Tuesday, August 16, 2011

Terima Kasih DS Najib Peruntukan RM22 juta Baik Pulih Jalan Benta-Jerantut-Maran


WZWH ucapkan terima kasih kepada DS Najib kerana meluluskan peruntukan RM22 juta baik pulih Jalan Benta -Jerantut -Maran adalah untuk kegunaan rakyat Jerantut terutamanya. Panjang jalan tersebut ialah:
  • Jalan Jerantut - Benta - 40.20 km
  • Jalan Jerantut-Maran - 37 km


Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya.

MAKLUMBALAS KKR: JALAN JERANTUT BENTA PERLU SEGERA DINAIKTARAF 

Kami merujuk kepada surat daripada Saga Tua bertajuk “ Jalan Jerantut ke Benta Perlu Segera Dinaiktaraf” yang disiarkan dalam ruangan ini. Untuk makluman , Projek Jalan Jerantut ke Benta telah ditamatkan kontrak pada penghujung Disember 2010. Ini kerana pihak kontraktor yang dilantik gagal untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang dijadualkan. Buat masa ini, projek tersebut dalam proses untuk di tender semula. 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT 
KEMENTERIAN KERJA RAYA


Isu Jalan Benta-Jerantut-Maran melibatkan dua DUN di parlimen Jerantut iaitu DUN Damak dan DUN Pulau Tawar. Jalan Benta-Jerantut-Maran yang rosak, berliku-liku, dan uzur sememangnya perlu dibaiki untuk keselesaan penduduk.

DUN Pulau Tawar, mempunyai pengundi berdaftar 16,826 pada PRU 12 manakala pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412.

Penambahan pengundi baru di DUN Pulau Tawar seramai 5000 yang majoriti anak-anak peneroka dibimbangi boleh terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang bila "borang-borang" permohonan ladang dan rumah kononnya berpuluh ribu diedarkan oleh Pakatan Rakyat kepada belia FELDA di Pahang termasuk di DUN Pulau Tawar.

Ditambah pula Jalan Maran-Jerantut yang tidak siap itu akan menambah sebab undi pengundi muda DUN Pulau Tawar akan menyokong pembangkang.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya.

Masalah Jalan Benta-Jerantut-Maran ialah kontraktor sudah 'cost overrun' menyebabkan kontraktor tidak dapat menyiapkan projek jalan tersebut. Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN memastikan Jalan Benta-Jerantut-Maran dapat diperelokkan.

Maka tender Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran wajar ditender semula. Semoga kontraktor yang cekap dan berkesan dapat menyiapkan projek jalan ini.


Pemandangan bandar Jerantut dari udara. WZWH mahu lihat bandar Jerantut maju. Banyak idea-idea membangun Jerantut dalam kepala WZWH. Merealisasikan idea-idea itu menjadi kenyataan adalah misi politik WZWH.

Pada 24 Ogos ini DS Najib akan berbuka berpuasa dengan rakyat Pahang di Temerloh. Diharap rakyat Pahang sekitar datang beramai-ramai meraikan DS Najib Perdana Menteri. Terima kasih DS Najib meluluskan peruntukan RM22 juta memperelok Jalan Benta-Jerantut -Maran.

6 comments:

Relevan said...

Tq DS ..

Anonymous said...

Ni tandanya PRU dah dekat. Kontrek tor mana yang gagal siapkan projek tu... kroni sapa tu.. ni mesti projek masa PRU dulu lagi ...
Kesian makcik dan pakcik felda... harap anak-anak mereka memberikan kesadaran kepada mereka. Anak-anak mereka ramai yang masuk U dan ber blot , facebook dan bertwitter.... harap raya ni baliklah ke felda felda memberipenarangan serba sedikit ya..

Anonymous said...

Tahniah tian penasihat kerana berani menunjukkan jalan tak siap ke mata dunia. Teruskan usaha ini...

Penyokong Dato Lau Lee said...

terima kasih Adun Damak Dato Lau Lee kerana berpenggal berjuang untuk Jalan Jerantut Benta. Harap Dato menang lagi kerana banyak lagi kerja dan perancangan yang Dato perlu bereskan.

Anonymous said...

sapa yang dapat tender ni? dah tutup ke belum

Anonymous said...

jangan sibuklah siapa dapat tender ni yang penting jalan siapa.ke kau nak masuk tender?ada duit ke?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...