Wednesday, August 17, 2011

Bandar Pulau Tawar Siapa Mahu Bangunkan?


WZWH selalunya menulis posting pasal pembangunan DUN Tahan terutama Lembah Tembeling. Oleh kerana blog WZWH blog politik Jerantut dan Pulau Tawar itu dalam parlimen Jerantut maka wajar untuk WZWH sentuh.

Bandar Pulau Tawar siapa mahu bangunkan? Setakat hari ini WZWH tidak nampak ada anak Pulau Tawar yang menulis tentang kampungnya. Ini ialah harapan WZWH untuk melihat Pulau Tawar maju. Ini perspektif WZWH...

Bandar Pulau Tawar ialah pembangunan kampung-kampung tradisional dalam mukim Pulau Tawar. WZWH tidak mahu menyentuh Felda-Felda dalam DUN Pulau Tawar kerana pihak Felda ada perancangan untuk membangunkan kawasan Felda tersebut.

WZWH ada hak untuk menulis tentang Pulau Tawar kerana saudara mara WZWH ramai ada di Pulau Tawar dan secara kebetulan isteri WZWH berasal dari Pulau Tawar.

Pulau Tawar adalah kampung tradisional lama sama seperti Tembeling. Ada sejarahnya yang tersendiri. Adalah sedih melihat kampung tradisional bersejarah tidak dibangunkan ketahap yang sepatutnya. Kampung Pulau Tawar punya potensi sebenarnya jika pemimpin tahu cara-caranya.

Dari segi sejarah dulu Pulau Tawar dikenali sebagai kawasan Padang Kangsa termasuklah kampung-kampung seperti Bandar, Perian, Kampung Masjid, Pulau Tawar, dan Telok dipanggil sebagai 'Gelombang Tujuh'. Dikatakan Padang Kangsa sebagai base sokongan kepada Kota Gelanggi.

Kewujudan "negara" Indera Kangsa. Indera Kangsa mungkin merupakan sebuah "negara" atau pusat tamadun yang terletak dalam mukim Pulau Tawar, Jerantut sama seperti Kota Gelanggi. Antara kedua-dua "negara' Gelanggi dan Indera Kangsa mungkin bersifat gandingan persahabatan dalam menegakkan daulat masing-masing.

Kota Gelanggi dan Indera Kangsa juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kewujudan tamadun di sekitar pesisiran Sungai Tembeling yang pernah diperkatakan oleh Chau Ju-Kua, pengembara dan ahli sejarah China (1225) merujuk kepada negara Tan-ma-ling di Semenanjung Tanah Melayu.

Dari sejarah moden, Pulau Tawar dulu adalah salah sebuah bandar pentadbiran di Pahang. Mesyuarat EXCO Pahang selalu diadakan di Pulau Tawar pada tahun 1890an. Sultan Pahang pertama dari keturunan Bendahara Wan (Tun) Ahmad pernah bersemayam di Istana Pulau Tawar selama 3 tahun setengah.

Residen Clifford selalu mengunjungi Pulau Tawar. Di Pulau Tawar ada pembesar Pahang, Tok Gajah dan anak pahlawan legenda Mat Kilau. British cukup bimbang Sultan Wan Ahmad dipengaruhi oleh Tok Gajah.

Kebangkitan pembesar Pahang melawan British di ketuai Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dll telah memberi kesan kerugian ekonomi kepada British. British memaksa Sultan Wan Ahmad membiayai kempen melawan pemberontak.

Salah satu sebab mengapa Pulau Tawar tidak dibangunkan dengan lebih pesat kerana dendam British kepada Tok Gajah dan Mat Kilau yang menyukarkan pengaruh British di Pahang.

Pada masa British menguasai Pahang sepenuhnya pernah pada tahun 1924, British mahu memajukan Pulau Tawar sebagai pusat makanan jelapang padi. Ini ialah projek pembinaan rancangan pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar. 

Pembinaannya hampir siap tapi malangnya projek yang menelan belanja hampir $130,000 tidak pernah dimanfaatkan. Ini projek gajah putih pertama di Jerantut sila baca sini.

