas ni dapat jadi calon PRU 13 sapa tahu nasib badan... patut laa tak maju Jerantut...rupa-rupanya peminpin yang ada tak pandai buat kerja...harap tuan penasihat lepas ni jadi laa ADUN ..baru laa maju Jerantut ni...

Anonymous said...

gun tipu belake. tak sudi aku.biorlah dime.penipu amarg

Anonymous said...

Pendeta Jubur

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...