Sudah lama WZWH tidak borak politik Jerantut. Sepatutnya WZWH sebagai blog politik Jerantut perlu fokus kepada bicara politik Jerantut.
Tidak kira apa parti kita orang Jerantut UMNO ke, MCA ke, MIC ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke atau KITA ke...kita semua mahu parti-parti ini menyumbang untuk kemajuan orang Jerantut bila mereka berkuasa atau sebagai pembangkang.
Sekarang kita fikir apa keperluan kita sebagai orang Jerantut? Masih lagi perkara asas jalan. Dalam blog, Facebook, Twitter orang Jerantut komen:
- Jalan Jerantut Benta teruk rosak berlubang.
- Jalan Jerantut-Simpang Jengka 8 berlubang-lubang.
- Jalan Jerantut-Kuala Tahan pun sama.
- Jalan Ulu Tembeling pun bila hendak siap cepat.
ADUN-ADUN kata peruntukan sudah ada lulus tunggu kontraktor buat. Kita pun tunggu...
ADUN-ADUN kata peruntukan fasa 1 Jalan Ulu Tembeling lulus, sedang buat. Tengah tungggu peruntukan fasa 2.
Ahli parlimen tidak cakap apa-apa!
Jika sekiranya PRU 13 diadakan bulan Jun 2012, hanya jalan tanah merah mampu disiapkan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi. Belum boleh turap lagi.
Camna jalan fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat dan seterusnya ke kampung Mat Daling?
Camna kita mahu lihat jalan Kampung Mat Daling merentas ke Terengganu?
Camna kita mahu jalan Jerantut-Sungai Lembing boleh cepat kita sampai ke Kuantan?
Kita orang Jerantut perlukan peruntukan.
Mari kita dengar apa cerita dari Kuala Lumpur:
- IJM Corp dapat projek buat jalan rel keretapi RM974.78 juta.
- Ahmad Zaki Resources dapat projek buat jalan rel keretapi RM765 juta.
- Kumpulan Europlus Bhd dapat projek buat lebuhraya Banting-Taiping RM7.1 bilion.
Kalau kita orang Jerantut mahu lihat projek-projek jalan-jalan di Jerantut ini semua siap WZWH kira tak sampai RM1 bilion.
WZWH harap DS Najib boleh mula memfokuskan pembangunan luar bandar di Jerantut ini. Cukup cerita pasal pembangunan.
WZWH mahu cerita blog-blog Jerantut. Blog Jerantut semakin ceria. Banyak blog-blog lama bersawang telah kembali menulis tidak kira blog pro kerajaan atau pembangkang. Antaranya:
Agak menyedihkan WZWH blog SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT dan blog 'uRag dRrulug' sudah lama tidak menulis sedangkan inilah blog-blog yang menceriakan politik Jerantut. Blog-blog ini tidak ada ketahanan mental dan stamina seperti WZWH.
Menarik bila blog-blog pro pembangkang Jerantut kembali bersuara walaupun tidak lantang. WZWH mahu blog-blog pembangkang lantang menyuarakan isu-isu Jerantut. Kritiklah apa-apa tentang politik Jerantut. Blog pro PAS, dan pro PKR terutamanya lesu tidak bermaya. WZWH tidak nampak blog pro DAP di Jerantut. Melainkan di Facebook.
WZWH beri jaminan blog-blog pro pembangkang diberi ruang dalam blog lists WZWH kerana sikap terbukaan WZWH. Blog-blog pro pembangkang boleh trust WZWH!
Menarik bila blog-blog pro UMNO mula memperkatakan calon-calon parlimen dan DUN di Jerantut. 55,000 pengundi parlimen Jerantut dan 3 DUN mahu mengenali personaliti dan gaya politik calon-calon ini.
Sila klik Borok Politik Weh SENARAI CALON PRU 13 PARLIMEN DAN ADUN BERDASARKAN MAKLUMAT PERHUBUNGAN UMNO PAHANG
Sila baca blog JERANTUT post KINI PEPERANGAN PRU13 BERMULA!! . WZWH lihat blog-blog pembangkang mula menyerang. "Puak2 UMNO sudah berani bermain dengan api sendiri..tungu kita lihat siapa yang kena!"