Saturday, April 30, 2011

Najib Pelawa Pas Sertai BN



KUALA TERENGGANU, 30 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

“Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”.

Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

“Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

“Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya.

Projek Kabel Bawah Laut RM6 bilion Berbaloikah?


Hidroelektrik dam Sungai Tekai berpotensi membekalkan 300 MW.

Pada posting lepas WZWH sudah terangkan bencana loji nuklear Fukushima telah buat rakyat Malaysia fobia dengan tenaga nuklear. Ini sudah jadi hal persepsi bukan teknikal.

Menyedari perancangan loji tenaga nuklear akan menghadapi halangan dan tentangan rakyat maka industri tenaga Malaysia mahu hidupkan kembali pelan pembekalan tenaga hidro dari Sarawak ke Semenanjung. TNB sudah menyatakan hasrat.

TNB monopoli sektor tenaga negara tidak tahan dengan cabaran kenaikan harga arang batu dan rezab gas yang menyusut. Arang batu dan minyak menyumbang 95% sumber tenaga. Tenaga Hidro hanya 5% sahaja.

TNB mahu meneruskan projek kabel bawah laut yang telah diumumkan pada tahun 2009. Projek-projek hidroelektrik Sarawak berpotensi membekal 28,000 MW. Hidroelektrik Bakun 2,400 MW hanya untuk kegunaan Sarawak sahaja.

WZWH tidak nampak projek kabel dasar laut membekalkan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung satu yang praktikal kerana jarak yang jauh dan Malaysia tiada pengalaman dalam kejuruteraan ini. Kosnya mungkin meningkat lebih daripada RM6 bilion.

Kabel dasar laut ini akan terdedah kepada beberapa risiko tinggi samada bencana alam seperti gempabumi bawah laut atau pun tsunami. Mungkin elemen sabotaj dari negara asing perlu diambilkira.

WZWH berpendapat kos RM6 bilion itu elok dibuat 2 atau 3 buah hidrolektrik dam lagi. Di Jerantut umpamanya projek hidroelektrik Sungai Tekai yang telah dicadangkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu dipercepatkan proses kelulusannya. Hidroelektrik dam Sungai Tekai mampu mengeluarkan tenaga elektrik 300 MW.

Program SREP diharap dapat membekalkan tenaga antara 10-30 MW.

Beberapa cadangan SREP-Small Renewable Energy Program iaitu mini hidro yang boleh menghasilkan antara 10 ke 30 MW sebuah perlu juga TNB dan Suruhanjaya Tenaga beri penekanan. Ada banyak lokasi potensi SREP di Pahang.

TNB perlu memikirkan semula samada projek kabel bawah laut RM6 bilion membekalkan tenaga elektrik 28,000 MW dari Sarawak ke Semenanjung berbaloi atau tidak.

Pilihan loji tenaga nuklear adalah satu yang tidak boleh ditinggalkan terus cuma persepsi rakyat terhadap ketakutan tentang apa-apa nuklear perlu diberi penjelasan dan maklumat serta pengetahuan,

Friday, April 29, 2011

Laporan Bank Dunia: "Brain Drain" Dan DEB, Kenapa Negatif?


Fakta Laporan Bank Dunia:

  • Lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara
  • Polisi DEB dan pasca DEB punca "Brain Drain" dan kurang pelaburan FDI
  • Majoriti "Brain Drain" adalah kaum Cina
  • 385,979 rakyat Malaysia migrate ke Singapura

Ini hasil dari survey online Bank Dunia bersama Universiti Harvard dengan menanya pendapat 200 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Bank Dunia menyalahkan dasar DEB dan pasca DEB yang tidak meritokrasi , rasis dan tidak berdasarkan polisi keperluan affirmatif. Bukan Melayu tidak dapat akses biasiswa kerajaan.

Bank dunia mengatakan ini punca "brain drain" dan pertumbuhan ekonomi jatuh kepada 4.6%  dari pertumbuhan 7% hingga 8%. Bank Dunia membandingkan Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965 sekarang ini mengalami pertumbuhan ekonomi 5.7% dan menarik minat rakyat Malaysia migrate ke Singapura.

Bank Dunia seterusnya mengatakan jika Malaysia tiru Singapura dengan polisi persaingan memandu inovasi, produktiviti dan inklusif maka Malaysia boleh menarik 5 kali ganda FDI.

WZWH ingin bertanya Bank Dunia semasa dasar DEB dilancarkan pada tahun 1970 hingga 1990 dan dasar pasca DEB dari 1990 hingga 1998, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi secara pesat sekitar average 8%. Adakah DEB punca pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang naik secara konsisten.

Memang survey Bank Dunia dan Universiti Harvard ditanya kepada 200 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara majoritinya kaum Cina. Mereka ini belajar di luar negara atas belanja keluarga dan bantuan Dewan Perniagaan Cina serta biasiswa dari universiti luar negara.

Ekonomi Malaysia dikuasai lebih 80% kaum Cina. Ekonomi SME dikuasai oleh peniaga dari keluarga Cina. Dewan Perniagaan Cina membantu pelajar Cina yang mahu belajar keluar negara. Bank-bank komersial Malaysia turut menawarkan pinjaman.

Ini semua adalah hasil negara yang aman, stabil dan dasar-dasar negara yang kondusif kepada komuniti perniagaan. Erti kata lain dasar DEB turut menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Malaysia.

WZWH beri contoh semasa WZWH belajar di UK pada lewat tahun 1980an nisbah pelajar yang ditaja oleh kerajaan Malaysia jika pelajar tajaan berjumlah 5000 pelajar Melayu di seluruh dunia, ada lebih 50,000 pelajar bukan Melayu di luar negara yang tidak ditaja kerajaan Malaysia!

Kerajaan Malaysia tidak dapat membantu semua pelajar Cina yang memiliki kelebihan sokongan dari komuniti mereka, maka tidak salah jika kerajaan membantu pelajar Bumiputera yang kekurangan dana dan sokongan komuniti.

Terdapat lain faktor yang turut membantu "brain drain" seperti tawaran gaji lebih besar dan prospek kareer yang lebih luas ini adalah kerana ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah lebih besar.

Jangan bandingkan ekonomi Malaysia dengan ekonomi Singapura. Singapura adalah "city state". Jerantut sahaja keluasannya 12 kali ganda lebih besar dari Singapura!

Laporan Bank Dunia mengatakan punca "brain drain" adalah sebab dasar DEB dan affirmatif yang lain , kenapa negatif?

Dilema Loji Nuklear Malaysia


Perancangan loji nuklear Malaysia bajet kos RM23 bilion telah berjalan dengan baik dirancang dan dikempen oleh kerajaan namun bencana nuklear Jepun membangkitkan ketakutan dan ketidaktentuan dikalangan semua pengeluar tenaga nuklear dunia.

Faktor ketakutan ada dua sebab. Walaupun kuasa nuklear sumber tenaga paling bersih ianya dibayangi perang nuklear menyebabkan bencana nuklear Hiroshima dan Nagasaki 65 tahun dulu. Ini dikaitkan dengan kemusnahan dan kematian besar. Manusia jadi tidak yakin dengan nuklear.

Ketakutan bencana loji Fukushima Daiichi telah menyebabkan kenaikan mendadak kos kuasa nuklear dunia. Banyak permintaan kepada penambahbaikan keselamatan dan keperluan membayar lebih bagi mengelak potensi risiko. Pengurusan loji nuklear telah menjadi panik. Jika satu reaktor silap, semua reaktor model yang sama di seluruh dunia ditutup kuasanya.

Dilema Malaysia ialah rakyat sudah bertanya adakah negara perlu tenaga nuklear. Menteri Tenaga berkata kerajaan akan mengkaji lebih mendalam dari semua aspek. Rakyat tidak yakin. Di negara nuklear pula berbagai-bagai audit keselamatan yang bebas dan telus dicadangkan.

Bagaimana reaksi negara nuklear lain? Perancis yang bergantung kepada 80% tenaga nuklear juga berjanji belajar dari pengalaman Jepun dan meningkatkan prosedur keselamatan.

China yang memiliki 77 loji nuklear mahu menyemak programnya. Rusia mahu meneruskan program. Amerika Syarikat hanya ada dua loji nuklear yang sedang dalam pembinaan. Denmark, Greek, Ireland dan Portugal bersikap anti nuklear. Switzerland membekukan semua projek tenaga nuklear. German mengarahkan semua loji nuklear yang dibina sebelum tahun 1980 ditutup sementara.

Semua ini menuju kepada penilaian dan peningkatan kos. Menurut satu kajian India harga uranium boleh naik kepada US$140 per pound.

Perubahan yang lebih besar ialah berkenaan harga reaktor nuklear. Laporan penyelidikan MIT 2003 dan Universiti Chicago mengesahkan tenaga nuklear 50-100% lebih mahal dari tenaga dari arang batu dan gas. Laporan India menyatakan kos tenaga dari arang batu adalah 1/3 dari kuasa nuklear dan dengan gas 50% lebih murah.

