Thursday, March 30, 2017

Ahli Parlimen Raub Hina Orang Pekan Berpolitik Macam Orang Asli. Kenapa Tidak Kata Orang Raub Pun Sama?!!!

Image result for najib dan orang asli

Ahli Parlimen Raub jangan hina Orang Pekan dan Orang Asli kerana menyokong kuat kepimpinan DS Najib.


WZWH tidak pernah jumpa mana-mana ahli politik Pahang baik yang dari Kerajaan atau Pembangkang menghina cara orang Pahang atau mana-mana kawasan parlimen berpolitik sebegitu rupa.

Namun tetapi rupanya ada Ahli Parlimen Raub yang menulis dalam Blog Sakmongkol AK47.

Beliau yang bergelar Dato' sanggup menghina cara berpolitik orang Pahang terutamanya Orang Pekan yang berpolitik macam Orang Asli.

Petikan daripada Blog Sakmongkol AK47...


"Semalam, saya dapat panggilan telefon dari seorang rakan dari Pekan, Pahang. Kata nya-awak bersyarah macam mana pun, tak lut kat orang Pekan. Dia kata- semua orang Pekan tahu Najib Razak... Tapi orang Pekan akan terus sokong Najib. Nak buat macam mana- katanya, memang fiil orang Pekan demikian.

Saya tidak terkejut dengan pandangan seperti ini. Sedikit sebanyak, saya pun tahu saikoloji orang Pekan. Saya percaya pada kebenaran pandangan tersebut. Memang orang Pekan demikian...Attention span orang Pekan tidak lama.

Mereka pun lebih kurang politik cara sebahagian orang asli. Last in first out. Yang menyentuh mereka kali akhir lah yang mendapat layanan utama. Maka pada saat akhir,..., maka Najib lah yang diutamakan.

Tapi itu orang Pekan. Biarkan mereka demikian."

Tidak faham WZWH kenapa Ahli Parlimen Raub marah sangat kepada cara Orang Pekan berpolitik yang kuat jitu menyokong DS Najib sampai melabelkan Orang Pekan berpolitik macam Orang Asli?

WZWH berharap agar janganlah Ahli Parlimen Raub begitu tebal politik kebencian yang dapat penyakit ini dari parti DAP yang suka rekruit pemimpin Melayu membenci bangsanya sendiri.

Ahli Parlimen Raub hina Orang Pekan berpolitik macam Orang Asli.

Adakah tidak ada pengundi Orang Asli di Parlimen Raub? WZWH rasa ada ramai pengundi Orang Asli Parlimen Raub.

Adalah kurang bijak bila kita sebagai pemimpin politik Pahang mengatakan dan menghina orang Pahang kita sendiri berpolitik macam Orang Asli.

WZWH mahu beritahu Ahli Parlimen Raub bahawa Orang Asli Jerantut lebih cerdik berpolitik melalui pengalaman WZWH berkempen dalam setiap kali PRU.

Orang Asli sebenarnya lebih bijak mantik dan logik dalam meminta sesuatu secara kasual kepada pemimpin. Orang Asli Pahang tidak sebegitu hina mengikut pemahaman negatif Ahli Parlimen Raub.

Sila baca kisah Orang Asli Sg Tekal dan Orang Asli Sungai Kuching Jerantut lebih cerdik politiknya dalam dua posting di bawah: Sila Klik.

WZWH Mengaku Orang Asli Sg Tekai Lebih Cerdik Di Majlis Penerangan Projek Hidroelektrik Tekai


Orang Asli Kampung Kuching Cerdik Pembangunan

Tuesday, March 28, 2017

Masalah Bangsa Malaysia Apa Penyelesaian Politiknya?


Image result for bangsa malaysia


Negara kita Malaysia. Apa bangsanya sudah tentu bangsa Malaysia. Tetapi bangsa Malaysia ini ramai ahli politik dan ahli akademik tidak mahu mengaku dan mengiktiraf bangsa Malaysia!

Inilah masalahnya bila majoriti parti politik dan ahli akademik intelektual tidak mahu mengesahkan kewujudan bangsa Malaysia.

WZWH mahu bangsa Malaysia ini diterima kewujudannya barulah segala polemik dan titik bengik masalah negara boleh diselesaikan.

Demikianlah tajuk posting WZWH ini Masalah Bangsa Malaysia Apa Penyelesaian Politiknya?


Orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. 

Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. 

Peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah pembentukan bangsa. Demikianlah muncul bangsa Melayu sebagai satu komuniti manusia yang mantap yang terbentuk dalam sejarah dengan bahasa bersama, wilayah bersama, kehidupan ekonomi bersama serta unsur psikologi bersama yang diperlihatkan dalam kebudayaan bersama di rantau Alam Melayu ini.

Dari zaman Kerajaan Funan termasuk Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Majapahit, bangsa Melayu menganut agama Hindu dan Buddha. 

Akan tetapi apabila Islam tersebar ke Alam Melayu khasnya setelah berdirinya Kerajaan Melaka pada tahun 1400, orang Melayu telah memeluk agama Islam. 

Sungguhpun begitu, tradisi sosiobudaya Hindu-Buddha masih banyak mempengaruhi masyarakat Melayu khasnya dalam adat resam, kesenian, kesusasteraan Melayu klasik dan lain-lain.

