Monday, May 30, 2016

Bila Pemimpin MCA, MIC, GERAKAN, SUPP SMOKE Shisha Shaabi VOTE 355




Puaka Sungai Kembir Dan Saka Penyelam Ikan Paling Lama Dalam Dunia (Unofficial)

Posting ini WZWH cuba bicara cerita mistik atau paranormal yang berlaku di kampung pedalaman Ulu Tembeling. Of course mungkin ramai pembaca yang tidak percaya tetapi ini cerita betul yang WZWH dapat cerita ini first hand dari sumber yang pertama.

















Cerita Pertama: Puaka Sungai Kembir

Kejadian berlaku pada bulan Dec 1983. Dua orang lelaki penduduk Kg Mat Daling yang pergi ke hutan mencari kayu gaharu hingga ke Ulu Sg Kembir. Dua orang ini mahu kembali ke kampung tapi setiap kali mencuba tetap berjumpa pada tempat yang sama. Bererti mereka hanya mengelilingi lokasi yang sama. Mereka sesat selama 2 minggu. Dengan makan daun-daun dan umbut mereka survive hingga pakaian mereka mereput. Mereka jadi bingung dan takut kerena sepanjang malam selama 2 minggu ada sesuatu yang menemani mereka, memandang kepada mereka dari jauh seolah-olah memberi mesej jangan lari dari situ.

Oleh kerana sudah 2 minggu masih lagi tidak dijumpai dua orang lelaki itu setelah anggota keselamatan, polis, askar, rela, orang kampung semua mencari tapi tidak juga jumpa. kelauarga telah pun buat kenduri arwah bagi kedua lelaki yang sesat di hutan itu.




Seorang dari mangsa itu bercerita kepada WZWH, " Lembaga itu tinggi, berbulu dan bermata merah menyala tepat memandang kepada mereka berdua. Kedua lelaki itu berasa sangat takut dan tidur dibawah akar kayu. Hampir setiap malam lembaga itu akan muncul.

Akhirnya kedua lelaki itu dapat juga jalan keluar merempuh hutan tebal, semak dan belukar. Keadaan mereka berdua begitu teruk sekali dengan kedua mata masing-masing cengkung ke dalam. Akhirnya mereka berdua terjumpa kongsi balak dan tukang masak kongsi balak itu seorang nyonya perempuan Cina telah menyediakan makanan untuk mereka.

Ini bukti pembalakan sudah berlaku pada tahun 1983 di hutan berdekatan Hulu Sg Kembir.

Kedua orang lelaki itu selamat tiba dikampung dan keluarga masing-masing dan sanak saudara gembira dalam tangisan.

WZWH diberitahu memang puaka Sungai Kembir itu wujud. Lembaga itu tidak bercakap bila berjumpa manusia. 




Ironinya pada bulan Dec 1983, WZWH ada di Kg Mat Daling bercuti selepas exam SRP. WZWH ada di Sg Kembir itu kerana pemandangan di Sg Kembir sangat indah dan cantik seperti foto di  atas. Tetapi tidaklah WZWH mudik hingga Hulu Sg Kembir. 

WZWH diberitahu oleh orang-orang tua bahawa di Sg Kembir dulu ada kegiatan perlombongan emas secara tradisional oleh orang Melayu dulu-dulu.


















Cerita Kedua: Saka Penyelam Ikan paling lama dalam dunia (Unofficial)

Cerita ini diceritakan oleh seorang Penghulu di Ulu Tembeling kepada WZWH tentang pengalaman yang menakutkan bila beliau menemani kawan pergi mencari ikan (menyelam ikan) pada waktu malam di Kg Kuala Sat.

Kawan beliau adalah orang Ulu Tembeling. Cerita orang Ulu Tembeling boleh menyelam lama bukanlah satu benda yang pelik bagi WZWH kerana  sejak kecil lagi WZWH tahu orang Ulu Tembeling boleh menyelam hingga 3 atau 4 jam.

Terlalu lama boleh menjadi penyelam paling lama dalam dunia tetapi ada sesuatu yang misteri.