Keselamatan tenaga, keselamatan awam adalah sama penting dalam menentukan polisi tenaga nuklear. Bencana loji nuklear Fukushima mungkin boleh terjadi walaupun tiada tsunami kerana rekebentuk reaktor Jepun ada kekurangannya.

Maka apa yang perlu dibuat? Tenaga bersih pada masa pemanasan global adalah perlu. Keselamatan manusia, binatang dan tumbuhan juga perlu. Malaysia perlu mengkaji teknologi negara mana mahu diadop nanti. Bekalan fuel nuklear, teknologi dan reaktor sangat bergantung kepada pembekal yang tidak mahu menanggung kerugian dan liabiliti jika berlaku kerosakan.

Tidak ada satu jawapan yang tepat yang boleh sekaligus mengendalikan kekurangan sumber, krisis minyak, perubahan cuaca dan risiko tenaga nuklear. Pilihan  perlu dibuat bagaimana memenuhi permintaan tenaga Malaysia.

Paling minima pemeriksaan mendalam dan konsultasi  debat awam sepenuhnya perlu sebelum pembinaan loji tenaga nuklear. Dengan keselamatan nuklear menjadi keprihatinan dunia maka kos pembinaan loji tenaga nuklear makin meningkat.

Thursday, April 28, 2011

Besi Mania, Orang Jerantut Perlu Rebut Peluang Ini.


Jerantut adalah bandar lombong besi. Salah satu sebab kenapa bandar Jerantut pesat berkembang kerana industri lombong besi telah membawa banyak pelaburan ke Jerantut. Kerajaan Pahang telah mula memberi lesen-lesen lombong besi kepada pengusaha di Jerantut.

Kerajaan Pahang mengambil langkah yang bijak oleh kerana permintaan besi dari Malaysia amat tinggi di pasaran dunia maka China, Korea Selatan dan Jepun sanggup membeli dengan harga yang tinggi walaupun kandungan besi sekitar 50%  ke 60%.

Ini baik untuk memperlbagaikan sumber ekonomi negeri Pahang. Kerajaan Pahang boleh dapat pendapatan lumayan dari cukai, peluang pekerjaan dan kawasan sekitar lombong terutama bandar yang terdekat akan maju rancak ekonomi.

Kini di DUN Tahan ada banyak kawasan besi. Rakyat di DUN Tahan digalakkan melombong besi. Kita tinggalkan "ekonomi jagung" mari kita melombong besi. Kita rancak ekonomi DUN Tahan. Ciptakan peluang pekerjaan dan tabung JKKK penuh wang.

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Menyedari hasil mineral boleh dimanfaatkan bagi menambah pendapatan negeri, kerajaan akan meningkatkan aktiviti pengusahasilan sumber mineral berkenaan dengan tujuan, bukan sahaja untuk menambah pendapatan negeri, tetapi juga untuk menggerakkan ekonomi setempat serta memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Usaha kerjasama dengan pihak swasta akan terus dipertingkatkan pada tahun 2010 untuk meneroka kawasan-kawasan yang kaya dengan deposit sumber mineral di samping menjalankan penyelidikan tambahnilai bagi mempelbagaikan produk berasaskan mineral. Pada tahun 2011, kerajaan mensasarkan pendapatan dari hasil mineral seperti bayaran royalti, bayaran fi dan sewa tahunan adalah sebanyak RM15 juta.

Besi mania di Jerantut, orang Jerantut perlu rebut peluang ini. Tinggalkan ekonomi jagung, tinggalkan politik  kepuakan dan remeh temeh mari kita melombong besi!

Sedikit panduan asas kalau mahu jadi pelombong besi:

Soalan 1
Bagaimanakah hendak mendapatkan pelan tapak lombong?
Jawapan:
Pelan tapak lombong boleh didapati dikaunter Pelan Unit Mineral Pejabat Tanah dan Galian Pahang yang dibuka setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Pemohon disyorkan membawa salinan pelan kawasan yang dikehendaki berskala 1 : 50,000. Pelan boleh dikeluarkan dengan kadar bayaran RM23.00 setiap satu tapak dengan syarat tapak yang dipohon tidak terletak di dalam Kawasan Taman Negeri, Hutan Rizab, Kawasan Tadahan Air, Kawasan berimilik dan kawasan yang telah berlapis dengan permohonan terdahulu.

Soalan 2
Apakah beza permohonan Lesen Mencarigali (PL) dan Lesen Penjelajahan (EL)?
Jawapan:
Permohonan Mencarigali meliputi kawasan seluas 400.0 hektar kebawah dengan menggunakan Borang 5A dan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Sementara permohonan penjelajahan (Borang 6A) meliputi keluasan kawasan melebihi 400.0 ha. Yuran pendaftaran permohonan adalah RM 200.00

Soalan 3
Bilakah Lesen Pajakan Melombong (ML) boleh dipohon?
Jawapan:
Lesen ML boleh dipohon sekiranya kawasan tersebut telah mempunyai Lesen SKC yang sah. Lesen ini juga boleh dipohon diatas bekas tapak lombong terdahulu yang telah tamat tempoh dengan syarat semua dokumen kelulusan berkaitan disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah yang mengeluarkan lesen tesebut sebelumnya. Permohonan ini hendaklah mempunyai satu kajian pra-kebolehsanaan melombong dengan pelan pra-hitungan berskala 1 : 6336 serta skim cadangan melombong.

Soalan 4
Saya mempunyai tanah milik bergeran yang dipercayai mempunyai kandungan mineral seperti bijih besi, emas dan lain-lain. Bagaimanakah cara memohon untuk melombong?
Jawapan:
Pemohon hendaklah memohon melalui borang 9A, mengepilkan salinan kad pengenalan, kajian pra-kebolehlaksanaan serta cadangan skimnya, salinan geran yang disahkan, carian rasmi geran tanah serta surat perjanjian dengan kontraktor melombong yang bakal menjalankan kerja bagi pihak tuan tanah.

Soalan 5
Saya adalah individu dan tidak mempunyai sebarang syarikat bertaraf sdn. Bhd. Bolehkah saya membuat permohonan melombong?
Jawapan:
Individu adalah layak memohon asalkan rakyat KDYMM Sultan Pahang dan mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Syarikat bertaraf ’Enterprise’ adalah tidak layak memohon.

Soalan 6
Apakah kriteria perlu bagi sesebuah syarikat sdn. bhd. untuk membuat permohonan perlombongan?
Jawapan:
Syarikat tersebut hendaklah mempunyai klausa. Kelayakan kerja-kerja lombong boleh memegang Lesen Pajakan Melombong di samping kerja-kerja mencari sebarang mineral samada di darat atau di laut.

Soalan 7
Apakah definasi keputusan Tolak Ringkas?
Jawapan
Keputusan Tolak Ringkas boleh dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang berdasarkan arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 31.12.2008 yang diberikuasa keatas mana-mana permohonan yang terletak dalam Kawasan Taman Negeri, Tadahan Air Hutan Rizab / Simpan dan lain-lain berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk menolak terus tanpa di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 8
Selepas mendaftar permohonan apakah pemohon perlu dibuat?
Jawapan:
Pemohon akan diberitahu melalui surat kedudukan nombor fail permohonan dan surat kepada pemohon menyatakan permohonan telah dihantar ke enam (6) Jabatan Teknikal iaitu Pentadbir Tanah Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, untuk tindakan ulasan/pandangan terhadap tapak yang dipohon yang akan dihantar kembali ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang oleh Jabatan Teknikal tersebut. Pemohon bertanyakan kedudukan pemohon dengan datang sendiri atau melantik wakil yang sah dengan surat, datang sendiri atau melantk wakil yang sah dengan surat yang ditandatangani pemohon. Pertanyaan kedudukan pemohonan melalui telefon adalah tidak digalakkan.

Soalan 9
Berapa lamakah keputusan permohonan lombong dapat diketahui?
Jawapan:
Ianya bergantung kepada faktor kecepatan enam (6) Jabatan Teknikal menghantar kembali ulasan yang diminta oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Lawatan akhir Penolong Pegawai Tanah PTG Pahang ke tapak permohonan untuk mengemaskini pelan perakuan seterusnya penyediaan kertas untuk di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 10
Apakah fungsi Unit Mineral, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang?
Jawapan:
Secara ringkas, unit ini adalah sebagai ’One Stop Agency’ bagi urusan permohonan perlombongan di seluruh daerah Negeri Pahang bermula pada tahun 2006, dengan menggunapakai Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang, oleh setiap Pentadbir Tanah Daerah yang terbabit.

Wednesday, April 27, 2011

Selepas Besi, Jerantut Akan Dilimpahi Kemakmuran Emas


Negeri WZWH ini dulu sejarahnya kaya dengan emas. Pada masa itu Pahang merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu terkenal dengan penghasilan emas. Beberapa kurun yang lalu, di Selinsing, yang terletak berdekatan dengan Sungai Jelai di Pahang, bekas-bekas lombong emas yang dikerjakan oleh orang Melayu masih jelas kelihatan. 