Perkembangan bangsa tidak terpisahkan daripada perkembangan masyarakat khasnya perkembangan ekonomi, politik, kebudayaan dan bahasa masyarakat itu. Begitu juga perkembangan bangsa Melayu. 

Pada zaman Kerajaan Melaka yang masyhur dengan kemakmuran ekonominya serta utuh kekuatan politik dan masyarakatnya, bangsa Melayu terus berkembang sebagai bangsa yang merdeka dengan tamadun yang tinggi. 

Dalam zaman ini telah berkembang hasil-hasil seni, sastera, muzik, tarian, seni ukir, seni bina dan lain-lain. Hasil-hasil ini selain mewarisi ciri-ciri bangsa Melayu sebelumnya, kini mula mencerminkan ciri-ciri baru tradisi Islam Timur Tengah yang digemblengkan dengan tradisi tempatan. Ciri-ciri Islam ini istimewa menonjol dalam wajah rohaniah bangsa Melayu sampai ke hari ini.

Akan tetapi, di depan pencerobohan dan pendudukan kuasa-kuasa penjajah asing khususnya kuasa-kuasa penjajah barat - Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun - Alam Melayu tidak dapat memelihara keutuhannya.

Alam Melayu sebahagian demi sebahagian telah dilapah-lapah dan dibelah bahagikan menurut lingkungan pengaruh kuasa-kuasa penceroboh tersebut sehingga terbentuklah negara-negara yang berlainan dan bangsa-bangsa yang berlainan berdasarkan syarat-syarat sejarah yang baru yang dapat kita lihat Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain. 

Satu unsur penting yang sama yang melahirkan baik bangsa Malaya (Malaysia) mahupun bangsa Indonesia atau bangsa Filipina ialah perang yang berjangka panjang serta perjuangan-perjuangan bentuk lainnya melawan pencerobohan asing dalam mewujudkan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. 

Dalam proses perjuangan itu terbentuklah kesedaran nasional bersama yang menggemblengkan penduduk-penduduk dalam wilayah masing-masing itu.


Di Tanah Melayu, bangsa Melayu telah dijajah oleh kuasa barat sejak 1511 lagi. Pencerobohan kuasa-kuasa asing telah mengubah masyarakat negara kita dari masyarakat feudal menjadi masyarakat tanah jajahan dan setengah feudal. 

Bangsa Melayu telah mengalami perubahan yang sangat besar iaitu daripada bangsa yang unggul dan merdeka yang telah mencapai taraf tamadun tertentu menjadi bangsa yang terjajah dan tertindas. 

Sebagai bangsa yang terjajah dan tertindas, orang Melayu terus mengalami pukulan-pukulan yang berat dan kemunduran besar dalam ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, bahasa dan lain-lain lagi. 

Oleh yang demikian demi mengembalikan kemerdekaan tanah air dan maruah bangsa, orang Melayu telah melancarkan perang patriotik dan perang tani yang masyhur dalam sejarah - dengan demikian terbentuklah tradisi patriotisme bangsa Melayu.


Sejak abad ke-19, masyarakat Tanah Melayu telah berubah menjadi masyarakat berbilang kaum. Orang Cina dan India di Malaya berasal daripada dua bangsa terbesar di Asia. 

Mereka dibawa masuk secara besar-besaran ke Malaya untuk menjadi lembu perahan kaum kapitalis monopoli British dan lain-lain di lombong-lombong, estet-estet, jalan-jalan raya dan jalan kereta api, pelabuhan-pelabuhan dan sebagainya. 

Setelah berada di Malaya, mereka hidup dan bekerja di satu alam material dan rohaniah yang baru, yang berbeza sama sekali dengan tempat asal mereka. Melalui beberapa dekad tinggal di sini, mereka beransur-ansur menjadi mantap sebagai tenaga produktif yang maju serta komponen penting masyarakat Malaya. 

Dengan demikian lahirlah kelas proletariat di Malaya.


Perubahan ekonomi dan masyarakat secara besar-besaran ini telah membawa perubahan baru kepada perkembangan bangsa di sini. 

Malaya tidak lagi menjadi negeri yang didiami orang Melayu atau Orang Asli semata-mata, tetapi didiami bersama oleh kaum Cina dan India yang sudah memutuskan ikatan politik mereka dengan negara asal serta menjadikan negara ini tempat tumpah darah mereka dan tumpuan taat setia mereka.


Di bawah syarat-syarat sejarah dan material baru inilah, bukan saja orang Cina dan India berubah, dan berkembang menjadi komponen bangsa yang baru di Malaya, tetapi juga bangsa Melayu pun turut berubah sama menjadi bangsa Malaya.

Akan tetapi, oleh kerana masyarakat Tanah Melayu atau Malaya merupakan masyarakat terjajah, bangsa Malaya yang berbilang kaum tidak dapat berdiri tegak dan berkembang makmur sebagai satu kesatuan yang utuh dengan perpaduan nasional yang erat. 

Hanya melalui perjuangan bersama dalam masa yang panjang menentang penjajahan asing dengan berlandaskan patriotisme Malaya khasnya melalui Perang Pembebasan Nasional Anti-Jepun dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British, barulah bangsa Malaya beransur-ansur terbentuk dan bersatu hingga tercapainya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. 

