Thursday, September 30, 2010

Kemenangan UMNO Galas Perlu Buktikan Ramalan The Economist Salah

Lapuran terbaru The Economist telah menyingkap muslihat kemelot dalaman UMNO dan keazaman parti pemerintah untuk kekal berkuasa atas apa-apa kos merupakan ancaman besar kepada kestabilan Malaysia.

The Economist Intelligence Unit country report mencadangkan Pakatan Rakyat akan dapat keuntungan politik tetapi berkemungkinan besar tidak cukup kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan majoriti.

Kestabilan Malaysia sejak 50 tahun dulu bergantung kepada 3 faktor:
  • Kekukuhan kuasa Barisan Nasional
  • Kawalan kemas UMNO terhadap BN
  • Sokongan majoriti Melayu kepada UMNO
Laporan The Economist menyatakan 3 faktor di atas tidak lagi begitu seperti ditunjukkan prestasi lemah BN pada PRU 2008 dan kemenangan bersejarah Pakatan Rakyat di 5 negeri dan memenangi 82 kerusi parlimen.

Keputusan PRU 2008 menunjukkan ke tiga pengaruh telah lemah. 3 faktor ini tidak boleh lagi mempertahankan "framework" politik negara pada PRU 13 nanti.

Kemelut politik dalaman UMNO, keazaman UMNO untuk kekal berkuasa tidak kira apa kos merupakan ancaman kestabilan politik di Malaysia.

Kumpulan-kumpulan UMNO telah berjuang untuk menentukan hala tuju parti kebelakangan ini ekoran cubaan presiden parti DS Najib mengimplementasi pembaharuan mesra pasaran.

Najib menghadapi tentangan dari pihak konservatif UMNO yang menganggap pembaharuan adalah ancaman kepada hak istimewa Melayu.

Najib juga menghadapi kepayahan menjual Model Ekonomi Baru kepada komuniti Melayu keseluruhan yang tindakbalasnya secara suam dan menerima kritikan dari NGO Melayu Perkasa

Tun Mahathir menambah derita dengan tembakan snipernya dari belah yang sama.

The Economist Intelligent Unit report juga meramalkan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam PRU 13 kerana UMNO tidak lagi boleh bergantung harap dan sokongan dari "better educated, liberal middle-class Malays" yang cenderung menyokong pembangkang.

Keputusan yang berkemungkinan besar PRU 13 nampaknya kekalahan lebih banyak kerusi BN bila undi pengundi-pengundi muda sederhana Melayu jemu kepada skandal politik dan usaha UMNO yang berlebihan mempromosi nilai Islam serta pengundi-pengundi Cina dan India tidak mahu kembali menyokong-tidak mahu memberi sokongan kepada BN.

WZWH setuju dengan pandangan Tun Mahathir bahawa kita kena cabar pemikiran Barat. Kalau boleh The Economist mahu UMNO dan BN angkat tangan menyerah kalah. The Economist mahu menjatuhkan moral penyokong-penyokong UMNO dan BN. Sebaliknya laporan The Economist Intelligent Unit report cuba menaikkan moral pembangkang.

UMNO dan BN perlu buktikan bahawa laporan The Economist ini salah bila UMNO boleh memenangi PRK Galas, sebarang PRK kalau ada lagi, PRU negeri Sarawak dan akhirnya PRU 13.

Dalam politik menang perang ialah menang pilihanraya. Apa-apa tidak guna cakap kalau UMNO kalah pilihanraya. UMNO mesti menang PRK Galas ini.

PRK Galas bukan PRK biasa. Ianya adalah "turning point" atau persimpangan samada Melayu masih mahukan UMNO lagi, menentukan samada rakan-rakan BN dan musuh pembangkang akan menghormati UMNO atau tidak.

Sebab itu keputusan Majlis Tertinggi UMNO menyerahkan tugas Pengarah Pilihanraya kepada Ku Li adalah tepat sekali. Gua Musang adalah lubuk Ku Li sejak tahun 1960an lagi. Ku Li adalah tokoh politik veteran dan terkanan, berpengalaman luas politik lebih-lebih lagi di Kelantan.

DS Najib dan Muhyiddin Yassin membuat keputusan politik yang bijak. 3.1 juta ahli UMNO amat berharap sentuhan maestro politik Ku Li menghasilkan satu kemenangan di PRK Galas yang bakal melonjak semangat juang, keyakinan, persepsi positif ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong BN.