Ini yang Penghulu itu cerita , menakutkan , tidak mahu ikut lagi kawannya itu mencari ikan di Sg Tembeling.



















Berperahu, Penghulu tunggu di perahu, kawan penghulu sudah terjun sungai menyelam. Lama 3 hingga 4 jam. Timbul pun hanya ganti bateri lampu dan kembali terjun menyelam.

Penghulu menunggu di dalam sampan. Hari sudah jauh malam, malam makin gelap gulita. Tiba-tiba menjelma sesosok tubuk orang tua depan Penghulu dalam perahu.

Siapakah gerangan orang tua yang tidak diundang itu. Orang tua lelaki itu samar-samar wajahnya dalam malam pekat kegelapan. Orang tua itu memandang Penghulu.

Penghulu sudah mahu terkencing dalam seluar. Penghulu tidak sanggup memandang kepada orang tua itu.

Yang buat WZWH pelik dan hairan orang tua itu bercakap," Saya dulu jaga ayah pada budak ini (kawan Penghulu). Sekarang  saya  jaga  budak ini."

Penghulu diam membisu. Penghulu tidak faham apa maksud orang tua itu.

Untuk membuat Penghulu sedikit berani terus menghulurkan rokok Surya kepada orang tua itu. Tapi tiada respon dari orang tua itu.

Lama kelamaan orang tua itu hilang dari pandangan Penghulu.

Sebaik sahaja kawan Penghulu itu timbul dengan membawa banyak ikan . Kedua mereka pun terus mendayung sampan ke tebing sungai. Penghulu tidak bercakap sepatah pun.

Esok hari Penghulu telah bercakap kepada seorang kawan yang lain tentang pengalaman menakutkan malam semalam. Kawan itu cakap," Saya pun dah terkena juga!"

Dia bawa Penghulu teman dia pergi cari ikan malam itu sebab dia tahu Penghulu kuat jiwa dan berani".

Sunday, May 29, 2016

Hikayat Ratu Saba, Khadam Kurap Dan Batara Matab



Ini ceritera hikayat yang tidak diketahui siapa pengarangnya. Tidak juga diketahui bila zamannya.

Ada pun ada baik juga diperdengarkan supaya anak cucu tahu natijah pengajaran cerita hikayat ini yang ada kaitan dengan Negeri Inderapura.

Mengikut yang empunya ceritera ada pun seorang bayi perempuan yang comel dilahirkan pada hari malam Jumaat lalu suka sangat keluarganya hingga diberi nama Ratu Saba.

Ratu Saba ini bila besar suka kepada kemewahan dan kemasyuran. Maka berkahwinlah Ratu Saba dengan Orang Kaya-Kaya tidak mengapa walau jadi isteri yang ke berapa.

Ratu Saba suka kepada keindahan kehijauan Alam Buana maka dipilihnya satu negeri yang besar dan luas Alam Buananya. 

Dulu-dulu negeri itu dipanggil orang Negeri Inderapura. Negeri tempat tinggal para dewa-dewa.

Lalu diberi tempat di satu daerah Rau. Tempat itu diperelok tempat tinggal maka sukalah sakai-sakai daerah Rau melawat Ratu Saba.

Ratu Saba sangat gumbira. Bertambah lagi kemahuan Ratu Saba. Maka dapat lagi tempat yang juga sama cantik seperti di daerah Rau iaitu di daerah Ben. Barangkali sakai-sakai daerah Ben pun mahu tempat itu menjadi tumpuan orang, apa lagi Tok Batin daerah Ben pun setuju.

Ratu Saba jadi semakin tamak. Ratu Saba mahu lagi satu tempat yang di kata orang Inderapura tempat paling mistik dan indah kehijauan Alam Buana.

Ada pun tempat itu duduknya lagenda Sang Kelembai dan Naga Bersisik Emas Inderapura. Bukan senang mahu memiliki tempat itu.

Takut nanti disumpah Sang Kelembai menjadi batu atau disembur api oleh Naga Bersisik Emas.




Ratu Saba tidak peduli. Kalau tidak dapat tempat mistik itu kalau boleh tempat di daerah paling selatan Inderapura sudah kira boleh memuaskan hawa nafsu ketamakan Ratu Saba.