Emas yang dilombong di Pahang pada masa itu telah diberi kepada orang-orang Siam sebagai ufti. Sebenarnya emas telah dilombong lebih awal daripada penghijrahan orang Siam ke Pahang. Daripada bukti-bukti kemahiran teknik, menunjukkan alat-alat perlombongan itu telah digunakan oleh penghijrah bangsa Mon di Pahang, sejak tujuh atau lapan abad yang lampau. Di sini terbukti bahawa perlombongan emas di negeri Pahang mula-mula sekali dijalankan oleh orang-orang Mon.

Kemasyhoran Pahang sebagai pengeluar emas telah diperkatakan oleh beberapa orang penulis. Salah seorang daripadanya ialah seorang ahli sejarah, yang bernama Tun Seri Lanang yang mengatakan:

Shahdan, maka diceterakan oleh orang yang empunya cetera, ada di dalam Negeri Pahang itu sebuah negeri, Pure namanya. Air sungainya tohor. dengan pasirnya terlalu baik, airnya tawar datang ke laut. Dan ada emas urai di sana, dengan padangnya amat luas.

Kenyataan yang lebih jelas mengenai kekayaan emas di Pahang ialah Iaporan daripada seorang penulis Portugis, Manoel Golindho de Eredia (lebih kurang tahun 1600), dalam satu report yang bertajuk: ‘A Report Upon de Aurie Khersonese.yang berbunyi:

Pan (Pahang) was the second seat of the Malay Empire and situated in the east coast of the Peninsula at three degrees North Latitude, and no less frequented by merchants because of its gold mines, for it posseses the largest and finest in Malay Peninsula, from whence we may presume it was this gold that formed the ancient trade of Alexandria or Cairo, etc... thus the lands of the district and jurisdiction of Pan are all lands of gold as a great quantity is found in rugged passes and steep quarries, which gold is taken to Malacca for sale. So much so that the King of Pan sent as a present from Adea (Endau) a beautiful piece of gold stone two and a half cubits in length, to the Captain and Governor of Malacca, Joao de Silva, who, amazed at the sight of the gold, ordered it to be broken and there we found a vein of gold a yard in width, as is well known to those of that time, it having happened in the year 1586.

Pada zaman British emas dilombong di daerah Lipis dan Raub. Di Jerantut terutama di DUN Tahan ada tempat yang mempunyai taburan emas. Tetapi oleh kerana masalah pengangkutan, teknologi mesin dan hutan yang tebal pelombong Inggeris tidak merasakan perlombongan emas itu berbaloi.

WZWH dengar cerita dari orang tua-tua bahawa di Sungai Kembir Ulu Tembeling ada emas. Zaman dulu orang Siam melombong di situ tetapi kaedah yang digunakan adalah tradisional dengan melampan dan mendulang.

WZWH masih ingat lagi masa kecil dulu ada seorang datuk sedara WZWH, Arwah Wan Sulaiman ke hulu ke hilir membawa surat SKC lombong emasnya di Sungai Kembir dengan bangganya menceritakan bahawa dia dapat lombong emas tapi tidak sempat mengusahakannya secara komersial semasa hayatnya.

Ulu Tembeling punyai beribu-ribu hektar kawasan potensi melombong emas. Pernah semasa menaiki helikopter terbang meninjau Ulu Tembeling, seorang pelombong emas dari Australia dengan mengunakan pengesan "gold detector" begitu teruja bila mendapati ada kawasan yang ada banyak taburan emas.

Cuma pelombong Australia ini mengeluh," How we are going to transport these golds!" I can bring heavy machines but this transportation problems really costs much". WZWH hanya senyum sambil berkata dalam hati "I know how to solve these problems".

Beribu-ribu hektar lombong emas berpotensi di Ulu Tembeling perlu diterokai untuk memajukan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut. Peluang pekerjaan, tempat maju dan memberi pendapatan kepada negeri Pahang.

Selepas Jerantut bertambah sibuk dengan kegiatan melombong besi kini Jerantut akan dilimpahi kemakmuran emas.

Kerajaan Pahang menerima royalti sehingga RM130 juta setahun hasil perlombongan emas daripada empat syarikat yang beroperasi di negeri itu. Royalti yang diterima itu merupakan lima peratus daripada hasil pendapatan kasar dua syarikat perlombongan emas di Lipis dan masing-masing satu di Rompin dan Raub.

Walaupun royalti yang diterima itu tidak besar tetapi kewujudan aktiviti melombong emas di Pahang telah memberikan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan. Kerajaan Negeri Pahang juga mahu menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat lain untuk datang melabur ke Pahang dengan hanya mengambil royalti sebanyak lima peratus,”

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin bahawa aktiviti perlombongan akan memberikan kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia kecuali aktiviti tersebut dikawalselia dengan kemas dan teratur. Bagi mempastikan aktiviti perlombongan diusaha secara mapan, Kerajaan telah menguatkuasakan Enakmen Mineral 2001. Undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan adalah untuk mempastikan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan secara amat teliti demi kepentingan manusia dan kehidupan lain. Dibawah Enakmen Mineral 2001, Tabung Pemuliharaan Lombong diwujudkan bagi mempastikan semua tanah bekas lombong dipulihkan semula selepas digunakan.

Tuesday, April 26, 2011

Jerantut Bandar Kita


Bandar Jerantut telah berkembang pesat. Bandar Jerantut tidak mati. Bandar Jerantut hidup pada malam hari. Dikala bandar-bandar lain dalam negeri Pahang makin layu seperti Maran, Rompin, Pekan, Temerloh, Mentakab dan Lipis, bandar Jerantut berkembang.

Bandar Kuantan pun kurang sibuk macam dulu sebab orang Terengganu kurang turun kerana di Bandar Paka, Kertih dan Kemaman sudah berkembang pesat. Bila projek lebuh raya Pantai Timur siap sepenuhnya sampai ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu kemungkinan bandar Kuantan makin malap.

WZWH berminat bicara bandar Jerantut. Blog Parlimen 81 sudah makin aktif keluar posting cerita tentang politik, sosial dan ekonomi Jerantut. Posting terbaru blog Parlimen 81 ialah berkenaan Jerantut bandar Cina. Parlimen 81 tulis pasal penguasaan peniaga kaum Cina di bandar Jerantut.

Blog Parlimen 81 menulis...
Jerantut Bandar Cina . Masyarakat Cina diawal-awal kewujudan Jerantut hanya berkisar di sekitar Sg Jan , Sg Lekuk , Bandar Lama dan Jerantut Feri . Sekarang pun masih begitu cuma wilayah jajahan masyarakat Cina telah berkembang . Dulu jajaran tanah dari bandar Jerantut hingga Jerantut Feri semuanya milik orang Melayu . Sekarang 90% adalah milik orang Cina . Kalau tak caya cubalah naik kereta dari bandar Jerantut hingga Pekan Feri tengok kiri kanan jalan siapa punya tanah ?

Dulu bandar Inderapura itu adalah kawasan paya . Pejabat tanah dulu nak agih-agihkan tanah itu kepada orang Melayu tapi orang Melayu marah kat Pejabat tanah sebab bagi mereka tanah paya. Tiada orang Melayu yang nakkan tanah itu . Sekarang ditanah itulah berdiri gahnya Bandar Indera pura .... berapa orang Melayukah yang menjadi pemilik kedai/pejabat disitu ? Berapa ramai orang Melayukah yang menjadi tokey disitu sekarang ini? Memang tak dinafikan Jerantut memang bandar Cina. Yang memajukan perniagaan orang Cina ialah orang Melayu. Orang melayu loya bila ada orang Melayu berniaga. Mereka tidak suka masuk kedai Melayu mereka lebih suka masuk kedai Cina . Sebab itu peniaga Melayu jatuh rosak .

Dulu ada peniaga Melayu berniaga pasaraya . Bangga sungguh Parlimen 81 bila ada orang Melayu berani buka pasaraya. Tak sampai 2 tahun lingkup perniagaan pasaraya tersebut. Kenapa lingkup. Mungkin mereka tak pandai berniaga agaknya. Atau persaingan terlalu kuat. Atau sabotaj oleh orang Melayu atau sabotaj oleh orang Cina?

Parlimen 81 adalah seorang blogger pengkritik sosial Jerantut yang memerhatikan apa yang berlaku dalam masyarakat melalui pemerhatiannya. Apakah sumbangan ahli politik Jerantut menangani hal ini. Cukuplah menjual tanah-tanah kerajaan yang ada di bandar Jerantut.

Mungkin Parlimen 81 ada dengar khabar  projek pembangunan bandar Jerantut oleh pemaju. Ini projek besar. WZWH istilahkan projek ini Projek Greater Jerantut.

Apa yang diputuskan oleh kerajaan negeri dan ahli politik Jerantut, kita tidak boleh "reverse" keputusannya. Negara kita, negeri kita menghormati undang-undang. Kalau kita tidak hormati undang-undang kita nanti pelabur tidak menghormati kita.

