Thursday, August 4, 2011

Perkembangan Cybermaya Jerantut Terkini


Blog-blog politik Jerantut kembali meriah menulis pasal politik Jerantut. Terimakasih kepada kenyataan media arus perdana memberi laporan YBM Tengku Azlan mahu berundur mahu memberi peluang kepada muka baru. 

Maka ramailah kumpulan-kumpulan politik Jerantut mempromosi calon-calon kesukaan mereka. Maka blog, Facebook dan Twitter diguna. Sudah tentu komen-komen penyokong membangkitkan suasana. Masing-masing mahu menonjolkan kelebihan calon.

Antara blog-blog politik Jerantut yang kembali aktif menulis politik Jerantut ialah:
Terdapat juga beberapa page Facebook yang membicarakan isu-isu politik, sosial dan ekonomi Jerantut seperti Kome 1Jerantut, Grup Satu Jerantut, Jerantut Kini, Dewan Parlimen Jerantut, Jerantut Kampungku, dan beberapa grup kampung-kampung di Jerantut.

Mereka ini majoriti adalah pengundi muda dan merupakan penyokong kerajaan dan pembangkang. Mereka bebas mengeluarkan buah fikiran mereka sendiri mengulas sesuatu isu.

UMNO Bahagian Jerantut nampak tidak cuba menguasai media baru ini. Tidak ada inisiatif dari Ketua Penerangannya untuk berbuat sesuatu mengecilkan jurang teknologi maklumat media baru supaya UMNO Jerantut dapat berkomunikasi dengan pengundi muda secara online.

Yang nampak nyata ADUN Damak begitu aktif memasuki page-page Facebook Jerantut dengan program-program yang dijalankan oleh ADUN Damak. Ini satu usaha yang baik untuk merapatkan diri dengan pengundi muda dan masyarakat cybermaya Jerantut.

PAS umpamanya mengambil langkah-langkah proaktif dengan mengetag calon parlimen PAS Jerantut pada PRU 13 awal-awal lagi seperti di bawah kepada beberapa akaun FB orang Jerantut.

Ada orang Jerantut yang tidak kenai Dr Hamzah Jaafar?-Itu tagline penyokong PAS


Ini menampakkan kesungguhan calon parlimen PAS untuk memenangi PRU 13 dengan cuba mendekati pengundi muda cybermaya Jerantut.

Kepada calon-calon UMNO dan BN, apa strategi anda untuk rapat dan dikenali oleh pengundi-pengundi muda cybermaya Jerantut? Sekarang calon-calon tidak payah pergi mengetih di kedai kopi kerana dengan pandai menggunakan aplikasi media baru calon-calon ini boleh berinteraksi dengan pengundi muda cybermaya Jerantut secara online.

Kenapa tidak calon-calon UMNO dan BN ini belajar media sosial baru dengan komuniti cybermaya Jerantut yang pro UMNO? Adakah anda semua rasa anda sudah tua tidak sesuai belajar cara berkempen politik baru.

Inilah cara bagaimana Obama dapat mengalahkan musuh politiknya lantas menjadi Presiden Amerika orang kulit hitam yang pertama dalam sejarah Amerika.





No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...