Semalam satu perjumpaan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak bersama barisan saf kepimpinan 'hardcore' DUN Tahan termasuk Ketua Cawangan dan Tok Empat di Pejabat DUN Tahan, bandar lama Jerantut dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 pm.
Ini adalah perjumpaan ADUN Tahan bagi merapatkan saf kepimpinan meluahkan visi dan perasaan YB ADUN Tahan.
Sekarang musim mesyuarat UMNO cawangan sudah bermula. UMNO Bahagian Jerantut telah mengarahkan cawangan-cawangannya bermesyuarat sejak hari Sabtu lepas. ADUN Tahan mengadakan perjumpaan tertutup ini kerana terdapat isu panas berbangkit ekoran mesyuarat dua UMNO cawangan dalam DUN Tahan.
UMNO cawangan Kuala Tahan dan Kampung Padang yang bersidang pada Sabtu lepas telah mengusulkan undi tidak percaya kepada ADUN Tahan! Ini yang mengemparkan dan memeranjatkan YB Dato' Wan Amizan.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN Tahan ada cawangan UMNO berani buat usul macam ini. YB Dato' Wan Amizan yang banyak membawa pembangunan secara drastik di DUN Tahan pun tidak boleh memenuhi kehendak cawangan UMNO. Bayangkan kalau orang lain menjadi wakil rakyat DUN Tahan sudah tentu orang itu akan terjun sungai!
WZWH telah nyatakan beberapa posting tentang psikologi orang Tembeling. Mereka mahu dan suka bermanja dengan wakil rakyat mereka terutama dari anak tempatan. Jika mereka tidak puas hati kerana kehendak mereka tidak tercapai mereka akan maki kepada wakil rakyat itu. Maka mereka buat usul undi tidak percaya.
WZWH difahamkan kedua Ketua Cawangan UMNO Kuala Tahan dan Kampung Padang itu pada mulanya tidak bersetuju dengan usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan tetapi oleh kerana desakan orang muda dan orang kampung maka Ketua Cawangan terpaksa mengalah. Jika tidak dengan Ketua Cawangan sekali kena terjah. Mungkin ini cara dan bahasa orang Tembeling muda baru.
WZWH hendak gelak projek yang beratus juta masuk mencurah di DUN Tahan dan banyak projek-projek besar mahu dirancang di DUN Tahan alih-alih ada beberapa cawangan mahu buang YB Dato' Wan Amizan. Mungkin orang Tembeling sudah gila tidak boleh berfikir dengan waras.
Pada WZWH ini adalah masalah dalaman kecil yang perlu diselesaikan. Apa sebenarnya psikologi politik orang UMNO cawangan Kuala Tahan dan Kampung Padang. Apa isu yang berkobar diakarumbi itu perlu diketahui.
Isunya begini orang kampung mahu tanah. Kuala Tahan ialah kawasan resort dan Taman Negara bertaraf dunia dikenali. Sudah tentu tanah terhad. Ada banyak tanah sudah direzabkan kerajaan bagi tujuan pembangunan kini dan yang akan datang.
Seorang Tok Empat telah mengumpul orang kampung bagi meminta tanah dan sejumlah wang telah diberi. Bila orang kampung tanya Tok Empat itu jawab semua permohonan tanah tidak dapat kelulusan. Tok Empat itu kata ADUN Tahan tidak meluluskan. Tok Empat itu memfitnah ADUN Tahan tahan tanah itu bagi tujuan peribadi.
Tok Empat itu menambah lagi bahawa jawatan Tok Empatnya telah ditamatkan perkhidmatan. Maka mengamuklah orang muda dan orang kampung. Sangat mudah memahami kenapa usul undi tidak percaya kepada ADUN Tahan berlaku secara spontan. Ini adalah ledakan emosi orang Tembeling.
Spekulasi mengatakan bahawa Tok Empat itu sebelum menghasut orang kampung telah merujuk kepada seorang ADUN lain di Jerantut. WZWH tidak mahu mempercayai spekulasi ini tanpa bukti kerana jika benar spekulasi ini maka isu ini akan berpanjangan ke DUN lain di Jerantut. Nanti dibimbangi ada pula usul undi tidak percaya kepada ADUN lain itu atau mungkin usul undi tidak percaya kepada ahli parlimen. Panjang ceritanya.
Setelah WZWH semak di Pejabat Tanah Jerantut rupanya Tok Empat itu tidak pernah menghantar permohonan tanah orang kampung ke Pejabat Tanah Jerantut. Kalau tidak hantar permohonan tanah bagaimana JKPT mahu meluluskan. Gila kalau ADUN Tahan tidak mahu meluluskan permohonan tanah orang kampung dalam DUNnya!
Dakwaan bahawa ADUN Tahan ada banyak tanah di DUN Tahan itu adalah fitnah dan tidak benar ADUN Tahan minta tanah untuk peribadinya. Tidak ada nama YB Dato' Wan Amizan dalam tanah di DUN Tahan dalam search yang WZWH buat. Tok Empat ini perlu minta maaf kepada YB Dato' Wan Amizan.
Selepas usul tergempar undi tidak percaya itu, semalam YB Dato' Wan Amizan mengadakan perjunpaan dengan JKKK Kuala Tahan. ADUN Tahan mahu tahu tanah mana yang diminta oleh orang kampung. ADUN Tahan mahu jumpa MB dan PM.
Nampaknya ADUN Tahan yang suka berfikir projek-projek besar di awanan untuk dibawa ke DUNnya telah mula bertindak di atas tanah memastikan permohonan tanah dari orang kampung yang nampak simple tapi penuh bermakna. Ada baik juga usul tergempar itu boleh selesaikan masalah orang kampung kalau tidak boleh selesaikan sepenuhnya sekurang-kurangnya orang kampung gembira YBnya mahu bawa hal mereka kepada MB.