Projek Greater Jerantut akan menelan belanja kos lebih RM400 juta. Ini projek besar dari syarikat besar Kuala Lumpur. Jika kita tidak bersetuju, kita akan dikatakan anti pembangunan. Pembinaan rumah kedai, shopping kompleks, hotel, apartment kondo dan hartanah dsb.

Pembangunan ini akan merubah wajah bandar Jerantut. Bayangkan bandar Kuantan pada tahun awal 1970an dan bandingkan dengan sekarang bandar Kuantan pada tahun 2011. Begitulah perubahan yang akan berlaku kepada bandar Jerantut. Bandar Jerantut adalah "getaway to Taman Negara".

Peniaga-peniaga kecil Melayu bimbang tidak dapat menyertai dalam Projek Greater Jerantut ini. Apakah peranan ahli politik Jerantut pula untuk membantu? Kita perlu memantau pembangunan Projek ini dengan memastikan beberapa agensi-agensi kerajaan seperti :
  • UDA
  • MARA
  • FELDA
  • Petronas
  • Tabung Haji
  • PKNP
  • PASDEC
  • MUIP
  • GLC
  • Jutawan Melayu
  • Kementerian-kementerian
Senarai-senarai di atas beli rumah kedai, bangunan kedai, shopping kompleks, hotel, apartmen dsb dan beri peluang kepada orang Melayu Jerantut dan dari luar datang berniaga di Jerantut.

Ini caranya untuk penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi di bandar Jerantut baru-Greater Jerantut. Adakah senarai yang WZWH sebutkan di atas tidak berwang? Ini pelaburan yang sangat besar sebenarnya untuk kita jadikan Jerantut bandar kita.

Industri Pemasangan Automatif Temin Jerantut


Tajuk posting ini hasil idea seorang pembaca blog WZWH. Beliau komen seperti berikut:

Anonymous said...

saya kurang bersetuju dgn idea penubuhan universiti, rakyat mesti sedar untuk membina sebuah universiti memerlukan belanja yang besar, duit yang akan digunakan adalah duit Felda yang datangnya dari peneroka. Para kontraktor akan mendapat keuntungan hasil dari projek tersebut dan bukannya warga Felda. Saya sebagai profesional yang berasal dari Jerantut dan sekarang bekerja dalam industri minyak dan gas amatlah berbesar hati sekiranya WZWH dapat mengusulkan kepada kerajaan dan pemimpin negeri supaya menarik pelabur-pelabur ke Jerantut, contohya syarikat kereta dari luar negara supaya membuat kilang pemasangan mereka di sini (majoritinya dari Jepun yang mempunyai risiko dilanda bencana), industri elektronik dan kilang pemasangan motosikal berkuasa tinggi.Biar orang Jerantut dapat bekerja di kilang ini dan seterusnya dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sangat besar jasanya kiranya ahli politik dari Jerantut dapat menarik pelabur-pelabur seperti ini, ini adalah idea yang ikhlas dari saya, terima kasih kepada WZWH kerana inisiatif beliau mewujudkan blog ini supaya suara rakyat Jerantut dapat didengari oleh pihak kerajaan dan pemimpin, terima kasih WZWH.

April 26, 2011 3:06 PM

Temin dipilih kerana mempunyai kawasan yang luas beribu hektar dan ditepi jalan Jerantut-Temerloh. Dulu masa WZWH kecil pada tahun 1070an sudah ada perancangan airport memudahkan kapalterbang mendarat di Jerantut namun projek itu tidak kesampaian kerana pemimpin politik Jerantut tidak cukup kreatif dan bold menjayakannya.

Tanah yang dimiliki oleh Syarikat Ladang LKPP luas beratus ekar di Temin telah dijual oleh bekas Pengerusi Syarikat Ladang LKPP yang merupakan seorang mantan ahli parlimen Jerantut kepada seorang tokey Cina. Itulah kehebatan pemimpin UMNO Jerantut berkelulusan MBA kononnya "inner circle DS Najib" tapi hanya pandai menjual kepentingan Jerantut sahaja.

WZWH tidak heran kerana mantan ahli parlimen ini bukan asal orang Jerantut. Kepentingan peribadi lebih diutamakan dari kepentingan orang Jerantut. Percayalah cakap WZWH hanya orang asal Jerantut yang jujur dan ikhlas mahu memajukan Jerantut.

Berbalik kepada tanah yang direzabkan untuk airport Jerantut di Temin seluas 700 ekar. Oleh kerana Menteri Pengangkutan adalah dari MCA maka kroni MCA diberi kelulusan tanah itu. Sayang, pemimpin UMNO Jerantut lagi sekali tidak mempertahankan tanah ini.

Lima tahun yang lepas beberapa Syarikat besar dari Eropah dan India berminat mahu melabur di Jerantut untuk memajukan industri pemasangan automatif di Temin Jerantut pada asas perbincangan. Namun oleh kerana tiada minat yang mendalam dari pihak-pihak yang berkenaan di Jerantut baik kerajaan negeri dan pusat menyebabkan projek ini hanya tinggal setakat perbincangan. Akhirnya salah satu syarikat pemasangan automatif dari Eropah telah melabur di kawasan industri automatif Pekan.

WZWH berpendapat masih tidak terlambat untuk Jerantut memanggil pelabur-pelabur automatif ini kembali mengadakan rundingan dan perbincangan. WZWH sangat bersetuju Jerantut perlukan pelaburan sebegini seperti komen seorang pembaca blog WZWH di atas.

Kerajaan boleh dengan mengunakan akta tanah yang ada mengambil semula tanah Syarikat LKPP Ladang yang dijual kepada tokey Cina. Kerajaan juga boleh mengambil kembali tanah airport yang telah diluluskan kepada kroni MCA Jerantut jika industri pemasangan automatif Temin ini mahu dibangunkan  oleh kerajaan dengan serious dan bersungguh.

Jika anda pergi ke Jerantut dari Temerloh, di sebelah kanan di Temin, ada sebuah kompleks institusi pengajian tinggi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) atau Advance Technology Centres yang sudah siap pembinaannya. ADTEC Jerantut adalah salah satu dari kelapan-lapan iaitu empat ADTECs dan empat ILP yang sedang dalam pembinaan pada tahun ini. Peruntukan iaitu sejumlah RM1.44 bilion, jumlah pengambilan adalah sekitar 10,000 orang. Apabila kesemua ADTECs ini selesai nanti.

Ini yang menyebabkan pelabur automatif berminat melabur di Jerantut dan membolehkan anak-anak muda Jerantut berpeluang belajar kemahiran ilmu automatif.

Ini saja yang WZWH boleh bercakap bersuara dalam blog. WZWH tidak ada kuasa untuk melakukannya. Jika orang Jerantut mahu dan betul-betul mahu kita boleh melakukannya jika kita percaya destini kita.

RTK, RPK, RTP....Mungkin RKT Itu Orang Kampung Tradisi Mahu Dengar!


Posting terakhir WZWH menyentuh isu mengenai generasi ke dua (baru) FELDA. Usul mahu bubarkan FELDA Plantation beri ladang dan tanah kepada anak peneroka FELDA dimainkan oleh parti pembangkang. Beribu borang sudah diedarkan dan penubuhan Universiti FELDA pertama.

Oleh kerana BN berjanji menyelesaikan isu-isu ini tetapi tidak terlaksana menyebabkan PAS dan PKR mengambil kesempatan ruang yang ada. Perjuangan ANAK oleh Mazlan Aliman EXCO PAS Pusat tidak dinafikan buat FELDA perah otak menangkis segala tuduhan.

Sudah tentu DAP sangat sukahati gembira amat kerana menyedari fakta:
  • 1/4 atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 
  • Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN. Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara.
Kawasan FELDA perlu dipecahkan monopoli BN kalau PR mahu impian menuju Putrajaya tercapai. Sebab itu BN mempertahankan kawasan FELDA habis-habisan.

Dalam keghairahan BN mahu mempertahankan kawasan FELDA, WZWH harap BN jangan lupa kawasan kampung tradisi luar bandar. Dulu kampung tradisi yang berkorban memberi peluang kepada peneroka-peneroka Melayu yang berhijrah datang dari negeri-negeri lain meneroka tanah di negeri kampung tradisi.

Nampaknya peneroka, anak-anak dan cucu peneroka lebih terbela ekonomi dan sosial mereka jika dibandingkan dengan generasi baru kampung-kampung tradisi. Golongan peneroka FELDA dan keturunan mereka mendapat lebih nikmat dan kemudahan yang disediakan oleh BN dan pengurusan FELDA.

Seorang pembaca blog WZWH telah memberi komen begini:
budak.kg said...

untuk anak2 felda je ke?apa jadi dengan golongan anak2 muda yang duduk di kampung2...nk dipangil generasi kampung yang ke berapa pulak,jangan asyik nak tumpu kan sangat ke felda,ada perlu nye pihak kerajaan menmikirkan nasib2 anak2 muda kampung,mana hala tuju mereka,apa nasib mereka yang tiada berharta benda,dan apa pulak perancangan kerajaan untuk generasi kampung2 seperti kami ini.apa istemewa nye generasi kedua felda?dan apa kurang nye kami generasi kampung2?untuk di pingir kan oleh kerajaan pusat.April 26, 2011 10:26 AM

Anonymous said...

