Monday, August 8, 2011

Peranan Pengurusan Zakat Negeri Membendung Murtad Kerana Kemiskinan


Isu Jais dan polis memeriksa gereja DUMC telah menjadi isu hangat. Lebih-lebih lagi puak chauvinist Cina majoritinya dari DAP bersuara lantang mengutuk JAIS dan PKR serta PAS bersikap liberal tunduk kepada tekanan DAP.

WZWH mahu kita berfikiran dengan skop lebih luas. Isu ini membuka persoalan kenapa 12 orang Islam itu terdesak dan berminat dengan aktiviti gereja.

Secara ringkas murtad di Malaysia terbahagi kepada:
  1. murtad secara sukarela
  2. murtad kerana keluarga dan perkahwinan.
  3. murtad kerana kemiskinan.
WZWH lebih berminat kepada murtad kerana kemiskinan kerana kemiskinan yang kronik boleh membawa kekufuran.

Ianya adalah tanggungjawab kerajaan dan masyarakat melalui kementerian, agensi, zakat negeri, NGO-NGO, individu membantu mengurang kemiskinan rakyat.

Kita mahu negara Malaysia ini sifar kemiskinan kalau boleh. Kerajaan ada Kementerian Kebajikan membantu. Pihak swasta dan korporat pun boleh membantu.

Bagi isu murtad kerana kemiskinan maka perlu pihak pengurusan zakat negeri membendung gejala murtad. Zakat @ Baitulmal dibawah kerajaan negeri-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang dipengerusi oleh Raja.

Kita lihat fakta kutipan tahunan pungutan zakat di setiap negeri pada 2009.

Perlis RM29 juta
Kedah RM67.5 juta
Penang RM47.9 juta
Perak RM67.1 juta
Kelantan RM66.5 juta
Trengganu RM73.5juta
Pahang RM71.8 juta
Selangor RM283 juta
KL RM248 juta
Johor RM109 juta

Fakta ini membuktikan iltizam umat Islam dalam membantu sesama Islam tak pernah kering dan susut. sebaliknya bantuan ini bertambah dari setahun ke setahun. Oleh kerana pusat zakat @ Baitumal tidak tertakluk kepada audit Akta Syarikat maka diharap pengurusan zakat negeri yang lebih profesional dalam memastikan wang zakat sampai kepada yang berhak.

Konsep konvensional perlu dirombak. Birokrasi perlu dikurangkan. Gerakan mencari individu bermasalah perlu disegerakan. Sebagai contoh, penubuhan skuad khas untuk mencari umat Islam yang sedang dilanda masalah boleh dilakukan pencariannya melalui kerjasama dengan pihak sekolah.

Pihak sekolah mempunyai rekod kehadiran pelajar miskin yang tidak dapat hadir ke sekolah. Dengan kerjasama pihak sekolah, skuad ini terus langsung dapat mengenalpasti anak-anak bermasalah lalu dapat bekerjasama dengan pihak keluarga.

Memang benar kebanyakan kemiskinan begini tidak akan menjuruskan kepada permaslahan murtad, namun wajib kita sedari pihak gereja cukup licik dalam menghidu masalah umat Islam yang sedang berhadapan dengan krisis kemiskinan terdesak.

Jelaslah, hanya kerana kemiskinan boleh menjadi penyebab datangnya kekufuran. kekufuran dek kerana kelicikan puak kafir menyucuk jarum halus dalam menghulur bantuan seperti yang berlaku di Indonesia ramai orang Islam yang miskin menjadi murtad.

6 comments:

Anonymous said...

Persoalannya kemanakah perginya duit zakat sebanyak itu? ada tangan tangan ajaib ke yg menghilangkan duit duit zakat tersebut?

dobit127 said...

Kepada anom 12.04pm,
Persoalan anda sebenarnya ada terutamanya bagi negeri Pahang. Anda boleh merujuk kariah masjid masing-masing atau pejabat agama atau lebih tepat sekali puzat zakat dan terus bertanya ke mana wang zakat yang anda bayar diperuntukan..
Walaupun anda wajib membayar zakat sudah ditunaikan, tetapi jika anda ragu, waib ke atas anda untuk meminta kebenaran atau penerangan.. So, gunakan itu untuk mencari jawapan...

Anonymous said...

Wanauzubillah... Jangan berburuk sangka, namun sebagai pengeluar zakat kita harus tahu. Mungkin tidak secara teperinci, tapi cukup untuk panduan....

Anonymous said...

Sebenarnya tiada sangat orang Islam yang benar terdesak dan susah di bandar kecuali malas sangat kerja cari rezeki. Ini kerana pihak gereja ada peruntukan kewangan yang banyak untuk merasuah dan mengoda orang Islam yang lemah imannya.

Panglima Perang Cyber said...

saya link ke artikel tuan atas tulisan ini.

ia menarik kerana pusat zakat patut berfngsi lebih aktif.


jgn asyik beli itu ini ttp lupa beri wang kepada orang memerlukan.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Blogger Panglima Perang Cyber,
Presiden Blogger BPN.

Terima kasih kerana sudi menjengok blog kampungan WZWH.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...