Pada masa sekarang pemimpin Pulau Tawar pernah menjanjikan mahu membina bandar Pulau Tawar tapi sampai sekarang janji tinggal janji dan perancangan entah kemana. Berikut kampung tradisional Pulau Tawar yang perlu dibangunkan:

  • Kampung Perian
  • Kampung Bukit Rang
  • Kampung Pulau Tawar Baru (Bukit Rang 2)
  • Kampung Kedondong
  • Kampung Masjid
  • Kampung Kubang Sekendal
  • Kampung Bandar
  • Kampung Teluk
  • Kampung Merbau
  • Kampung Sungai Siam
  • Kampung Sungai Tekam
  • Kampung Perak
Kalau kita lihat hari ini bandar Jerantut berkembang pesat. Kawasan Felda-felda di DUN Pulau Tawar berkembang ekonomi. Jambatan Kuala Krau menghubungkan jalinan perhubungan dengan lebih pantas. Pulau Tawar perlu seiring berkembang dan dibangunkan. Bandar Pulau Tawar perlu didirikan. Siapa mahu bangunkan?

Hari ini kita melihat sokongan kepada UMNO merosot di kampung-kampung tradisional Pulau Tawar sedangkan dulu adalah kubu kuat UMNO. Mengapa berlaku demikian baca sini dan sini.

Strategi pembangunan utama di Mukim Pulau Tawar adalah dengan membangunkan aktiviti perniagaan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi kedua di Daerah Jerantut, dan sebagai pusat pelancongan yang bertaraf antarabangsa dengan adanya Taman Warisan Gua Kota Gelanggi dan Tekam Plantation Resort. 

Mukim Pulau Tawar juga berpotensi sebagai salah satu kawasan pertanian utama di Daerah Jerantut di mana hasil sumber pertanian di mukim ini adalah seperti kelapa sawit, getah, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pertumbuhan ekonomi di mukim ini juga akan disokong dengan aktiviti industri kecil sederhana seperti perusahaan tembikar dan kraf tangan.

Pemimpin anak tempatan perlu bangkit bangunkan kampung-kampung tradisional Pulau Tawar. Buktikan pemimpin anak tempatan Pulau Tawar boleh satu hari nanti bina bandar Pulau Tawar.

12 comments:

Rabiatul Adawiyah Ibrahim said...

Bukan baru orang pulau tawar dipinggirkan semenjak merdeka lagi 1957 apabila orang2 umno bn berkuasa mereka takkan memajukan orang2 pulau tawar mereka kata orang2 pulau tawar ni penderhaka dan pemberotak dan kominis kepada tuanNya dulu penjajah orang putih tu jadi dibiarkan mana penjilatNya sahaja dibantuLah itu pun kena jadi mata2 apabila belia pt yang bersemangat untuk jayakan diri disekat sekarang ni penduduk pulau tawar dah tak kisah lagi dengan pembangunan umno bn itu hanya tunggu pru13 ni yang risau dan bimbang ni wzwh sebab terjejasNya parliman jerantut tu ?

Anonymous said...

Bagus ni...ada projek baru...nanti bila dekat PRU13 boleh umum kepada rakyat... kepas PRU projek jadi terbengkalai...macam projek jalan raya tu... tahniah pendudul Pulau Tawar..kekal kan dan kuatkan semangat Tok Gajah & Mat Kilau dalam jiwa anda. Berjuanglah untuk kebaikan semua dan bukan untuk perut kroni sahaja...

Anonymous said...

buat jalan dari simpang masuk pulau tawar di jalan jerantut-maran sampailah tembus di jambatan kuala krau seberang.dan jalan tu melalui pulau tawar.baru boleh maju.

FB Dewan Parlimen Jerantut said...