Perjuangan bersama rakyat semua kaum serta parti-parti patriotik-demokratik telah berjaya menamatkan kekuasaan penjajahan di tanah air kita yang wujud selama lebih 400 tahun serta lahirlah bangsa Malaya.

Proses kelahiran bangsa Malaya yang berbilang kaum ini boleh diringkaskan sebagai berikut:


1. Orang Melayu telah melancarkan perang-perang patriotik dan perjuangan-perjuangan adil lainnya melawan kaum penjajah demi kemerdekaan tanah air sejak tahun 1511 lagi dan telah membentuk tradisi patriotisme Melayu.


2. Setelah terbentuknya masyarakat berbilang kaum sejak abad ke-19, rakyat berbilang kaum telah bersama-sama menciptakan kekayaan masyarakat. Kerana dorongan dari gerakan kemerdekaan seluruh dunia khasnya revolusi China, revolusi Indonesia, gerakan kemerdekaan India dan lain-lain, kaum proletariat Malaya (khasnya anasir maju kelas buruh Cina) telah mendirikan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930. 

Kerana dorongan gerakan kemerdekaan tersebut juga, golongan terpelajar Melayu yang terdorong dengan semangat patriotisme dan demokratik telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937. KMM adalah parti politik nasionalis Melayu yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.


3. Setelah meletusnya Perang Dunia Kedua pada Disember 1941, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata melawan Jepun. Dalam pada itu KMM bekerjasama dengan Jepun. Bulan Jun 1942,  KMM diharamkan.


4. Pada tahun 1945 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah didirikan untuk meneruskan perjuangan KMM. PKMM dengan lantang mengemukakan semboyan merdeka sebagai dasar perjuangannya. Ia telah menggembleng kekuatan-kekuatan patriotik-demokratik iaitu nasionalis, agama dan sosialis. 

Pada tahun 1945, golongan pertengahan telah mendirikan UMNO dengan semboyan Hidup Melayu. Dasar perjuangannya ialah menyatukan bangsa Melayu tetapi menentang kemerdekaan. 

Ketika itu telah muncul dua aliran besar dalam sejarah bangsa Malaya iaitu PKMM yang mewakili golongan patriotik-demokratik dari aliran nasionalis, agama dan sosialis yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air dengan UMNO yang didirikan oleh golongan pertengahan Melayu yang bekerjasama dan memihak penjajah. 

Pada tahun 1947 berdirilah front persatuan PUTERA - AMCJA yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbagai aliran patriotik-demokratik berjuang untuk kemerdekaan dengan berlandaskan patriotisme Malaya secara berperlembagaan dan menggubal 10 PRINSIP PERLEMBAGAAN RAKYAT yang mencerminkan hasrat semua kaum di Malaya. 

Ketika itu UMNO yang dimenangi oleh penjajah telah mendapat saingan yang amat berat. Perjuangan bangsa Malaya untuk kemerdekaan telah membahana ke seluruh negara.


5. Pada 20 Jun 1948, penjajah British telah mengharamkan semua pertubuhan patriotik-demokratik serta menangkap para pemimpin dan anggotanya. 

Perlu dijelaskan di sini bahawa pengharaman semua parti tersebut telah memungkinkan UMNO menjajakan dirinya tanpa sebarang saingan. Kerana gerakan patriotik-demokratik menghadapi tekanan hebat, PKM bersama sebahagian anggota PKMM telah melancarkan perang melawan penjajah British manakala sebahagian anggota pertubuhan patriotik demokratik lainnya meneruskan perjuangan dengan mendirikan parti-parti baru atau memasuki UMNO. 

Dengan demikian arus kemerdekaan mula melanda dalam tubuh UMNO. Mulai dari saat itu UMNO mengubah semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka. 

Pada tahun 1955 berlangsung pula Perundingan Baling untuk menamatkan peperangan dan mewujudkan perdamaian antara PKM dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang masih ditunjangi penjajah ketika itu tidak memberikan jalan kepada golongan patriotik-demokratik untuk sama-sama memperjuangkan kemerdekaan secara berperlembagaan.


6. Pada 31 Ogos 1957, penjajah British terpaksa mengakui kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada UMNO. 

Dengan demikian lahirlah bangsa Malaya yang merdeka melalui perjuangan bersama yang bertumpah darah dalam masa panjang oleh rakyat berbagai kaum. 

Ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah tanah air kita. Tetapi kemerdekaan ini tidak sempurna, perang tidak dapat ditamatkan. Bangsa Malaya harus terus berjuang untuk kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati bangsa, tanah air dan rakyat.


Masalah bangsa harus dibentangkan dari sudut sejarah dan ekonomi. 

Masalah bangsa hanya dapat diselesaikan jika ia dipandang daripada dan dihubungkan dengan syarat-syarat sejarah yang wujud dalam bangsa itu sendiri. 

PKM dalam pernyataan 18 Jun 1957 merumuskan bahawa "orang Melayu adalah pengasas masyarakat tamadun negara kita, adalah kaum yang paling lama sejarahnya dan agak ramai penduduknya di negara kita. Orang Melayu pernah memainkan peranan yang penting dalam sejarah perjuangan anti-penjajah. Kita harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan orang Melayu yang semestinya". 