PRK Galas adalah permulaannya...kebangkitan bermula di parlimen Gua Musang. Sekali lagi Ku Li mencorakkan warna-warni politik UMNO. Ku Li masih lagi berperanan sebagai aset UMNO.

Sedikit info PRK Galas.


Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan peti undi majoriti Orang Asli, 2 kawasan peti undi majoriti Cina dan 5 kawasan peti undi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan peti undi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.

Wednesday, September 29, 2010

Karisma Ku Li Diperlu Untuk Menang PRK Galas

Kerusi Galas kosong setelah penyandangnya dari Pas, Che Hashim Sulaima, 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur petang tiga hari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima.

UMNO bersedia untuk menggempur para pengundi di kawasan terbabit berlandaskan kepada kejujuran dan ketelusan khidmat BN selama ini.

Selaras dengan apa yang telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN dan UMNO akan membuat persiapan rapi termasuklah dalam memastikan calon BN pada pilihan raya kecil itu.

BN tidak takut berdepan dengan Pas yang tentunya akan menjadi seteru dalam pilihan raya tersebut malah dengan penuh keyakinan akan memastikan segala perancangan dibuat mantap untuk hasil yang cemerlang.

Pihak pakatan pembangkang semakin terdesak untuk mempertahankan DUN tersebut sehingga menimbulkan pelbagai isu termasuklah menyarankan BN tidak meletakkan calon demi perpaduan.

BN bukanlah parti yang boleh dipermainkan atau termakan dengan helah pembangkang.

Pada pilihan raya kecil DUN Galas nanti, Pas tentunya sedaya upaya cuba mempertahankan kerusi tersebut daripada jatuh ke tangan BN, dan BN sendiri bersedia untuk merampas kawasan tersebut.

UMNO mahukan kesinambungan kesejahteraan dan keselesaan yang dikecapi hari ini berterusan yang terbukti secara keseluruhannya adalah hasil daripada pentadbiran BN sebagai tunjang negara.

Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimennya.

Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh yang dikuasai oleh BN.

Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam.

Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri daripada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000).

Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) UMNO 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Ekonomi Baru (MEB).

Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga pilihan raya kecil serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik yang bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.

Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka.

Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya. PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Selain daripada soal tarikh, pilihan raya kecil ini juga dijangka menarik ia merupakan salah satu kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat termasuklah isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri. Kes berkaitan difailkan pada 30 Ogos lalu.

Ramai juga akan melihat peranan yang akan dimainkan oleh UMNO Gua Musang dalam menggerakkan jentera menghadapi pilihan raya kecil ini. Gandingan peranan UMNO bahagian, negeri dan pusat juga sudah pasti akan menjadi aspek menarik untuk diperhatikan.

Karisma dan kepimpinan Ku Li diperlukan untuk membantu UMNO dan BN memenangi PRK Galas. Ku Li adalah tokoh veteran UMNO.

Galas,sebuah kawasan terpencil di daerah Gua Musang,Kelantan bakal menjadi ‘nama besar’ menjelang pilihanraya kecil yang perlu diadakan bila-bila masa dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

Bukan setakat Galas,perhatian langsung akan bertumpu kepada otai arena politik negara yang sekian lama bertapa sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan Ahli Parlimen kawasan itu Tengku Razaleigh Hamzah.

Mampukah beliau kembalikan kedudukan kepada 3-0 di kawasan naungannya itu setelah Galas ‘bocor’ pada pilihanraya umum Mac 2008 dengan hanya 646 majoriti apabila orang kanan bekas Menteri Kewangan itu,Saufi Deraman tewas kepada Allahyarham Che Hashim.

Pada pilihanraya umum 2004 Tengku Razaleigh berjaya memimpin kawasannya dengan menyapu bersih ketiga-tiga DUN - Galas,Paloh dan Nenggeri serta Parlimen Gua Musang.

Malah dalam politik...Gua Musang memang sudah sinonim dengan Tengku Razaleigh.

Mengambil kira persaingan sengit masa pilihanraya kecil Manek Urai di derah Machang pada 14 Julai 2009 lalu di mana BN hanya tewas 65 undi di tangan PAS…Galas pasti menjanjikan rematch yang mendebarkan.

Jumlah pengundi di Galas yang merupakan salah satu antara DUN yang mempunyai keluasan yang besar di antara 44 DUN di Kelantan cuma 10,330 sahaja.