Rahimy Kasim dari segi ekonomi anak2 Pulau Tawar tidak kurang berjaya di perantauan, mungkin belum masa mereka menabur pembangunan ekonomi utk mukim ini, atau pemimpin2 di sini tidak nampak bakat2 pengiat ekonomi yg dapat diketengah memajukan mukim ini
12 hours ago · Like

Panchiko Panchiko Chiko mcm mana pulau tawar nak membangum...yb asik duduk nak bangum simpang jenka 8 jer ....Wan Zamzuri Wan Hasenan.....jaga kawasan felda...kawasan pengundi kecil d abai kan..harap oak la kd yb baru pulau tawar...bru ok agak nya ...
11 hours ago · Like

Togok Piaggio xde sape nk bangunkan lau x melayu tu sendiri,,,,
11 hours ago · Like

Mario Zuki yb melayu agaknya pulau tawar tu...dari dulu agaknya tu..kaya dah agaknya tua..byk ke tanah dia tu..brapa ramai chin yg ada kt ctu..melayu melayu..
6 hours ago · Like

Togok Piaggio bangunkan kelluarga sendiri sudah
6 hours ago · Like

Mohd Ghazali AbdHamid nak bangunkan gone . seme benda mesti ada hak dia dulu baru hak org lain
26 minutes ago · Like

FB Kome 1Jerantut said...

يسٓ سليمان Sayugia juga jika YB sudah bersilih ganti diatas nama DUN Pulau Tawar itu sendiri tidak mendapat membuat pembangunan sewajarnya disana.
4 hours ago · Like

Beeha Abdul saper adun nya?
3 hours ago · Like

Rahimy Kasim said...

YB jengah dulu Pulau Tawar khususKg Bukit Rang dan fikirkan apabila melihat hutan saujana mata memandang, ada komen sebelum ni utk di adakan Bandar Pulau Tawar Jaya selidik mana tempat yg harus diteroka bagi tujuan tersebut, kas rasa kalau pemimpin berhajat nak buat rumah kedai banyak bakat2 peniaga yg telah di asah utk tujuan tersebut, kas sebagai pengiat ekonomi sederhana di tengah kotaraya mengatehui sedikit sebanyak kebolehan anak jati Pulau Tawar di bidang perniagaan, kalau mereka boleh berjaya di luar sana mengapa tidak di kampong sendiri. selepas ni kas cuba buat suggesion siapa yg berbakat di dalam bidang perniagaan masing2.

dobit127 said...

Kalau cadangan hanya sebegini, sampai PRU ke 14 ler Pulau Tawar...

Sepatutnya, kena ada perancangan jitu dan berani dalam kita untuk membina sesuatu tempat khususnya Pulau Tawar..

Bandar Pulau Tawar sebenarnya boleh dibangunkan asalkan mentaliti penduduk sekitar berubah juga.. Sebagai contoh kenapa YB dikatakan asyik membangunkan Simpang Jengka 8?.. Tiada aspek lain kecuali komersial.. Perumahan Taman Gelanggi Perdana itu rumah banglow habis dijual, manakala rumah berkembar dan teres setingkat juga menuju arah yang sama. Itu maksudnya ramai yang nak duduk di sekitar kawasan itu...

NaH.. Sekarng dengan adanya Taman Gelanggi Perdana sebagai Bandar Satelit, maka ruang dan peluang sudah ada untuk mebangunkan dan memajukan Pulau Tawar.

Bagaimana caranya?..
Ini pendapat kawan.. Sisir jalan Jerantut Maran memang ramai yang melaluinya. Gunakan itu sebagai platform untuk mencari titik asas pembentukan Bandar Baru Pulau Tawar.

Dimana lokasi..
Memandangkan Ramai sudah kenal dan tahu tapak pasar malam Pulau Tawar, maka dicadangkan agar kawasan itu dijadikan pemangkin pembentukan bandar..

Apa patut dibuat?..
Pertama, bangunkan deretan kedai yang tersusun dan jika ada permintaan buat projek perumahan kawasan sekitar.. Tidak perlu besar seperti Jengka 8, hanya sekadar 50 unit ke bawah atau atas permintaan. Yang penting kedai mesti ada dan lokasinya mesti strategik seeloknya betul2 tepi jalan besar itu.Mungkin kawasan tepi Masjid baru sesuai...

Siapa yang nak beli kedai dan Rumah?....
Boleh diatasi dengan konsep ekonomi bebas.. Tawar dan Minta..Orang akan datang jika ada tarikan seperti pejabat pos mini( sekarang ada tapi....), mesin AT, kedai atau pasaraya... ada pula klinik swasta, klinik gigi.. Sebenarnya ramai usahawan menunggu untuk meneroka kawasan Pulau Tawar ini tapi buntu atau risau hal ehwal komersial..