Seterusnya pernyataan tersebut menegaskan: "orang Cina dan orang India merupakan komponen utama dalam keluarga besar negara kita yang berbilang kaum. Mereka juga mempunyai penduduk yang ramai dan telah membuat sumbangan yang positif dalam menciptakan kekayaan masyarakat dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Kita harus menghormati kedudukan penting orang Cina dan orang India di negara kita dan melindungi hak dan kepentingan wajar mereka. Selain itu kita juga harus memperhatikan tuntutan-tuntutan munasabah kaum-kaum minoriti." 

Formula ini dirumuskan berdasarkan ciri-ciri khusus masyarakat negara kita dengan bertolak daripada prinsip mencari kebenaran dari kenyataan.


Bangsa berkembang seiring dengan perkembangan masyarakat, maka ia mempunyai sifat dan isi yang berlainan dalam masa sejarah yang berlainan dan di bawah syarat-syarat yang berlainan. 

Bangsa juga berubah seiring dengan perkembangan terus-menerus masyarakat umat manusia. Perkembangan bangsa serta hubungan bangsa paling pokoknya ditentukan oleh perkembangan tenaga produktif masyarakat dan pembahagian kerja dalam masyarakat serta oleh dasar material masyarakat.


Setelah merdeka, masyarakat negara kita telah mengalami perubahan-perubahan besar baik di bidang ekonomi mahupun politik, sosial, bahasa, pendidikan dan lain-lain. Ini telah mempengaruhi dengan nyata sekali perkembangan bangsa di negara kita.


1. Ekonomi: Dalam masa penjajah British, kedudukan ekonomi masing-masing kaum ditentukan secara ketara oleh British. Orang Melayu tinggal di desa-desa menjadi petani atau nelayan, mengerjakan sawah padi, menoreh getah ataupun menangkap ikan manakala orang Cina dan India bekerja di lombong-lombong dan estet-estet sebagai buruh. 

Ketiga-tiga kaum ini hidup secara terpisah-pisah dan kurang sekali interaksi serta pergaulan antara mereka. Di segi pembangunan ekonomi kapitalis tanah jajahan, proletariat Cina dan India merupakan jumlah terbanyak tenaga produktif.


Selepas merdeka, khasnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, keadaan masyarakat berubah dengan agak pesat sekali. Orang Melayu yang dulunya kebanyakan tinggal di desa kini membanjiri kota-kota mencari pekerjaan. 

Proletariat Melayu lahir dan membesar dengan tiada taranya. Dengan demikian kelas buruh negara kita telah berubah menjadi berbilang kaum, bercampur gaul dan bersatu dalam pekerjaan dan perjuangan bersama. 

Di segi penguasaan ekonomi, kelas kapitalis birokrat Melayu sudah menguasai 30 peratus sektor korporat negara manakala selebihnya dikuasai oleh kapitalis besar asing serta kapitalis-kapitalis besar Cina dan India. 

Perubahan ekonomi dan sosial ini menjadikan kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan lain-lain yang dulunya lebih bersifat majoriti penduduk Cina sekarang sudah berubah menjadi berbilang kaum dengan bertambah ramainya penduduk Melayu. 

Pembandaran yang pesat ini telah mendorong pergaulan yang lebih kerap antara berbagai kaum di negara kita.


2. Tanah: Dulu di zaman penjajah, hanya orang Melayu yang mempunyai geran khas atas tanah di samping wujudnya Tanah Simpanan Melayu. Orang Cina dan India hanya diberikan tanah TOL, iaitu Lesen Tumpangan Sementara. 

Dalam masa Perang Anti-British, kira-kira 1.5 juta penduduk, kebanyakannya orang Cina dipindahkan secara paksa ke dalam kem-kem kurungan yang kemudian berubah menjadi "kampung baru". 

Selepas merdeka, berjuta-juta penduduk dipindah memasuki rancangan kemajuan tanah seperti Felda, Felcra, Kesedar, Ketengah, Dara, Kejora, Projek Johor Barat serta Jengka Tiga Segi. 

Rancangan-rancangan tanah ini kebanyakannya disertai oleh orang Melayu, namun dalam masa kebelakangan ini, lain-lain kaum juga diterima masuk menyertainya. 

Melalui perjuangan berjangka panjang, orang Cina dan India juga beransur-ansur diberi hak milik atas tanah dengan mendapat geran kekal, bukan lagi semata-mata tanah TOL. Ini membawa perubahan kepada perkembangan bangsa di negara kita.


3. Bahasa: Bahasa merupakan salah satu syarat terpenting bagi perhubungan dalam bangsa itu. Sebelum merdeka, berbagai kaum menggunakan bahasa Melayu pasar sebagai alat berhubung dan bergaul. 

Kalangan yang berpendidikan barat pula menggunakan bahasa Inggeris. 

Selepas merdeka, seiring dengan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dan demi memenangi sokongan orang Melayu, kerajaan telah mengembangkan pendidikan dalam bahasa Melayu yang telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan. 

Kini bahasa Melayu sudah diterima dan digunakan secara merata sebagai bahasa umum oleh rakyat berbilang kaum. Dengan demikian, sudah terdapat bahasa bersama yang digunakan secara luas oleh rakyat berbagai kaum dan lapisan negara kita. 