Cadangan menubuh universiti khusus untuk tanggungan warga Felda akan menyimpang jauh dari objektif asal membangun rancangan Felda. Asalnya ia dapat meningkatkan rakyat Malaysia yang tidak bertanah atau memiliki luas tanah yang tidak ekonomik; ini supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi mereka, menjadi petani moden yang dapat bersama nikmat pembangunan negara. Mutlamat akhirnya, mereka dapat berdiri sama tinggi dengan rakyat-rakyat dan ‘join the mainstream of Malaysian society’ dan tidak mengwujud satu kelumpuk rakyat yang berasingan.

Nampaknya mutlamat ini tidak berjaya. Warga Felda masih perlu ‘tongkat’ hingga sekarang. Anak peneroka patut bersaing dengan anak-anak rakyat Malaysia lain untuk memasuki universiti. Meraka tidak perlu diberi keistimewaan yang telah diberi kepada ibu-bapa mereka. Jika tidak, sampai bila mereka perlu dipimpin – dari bayi hingga ke kubur?April 25, 2011 6:24 PM

WZWH sangat menyokong usaha BN menjaga peneroka FELDA. Itu bagus untuk mengekalkan dominasi BN namun BN perlu juga beri perhatian kepada "peneroka original" kampung-kampung tradisi.

Orang kampung tradisi selalu tengok TV dengar radio DS Najib acapkali umumkan projek-projek GTP, ETP berbilion-bilion. Majoriti orang kampung tradisi tidak faham apa maksud GTP, ETP, EPP. Tapi orang Kampung tradisi faham itu program untuk orang bandar, untuk golongan korporat dan kapitalis serta pelabur dalam dan luar negara memajukan negara.

Orang kampung tradisi berfikir juga adakah projek-projek itu memberi limpahan ekonomi kepada mereka secara lansung. WZWH akui sebarang projek-projek ekonomi bagus kerana merancakkan pertumbuhan ekonomi, menyediakan peluang-peluang pekerjaan, dan memakmurkan negara.

DS Najib buat kerja ekonomi yang baik buat negara. Namun orang kampung tradisi juga mahu DS Najib mengumumkan projek-projek yang berkaitan lansung dengan mereka walaupun mungkin tidak besar dan mega saiz pelaburannya tapi cukup bermakna dan menyentuh jiwa orang kampung tradisi.

Pengumuman seperti RTK, RPK, RTP...mungkin RKT itu orang kampung tradisi mahu dengar. WZWH juga faham orang bandar, golongan korporat dan kapitalis serta pelabur tidak faham apa istilah-istilah ini. Tapi WZWH percaya pelabur dari London pun akan tertanya apa makna istilah-istilah ini!

Bagi ekonomi kampung, RTK itu Rancangan Tanah Kelompok, RPK itu Rancangan Pembesaran Kampung, RTP itu Rancangan Tanah Pemuda. Mungkin RKT satu istilah yang catchy sebab mahu sama bunyinya dengan GTP dan ETP yang selalu menjadi sebutan golongan korporat Malaysia. RKT itu ialah Rancangan Kampung Tradisi...

Orang kampung tradisi masih percaya kepada BN boleh membina masa depan mereka. Pemimpin-pemimpin BN dan UMNO masih diyakini. Tidakkah majoriti pemimpin BN dan UMNO ini berasal dari kampung-kampung tradisi.

Monday, April 25, 2011

Universiti FELDA, PR Atau BN Siapa Mahu Buat?

Gambaran Universiti FELDA di Jerantut.

Perancangan untuk mewujudkan Universiti FELDA. Agenda itu sudah banyak kali dibincang dengan kerajaan dan FELDA bagi menjimatkan peruntukan FELDA yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama. Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa tidak FELDA yang memiliki kemampuan untuk itu? FELDA membayar RM25 juta setiap tahun untuk bayar geran kepada Universiti Lim Kok Wing untuk program kerjasama. FELDA boleh wujudkan Universiti Teknologi Perladangan yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak FELDA.

FELDA bercadang untuk menubuhkan sebuah universiti sendiri bagi menjamin peluang pendidikan tinggi kepada anak-anak peneroka FELDA. Cadangan penubuhan universiti itu kini dalam peringkat rundingan. FELDA sememangnya berhasrat untuk menubuhkan sebuah Universiti FELDA selaras dengan perkara ketiga dalam misi FELDA iaitu keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.

WZWH ingin tahu adakah FELDA bercadang menubuhkan universiti sendiri memandangkan agensi itu mempunyai lebih dua juta hektar tanah dan membelanjakan lebih RM100 juta untuk program menghantar anak-anak peneroka ke institusi pengajian tinggi.

Keberkesanan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang diperkenalkan sejak 2004 berjaya membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan anak-anak peneroka. Buktinya seramai 72,062 anak peneroka FELDA berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam pada tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, seramai 46,873 orang berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma, 24,269 di peringkat ijazah pertama dan 920 di peringkat ijazah lanjutan.

WZWH gembira dengan perancangan untuk mewujudkan Universiti FELDA itu memandangkan ia diharapkan oleh semua warga FELDA. Penubuhan Universiti FELDA menjadi keperluan memandangkan FELDA agensi terbesar di negara ini dan penyumbang ekonomi kedua terbesar kepada negara selepas Petronas.

Berdasarkan statistik tahun ini, jumlah peneroka FELDA adalah 112,635 orang. Jika dianggarkan sebuah keluarga mempunyai lima anak, ini bermakna kerajaan terpaksa menyediakan kira-kira 560,000 tempat untuk anak peneroka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Justeru, menjadi tanggungjawab FELDA menubuhkan sebuah universiti sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial kepada warga FELDA dan seluruh rakyat Malaysia.

Pahang mempunyai 115 rancangan penempatan dengan 43,123 peneroka dan daripada jumlah itu, 14,596 adalah di Jengka. Justeru, wajar Universiti FELDA dibangunkan di kawasan ini.

Pembangunan Universiti FELDA akan meringankan beban peneroka untuk menghantar anak ke universiti. Kos pembelajaran di universiti awam semakin meningkat.

WZWH merasakan ini satu idea yang baik bagi keperluan pendidikan generasi baru FELDA. WZWH merasa teruja bila Pihak FELDA bercadang mahu menubuhkan sebuah universiti FELDA. Cadangan ini akan dibawa ke pertimbangan YAB PM Dato' Seri Najib.

Kita semua tahu hasrat PM mahu FELDA menjadi gedung makanan negara. Jika perancangan ini menjadi kenyataan, Malaysia tidaklah perlu mengimport lebih makanan lagi yang mana ini boleh menghalang pengeluaran wang ke luar negara.

WZWH percaya YAB PM Dato' Seri Najib akan bersetuju dan menyokong penubuhan universiti FELDA. Maka WZWH mahu menyatakan kepada PM dan Pihak FELDA bahawa Jerantut bersedia menawar tempat kawasan tanah seluas 1000 ekar bagi pembinaan Universiti FELDA. Di Tembeling Tengah, ada kawasan yang boleh diperuntukan bagi pembinaan Universiti FELDA. Sudah pasti YAB MB Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob menyokong penuh usaha baik ini kerana MB Pahang cukup berminat bidang pendidikan sebab itu Yayasan Pahang banyak membantu pelajar-pelajar Pahang mendapat peluang pendidikan di universiti pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kita orang Jerantut mesti menyokong penuh penubuhan Universiti FELDA bagi kebaikan pendidikan, ekonomi dan sosial Jerantut.

Universiti FELDA, Siapa mahu buat PR atau BN?

Hapuskan FELDA Plantation? Beri Ladang Dan Rumah Kepada Generasi Baru Felda! Universiti Felda?


WZWH melihat menarik juga tawaran Pakatan Rakyat ini. FELDA Plantation dibubar untuk beri ladang dan rumah kepada generasi ke dua dan ketiga FELDA. FELDA perlu tubuhkan Universiti FELDA bagi memajukan pendidikan generasi baru Felda.

