Wednesday, August 10, 2011

Najib 'Gila' Senator Bikin Ramai MP 'Sakit Jiwa'


Blogger Suhaimi Said menulis terlalu ramai senator dalam kabinet Najib. WZWH kali ini bersetuju dengan pandangan Suhaimi Said walaupun beliau orang kuat PKR Pahang.

WZWH menghormati pengalaman politik Suhaimi Said. Beliau pernah bekerja dengan Allahyarham Tunku Rahman dan Tun Razak. Beliau berpendidikan undang-undang dari London, pernah jadi Magistret, PTD dan kini peguam. Cuma beliau banyak masuk parti-Sosialis, UMNO, PAS dan terkini Pengerusi PKR Kuala Krau.

Kabinet Najib mempunyai begitu ramai senator. Ada lima orang senator sebagai Menteri penuh, dan ada 5 orang senator sebagai Timbalan Menteri.

semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri, hanya ada seorang sahaja Senator yang berjawatan Menteri. Senator itu pun hanya kekal sebagai senator selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk memahirkan dia sebagai Menteri, dan selepas itu Menteri berkenaan meletakkan jawatan sebagai Senator dan bertanding di kawasan Parlimen Lipis, iaitu Senator Tan Sri Ghazali Shafei.

Begitu juga semasa pentadbiran Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdulllah tidak ramai senator dilantik menjadi Menteri. Kalau Presiden MIC dilantik menjadi Menteri kenapa pula Presiden MCA tidak dilantik menjadi Menteri?

Ini membawa erti bahawa Najib menganggap Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah terdiri daripada mereka yang tidak layak mengisi Dewan Parlimen. Atau adakah sebenarnya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menjadi calon didalam Pilihanraya Umum ke-12 dahulu terdiri daripada mereka yang tidak layak dijadikan Ahli Parlimen.

Didalam pada itu berlaku pula keganjilan bahawa ada penjawat jawatan penting didalam pimpinan Pemuda UMNO tidak dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sedangkan orang nombor dua dari hiraki Pemuda UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri, dan tentu ada muslihat yang hanya boleh dibuat pelbagai andaian bahawa orang yang dikalahkan oleh Ketua Pemuda UMNO untuk jawatan Ketua dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Patutlah YB Khairy Jamaluddin,  ahli parlimen Rembau sekarang kuat menembak seorang senator bertaraf Menteri!....

Mungkin Najib memahukan senator-senator yang dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri didalam kabinetnya itu boleh memainkan peranan besar, namun prestasi Menteri-Menterinya yang dilantik sebagai Senator itu tidaklah menunjukkan KPI yang baik.

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tentulah juga tertanya-tanya kenapa perlunya dilantik Senator untuk dijadikan Menteri, sedangkan Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu tidak menunjukkan prestasi yang tinggi. Mereka juga tertanya-tanya kenapa mereka itu dilantik senator untuk ke jawatan Menteri kerana kebanyakan Senator itu terdiri daripada mereka yang pernah menjawat jawatan Menteri dan telah kalah didalam pilihanraya umum yang lalu yang juga membawa erti bahawa Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu ada terdiri daripada mereka yang gagal semasa memegang jawatan itu dahulu.

Senator sewajarnya dilantik sebagai Menteri kabinet hanya untuk keperluan yang benar-benar boleh memberikan jawapan kepada keperluan yang terdesak yang sangat memerlukan kehadirannya. Tetapi jika senator/Menteri itu berperanan hanyalah sebagai senator/Menteri yang biasa sahaja, maka keperluan melantik begitu ramai senator untuk dijadikan Menteri/Timbalan Menteri adalah satu exercise sekadar nak menunjukkan bahawa "aku boleh buat apa aku suka sebagai Perdana Menteri"

Lagi satu jawatan Setiausaha Parlimen (Setpar) tidak diisi. Jawatan ini adalah dari hasil pindaan 1963 manakala jawatan Timbalan Menteri adalah pindaan tahun 1960. BN ada 140 ahli parlimen. Apa salahnya baki yang tidak dapat menjadi Menteri dan Timbalan Menteri ini diberi 'title' jawatan Setpar barulah ahli parlimen BN lebih kuat motivasi dan semangat mahu buat kerja.

Bukan senang hendak menang jadi ahli parlimen. WZWH bagi contoh parlimen Jerantut. Tempat WZWH ini ada tiga DUN; DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan. Keluasan parlimen Jerantut adalah enam kali keluasan Pulau Singapura. Bayangkan dalam masa 8 hari berkempen ke hulu- ke hilir naik kereta, naik lori, naik motosikal, naik bot, jalan kaki...naik helikopter...maka letih sungguh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar berkempen untuk memenangi parlimen Jerantut.