Nasib barangkali baik kerana di daerah Tem ada seorang bernama Khadam Kurap yang boleh membantu mencapai cita-cita Ratu Saba. 

Dipanggil oleh Ratu Saba akan si Khadam Kurap itu menjelaskan maksudnya mencapai cita-cita.

Khadam Kurap meyakinkan Ratu Saba bahawa perancangan itu boleh dilaksana tetapi dengan syarat. Mesti minta bantuan Batara Matab.

Hanya Batara Matab boleh meyakinkan semua sakai-sakai hingga kepada Tok Batin Besar Inderapura bahawa Ratu Saba lah sosok tokoh Alam Buana Negeri Inderapura.

Pada zaman itu menjadi sosok tokoh Alam Buana sangatlah beruntung kerana ramai saudagar-saudagar suka memberi harta benda kepada sosok tokoh Alam Buana.

Maka Batara Matab, Khadam Kurap dan Ratu Saba pun bermesyuaratlah seadanya 3 hari 3 malam bagaimana mahu memberi malu kepada Sang kelembai dan Naga Bersisip Emas yang berdiam di tempat paling mistik dan indah itu.

Maka tersebarlah berita ke seluruh Negeri Inderapura bahawa Sang Kelembai sudah mencabut semua pokok perah dan kering segala air sungai kerana habis diminum oleh Naga Bersisip Emas.




Lalu menjadi perbualan di seluruh negeri-negeri jiran.

Tersangat mashurlah Ratu Saba, dan banyak mendapat laba dari saudagar-saudagar dari negeri-negeri di sebelah Titiwangsa.

Berjayalah rancangan Ratu Saba, Khadam Kurap dan Batara Matab dan akhirnya dikurnia oleh Tok Batin Besar tempat paling penuh mistik dan indah di Negeri Inderapura.

Sang Kelembai menghilangkan diri lari ke puncak Gunung memanggil awan-awan.

Naga Bersisip Emas akhirnya melimpahi air di sungai-sungai di Negeri Inderapura.

Saturday, May 28, 2016

Kenapa Kerajaan Pahang Buka Ladang Getah Dan Kelapa Sawit 60,000 Ekar Di Ulu Tembeling?




















WZWH adalah blogger yang cintakan kehijauan hutan flora dan fauna. Kalau ikut hati WZWH mahu saja semua hutan dan pokok balak di Lembah Tembeling tidak ditebang walau sabatang pokok demi menjaga alam sekitar yang tidak ternilai bagi warisan generasi akan datang.

WZWH mahu ikut Negara Bhutan menjaga hutan flora dan fauna bagi Gross National Happiness. WZWH mahu Kerajaan Pahang charge Kerajaan Pusat kerana membekalkan oksigen yang fresh ke seluruh Semenanjung.

Sebab itu WZWH lebih senang bekerjasama dengan NGO Alam Sekitar SASET Temenggong Initiatives yang mahu menanam 1,000,000 pokok balak dalam masa 10 tahun akan datang. 





















Dulu Negeri Pahang penuh hutan lebat macam di atas. Banyak binatang buas. Tidak ramai penduduk sebab hutan lebat sangat dan binatang buas suka makan orang dan memusnahkan tanaman. 

Pembesar-pembesar diberi kawasan dan dititah oleh Raja mengutip cukai terutama hasil hutan seperti kayu gaharu, kayu damar, minyak kuin, getah perca, sarang burung, dll  selain cukai tanaman padi dan kerbau, kambing, ayam.

Segala hasil mahsul ini dipersembahkan kepada Raja sebahagiannya. Sebagiannya diguna oleh pembesar-pembesar bagi kegiatan politik dan kepentingan penduduk di kawasan.

Oleh kerana ramai Orang Asli mengadu kepada pembesar-pembesar letih naik gunung turun bukit berenang di tasik dan sungai mencari hasil mahsul hutan, dihisap pacat dan lintah, diketik tebuan dan penyengat maka tidakkah ada satu cara hasil ekonomi yang lebih tetap kedudukannya.