Masa PRU ke 11 tahun 2004 Saufi menewaskan Allahyarham Che Hashim dengan majoriti 1,729.Saufi dapat 4,184 undi manakala Che Hashim 2,455.

Pada PRU ke 12 Saufi tewas apabila Allahyarham dapat 4,399 berbandingnya 3,753 undi.

Di Kelantan kini PAS tinggal jauh BN dari segi kerusi 38 vs 6 manakala 1 PKR.

Kemampuan BN untuk merampas balik 1 kerusi tidak akan jadi kudis pada PAS Kelantan.

Namun dalam senario politik nasional siapa yang kena ‘ galas’ Galas tahu ia adalah satu tugas amat berat.

BN yang lebih banyak tewas dalam 11 pilihanraya kecil sejak PRU ke 12 pasti nak tebus semangat di Galas.

Ini lebih-lebih lagi kejayaan besarnya di Bagan Pinang,Hulu Selangor dan Batang Air dirosakkan oleh kekalahan di Sibu.

Sebelum itu BN kalah di Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dan lima lagi pada tahun 2009 - Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau (7 April), DUN Penanti (31 Mei), DUN Manek Urai (14 Julai) dan DUN Permatang Pasir (25 Ogos).

PAS pun tahu lawannya di sini bukan sekadar Galas...kerana yang menunggu di gelanggang untuk berentap ialah Tengku Razaleigh. 3.1 juta ahli UMNO berharap kepada sentuhan Ku Li untuk menaikkan kembali moral UMNO dan BN bukan sahaja di Kelantan bahkan seluruh negara.

Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti.

Penganalisis dan pemerhati sudah mula mengandaikan isu berkenaan akan menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi selepas ia juga disentuh dalam dialog tertutup Puteri Umno.

Kemungkinan konvensyen ini juga akan menjadi program membuat persiapan menghadapi pilihan raya sebagaimana dilakukan oleh Konvensyen BN Selangor sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kedua-dua PR dan BN kelihatan mempunyai senarai isu untuk dibawa ke gelanggang pilihan raya kecil DUN Galas.

Tuesday, September 28, 2010

Orde Baru Kepimpinan Blogger Jerantut

WZWH baca beberapa blog Jerantut. Isu yang hangat diperkatakan ialah blog Suara Prihatin UMNO Jerantut (SPU) digam. Semua blogger tidak dapat akses blog SPU sejak beberapa hari kelmarin.

Blog SPU merupa "Bendahara blogger Jerantut". Blog SPU adalah pencetus dan pemangkin kepada pertumbuhan blog-blog di Jerantut juga bertindak sebagai Blog Aggregator di Jerantut.

Blog UMB Jerantut, Urag Drrulug, Obo, Pendua dan 123silekuk telah memberi posting eksklusif tentang "kehilangan" blog SPU. Malah blog dari luar umpamanya Wadah Rakyat UMNO Bentong turut mengulas isu yang sama.

WZWH banyak menerima komen dalam blog WZWH ada 110 komen. Ada Anon-anon yang tuduh WZWH bertanggungjawab "menghilangkan" blog SPU. WZWH sudah jelaskan WZWH tiada kuasa sebegitu. Itu dibidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah Menteri Dato' Sri Rais Yatim.

Siapa WZWH hanya AJK cabuk Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang orang tidak kenal. Apalah pengaruh WZWH untuk gam dan tutup blog orang. Bukan kerja mudah hendak mematikan blog di alam barzakh maya.

Walaupun blog SPU tidak "friendly" dan "hostile" kepada WZWH termasuk anak-anak buahnya selalu mengkritik dan menghina WZWH tapi itu WZWH tidak kisah.

WZWH memang suka bertaki dan berhujah. WZWH suka kepada pengkritik WZWH. Blog SPU dan anak-anak buahnya adalah pengkritik WZWH terutamanya Urag Drrulug. Cawan Tembaga dan Habat Maya kadang-kadang mengkritik secara peribadi dan tidak relevan. Itu budaya blogger Jerantut.

Melalui komen-komen di blog WZWH, ternyata blog SPU punya pengaruh yang tersendiri di kalangan blogger Jerantut. SPU berjaya menghimpun blogger dari berbagai fahaman politik.

