Sunday, August 14, 2011

Berbuka Puasa Bersama Duta Besar Malaysia ke Amerika



















WZWH hari ini berbuka puasa bersama Duta Besar Malaysia ke Amerika, Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis. Beliau merupakan ahli parlimen dari Rompin, Pahang.

Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dikesempatan itu, Dato' Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis atau lebih mesra dikenali sebagai JJ telah menerangkan kepada WZWH kemelut dan masalah ekonomi yang dihadapi Amerika Syarikat dan apa kesan kepada ekonomi dunia dan kesan kepada ekonomi Malaysia.

DS JJ adalah seorang ahli politik Pahang yang bernas pemikirannya dan pemikir. Buah fikiran DS JJ mengenai bagaimana strategi UMNO dan BN menghadapi PRU 13 cukup membuka minda WZWH.

"Kita mesti bersedia bila-bila masa tidak kira 6 bulan, setahun atau setahun setengah dari sekarang..."

UMNO perlu berkempen keluar dari kepompongnya mesti sampai ke pengundi bukan Melayu...UMNO perlu melibatkan diri dengan masyarakat bukan Melayu...jangan hanya memberi fokus kepada pengundi Melayu sahaja...

Jika kita lihat kajian sikap yang dibuat oleh sayap dan jentera parti hanya fokus kepada orang Melayu sahaja...kita tiada buat kajian sikap terhadap pengundi bukan Melayu..."

DS JJ bernasib baik parlimen Rompin mempunyai pengundi 90% lebih orang Melayu yang majoriti terdiri daripada peneroka Felda dan komuniti minoriti orang asli dan orang Cina.

Tidak seperti parlimen Jerantut terdiri dari pengundi bercampur hanya 67% pengundi Melayu. Namun apa yang disaran oleh DS JJ itu memang ada kebenaran faktanya.

Duta Besar Malaysia ke Amerika begitu minat dengan gulai masam tempoyak ikan patin sungai dan  gulai rong (makanan tradisional asal Ulu Tembeling).

Itulah kehebatan DS JJ walaupun beliau sangat sibuk menguruskan hubungan antarabangsa namun beliau tetap meluangkan masa balik ke kawasan parlimen Rompin. Sikap begini patut dicontohi oleh mana-mana pemimpin UMNO dan BN yang lain.
















Inilah pemikir-pemikir politik negeri Pahang yang yang mahu negeri Pahang maju dan makmur. Mereka adalah pemimpin Pahang yang sentiasa berfikir ke hadapan merealisasikan hasrat MB Pahang dan DS Najib bagi mengubah transformasi politik, sosial dan ekonomi ke arah Pahang Nikmat dan Sejahtera.

6 comments:

RAI said...

aok & jj lepas berbuka tak solat ke ?

Anonymous said...

Sama nama kawe. Aok jangan tanya gitu ah, kawe malu nok jawab.... Aok tanya mana resit makan tu berapa ramei rodong2 gi makan sekali....

Anonymous said...

ok tak suruh JJ berenti je jadi ahli parlimen tu ..... larat ke dia nak memikul dua beban sekali gus ..... org bagi gaji suruh buat kerja sungguh ..... sekejab sana sekejab sini .... dua2 gaji aok tibai

Anonymous said...

kalau jj parlimen lagi tentu menteri lps ni. tak de menda lah man yassin.konon jj sayang sgt ke man. pantat lh. keh bunuh lh politik dia lps ni.

Anonymous said...

inilah tahap pemikiran anon2 jerantut.nak buat macam mana bukan salah ibu mengandung.

Anonymous said...

rabi adawiyah,
awak berprasangka buruk.seolah-olah awak saja yang bersembahyang.awak ni riak dan takabbur.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024