Fakta yang diberi:
  • Fakta 1: Peneroka Asal - 112,635 orang menghuni di 317 Tanah Rancangan FELDA di seluruh Negara. Keseluruhan warga FELDA hari ini sudah melebihi 1 juta orang, dan hampir 800,000 darinya adalah Generasi Baru.
  • Fakta 2: Jumlah terbesar dari Generasi Baru tidak mempunyai pekerjaan tetap (sesetengahnya menganggur) dengan pendapatan bulanan yang kecil.
  • Fakta 3: Jumlah terbesar daripada Generasi Baru tinggal bersama ibu-bapa mereka tanpa rumah sendiri.
  • Fakta 4: Sejak 1990, FELDA mengujudlkan FELDA Plantation dan tidak lagi menempatkan peneroka-peneroka. Seluas 367,710 hektar tanah kerajaan-kerajaan Negeri dimajukan oleh FELDA untuk FELDA Plantation. Keluasan ini, jika dipecahkan kepada lot-lot setiap satu 5 ekar, 160,000 peneroka-peneroka baru boleh ditempatkan. Inilah peluang terbaik untuk anak-anak peneroka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur untuk memiliki ladang dan rumah sendiri dan tidak lagi menumpang ibu-bapa masing-masing.
  • Fakta 5: Pakatan Rakyat didalam Buku Jingga menawarkan untuk memansuhkan FELDA Plantation dalam tempoh 100 hari PR mentadbirkan Putrajaya, dan ladang-ladang FELDA Plantation akan dipecahkan kepada lot-lot untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka baru terdiri daripada anak-anak Peneroka.
  • Fakta 6: Tanah yang masih luas di Negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak juga boleh dimajukan menjadi Rancangan FELDA untuk menempatkan anak-anak Peneroka serta lain-lain golongan yang layak menjadi Peneroka.
  • Fakta 7: Pakatan Rakyat sudah pun menyediakan Borang-Borang Permohonan untuk menjadi peneroka FELDA dari kalangan anak-anak Peneroka dan golongan lain yang layak. Di peringkat Negeri Pahang, silalah pergi ke pejabat-pejabat PKR di peringkat Cabang-Cabang untuk mengambil dan mengisi-penuhkan Borang-Borang itu dan serahkan kembali kepada Cabang-Cabang berkenaan. Mereka yang layak akan ditemuduga untuk menjadi Peneroka FELDA apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara ini selepas PRU-13 nanti.
  • Fakta 8:  Perancangan untuk mewujudkan Universiti FELDA. Agenda itu sudah banyak kali dibincang dengan kerajaan dan FELDA bagi menjimatkan peruntukan FELDA yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama. Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa tidak FELDA yang memiliki kemampuan untuk itu? FELDA membayar RM25 juta setiap tahun untuk bayar geran kepada Universiti Lim Kok Wing untuk program kerjasama. FELDA boleh wujudkan Universiti Teknologi Perladangan yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak FELDA.
Namun dari segi realitinya ini yang WZWH mahu Pakatan Rakyat fikirkan adakah logik untuk melaksanakan 8 fakta tersebut kecuali Universiti FELDA yang WZWH menyokongnya.

PEMBUBARAN syarikat FELDA Plantations adalah antara 10 tindakan yang akan dilakukan parti pembangkang dalam tempoh 100 hari kalau diberi mandat memerintah negara selepas pilihan raya umum, akan datang. Berikutan itu, pembangkang akan menyerahkan ladang yang diuruskan syarikat kepada generasi kedua dan ketiga FELDA. 

Memang cukup mudah membuat janji yang dilihat tidak praktikal dan lebih menjurus sebagai umpan memancing kira-kira 800,000 warga muda FELDA di seluruh negara. Ada jawapan kenapa parti pembangkang beriya-iya mahu memusnahkan antara institusi sosioekonomi Melayu terulung itu, sedangkan ia ditubuhkan hasil keprihatinan serta perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 1956. Kawasan FELDA seluas lebih 811,000 hektar menjadi idaman pembangkang kerana di dalamnya ada sejumlah deposit pengundi Melayu yang sekian lama setia kepada BN. Ia merangkumi 317 tanah rancangan yang dihuni 112,635 peneroka serta dianggarkan lebih 800,000 generasi kedua dan ketiga. Justeru, merosakkan kepercayaan peneroka dan generasinya terhadap FELDA adalah muslihat licik untuk menguasai tanah rancangan itu yang dilihat sangat strategik dari segi geopolitik. Pengundi FELDA sama penting dengan pengundi di kampung tradisi, tetapi FELDA adalah kubu BN. Oleh kerana kubu BN, pembangkang akan mencari pelbagai isu dan berusaha pelbagai cara untuk memastikan kubu ini pecah. 

BN akan mempertahankannya habis-habisan. BN akan pastikan segala masalah dan keperluan di FELDA diatasi dengan baik. Ini termasuk tanah lot tapak rumah generasi kedua.

Pembangkang membangkitkan soal tanah seluas 330,000 hektar milik FELDA Plantations yang mahu diberi kepada anak peneroka. 

Itu janji yang hendak dilakukan dalam 100 hari memerintah. Perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana tanah FELDA Plantations sekarang ini 51 peratus adalah milik peneroka melalui Koperasi Pemodalan FELDA (KPF). 

Segala yang diperoleh daripada hasil itu, FELDA kembalikan dalam bentuk pelbagai program kepada peneroka dan generasinya. Kalau FELDA bagi tanah itu kepada anak peneroka, maka tidak ada segala (faedah seperti) bonus, duit raya, khairat kematian, pendidikan, kemahiran serta faedah dan kemudahan yang FELDA beri kepada peneroka sekarang. 

Begitu juga kenapa FELDA tidak boleh beri (tanah itu) kerana 87,000 hektar daripadanya ada di Sabah. Macam mana orang Semenanjung boleh dapat tanah di Sabah? Lagipun, pemberian tanah ini atas sebab miskin tegar...anak peneroka tidak miskin. Kalau FELDA beri (tanah) kepada generasi baru FELDA, seorang akan dapat sehektar dan kedudukannya di merata-rata tempat yang sesetengahnya tiada jalan, air dan elektrik.

Hasil pendapatan FELDA Plantations juga digunakan untuk membayar gaji 23,000 kakitangan FELDA dan 40,000 pekerja ladang. 

Kalau tanah itu diambil, maka 23,000 kakitangan dan 40,000 pekerja ladang terpaksa berhenti kerja. Mereka ada keluarga dan mereka sudah lama berbakti membangunkan FELDA. Mereka banyak jasa dan tidak dapat tanah, Paling tidak, FELDA beri mereka kerja dan tidak mungkin FELDA akan buang mereka.

Satu perempat atau 56 daripada 222 kawasan Parlimen di negara ada di kawasan FELDA, sekali gus menyumbang sehingga 75 hingga 80 peratus undi kepada BN di setiap kawasan itu. 

Sebab itu Pakatan Rakyat hendak pecahkan kubu dan kekuatan BN ini dengan menabur pelbagai fitnah untuk mengurangkan kerusi BN.  Ada 96 kerusi DUN yang ada di kawasan FELDA di seluruh negara. 

Ini sama juga dengan usaha pembangkang yang kononnya hendak memberi RM500 tambahan kepada guru sebab dia tahu guru sangat rapat dengan masyarakat. Tetapi semua itu semata-mata gimik politik. Pakatan Rakyat hanya mencetak khayalan. 


Yang akan terus membangunkan FELDA dan generasinya adalah BN. Pembangkang tidak ada saham kepada pembangunan FELDA selama ini. Percayalah DS Najib Razak, yang turut bertanggungjawab ke atas FELDA akan terus membangunkan FELDA menjadi masyarakat contoh luar bandar yang terbaik.

Sunday, April 24, 2011

Demokrasi Digital : Cara Najib Menguruskannya.


Kerajaan Arab, Afrika Utara, Iran, China dan Singapura tidak senang dengan "digital democracy"-suara akarumbi rakyat melalui media baru-internet, blog, facebook, tweeter dsb.

Kerajaan-kerajaan ini menghalang, menyekat, dan sensor. Kerajaan-kerajaan ini menapis berita yang mengkritik mereka. Kerajaan-kerajaan ini menganggap demokrasi digital adalah musuh negara dan kena ada undang-undang untuk menyekat.

Hakikatnya banyak kerajaan sudah tumbang seperti Tunisia, Mesir dan masih bergolak Yemen, Iran, Libya akibat demokrasi digital.

DS Najib PM Malaysia mengambil langkah proaktif dengan mesej : "BN tidak takut kepada blogger, Blogger adalah rakan kongsi BN". Najib mengambil pendekatan "embrace" mengiktiraf peranan blogger, facebook, tweeter sebagai suara akarumbi secara lansung dan real time serta pantas memberi pandangan dan kritikan konstruktif

Perhubungan ini penting. Kerajaan BN dan blogger mungkin tidak akan bersetuju sepanjang masa tetapi tidak boleh sentiasa tidak bersetuju.

Kerajaan BN boleh guna idea-idea blogger, malah kritikan konstruktif boleh membina Malaysia yang lebih baik. DS Najib bercakap pada ucaputama First Malaysia-Asean Regional Bloggers' Conference di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Tun Mahathir penaung Blog House Malaysia (BHM) dan isteri Tun Siti Hasmah, Presiden BHM Syed Akhbar Ali dan DS Rosmah Mansor.

Era kerajaan BN tahu semua benda telah berlalu. Kerajaan BN mahu tahu dari blogger yang mewakili komuniti Malaysia pandangan dan kritikan mereka.