Ada komen menyatakan SPU di dalam penyusunan semula blognya. Mungkin blog SPU tidak dapat diakses kerana tengah "restructuring atau redesign" blognya yang mungkin ambil masa beberapa hari. WZWH harap blog SPU boleh muncul kembali dan boleh diakses.

Blog SPU menyatakan bahawa "management baru akan ambil alih" blognya dan akan mempunyai barisan admin baru. Sudah tentu blogger Jerantut akan dapat menyaksikan persembahan baru. Maka kita lihat nanti.
Jika spekulasi mengatakan bahawa blog SPU digam betul-betul berlaku maka komuniti blogger Jerantut perlu mengambil orde baru kepimpinan blogger Jerantut. Blog UMB Jerantut perlu ke depan di dalam mengambil tugas SPU. WZWH sudah akses blog UMB Jerantut dan sudah lihat susunan blog-blog Jerantut telah diurus oleh UMB Jerantut dengan baik.

WZWH harap blog-blog Jerantut terutama yang pro UMNO dan BN perlu proaktif dalam menguatkan parti dan menyampaikan mesej, berita, komen, kritikan dan propaganda yang membina imej parti.

Usah bertikam sesama sendiri atau masing-masing tergoreng di dalam kuali yang sama. Maklumlah semangat berblog media baru orang Jerantut sangat aktif dan "ganas" di Pahang.

Apa-apa pun WZWH ucap terima kasih kepada SPU kerana banyak jasanya kepada komuniti blogger Jerantut. Sesungguhnya WZWH "miss" kepada kritikan, sindiran dan celoteh SPU terhadap WZWH.

Monday, September 27, 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998).

Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Objektif

Memberi nasihat dan arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penyiasatan kes, dan mengendalikan pendakwaan di Mahkamah bagi menentukan mereka yang melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] dihukum mengikut undang-undang demi memastikan kepentingan awam dan negara terpelihara.

Fungsi-fungsi
  • Menyelia, mengkoordinasi dan memberikan arahan berkenaan kertas siasatan berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];
  • Mengeluarkan izin pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut;
  • Mengendalikan pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut; dan
  • Memberikan sebarang maklumat dan maklum balas yang dikehendaki oleh (SKMM)

Kegiatan dalam internet tetap tertakluk kepada undang-undang: SKMM

Andaian bahawa tiada kawalan khusus terhadap laman web dan blog di internet adalah tidak tepat kerana semua kegiatan yang dilakukan melaluinya adalah tertakluk kepada undang-undang negara.


Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, terdapat pelbagai undang-undang yang boleh dikuatkuasakan bagi kesalahan yang dilakukan melalui medium itu di mana agensi penguatkuasaan berkaitan sentiasa memantau serta menguatkuasakan peraturan di bawah bidang kuasa masing-masing.

"Internet sebagai medium berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk menjalankan perniagaan, memberi maklumat ataupun memberi ruang untuk para penggunanya berinteraksi antara satu sama lain.

Bagaimanapun kandungan (internet) dan kegiatan yang dilakukan melaluinya adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya dalam kenyataan yang diemelkan kepada Bernama.

Laporan itu mendakwa pihak berwajib lebih cenderung untuk membuat sekatan kepada laman pornografi atau yang memaparkan isu sensitif seperti politik, kaum dan agama berbanding kebanjiran pelbagai laman web dan blog dadah di internet ketika ini.

Beliau berkata, peranan SKMM dalam perkara ini adalah untuk membantu siasatan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya perkara yang disiasat membabitkan penggunaan tidak wajar rangkaian termasuklah laman web, itupun sekiranya khidmat nasihat dan bantuan SKMM diperlukan.

"Dalam hal ini, bidang kuasa SKMM adalah terhad kepada apa yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana antara lain, Seksyen 211 melarang pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang," katanya.

Seperti yang sedia maklum, internet merupakan sesuatu yang mudah, pantas (walaupun selalunya lembab..) dalam mendapatkan maklumat. Walaubagaimanapun kelebihan internet itu menyebabkan banyak pihak menyalahgunakan ia untuk kepentingan peribadi. Kegiatan penipuan, peras ugut, menciplak dan banyak perbuatan lain dilakukan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa SKMM merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan sektor komunikasi dan multimedia digunakan secara tepat.


Dalam artikel tersebut dinyatakan banyak laman-laman web yang telah disekat oleh SKMM laman pornografi atau yang memaparkan isu sensitif. Bukan senang nak sekat sebab ada berbillion website di internet ni.