Taraf bahasa juga lebih teratur, bukan lagi semata-mata bahasa pasar.


4. Kebudayaan dan Kesenian: Kebudayaan dan kesenian mencerminkan wajah mental sesuatu bangsa itu. Di negara kita berbagai kaum umumnya hidup secara bercampur dan pergaulan antara rakyat berbagai kaum amat kerap dan merupakan perkara harian baik di tempat kediaman, tempat kerja, sekolah, pasar, tempat hiburan dan lain-lain. 

Melalui kehidupan bersama tersebut rakyat berbagai kaum di samping memelihara kebudayaan dan kesenian baru yang mencerminkan unsur-unsur berbilang kaum serta penghidupan baru bersama. 

Selain itu dalam berbagai hari raya tradisional kaum masing-masing, berbagai kaum ikut serta. Dalam acara-acara kesenian seperti nyanyian, tarian, pementasan drama, deklamasi sajak, lakonan filem dan lain-lain serta acara-acara sukan terdapat unsur percampurgaulan antara berbagai kaum. 

Ini adalah satu perkembangan baru melalui proses integrasi semula jadi dan asimilasi semula jadi selepas kemerdekaan. Selain itu di segi agama pula Islam sudah bersebati dengan jiwa orang Melayu sejak 600 tahun dulu. 

Kini, melalui perkembangan masyarakat selepas kemerdekaan, ramai pula orang daripada kaum-kaum lain memeluk agama Islam, misalnya Orang Asli serta orang-orang keturunan Cina dan India. 

Ini berlaku sama ada melalui perkahwinan campur atau melalui penukaran agama secara sukarela. 

Jelaslah ini mencerminkan wajah baru bangsa Melayu. Kita boleh meramalkan 30 tahun mendatang, bangsa Malaya atau bangsa Malaysia yang benar-benar berwajah baru akan berkembang di negara kita.


Satu unsur penting dalam pembentukan bangsa ialah kesedaran nasional iaitu pengakuan diri atau kesedaran diri sebagai tergolong dalam kesatuan bangsa itu. 

Di negara kita ini merupakan satu syarat perlu yang belum dapat dipenuhi dan diwujudkan sepenuhnya, dalam erti kata rakyat berbagai kaum belum sepenuhnya menganggap diri mereka pertama-tama sebagai bangsa Malaya atau Malaysia melainkan lebih menitikberatkan kesedaran kaum sendiri dahulu. 

Ini adalah akibat wajar daripada mengamalkan sistem politik perkauman di Malaya parti-parti utama dalam pemerintahan UMNO, MCA, MIC adalah parti politik perkauman yang menggunakan sentimen kaum masing-masing. 


Walaupun begitu Perikatan dibentuk dengan kerjasama UMNO, MCA dan MIC dan pada tahun 1955. Perikatan ini kemudian setelah berlaku rusuhan kaum 1969 diberi nama Barisan Nasional pada tahun 1974 dengan 12 komponennya.

Selama 35 tahun Barisan Nasional berfungsi baik sehinggalah pada 2008 formula ini mulai longgar akibat dari kelemahan kepimpinan, tindakbalas pemimpin yang diketepikan menghasut sentimen perkauman.

Lagi sekali post 2013 kebobrokan pemimpin negarawan mahu bekerjasama dengan pembangkang menghancurkan formula Barisan Nasional.

Formula Barisan Nasional sekarang sudah dicopy oleh pembangkang dengan mengadakan pakatan yang hampir sama.

Masalah bangsa Malaysia apa penyelesaian politiknya? Hanya rakyat Malaysia yang terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk menjawab persoalan ini.

Yang akhirnya sampai di satu masa mungkin 100 atau 200 tahun lagi akan menjadi seperti definasi berikut:


What is a Bangsa Malaysia?

Bangsa Malaysia refers to the citizens of Malaysia being treated in equal terms irregardless of sex, race, religion and political ideology. 

Bangsa Malaysia has nothing to do with race, religion or beliefs. 

Bangsa Malaysia means working together for the benefit of the nation without any influence of individual interest, religion or race.  The sooner we adapt the “Bangsa Malaysia” ideology, the better our nation will be.

Sunday, March 26, 2017

Agenda Menawan Kembali 4 Parlimen Dan 12 DUN Politik Pahang PRU 14
















Ini satu agenda besar mengambil kembali kerusi parlimen dan DUN yang kalah di Pahang PRU 13 dulu. 

Sebaik kalah satu taskforce telah diwujudkan mencari jawapan kenapa Pahang kalah 4 parlimen dan 12 DUN?

Kenapa BN Pahang Hilang 4 Parlimen Dan 12 DUN? Satu Post Mortem Sila Klik Sini.


Negeri Pahang negeri kelahiran 2 PM. Negeri Pahang kubu kuat UMNO dan BN sejak PRU pertama.

Keputusan PRU 13 melakarkan BN kalah:

  • Parlimen Kuantan : DUN Tanjung Lumpur, DUN Teruntum.
  • Parlimen Indera Mahkota : DUN Beserah, DUN Semambu.
  • Parlimen Temerloh : DUN Kuala Semantan, DUN Mentakab.
  • Parlimen Raub : DUN Tras
  • DUN Bilut, DUN Ketari, DUN Sabai
  • DUN Triang
  • DUN Tanah Rata

Nasib baik DUN Tahan dan DUN Damak dalam parlimen Jerantut tidak tumbang kalau tidak BN Pahang tidak dapat memerintah 2/3!