Maka pembesar-pembesar mendapat idea iaitu perladangan adalah bentuk ekonomi baru yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan.




















Dipendekkan cerita, pada zaman moden ini, Kerajaan Pahang melalui GLC buka ladang getah dan kelapa sawit di mana tanah-tanah kerajaan yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Sebab itu Kerajaan Pahang buka ladang getah dan kelapa sawit 60,000 ekar di Ulu Tembeling melalui Felcra, Yayasan Pahang dan PKNP bagi kepentingan Kerajaan Negeri Pahang dan memberi manfaat kepada rakyat Pahang terutama penduduk di Ulu Tembeling.

Dengan adanya ladang yang seluas 60,000 ekar dan akan dibuka lagi beratus ribu ekar lagi akan memerlukan beberapa fasiliti bukan sahaja kepada ladang malah kepada penduduk.

Projek perumahan penduduk Ulu Tembeling dibawah Projek Agropolitan Felcra memberi peluang kepada penduduk Ulu Tembeling memiliki rumah dan pulangan dalam bentuk saham.

Keuntungan Ladang Yayasan Pahang sebanyak 30% dalam bentuk dividen dipulang kepada penduduk Ulu Tembeling.

PKNP akan menjalankan aktiviti CSR bagi kepentingan penduduk setempat.

Projek ladang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk Ulu Tembeling.

Projek Jalanraya Ulu Tembeling-Terengganu yang menelan kos RM1.1 bilion bila siap sepenuhnya akan lebih menghubungkan bandar Jerantut melalui Ulu Tembeling ke Dungun hingga Kuala Terengganu.

Kemudahan jalinan jalanraya ini akan memudahkan industri perladangan dan lebih cepat memangkinkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Tapi sebelum siap sepenuhnya semua ladang itu maka ini lah foto-foto kerja tanah dalam proses pembikinan seperti dibawah:




Ini proses biasa buat ladang, tiada ada yang luar biasa inilah amalan sektor perladangan di seluruh dunia.




Sungai Tembeling surut, kurang air nampak pasir sebab musim teruk El Nino. Nanti bila berakhir musim El Nino, hujan akan turun seperti biasa dan bila masa hujan akan turun lebat, paras air Sungai Tembeling akan meningkat menghilir ke Sungai Pahang.

Perhatikan background foto di atas ada banyak lagi beratus ribu hektar hutan tetap terpelihara tidak diusik oleh Kerajaan Negeri Pahang. Hanya Kerajaan Pahang satu-satunya kerajaan yang paling banyak mengekalkan kawasan hutan di Malaysia.




Bila ada pemandangan foto macam ini jangan panik. Balak adalah hasil hutan bagi hasil mahsul Kerajaan Negeri Pahang. Bila buka projek jalan dan ladang mestilah pokok-pokok balak ditebang maka itu bagi kepentingan ekonomi Kerajaan Negeri Pahang.

Selepas ditebang maka anak-anak pokok balak akan ditanam semula ditempat hutan ditebang balak itu.

WZWH ingin mengingatkan kepada NGO Alam Sekitar terutama di Pahang iaitu PEKA perlu faham kenapa Kerajaan Pahang buka ladang dan janganlah membangkitkan emosi rakyat dengan sentimen foto-foto kerja-kerja tanah ladang dan projek jalan tanpa menjelaskan cerita yang sebenar.

Kerajaan Pahang serious membangunkan ekonomi penduduk pedalaman dengan berbagai macam projek-projek. Selepas ladang dan jalanraya itu siap sepenuhnya nanti maka kerja-kerja reforestation dan maintenance hutan, bukit dan sungai itu akan Kerajaan Pahang melalui kerjasama dengan Kerajaan Pusat, dengan pihak swasta akan memulihara semula alam sekitar.

Janganlah NGO Alam Sekitar ini oleh kerana terlalu excited dan teruja telah tanpa disedari menghasut rakyat membenci pemimpin dan pemerintah dan yang paling malang sekali oleh kerana berita dan cerita mengenai Taman Negara dan Ulu Tembeling yang tidak tepat boleh mengundang padah bila ramai pelancong sudah tidak berminat lagi mengunjungi Taman Negara dan kawasan sekitar.

