Politik adalah sebarang kemungkinan. Bersediakah rakyat Pahang menerima MB baru PRU 13 dari PAS?
DSD Adnan Yaakob adalah MB Pahang yang ke 14. Sudah hampir 14 tahun Adnan Yaakob jadi MB Pahang.
Sebelum itu sudah ada 13 MB Pahang silih berganti.
Siapa MB Pahang selepas PRU 13?
Itu bergantung kepada sokongan rakyat Pahang terhadap UMNO dan BN. Jika sokongan seperti biasa maka UMNO dan BN memerintah Pahang.
Siapa tokoh UMNO yang akan diangkat menjadi MB Pahang yang baru jika sekiranya berlaku perubahan kepimpinan.
Oleh kerana hanya WZWH blogger sejati Pahang adalah menjadi tanggungjawab WZWH memberi gambaran politik yang sebenar kepada rakyat Pahang.
Kebebasan pemikiran rakyat Pahang adalah hak untuk memilih siapa pemimpin terbaik bagi membawa Pahang maju bergerak pantas.
Kepimpinan baru Pahang perlu mengambil kesempatan semaksimanya dikala DS Najib menjadi PM dalam secara agresif melonjak kemakmuran Pahang.
Pemimpin pelapis perlu kreatif menjadi aset buat Pahang bukan liabiliti yang boleh buat rakyat Pahang menjauhkan diri dari UMNO.
Posting WZWH kali ini meninjau siapa calon-calon pelapis MB Pahang selepas PRU 13?
Persoalan pertama adakah DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang betul-betul serious mahu membuat perubahan kepada kepimpinan politik Pahang?
Jika merasakan kedudukan status quo yang lama sudah memadai maka terserah kepada DS Najib dan Tuanku Sultan Pahang.
Mahu buat perubahan atau tidak mahu buat perubahan?
Berikut senarai pemimpin-pemimpin pelapis UMNO Pahang yang WZWH boleh ketengahkan bagi mengisi perubahan kepimpinan politik Pahang.
Senarai nama boleh diambil dari beberapa senarai ADUN dan ahli parlimen Pahang.
Senarai ADUN:
- Dato' Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang) - Exco Penerangan, Sains, Teknologi & Inovasi.
- Dato' Wan Adnan Wan Mamat (Tanjung Lumpur) - Exco Belia, Sukan & Kebudayaan.
- Dato' Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai) - Exco Pembangunan Luar Bandar & Hal Ehwal Orang Asli.
Senarai ahli parlimen:
- Dato Sri Dr.Haji Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis (parlimen Rompin)-Mantan Menteri
- Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (parlimen Bera)-Menteri Pengguna
- Dato' Saifuddin bin Abdullah (parlimen Temerloh)-Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Kalau tidak layak belaka calon-calon yang WZWH sebut di atas maka bolehlah DS Najib pilih dari kalangan ADUN-ADUN biasa yang boleh diberi kepercayaan menjaga negeri Pahang.
Kalau susah-susah sangat pilih saja ahli parlimen Jerantut Tan Sri Dato' Sri YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menjadi MB Pahang.
Beliau pemimpin yang paling bersih dalam negeri Pahang tiada punya apa-apa dan paling cultured dalam menstabilkan politik Pahang.
Beliau anak Raja Pahang yang sangat menghormati dan memahami rakyat Pahang seperti kekanda Tuanku Sultan Pahang.