Melalu perbincangan peribadi antara WZWH dengan beberapa ahli parlimen Pahang, ramai yang kecewa sebenarnya. Ramai yang lebih senior, berpendidikan tinggi PHD, Master, rajin kerja turun padang tapi Perdana Menteri orang Pahang sendiri tidak faham dan nampak orang negeri sendiri. Ramai ahli-ahli parlimen Pahang ini hendak berasa juga naik pangkat!

Kalau Najib suka lantik senator itu, senator ini lebih baik pilih mereka yang betul-betul pakar, expert, konsultan atau pernah menjadi panel antarabangsa menjadi calon ahli parlimen. Ketepikan saja ketua Bahagian-Ketua Bahagian UMNO yang ada. Senang cerita.

Maka WZWH turut bersimpati dan berasa sedih dengan hasrat ahli parlimen Jerantut, YBM Tengku Azlan yang berhasrat mahu mengundurkan diri. Beliau adalah ahli parlimen yang banyak pengalaman sebagai Timbalan Menteri selama dua penggal namun ada ahli parlimen Pahang yang baru bertanding penggal pertama terus dilantik Menteri Penuh!

Namun itu semua adalah hak keputusan Perdana Menteri dan itu tidak salah namun WZWH hanya menulis tentang apa-apa luahan perasaan ahli parlimen-ahli parlimen Pahang yang digrassroot seadanya.

10 comments:

Anonymous said...

malas nak komen tak ada faedah WZWH oii.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:54,
Anon komen dalam hati k ekekeke

Anonymous said...

SEtuju dengan pendapat tuan punasihat. Ini membuktikan kepada semua yang MP yang ada seolah olah tak bekelayakan untuk jadi Mentri atau tim. mentri. Tapi kalau di kaji ini mungkin tekanan polotik yg tidak berupaya di elak oleh PM seperti pelantikan mentri dari mic baru baru ni.

oppo par said...

Most of the senator2 yg dipilih adalah proxy Najis + BikMama!!!

Najib wants to portray himself as a liberal reformer but actually he is really ruthless.!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Selamat Datang Oppo par @ Tukartiub.blogspot.com ke blog WZWH.

WZWH masa kecil nama Hishamuddin Rais ni famous betul. Walaupun WZWH tidak bersetuju dengan cara Hishamuddin berpolitik menentang UMNO dan BN namun perjuangan beliau menarik juga.

Anonymous said...

APA CELITA DENGAN PRESIDEN MCA LOH?, TARAK LANTIK MENTERI,?

Anonymous said...

buang masa cerita bodoh ni.

Anonymous said...

najib masih dibayangi TUN M,anak kalah bertanding tp lantik t/menteri.kp yg menang ibarat menang jd arang kalah jd abu,penghinaan kepada pemuda UMNO.kpw,kpp dilantik sbgai t/menteri.dulu mula2 memerintah kononya nk pilih dikalangan pemimpin yg dipilih oleh akar umbi...akhirnya apa yg jadi?bhgn umno lembah pantai ada 2 org menteri..tp bertanding pru kalah.hahahahaha..dia ingat senang ke kulan nk menang 3 penggal pru???fikir lah PM...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:40,
Pandangan Anon sangat menarik. Sesiapa yang berkerja dengan DS Najib samada pegawai-pegawainya, Setiausaha-setiausaha politiknya, siapa-siapa penasihat ke sila beri mesej ini kepada DS Najib." DS Najib ingat senang ke YBM Tan Sri Tengku Azlan nak menang 3 penggal PRU"??? Fikirlah DS Najib..

Anonymous said...

kalau di fikir2 betul juga cakap a. samad said.sudah sampai masanya kita perlu tolak pemimpin bangsawan sebagai pemimpin negara.ini terbukti walaupun sudah bersara tun M masih mengertak najib.kerana ketakutan najib terpaksa akur.
yang terbaharu mengikut sumber yang entah betul entah tidak,tidaklah pasti,telah bercerita bahawa bukan palanivel seorang yang hendak dilantik tapi dua. seorang lagi khairy jamaludin.tetapi kerana tun M dah berdehem maka ketar lutut najib.jadi lantiklah palanivel seorang.entah betul entah tidak ,tidaklah dapat di sahkan oleh tuan empunya ceritanya.arakian,kita hanya meneka dalam kesamaran.

KUTUKAN DEWATA;

BERLIAN YANG DISAHKAN MAHAL, KACA PULA YANG BERSINAR.SABAR AJELAH KU LAN.KALAU BENIH YANG BAIK CAMPAK KE LAUT JADI PULAU,CAMPAK KEDARAT JADI GUNUNG,CAPAK KE LANGIT JADI ULTRAMAN.CAMPAK KE ALAM POLITIK JADI FAMOUS MAN.KIH KIH KIH KIH KIH !!!!!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...