Ini boleh membuatkan industri pelancongan menjadi pudar keranan tindakan dan gelagat NGO Alam Sekitar yang tanpa disedari telah sabotaj ekonomi penduduk tempatan.

Thursday, May 26, 2016

ADUN Tahan Bina 7 Masjid Baru Di Jerantut Dan Berpuluh Masjid lagi Sedang Diusahakan.




ADUN Tahan bekerja kuat mencari peruntukan membina 7 masjid dan berpuluh masjid lagi di Jerantut. Bukan sahaja di kawasan DUN Tahan tapi meliputi seluruh parlimen Jerantut. 




ADUN Tahan percaya ahli politik yang bina banyak masjid untuk umat Islam beroleh banyak pahala dan mudah masuk syurga.

ADUN Tahan @ DS Hj Wan Amizan bin Hj Wan Abdul Razak adalah seorang ADUN yang begitu popular di Pahang kerana kerja kuat berusaha mencari peruntukan membina kemajuan seperti pembinaan jalaraya.

Kebanyakan projek-projek jalanraya berprofile tinggi di Pahang samada yang telah dilaksanakan dan bakal dibina adalah atas usaha kerja kuat beliau.

Walaupun beliau hanya seorang ADUN biasa tapi kekuatan will power dan political will beliau menyamai kekuatan 3 orang Menteri Besar.

Beliau juga pengerak membawa pelaburan ke Pahang dengan beberapa projek mega dengan usahasama Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pahang dan Pelabur dari luar negara bagi memajukan Negeri Pahang.

ADUN Tahan juga tokoh membina Ladang Getah dan kelapa Sawit yang hampir keluasan 160,000 ekar dengan kerjasama GLC dan Syarikat Anak Negeri Pahang.

Sebab itu bila NGO Alam Sekitar bising kerana beberapa isu maka ADUN Tahan bertanggungjawab sepenuhnya di Negeri Pahang ini. 

MB Pahang dan EXCO Pahang boleh lepas tanggungjawab sebab tidak terlibat dan tidak ada kuasa!

Sekarang ini satu lagi kegilaan hobi ADUN Tahan membina masjid baru.

ADUN Tahan bina 7 masjid baru di Jerantut dan berpuluh masjid lagi sedang diusahakan.

Beliau bukan sahaja membina masjid baru di kawasan DUN Tahan malah membina di seluruh parlimen Jerantut.

Antaranya:

  • Masjid Baru Felda Padang Piol RM5.5 juta
  • Masjid Baru Kg Som Jalan Benta RM1.5 juta
  • Masjid Baru Kg Ulu Cheka RM3.5 juta
  • Masjid Baru Kg Kuala Sat RM1.7 juta
  • Masjid Baru Kg Kuala Teh RM1.3 juta
  • Masjid Baru Batu Embun Jaya RM 5 juta (tapak sedang dikenalpasti)
  • Masjid Baru Pelancongan Kuala Tahan RM12 juta (tapak sedang dikenalpasti)

Beliau mahu bina berpuluh masjid lagi di Jerantut. Itulah kepuasan beliau.

Beliau banyak menyumbang dan berjasa kepada kemajuan Negeri Pahang walau baru berkhidmat tidak sampai 2 penggal sebagai ADUN tapi jasa beliau menyamai hasil kerja 3 orang Menteri Besar.

Sunday, May 22, 2016

Tun Razak Pun Boleh Gagal Majukan Wilayah Jengka Dan Felda Jika Kerajaan Pahang Dengar NGO Alam Sekitar Komunis!




NGO Alam Sekitar Komunis mahu Kerajaan Negeri Pahang hentikan segala pembangunan terutama pembukaan ladang terutama tanaman Kelapa Sawit. NGO Alam Sekitar Komunis ini memang anti Kelapa Sawit.

