Saturday, August 27, 2011

Ahli Politik Berilmu VS Ahli Politik Sampah


Isu Lynas buat ramai ahli politik dari Pakatan Rakyat samada dari PKR, DAP dan PAS jadi ahli politik sampah. Mereka mempengaruhi rakyat dengan emosi bukan dengan fakta sains. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan hancur kerana dibina dari premise emosi!

Dalam posting WZWH yang terdahulu sila klik sini dan klik sini juga klik sini, WZWH telah dedahkan bagaimana Fuziah Salleh memperbodohkan orang Kuantan dan Pahang.

Pendedahan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang Saintis Nuklear dalam segmen TV3, Karam Singh Walia, berkenaan isu Lynas buat Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fauziah Salleh seperti sampah.

Apa kata Dr Che Rosli Che Mat, saintis nuklear:

“Yang membawa isu ni (adalah) PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.“Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mizi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Kata Profesor Dr Ahmad Termizi, pakar radiologi:

“Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.

“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.”

Organ rasmi parti itu Harakahdaily melaporkan kenyataan Dr Che Rosli amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas.

2 comments:

Anonymous said...

siapa politik sampah atau siapa berfikiran sampah.

kalau UMNO duduk di sebelah sana....sure pemikiran macam sampah sarap.

Contoh UMNO di Penang dan Selangor, UMNO yang mcm lori sampah yang penuh

Anonymous said...

Salam,
Janganlah mengangap mereka yang menentang projek Lynas sebagai politik sampah. Mereka ada sebab tersendiri untuk membantah. Hormatilah pendapat orang lain.

Bagi saya, kita tidak boleh jamin projek Lynas ni dari keselamatannya. Kita boleh lihat dari pentadbiran kerajaan sekarang dari segi KAWALSELIA dan PENGUATKUASAAN dari agensi kerajaan terbabit adalah amat lemah. Jabatan Alam Sekitar, contohnya, gagal mengawal pembuangan samapah secara haram terutamanya di Lembah Klang, kawalan asap kilang kelapa sawit juga diabaikan.

Jika agensi kerajaan ini gagal mengawalselia dan menguatkuasa bidang kuasa mereka, tidak mustahil pengawasan terhadap projek Lynas juga akan menjadi lemah.

Sekian.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...