Kalau diperhatikan ini terdapat banyak kes-kes melibatkan penipuan seperti skim cepat kaya yang berjaya ditangani oleh SKMM. Teringat zaman terlibat dengan program Studiotraffic, 4daily dan Swisscash. Pihak SKMM berjaya menangani walaupun telah ramai yang terduduk sebab melabur dalam program tersebut.

Selain itu terdapat juga blogger yang memainkan isu-isu sensitif yang dibawa ke muka pengadilan melalui bantuan SKMM. Jadi kepada blogger di sana, berhati-hatilah dalam menulis. Jangan ikutkan nafsu sebaliknya tulis dengan hati yang tenang. Ketahuilah yang terdapat batas-batas yang dibolehkan dalam berblog. Silap tulis, anda mampu dibawa ke mahkamah.. Kan ke leceh tu..

Kalau diikutkan masalah ketara yang sukar dibendung adalah muat turun bahan berhakcipta. Yang ini memang jadi masalah. Memang susahkan nak kawal diri dari men’download’ benda hakcipta ni terutama yang memang menjadi minat kita.

Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998

Objektif


Memberi nasihat dan arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penyiasatan kes, dan mengendalikan pendakwaan di Mahkamah bagi menentukan mereka yang melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] dihukum mengikut undang-undang demi memastikan kepentingan awam dan negara terpelihara.

Fungsi-fungsi

Menyelia, mengkoordinasi dan memberikan arahan berkenaan kertas siasatan berkaitan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562] dan Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];
Mengeluarkan izin pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut;
Mengendalikan pendakwaan bagi kes-kes di bawah akta-akta tersebut; dan
Memberikan sebarang maklumat dan maklum balas yang dikehendaki oleh (SKMM)


Kuasa dan fungsi Suruhanjaya

(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang
dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi
dan multimedia dan, tanpa menjejaskan keluasan yang disebut
terdahulu, Suruhanjaya hendaklah juga mempunyai fungsi yang
berikut:
(a) menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan
objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti komunikasi dan
multimedia;
(b) melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undangundang
komunikasi dan multimedia;
(c) mengawal selia segala perkara yang berhubungan
dengan aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak
diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan
multimedia;
(d) menimbangkan dan mengesyorkan reformasi kepada
undang-undang komunikasi dan multimedia;
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 15
(e) mengawasi dan memantau aktiviti komunikasi dan
multimedia;
(f) menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri
komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang
penyelidikan dan latihan;
(g) menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri
dalam industri komunikasi dan multimedia;
(h) memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang
yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah
undang-undang komunikasi dan multimedia;
(i) memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada, dan
untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan di
kalangan, orang yang terlibat dalam aktiviti komunikasi
dan multimedia; dan
(j) menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang
bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri
melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.

Sunday, September 26, 2010

Masa Depan Politik Ku Lan di Jerantut


Sudah 3 penggal YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi ahli parlimen Jerantut. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri, menolak jawatan Timbalan Menteri dan kini ahli parlimen biasa.

Terlalu banyak polemik tentang penolakan Ku Lan kepada jawatan Timbalan Menteri dulu semasa zaman era Tun Abdullah Ahmad Badawi. WZWH faham erti kekecewaan Ku Lan. Sudah 3 penggal beliau berkhidmat alih-alih ramai ahli parlimen yang lebih muda dari beliau dan tidak pernah menjadi Timbalan Menteri tiba-tiba di lantik menjadi Menteri Penuh gara-gara peranan seseorang yang berpengaruh kepada Pak Lah.

Tetapi itu sejarah. Perubahan kepimpinan PM kepada DS Najib membuatkan Ku Lan bersemangat kembali berjuang dalam parti untuk memajukan parlimen Jerantut. Ketika YAB PM DS Najib merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada bulan September lepas, Ku Lan telah mempersembahkan satu ucapan yang amat baik tentang apa yang parlimen Jerantut perlukan kepada DS Najib.

Dan sememangnya WZWH berpendapat tepat pada masanya DS Najib PM Malaysia orang Pahang sekampung dengan Ku Lan, ada hubungan kekeluargaan dan tradisi warisan Pahang pula sudah tentu menyenangkan urusan merancang dan melulus projek-projek pembangunan yang bakal direalisasikan di parlimen Jerantut.