Kenapa BN Pahang hilang 4 parlimen dan 12 DUN paling teruk dalam sejarah BN Pahang?

BN Pahang meletakkan  "calon-calon winnable candidate" tapi kalah juga.

Siapa mahu bertanggungjawab?

Mana semangat Pahlawan Pahang, Pahlawan Kuantan, Pahlawan Semantan, Pahlawan Bahaman, Pahlawan Rawa???

Kita tidak dapat mempertahankan ibu kota Pahang dari diroboh oleh musuh!!!

Seronok sebahagian pengundi Pahang mengundi 5 Mei 2013 dulu...tanpa fikir panjang, tanpa berfikir rasional. Terpengaruh dengar pungkor(tipudaya) Pakatan Rakyat bahawa BN korup, tidak bersih, nepotism. 

Percaya pada DAP "ini kali lah" bahawa kalau semua orang Cina undi pembangkang tumbang kerajaan BN ini.

Berap...tumbang 4 parlimen dan 12 DUN di Pahang tetapi kerajaan BN tetap utuh dengan 133 parlimen, BN memerintah banyak negeri kecuali Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Walau BN hanya dapat popular vote 47% manakala Pakatan Rakyat 50% yang lain bebas dan undi rosak tapi BN masih gagah kerana berdasarkan paling banyak kawasan PRU mengikut amalan negara Commonwealth.

Kerajaan Conservative UK pun hanya dapat popular vote 35% terpaksa bergabung dengan Labour party untuk bentuk kerajaan. Ada third force Liberal Democrat.

Di Pahang wakil rakyat BN yang berkerja kuat servis baik tapi oleh kerana pengundi percaya kepada dakyah pembangkang maka kalah dipilih pula wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tiada servis hanya pandai retorik dan mengetengahkan calon-calon baru dan muda.

Apa DS Najib Dan DSD Adnan Yaakob Mahu Buat Pada 4 Parlimen Dan 12 DUN Yang Kalah? Sila Klik Sini.


Kalau hendak dikata sebab isu Lynas maka semua parlimen Kuantan, parlimen Indera Mahkota, DUN Beserah, DUN Semambu, DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur kalah....

Adakah 88 kerusi parlimen yang lain lagi kalah sebab isu Lynas?

Keputusan di Pahang kalahlah parlimen Temerloh dengan DUN Kuala Semantan dan Mentakab.

Parlimen Raub dengan DUN Tras kalah.

Lagi kalah DUN Triang, DUN Tanah Rata, DUN Bilut, DUN Ketari, dan DUN Sabai.

Persoalannya apa harapan pengundi-pengundi terutama penyokong BN dan juga pengundi yang mengundi pembangkang selama 5 tahun lagi di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah ini?

Apa DS Najib dan DSD Adnan Yaakob mahu buat pada 4 parlimen dan 12 DUN  yang kalah?

Kerajaan tidak boleh berdendam.

Dikala Pegawai Pembangunan buat kerja di kawasan yang BN kalah apa kerja wakil rakyat Pakatan Harapan yang sebenarnya...

Bukan semua rakyat di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang ini kaya-kaya dan senang-senang semua...tapi cara berfikir berlagak macam orang KL, orang Subang Jaya, orang Bangsar...

Kalau ada masalah mahu jumpa siapa? Hendak harap jumpa ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah. kecil-kecil masalah boleh lah, tapi sedang-sedang dan sederhana masalah, lagi berat heavy masalah?

Hendak harap projek-projek besar boleh bawa di kawasan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat ini...boleh mimpilah.

Boleh lah setakat bercakap di parlimen dan Dewan Undangan Negeri  tapi adakah isu-isu yang dibawa itu menyentuh pembangunan di parlimen dan DUN masing-masing?

Oleh kerana kerajaan negeri Pahang dan Malaysia diperintah dan ditadbir oleh kerajaan BN maka 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah itu adalah DISADVANTAGE kerana tidak menyokong.

Tapi DS Najib itu adil...DSD Adnan Yaakob itu juga adil tidak boleh lihat rakyat Pahang yang susah tidak kira apa ideologi.

Tapi bila rakyat Pahang sendiri yang tidak ada semangat patriotik Pahang, mudah termakan hasutan dan dakyah pembangkang, percaya kepada tipudaya dan pungkor orang luar sampai buat keputusan yang melukakan hati DS Najib dan DSD Adnan Yaakob...

WZWH kira DS Najib dan DSD Adnan Yaakob pun manusia juga....hati luka tetap luka.

Menjawab kepada persoalan bagaimana mahu membantu rakyat di 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang.

Biasanya dikawasan yang kalah mesti ada CARETAKER yang bertanggungjawab menjaga kebajikan di parlimen dan DUN yang kalah.

Biasanya ADUN atau ahli parlimen yang menang menjadi CARETAKER.

Tapi di parlimen Indera Mahkota yang kalah DUN Beserah dan DUN Semambu, siapa yang boleh jadi CARETAKER? Sudah tentu Ketua Bahagian UMNO Indera Mahkota. 

