Thursday, August 11, 2011

Daulat Raja Najib Keturunan Kesultanan Gowa Ke 19


Pengaruh rally BERSIH 2.0 yang didokong oleh Ambiga Sreenevasan dan penyokong Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS telah mempengaruhi belia-belia UK bangkit mengadakan rusuhan menjarah dan membakar kedai, bangunan, dan kereta di kota London, Birmingham, Liverpool, Manchester dll lagi.

Rally demontrasi jalanan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 telah buat dunia memandang serong kepada Malaysia. Polis Malaysia membuktikan kecekapan dan keberkesanan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 seramai 15,000 orang tanpa kerosakan harta benda.

Sewaktu lawatan DS Najib ke United Kingdom untuk lawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom. Terdapat persepsi negatif dari beberapa media arus perdana Britain yang mempersoalkan dan mengecam cara DS Najib mengendali perhimpunan BERSIH 2.0.

Ahli-ahli politik Britain disaran menyatakan tidak kepada DS Najib. PM bertemu dengan pemimpin kerajaan United Kingdom dan tokoh-tokoh industri. DS Najib juga mengadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.



DS Najib dan isteri mengadap Queen Elizabeth II yang berbaju kuning. Maka Pakatan Rakyat kata ketua negara UK itu memperli DS Najib kerana kuning adalah warna BERSIH 2.0. Samada Queen pakai baju kuning mahu perli DS Najib atau menghormati warna kuning sebagai lambang warna Raja Melayu tidaklah WZWH ketahui.


Lihat apa yang berlaku di UK sejak hari Sabtu minggu lepas hingga kini? Rusuhan tercetus di bandar Liverpool, Birmingham dan Manchester pada ketika keganasan paling teruk di London selepas 20 tahun merebak kebahagian lain negara berkenaan.

Polis UK mengesah 1900 orang ditahan ketika golongan belia merusuh di tengah malam dengan memecahkan tingkap kedai, mencuri barangan, membakar kereta dan bangunan.

Terdapat beberapa kes kematian jiwa melayang akibat rusuhan itu dan seorang pelajar Malaysia tercedera dibelasah dan disamun perusuh.

Ramai rakyat UK memuji cara pencegahan polis Malaysia mengendalikan perusuh terutama komuniti perniaga yang kedai, bangunan dan kereta mereka hangus dibakar.

Sebenarnya DS Najib ini ada 'daulat'. Sekarang ini kerajaan UK terutama PM David Cameron berasa panik dan mahu pihak polis UK lebih tegas dan guna kaedah polis Malaysia.

DS Najib ialah Perdana Menteri Malaysia. Di Pahang beliau ialah Orang Besar Berempat Syahbandar. Kenapa beliau ada 'daulat' sebab DS Najib adalah keturunan Kesultanan Gowa ke 19: Raja Gowa ke 19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung. Gowa terletak di Sulawesi Selatan penempatan masyarakat Bugis-Makassar.

Salah seorang cucunya bernama Muhammad Nazaruddin Karaeng Agang Jene' atau sebutannya Karaeng Aji. Karaeng Aji adalah keturunan langsung Raja Gowa Sultan Abdul Djalil. Bondanya Siti Aminah adalah puteri Sultan Bima.

Sebagai keturunan langsung Raja Gowa, Karaeng Aji merasa lebih berhak menjadi Raja Gowa dari pada La Pareppa, apalagi Beliau telah dicadangkan oleh Dewan Adat Bate Salapang untuk menggantikan La Pareppa sebagai raja Gowa (namun akhirnya yang menggantikan La Pareppa adalah I Mappaurangi Sultan Sirajuddin Tuminang ri Pasi).

Tapi Karaeng Aji tidak mau ribut, maka seperti kebiasaan orang-orang Gowa Makassar maka beliau pun pergi merantau meninggalkan Gowa pada tahun 1722 menuju Negeri Pahang. Di negeri Pahang, Karaeng Aji berhasil menjadi Syahbandar dan mendapat gelar Toh Tuan.

Setelah itu, Karaeng Aji kemudian menikahi salah seorang Puteri di negeri Pahang dan memiliki banyak keturunan di sana. Beberapa cucu dan cicitnya di kemudian hari menjadi orang sukses dan nombor satu di Malaysia diantaranya : Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (PM Malaysia sekarang/ Ke 6), Tun Abdul Razak (PM Malaysia ke 2) dan Tun Musa Hitam.


Dalam sambutannya lawatan DS Najib ke Sulawesi Selatan, dihalaman Rumah Jabatan Bupati Gowa, DS Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Menegaskan dirinya sebagai Putera Gowa : " Saya adalah Anak Gowa, Saya keturunan langsung Raja Gowa dan Hari ini saya Balik ke Gowa Bukan untuk Merampas Tahta Raja Gowa, Melainkan untuk menjalin semangat kekeluargaan yang sebenarnya tidak putus....,Saya adalah Anak Gowa yang merantau 11 (sebelas) Generasi lamanya".


DS Najib mengunjungi Gowa untuk berziarah ke makam leluhurnya di Kompleks Pemakaman Raja Gowa, di Desa Palantikang, Gowa.

Puluhan pasukan berkuda serta 30 orang paganrang bulo (penari gendang) dari Kerajaan Gowa menyambut kedatangan PM Malaysia ke Gowa. Perdana Menteri Malaysia yang mendapat julukan I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone ini diterima dengan adat Kerajaan Gowa di perbatasan Sungguminasa-Makassar.


Di Pahang, Raja Gowa Najib ini menyembah KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. DS Najib adalah dari keturunan Orang Kaya Indera Syahbandar iaitu Orang Besar Berempat Pahang yang kini disandang oleh beliau.

4 comments:

Anonymous said...

WZWH: Kipas jangan tak kipas..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:19,
WZWH tulis secara ikhlas sebab posting ini adalah sebahagiannya khazanah Pahang buat tatapan generasi muda....

PemikirpolitikJerantut said...

KETURUNAN SEBENOR HOK MEMERINTOH ADE TAPI TAKNYE BULEH KABOR..

Pengkaji Sejarah Pahang said...

Pemikir Politik Jerantut dapat tahu dari mana ? Sumber dari mana?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...