Nak bina itu ini pakai APA?....
Itu gunanya MARA dan MDJ.. So gunakan mereka dengan menghantar proposal secara teliti dan penuh informasi kepada mereka untuk dipertimbangkan..Kalau boleh, buat sekali kajian SWOT dan penyelesaian dan cadangan untuk memudahkan kerja penilaian...

Mereka tiada peruntukan....?
Jika Simpang Jengka 8 boleh dimajukan melalui inisiatif swasta, sama juga Pulau Tawar.. Kawasan Jerantut Ferry sudah mengalami transformasi.. Mahal2 bangunan kedai di sana, dah tinggal berapa unit tidak terjual..

Jadi...?
Pertama, gunakan YB sebagai pencetus. Jika payah ada banyak saluran lagi.. Payah sangat, rasa WZWH pun boleh ketengahkan projek ini...
Kedua, kumpul pemimpin setempat dari semua golongan tidak kira usia, parti dan lain2.. Minta pandangan mereka. Serentak itu adakan bancian kependudukan yang lebih spesifik untuk memudahkan perancangan dilakukan...
Ketiga, mula membuat paper projek untuk dihantar kepada pihak terbabit. Kalau Bandar Jengka boleh Dapat peruntukan melebihi RM100 juta baru-baru ini, kot Pulau Tawar tempat terjamin BN tak dapat.. Usahakanlah...
--------------------

Komuniti Sukan DUN Pulau Tawar sekarang aktif dengan pelbagai aktivitinya. Tetapi kot sukan sahaja.. yang tidak bersukan beria
macam mana pula..
Aktifkan komuniti Lain juga seperti Ekonomi, Pendidikan, Kemasyarakan dan pelbagai lagi... Yang beria tentang sukan tu bagus untuk menarik sokongan pengundi tetapi kebanyakan peserta sukan tida kboleh mengundi lagi.. Target biar betul boss...... Karang kalah baru sibuk nak buat post mortem....

YB Shukri tengah menyelamatkan diri dahulu. Hampir semua orang DUN Pulau Tawar tahu Dr. Shukri akan disingkir untuk PRU ke13.. masalahnya siapa penggantinya.. Tini puteri, Mahelan Wanita, Aziz SU... Memang nak kalah ler.. Macam tiada orang lain.. Baik teruskan dengan Dr Shukri sahaja kalau calon lain sebegitu.. Dah lama YB Pulau Tawar semacam elit sahaja..

Apapun pandangan kawan sahaja...

Anonymous said...

Saudara WZWH,

Biar je lah KG kome tu gitu, hati senang org jahat xramai,kunci motor kete pn bleh tinggal gitu j xde org nak curi, maju sgt nesok ramai pulak org luar masuk yg xtau latar belakang baik ke jahat.

Biar la kome bangunkan sendiri KG kome dengan cara kome. insyaAllah 10thun lg KG kome kekal begitu tetapi dengan pendapatan penduduk lebih baik.

Org dilir

Anonymous said...

Kееp on writing, great job!

Here iѕ my homepаge; planetside 2
my web site: planetside 2 hacks

Anonymous said...

Someone necessarily lend a hand to make significantly posts I'd state. That is the first time I frequented your website page and so far? I surprised with the analysis you made to create this actual post amazing. Great activity!

Here is my site: regioleaks.info
Also see my website - pirate-party.us

Anonymous said...

Tribal by Apostrophic Lab comes in regular and an alt version
with alternate letterforms. Custom tattoo designs benefit both the artist and the host.
For this reason, custom tattoo designs have come into being.



my page - Tattoos Cool Tattoo Designs

Unknown said...

saya lahir di pulau tawar,dan saya ada tanah di sana, tp sy membesar di selangor..lagi 20 tahun akan datang brmula dr tahun 2017 sy akan berpindah ke pulau tawar, sy pasti pulau tawar akan maju..kene la pulak keretapi ECRL akan dibina di maran, pulau tawar akan kene tempisnya...pehhh mesti Cun..:)

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...