Begitu juga parlimen Kuantan, DUN Teruntum dan DUN Tanjung Lumpur, Ketua Bahagian UMNO Kuantan boleh menjadi CARETAKER. Disamping ADUN Inderapura yang boleh diberi tanggungjawab khas.

Ketua Bahagian UMNO bersama AJK dan SAYAP perlu bangkit dari kekalahan dan cepat sembuh atau kebah dari demam dan ingauan ngeri PRU 13 lalu.

Bagaimana dengan parti-parti komponen itu kena MB Pahang sendiri memberi motivasi. Sekali sekala DS Najib perlu turun membantu.

DUN Bilut, DUN Ketari dan DUN Sabai itu tempat MB Pahang, biar DSD Adnan Yaakob mengurus sendiri.

Parlimen Temerloh, DUN Kuala Semantan dan DUN Mentakab itu tentu satu kejutan buat ADUN Lancang sebagai Ketua UMNO Bahagian Temerloh untuk mengurus. Itu cabaran, pengalaman dan pelajaran bagi beliau.

Parlimen Raub dan DUN Tras. ADUN Dong selaku Ketua UMNO Bahagian Raub dibantu oleh ADUN  Batu Talam boleh mengurus.

DUN Teriang memang selama 6 penggal dulu BN kalah, harap ahli parlimen Bera dan ADUN Guai, ADUN Kemayan boleh urus.

Tanah Rata itu ahli parlimen Cameron Highland dan ADUN Jelai sebagai Ketua UMNO Bahagian boleh jaga.

WZWH harap DS Najib perlu ada pegawai-pegawai khas atau peruntukan khas bagi memastikan 4 parlimen dan 12 DUN yang kalah di Pahang ini perlu dimanage secara profesional selain mengurus permasalahan dan keperluan juga memastikan PRU 14 nanti BN boleh ambil balik.

Adakah kita UMNO dan BN Pahang terlalu complacent atau underestimate kekuatan dan potensi Pakatan Harapan di Pahang membuatkan kita kehilangan parlimen dan DUN yang TIDAK SEPATUTNYA KALAH?


Keputusan PRU 13, 4 Parlimen Kalah di Pahang:

Kuantan PKR 54.1%, UMNO 44.7%

Indera Mahkota PKR 56.1%, UMNO 42.3%

Temerloh PAS 51.1%, UMNO 48.2%

Raub 52.1%, MCA 45.8%


Keputusan PRU 13, 12 DUN Kalah di Pahang:

Tanah Rata DAP 59%, MCA 35.4%

Tras DAP 67%, MCA 35.5%

Beserah PAS 56.8%, UMNO 42.1%

Semambu PKR 53.6%, MCA 42%

Teruntum PKR 60%, MCA 38.5%

Tanjung Lumpur PAS 51.6%, UMNO 47.1%

Mentakab DAP 54.6%, MCA 43.9%

Kuala Semantan 55.5%, UMNO 43.2%

Bilut DAP 57.8%, MCA 40.4%

Ketari DAP 55%, MCA 43.3%

Sabai 49.3%, MIC 48%

Triang DAP 65.5%, GERAKAN 32.9%


Ada komen dalam Blog WZWH yang seperti dibawah:


WZWH,

SUNGGUH PUN DATO' SAIFUDIN ABDULLAH KALAH, TETAPI KALAH DALAM MENANG. BELIAU BERTARUNG SECARA ADIL DAN SAKSAMA. BELIAU TIDAK BERJANJI PERKARA YANG TIDAK TERTUNAI. KALAH BELIAU KERANA PELAKSANAAN DEMOKRASI DAN NUMBER. BELIAU TIDAK BERI WANG UNTUK MENGUNDI. KALAH BELIAU KALAH SECARA TERHORMAT DAN BERINTERGRITI.


Itu sebab DS Najib dapat 133 kerusi parlimen sebab ramai calon parlimen BN yang ambil mudah soal kemenangan.

Apa makna kekalahan berprinsip kalau ramai lagi ahli parlimen BN kalah menyebabkab BN tidak dapat simple majoriti dan paling teruk BN tidak dapat memerintah.

Dalam PRU prestasi paling utama-KENA MENANG. Bila sudah menang BARU BOLEH CAKAP FALSAFAH....Politik Baru ke....Politik Masa Depan Ke...

Sayang calon-calon parlimen BN yang kalah tidak boleh membantu BN, UMNO dan DS Najib..!!!

Friday, March 24, 2017

UMNO dan BN Sapu Bersih 4-0 Politik Jerantut PRU14

Image result for WZWH najib


Hari ini WZWH boleh confirm bahawa UMNO dan BN boleh sapu bersih 4-0 politik Jerantut PRU 14.

Politik Jerantut terdiri dari Parlimen Jerantut, DUN Pulau Tawar, DUN Damak dan DUN Tahan.

Kenapa WZWH meramal demikian?

Pertama Pembangkang Jerantut sudah berpecah. 

PAS Jerantut sudah tidak bersama Pakatan Harapan. 

Pemimpin DAP yang bekerja kuat untuk parti telah lama dipecat hingga dulu berlaku insiden penyokong DAP Jerantut baling telur kepada pemimpin DAP Pahang.

PAN-Parti Amanah diketuai oleh mantan calon PAS Parlimen Jerantut 4 penggal sudah tentu sokongan yang selama ini diberi tidak mudah sekarang.