Tidak ramai orang yang tahu sebenarnya Ku Lan ini telah lama hubungannya dengan DS Najib di Pekan. Ku Lan adalah penyokong kuat DS Najib semasa DS Najib berumur 23 tahun bertanding parlimen Pekan pada tahun 1976.

Berbalik kepada tajuk posting WZWH apa masa depan politik Ku Lan di Jerantut. Sekarang umur Ku Lan sudah 60 tahun. Namun semangat hatinya untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara berkobar-kobar. Jika DS Najib memberinya kemudahan dan peluang maka lagi efisien dan efektif Ku Lan boleh memajukan parlimen Jerantut.

Ku Lan orang perjuangan. WZWH tahu dulu Ku Lan dari parti Semangat 46 pimpinan Ku Li. Hampir sepuluh tahun lebih beliau terlibat di dalam parti pembangkang itu. Beliau pernah menjadi Ketua Perhubungan Semangat 46 Pahang dan Ketua Pemuda Semangat 46 Malaysia. Beliau banyak berkorban wang ringgit, harta, masa dan tenaga untuk menggerakkan parti Semangat 46.

Bayangkan kalau dalam parti pembangkang Ku Lan sanggup berkorban berabis wang sendiri apa lagi dalam parti pemerintah dan ini pemimpin yang ideal untuk UMNO kerana UMNO perlu pemimpin semacam ini untuk benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

Hasil cadangan dan perbincangan Ku Lan dengan Tun Mahathir yang membuatkan parti Semangat 46 dibubar dan diserap ke dalam UMNO. Sebenarnya besar jasanya Ku Lan untuk menguatkan UMNO di era Tun Mahathir semasa Anwar Ibrahim mengganyang dari luar dengan gerakan Reformasi.

Itu sebab mengapa Tun Mahathir merestui Ku Lan bertanding di parlimen Jerantut pada PRU 1999 kerana Tun Mahathir tidak percaya kepada ahli parlimen Jerantut sebelum itu.

Beberapa blog Jerantut sudah kuat menyokong Ku Lan sekarang antaranya Muara Sat, Gerila, Politik Jerantut, Urag Drrulug, Sangkakala, Karok dan ramai lagi. Mereka berharapkan Ku Lan bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut. Orang Jerantut berharapkan Ku Lan diberi peluang untuk manjadi Menteri Kabinet penuh. Ini ialah hal budi bicara DS Najib selaku PM. Dan WZWH pun tidak pasti samada harapan ini boleh menjadi kenyataan. Kalau menjadi itu baik untuk parlimen Jerantut.

Jika Ku Lan dipilih bertanding sebagai calon ahli parlimen PRU 13, sudah tentu Jentera UMNO dan BN bekerja kuat untuk memastikan kemenangan beliau. Walaupun WZWH dalam blog WZWH nampak kritis dan sering dalam banyak posting melemparkan pandangan-pandangan yang antagonis nampak berlawanan tapi di dalam pilihanraya yang sebenar WZWH pasti berkerja kuat berkempen untuk memenangkan Ku Lan sebagai ahli parlimen Jerantut. WZWH tidak akan biarkan Ku Lan kalah kepada calon parlimen PAS. "Over my dead body" dan WZWH sebagai AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut itu tugas dan tanggungjawab memenangkan Ku Lan.

WZWH juga berpendapat Ku Lan sebagai ahli politik yang sangat matang sudah tentu ada kemungkinan Ku Lan diperlukan memimpin Politik Pahang ini kerana sudah sampai masa dan ketikanya untuk Ku Lan berperanan memimpin politik UMNO Pahang.

WZWH berpendapat Ku Lan juga jika dipersetujui PM dan MB bertanding di DUN Pulau Tawar pada PRU 13 demi kebaikan masa depan politik Jerantut dan diharap boleh membawa negeri Pahang ke masa depan yang gemilang.

WZWH tidak merasakan "assignment" ini sesukar untuk Ku Lan jadi Menteri Penuh. Ianya pada akhirnya terpulang kepada kebijaksanaan DS Najib Perdana Menteri Malaysia membuat keputusan dan rakyat Jerantut terutamanya jentera BN dan UMNO perlu memastikan Ku Lan menang apa-apa kerusi parlimen atau DUN pada PRU 13. WZWH hanya boleh mengharap hanya Allah jua yang menentukannya.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024