Tetapi blogger perlu ada batas dan sempadan. Kalau blogger cerita bohong dan separuh betul itu salah. Bagi blogger yang benar-benar berblog untuk agama, bangsa dan tanahair itu boleh berperanan membentuk masa depan Malaysia dan Asean.

DS Najib mengakui kerajaan dunia hari ini dicabar bukan sahaja oleh gerila, askar upahan dengan senjata merbahaya tetapi juga cybertroopers yang berperang peperangan virus komputer dengan kekuatan keyboard, keypad dan smartphone seperti revolusi twitter Iran dan facebook Mesir.

Ada 10.1 juta penguna Facebook di Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara yang sangat hidup blogspherenya dalam dunia dan paling bebas sekali. 

Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana semasa era beliau telah memajukan Multimedia Super Corridor. Tun Mahathir berjanji kepada dunia yang Malaysia tidak akan sensor menapis internet. DS Najib komited memegang janji Tun Mahathir.

DS Najib percaya internet adalah enjin pertumbuhan ekonomi kerana membuka portal terbuka kepada masyarakat yang berpengetahuan. Media sosial, blogging dan microblogging membolehkan merapatkan negara buat pertama kali dalam sejarah manusia. Orang boleh berkomunikasi di antara satu sama lain dalam real time tanpa menunggu beberapa hari atau minggu untuk surat-menyurat.

Saturday, April 23, 2011

Lim Guan Eng Baru Perasan Bahana "Tsunami Chinatown Sarawak"

Ihsan gambar dari portal Malaysian Insider. Inilah bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh Dato' Sri Lim Guan Eng.

DAP begitu gembira bila menyapu 12 kerusi dari 15 DUN PRN Sarawak. Semasa kempen ucapan politik DAP berapi-rapi menaikkan semangat Cina di kawasan majoriti Cina. "Orang Cina patut jadi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud menyekat ekonomi orang Cina"

Rakyat Sarawak tetap memilih Taib Mahmud. Parti PBS menang 100% dengan pertambahan majoriti. BN kekal 2/3 walaupun DAP berjaya mempengaruhi pengundi Cina bandar menolak parti SUPP-parti asal Cina Sarawak.

Pada persepsi rakyat Malaysia mudah di kerusi DUN ramai orang Cina terutama di bandar-bandar DAP pasti menang. Kawasan bandar-bandar majoriti pengundi Cina adalah "fixed deposit" DAP.

Kemudian bila melihat PKR kalah teruk dan PAS hilang kredibiliti kerana orang Melayu dan Bumiputera pun sudah nampak permainan halus DAP ini maka barulah Lim Guan Eng baru perasan bahana "tsunami Chinatown Sarawak".

Utusan Melayu mula bercakap gerakan 1Melayu 1 Bumiputera. DS Najib tidak menyokong. Tun Mahathir kata ini idea boleh merosakkan. WZWH ingin mengingatkan DS Najib dan Tun Mahathir bercakap atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia dan Negarawan.

DS Najib dan Tun Mahathir tidak boleh mengawal 67% orang Melayu dan Bumiputera. Jika persepsi "tsunami Chinatown Sarawak" pada pemikiran orang Melayu dan Bumiputera boleh bergerak secara konsisten di Semenanjung menjelang PRU 13 maka orang Melayu dan Bumiputera boleh membalasnya!

PAS pun bila melihat sentimen gerakan balas 1Melayu 1Bumiputera terpaksa akur juga bila gelombang ini membadai.

Lim Guan Eng baru perasan bahana "tsunami Chinatown Sarawak" kesannya kepada keseluruhan keputusan PRU 13. Logiknya mudah orang Melayu dan Bumiputera akan lebih cepat sedar seperti apa yang berlaku di Sarawak ketika ramai orang menjangkakan Taib Mahmud akan bungkus dengan parti PBS dan komponen Bumi BN yang lain.

Maka Lim Guan Eng kata ras atau kaum Cina bukan faktor menentukan keputusan PRN Sarawak. Beliau menggunakan analisa  Dr Ong Kian Ming dan  Prof Bridget Welsh yang menyatakan undi DAP banyak juga dapat dari pengundi kaum Melayu, Melanau, Dayak, Orang Ulu, Bidayuh dan etnik Bumiputera lain.

Itu hanya analisa untuk menegakkan kehebatan DAP. Pada persepsi orang Melayu dan Bumiputera mudah DAP mahu lebih kuasa, DAP mahu menghancurkan penyatuan kuasa Melayu, kuasa Islam. DAP mahu jadi Perdana Menteri, DAP mahu jadi Menteri Besar, DAP mahu jadi Ketua Menteri dan kenapa tidak DAP mahu jadi Raja Malaysia!

DAP perlu ingat DS Najib dan Tun Mahathir hanya boleh beri dua undi sahaja pada PRU 13 namun 67% orang Melayu dan Bumiputera boleh bagi majoriti undi!

Politik Malaysia Akan Menuju Kehancuran Masa Untuk Tentera Bersedia Mengambilalih!


Politik Malaysia sudah hancur. Tidak ada rasionaliti lagi. Orang bijak pandai dengan Phd tidak dapat mempengaruhi rakyat kepada politik rasional. Orang yang bijak pandai pun terpengaruh. Ulamak pun tidak boleh memperbetul keadaan.

Formula Perikatan/BN yang menekankan perkongsian kuasa sudah tidak diyakini oleh kaum-kaum tertentu. Isu rasis dan agama menjadi keutamaan. Pola PRU 13 akan menjurus kepada dua ekstrem:
  • Majoriti Cina sokong DAP.
  • Majoriti Melayu dan Bumiputera sokong UMNO/parti Bumiputera.
  • Pengundi India mungkin 60-40, 50-50 atau undecisive.
Orang atas pagar bagaimana rasional pun akan memilih bangsanya! Ini menambah lagi jurang pola.

Dari segi jangka panjang ini tidak bagus untuk negara. Sistem persekolahan Malaysia yang vernakular merumitkan lagi masalah.

Malaysia amat bahaya kalau kerajaan tidak dapat majoriti mudah bila keadaan "stalemate". Jika pengundi Melayu dan Bumiputera bersatu hati senang kita boleh lihat kumpulan majoriti kaum Melayu Bumiputera plus kaum India dan minoriti Cina.

Kalau kaum Melayu Bumiputera dan India berpecah 50-50 maka apa yang WZWH ramalkan kerajaan "stalemate" akan menjadi kenyataan. Silap jika tidak dapat dikawal rusuhan kaum pasti meletus.

Rakyat mahu pemimpin negara yang ada sedikit elemen diktaktor, ada sedikit elemen Nicollo Machiavelli, ada sedikit elemen Friedrich Nietzsche dan Shih Huang Ti serta politik tegas Muawiyah.

Kepimpinan strategi 'Mr. Nice Guy", "Mr Compromise", "Mr Pleasing" sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Ada kaum yang tidak menghargainya.

Jika mahu deal dengan kaum ini maka kita perlu pemimpin yang ada elemen-elemen seperti yang WZWH gambarkan.

Akhir sekali jika politik Malaysia akan menuju kehancuran maka masa untuk tentera bersedia mengambil alih. Tentera ini bertuankan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Malaysia masih ada penyelamat terakhir.

Friday, April 22, 2011

Susah-Susah Sangat Tok Nan, Pindah Aje Loji Lynas Ke Jerantut!


Pelaburan besar Australia bina loji pemprosesan "rare earth"-thorium (bumi nadir) RM1.3 bilion di Gebeng, Kuantan telah dieksploitasi oleh pembangkang.

Banyak demonstrasi dan pungutan tandatangan rakyat Kuantan dipungut oleh gerakan PKR dan DAP mempengaruhi rakyat menentang projek Lynas ini.

Projek "rare earth" ini tidak merbahaya kerana thorium adalah galian masa depan. Dalam jadual kimia logam ini nombor 90. Logam ini bereaksi chemical reaction bukan chain reaction. 

China, Australia dan Amerika Syarikat sedang bersaing membekalkan logam ini yang diperlukan dalam industri pembuatan barangan elektrik dan handphone moden. Jepun adalah penguna terbesar logam thorium ini.

Pakar mineralogi antarabangsa, Lembaga Atom Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat telah mengesahkan bahawa loji ini selamat. Ada prosedur standard langkah-langkah keselamatan bagi memproses sisa bahan thorium ini.

Laporan New York Times memperbesarkan isu loji pemprosesan thorium di Gebeng ini sengaja dirancang untuk menghalang pelaburan di Kuantan. Bila loji Gebeng ini beroperasi sepenuhnya Malaysia akan menguasai 1/3 pasaran thorium dunia.

Pembangkang tidak mahu kerajaan BN dapat nama kerana membangunkan Kuantan. Pembangkang hanya mahu orang Kuantan kenyang makan keropok lekur dan ikan masin sahaja.

Kejadian bencana gempabumi dan tsunami yang merosakkan loji tenaga nuklear Fukuyama, Jepun, telah digunakan gambarannya oleh pembangkang untuk dieksploitasi sebaik mungkin menakutkan orang Kuantan.