PKR di Jerantut sudah lama mati hanya letak calon saja bertanding di DUN Damak PRU 13 berlawan 4 penjuru: 1 MCA-BN, 1 PKR, 2 Bebas.

Parti BERSATU Jerantut pula dilabel "parti anak beranak" susah dapat sokongan.

Dikalangan situasi ada 2 jenis pembangkang mahu bertanding mana kerusi.

PAS tentu mahu maintain bertanding di Parlimen Jerantut, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar.

PAS juga oleh kerana bergerak solo tidak tertakluk kepada Pakatan Harapan mungkin letak calon di DUN Damak.

PKR masih mahu letak calon di DUN Damak

PAN pun mahu letak calon di DUN Damak.

Bebas yang menarik undi no 2 tertinggi di DUN Damak PRU 13 pun mahu mencuba.

DAP pun mahu melobi kerusi DUN Damak kerana pengundi Cina mewakili 34% pengundi.

DUN Pulau Tawar pula PAN mesti bertanding dimana PAS bertanding.

Begitu juga di DUN Tahan, bila PAS bertanding, PAN mahu bertanding. Parti BERSATU pun berminat bertanding di DUN Tahan.

Parlimen Jerantut pula DAP, PKR dan PAN beri laluan kepada Parti BERSATU. Maka berlaku 3 penjuru bila PAS dan UMNO bertanding.

Keputusannya mudah bila PAS semakin kurang undi pecah kepada Pakatan Harapan manakala UMNO maintain dan undi masyarakat Cina akan kembali kerana lebih yakin dengan kebolehan calon UMNO Parlimen Jerantut membawa pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

DUN Damak oleh kerana Pakatan Harapan selalu letak calon masing-masing dan calon Bebas akan buat MCA tetap menang. MCA akan letak calon baru orang muda.

DUN Pulau Tawar akan memberi kemenangan selesa kepada UMNO kerana banyak sokongan pengundi dari 13 Rancangan Felda. UMNO akan letak calon anak peneroka professional muda bertanding di situ.

DUN Tahan telah menyaksikan banyak kemajuan infrastruktur luarbiasa. Legasi kepimpinan itu tetap diteruskan bila UMNO akan letak calon anak tempatan professional muda.

Yang penting aura "wow faktor" DS Najib yang lebih meyakinkan rakyat dengan berbagai transformasi di bandar, banyak pelaburan FDI membantu pertumbuhan ekonomi serta beberapa projek mega di Negeri Pahang sendiri yang menyebabkan "Make Pahang Better and Great".

UMNO dan BN sapu bersih 4-0 politik Jerantut PRU 14.

Thursday, March 23, 2017

BIRUNYA CINTA...

Pembangkang Yang Berfikir Rasional Mengaku DS Najib Adalah Perdana Menteri Terbaik!

Related image

'18 Tahun Saya Jadi Pembangkang, Najib Adalah PM Terbaik Dalam Semua PM'


Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan yang terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, kata bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.
Menurut beliau, pencapaian Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.
"Saya tahu ramai tak gemarkan Najib pada waktu ini, tetapi sebagai pembangkang selama 18 tahun, Perdana Menteri sekarang adalah Perdana Menteri terbaik.Perdana Menteri mana yang pernah mencatatkan pasaran saham setinggi sekarang?
"Bila kita bercakap mengenai ekonomi, Malaysia antara yang terbaik di dunia sekarang. Tambahan lagi penarafan oleh syarikat penilaian Moody's dan S&P,  Malaysia dibawah pemerintahan Najib mendapat penarafan A-.
"Itu sudah cukup baik. Berbanding zaman Mahathir cuma taraf B. Orang ramai tak sedar perkara ini," katanya kepada Malaysian Digest.
Tegasnya, rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang mentadbir negara dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Malaysia.
"Saya bersama pembangkang selama 18 tahun, dan saya tidak suka cara mereka berpolitik. Sebab itu saya meletakkan jawatan dari DAP. Setelah saya meletakkan jawatan, mereka kata saya dipecat.
"DAP adalah parti pertama di alam semesta yang memecat individu yang sudah meletakkan jawatan," ujarnya.
Menyentuh pencapaian ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib, Tuan Tat menjelaskan pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.
"Jika pembangkang turut membantu dalam melonjakkan nama Malaysia diperingkat antarabangsa daripada ke luar negara dan memburukkan imej negara, ekonomi Malaysia akan terus maju.
"Mengenai kejatuhan nilai mata wang, bukannya disebabkan masalah dalaman Malaysia. Ini adalah masalah dunia. Singapura juga mengalami masalah sama. Jadi apa yang mereka (pembangkang) katakan ekonomi Malaysia lembab?" soalnya.
Justeru kata beliau, rakyat perlu membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala tomahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.
"Kita tak boleh benarkan si bodoh (pembangkang) ini mentadbir negara.
"Apa yang pembangkang tuduh terhadap kerajaan, rakyat harus berfikir samaada dakwaan berkenaan rasional ataupun tidak.
"Pada pandangan saya, pembangkang cemburu dengan kejayaan yang dicapai pentadbiran Perdana Menteri," katanya lagi.
- Malaysian Digest

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024