Projek Gebeng ini boleh membekalkan lebih 5000 pekerja. Anak muda-muda Kuantan mahu kerja. Bolehkah pembangkang menyediakan pekerjaan kepada anak-anak muda Kuantan?

Jika tentangan dari rakyat Kuantan betul-betul mahu tutup loji pemprosesan thorium Gebeng ini, susah-susah sangat MB Pahang pindah saja loji Lynas ini ke Jerantut. 

Orang Jerantut mudah. Mereka lebih teknologi savvy dari orang Kuantan. Tiada masalah dengan orang UMNO Jerantut, bila YBM Tengku Azlan setuju, semua orang UMNO setuju.

Pindahkan loji thorium ini ke Jerantut.

Thursday, April 21, 2011

Berapa Besar Undi Cina? Orang Cina Akan Kerugian Akhirnya!


PRN Sarawak telah selesai. Majoriti tidak undi Pakatan Rakyat. Apa akan terjadi pada DUN yang dimenangi DAP dan PKR? Sarawak boleh membangun tanpa mereka.

Perhati betul-betul kepada siapa yang undi DAP dan PKR. Agenda mereka bukan untuk servis rakyat. Mereka tidak memperjuangkan kepentingan rakyat.

Apa orang Cina dapat dari ucapan politik DAP membakar api perkauman menentang Melanau dan Bumiputera Sarawak? Yang paling rugi pada PRN Sarawak ialah orang Cina. Mereka memenangkan DAP, memberikan kelebihan kepada DAP di DUN tapi mereka hilang sokongan dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak. Tidakkah mereka di dalam kerugian?

Berapa besar undi Cina sebenarnya? Tidaklah besar sangat. Mereka orang Cina yang mengundi DAP gagal menyedari dalam politik anda bergerak dalam kumpulan besar. Tiada guna anda bergerak ke kiri tapi majoriti kumpulan bergerak ke kanan!

Orang Cina bukanlah majoriti di Malaysia. Data terkini menunjukkan populasi Cina hanyalah 25%. Lain-lain bangsa seperti Melayu, India, Melanau, Iban, Kadazan membenarkan orang Cina makmur dalan negara ini. Orang Cina dibenarkan bersekolah berpendidikan Cina dan suratkhabar Cina. Orang Cina dibenarkan berpolitik kumpulan mewakili kaum Cina.

BN tidak minta orang Cina undi UMNO. Anda undilah wakil Cina anda dalam BN seperti MCA, Gerakan, SUPP. Pemimpin-pemimpin ini telah belajar dari kesilapan dan pengalaman PRU 2008. UMNO sangat murah hati untuk berkongsi kuasa dengan lain bangsa sehinggakan orang Cina boleh nampak bahawa kemakmuran yang mereka miliki mengawal 80% ekonomi Malaysia.

Mari kita lihat adakah lebih beruntung jika undi orang Cina tidak mengundi BN dan mengundi DAP yang boleh mengurus Pulau Pinang sebab mereka tiada wang. Kepada pengundi Cina, apa yang DAP telah servis di DUN anda? Bersikap realistiklah. Tanpa sokongan Kerajaan Pusat, DAP tidak mampu dan boleh buat apa-apa. Tidak cukup orang Cina jika dikumpulkan di seluruh Malaysia untuk mengambilalih kerajaan pusat. Orang Cina perlukan undi orang Melayu dan orang India dari PKR dan PAS untuk mencapai kejayaan menjatuhkan Kerajaan Pusat. Keputusan PRN Sarawak menunjukkan lain-lain kaum di Sarawak menyedari kebodohan PKR. DAP tidak boleh berbuat apa-apa jika PKR dan PAS hilang pengaruhnya.

Gelagat politik Anwar Ibrahim telah menyedarkan orang Melayu dan Bumiputera tentang lakonan wayang opera Cinanya. Orang India telah sedar dari awal Anwar Ibrahim hanya pandai memutarkan kata-kata seperti NATO-No Action Talk Only.

Berapa besar undi orang Cina? Lihat analisis ini...

Malaysia's  States Seat 
Party %State
UMNO41.00%
MCA+Gerakan6.50%
MIC1.00%
Sabah / Sarawak15.00%
DAP15.00%
PAS14.00%
PKR7.00%
Independent0.50%



Jika kita lihat sedalamnya analisis di atas, ini ialah keputusan DUN PRU 2008 dan PRN Sarawak yang terbaru.

UMNO masih berkuasa mengawal 41% DUN dalam Malaysia. Kerusi DUN ini membentuk penguasaan UMNO dalam parlimen dimana kerusi parlimen biasanya ada lebih dari satu DUN.

Orang Cina kesemuanya jika mereka diwakili DAP hanya ada 15% kawalan dari semua DUN di Malaysia. Tanpa sokongan PKR dan PAS, undi DAP tidak beri apa-apa makna. Adalah satu kesilapan besar bergantung kepada PKR dan PAS setelah sokongan PAS dan PKR dikalangan orang Melayu dan India semakin merudum bila pendedahan gelagat politik dan peribadi Anwar Ibrahim susah untuk diurus.

MCA dan Gerakan sebaliknya dapat sokongan dari Kerajaan Pusat. Kedua parti telah kalah besar pada PRU 2008 tidak dapat sokongan komuniti Cina namun MCA, Gerakan dan parti Cina lain di Sabah dan Sarawak boleh "deliver" kepada orang Cina. Orang Cina memerlukan sokongan dari Kerajaan Pusat untuk bergerak lebih maju. Tidak ada gunanya memberi 15% undi anda kepada DAP jika PKR dan PAS tidak boleh diharap. Orang Melayu dan orang India telah sedar permainan drama Anwar Ibrahim. Malah PAS sudah mula menggeletar!

Jika UMNO bersatu dengan PAS, ini boleh memberi kehancuran kepada pengundi Cina. Kesemua suara orang Cina hanyalah 21.5% (MCA + Gerakan + DAP) dalam kerusi DUN dengan 15% DAP dan baki 6.5% dikongsi MCA dan Gerakan.

Apa guna dan faedah beri 15% kerusi DUN kepada DAP? Tiada berbaloi. Malah di Pulau Pinang di mana DAP memerintah, DAP tidak buat apa-apa. DAP tidak mampu mengecat dan membaikpulih beberapa flat di Pulau Pinang. Bagaimana mengharapkan sumbangan DAP ke seluruh Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman seperti di Ulu Tembeling, Jerantut. Ini ialah realiti yang orang Cina perlu sedar.

Bila berlaku rusuhan kaum di Malaysia, orang Cina akan kerugian lebih besar. Berfikirlah dengan waras Jangan mencipta bencana dalam komuniti Cina anda dengan berkonfrantasi menidakkan sokongan kepada MCA, Gerakan dan SUPP. Tidak cukup banyak orang Cina, Melayu dan India dalam Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan UMNO yang merupakan tunjang kuasa dalam BN.

Rakyat telah menyampaikan mesej dalam PRU 2008. BN telah belajar dari kesilapan masa lalu dan juga UMNO telah belajar dari kesilapan yang menyumbang kepada prestasi buruk PRU 2008. UMNO memaksa Presidennya supaya meletak jawatan dan telah memperbaiki parti. MCA juga memperbaiki parti. Gerakan juga mahu berubah ke arah penambahbaikan dengan pelan baru. MIC sudah punya Presiden baru yang mahu dan boleh bekerjasama dengan semua pihak.

BN ada segala-galanya walaupun tidak sempurna untuk menawarkan rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat tiada apa mahu ditawarkan. DAP akan mencipta dan menyuburkan ketegangan kaum seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang. PKR berjuang untuk mengambilalih Putrajaya hanya untuk membebaskan Anwar ibrahim dari tohmahan dan tuduhan-tuduhan civil ke atas beliau. Anwar menjadikan kita rakyat Malaysia sebagai alat politik semata-mata tidak lebih dari itu. PAS tidak boleh mentadbir dan mengurus Kelantan sebaiknya walaupun sudah 20 tahun berkuasa. Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk ditawar kepada rakyat Malaysia.

Perbandingan keseluruhan antara BN dan PR di DUN seluruh Malaysia.

Malaysia's  States Seat 
BN63.50%
PR36.00%
Independent0.50%


Berapa besar undi Cina? hanya 21.5%....orang Cina kena banyak berfikir ke mana hendak tunjuk kuasa mereka 21.5%. Orang Cina akan mendapat kebaikan dan faedah jika mereka undi BN. Dengan Sarawak dibawah BN, PRU 13 akan datang tentu kemenangan yang pasti kepada BN. Persoalannya sekarang SIAPA akan kerugian lebih besar dalam PRU 13? 21.5% undi Cina boleh mengubah kerugian besar itu. Masih kesemua orang Cina melabur 25.5% undi mereka kepada DAP, mereka orang Cina tetap akan rugi.

Peribahasa Melayu mengatakan....Menang jadi arang, kalah jadi abu! Nombor 13 ialah nombor sial bagi orang Cina.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024