NGO Alam Sekitar Komunis ini tidak mahu Kerajaan Negeri Pahang tebang hutan balak walaupun Jabatan Hutan Pahang memberi kebenaran atas sebab-sebab yang Kerajaan Negeri Pahang bersetuju sebagai hasil mahsul. Balak yang ditebang ditanam semula kecuali bagi sektor ladang yang telah diusahakan oleh anak-anak syarikat Negeri Pahang.

NGO Alam Sekitar Komunis ini menggunakan alasan penebangan balak di Pahang merupakan sebab utama Sungai Tembeling dan Sungai Pahang kering dan pergi lebih jauh mendakwa Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di ambang kematian! Walaupun ramai saintis dunia menyatakan fenomena El Nino adalah penyebab utama.

Sejarah hutan Pahang ditebang secara komersial sudah bermula lebih 50 tahun dulu. Ketika itu El Nino telah berlaku berpuluh kali baik sebelum 50 tahun dulu. Fenomena sungai kering dan cetek adalah perkara biasa semasa musim El Nino kerana hujan yang sepatutnya turun tidak turun.

Fenomena El Nino yang teruk melanda Malaysia direkodkan pada tahun 1982-1983, 1997-1998 dan terkini 2014-2016. Sejarah dunia ada rekod  fenomena El Nino yang begitu super atau mega pernah melanda di Peru ribuan tahun dulu.

Almarhum Tun Razak pun boleh gagal majukan Wilayah Jengka dan Felda jika Kerajaan Pahang mendengar dan melayan karenah NGO Alam Sekitar Komunis ini kalau ada NGO begini pada tahun 1960an.

Sudah tentu NGO Alam Sekitar Komunis ini akan menentang pembukaan hutan bagi tujuan perladangan Felda yang seluas beratus ribu hektar yang merupakan kawasan tadahan hujan belaka.

Sudah pasti NGO Alam Sekitar Komunis ini akan mendakwa sejak tahun 1960an lagi "Bencana Air Negara" sudah berlaku. Beribu-ribu anak sungai akan mati.

Felda hingga kini telah buka ladang Kelapa Sawit seluas 811,140 hektar di seluruh negara. 

Felda  adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. 

Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.

Almarhum Tun Razak bernasib baik kerana di zaman beliau tiada NGO Alam Sekitar Komunis begini yang pasti akan menghalang niat baik Almarhum Tun Razak membina ekonomi orang kampung miskin di luar bandar.

Sudah pasti bukan sahaja 50 kenderaan 4x4  NGO Alam Sekitar Komunis melakukan Expedisi atau Misi Menyelamatkan Kawasan Tadahan Air Negara mungkin beratus dan beribu kenderaan 4x4 NGO Alam Sekitar Komunis ini boleh kumpulkan.

Membawa beratus atau beribu aktivis, wartawan, pakar, ahli akedemik, cameraman, semua menghala kepada perbuatan Almarhum Tun Razak clear hutan demi perladangan Felda. 

Pasti Almarhum Tun Razak pun boleh gagal majukan Wilayah Jengka dan Felda sebab Kerajaan Negeri Pahang mendengar dan melayan kehendak dan karenah NGO Alam Sekitar Komunis.

Kita lihat sejarah apa Almarhum Tun Razak buat semasa awal penubuhan Felda...


Saturday, May 21, 2016

Bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang Nasihat, EXCO Pahang Kena Dengarlah...



Program Slide The City Kuantan




Logo Slide The City Kuantan iaitu Masjid Negeri Pahang Sultan Hj Ahmad Shah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Pahang. Orang kafir pergunakan gambar masjid negeri niat mahu hina Islam tak kan EXCO Pahang tidak sedar.


Institusi Agama Islam Pahang-JAIP dibawah Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) diPengerusi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Autoriti Agama Islam adalah diketuai oleh Tuanku Sultan Pahang. Sultan Pahang adalah Ketua Agama.

Di Negeri Pahang, YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang adalah EXCO yang bertanggungjawab menjaga hal Agama Islam.

Pahang adalah negeri tanah tumpah darah WZWH.

Bila isu Slide The City Kuantan menimbulkan kemarahan umat Islam Pahang ianya sama hebat dengan isu Sungai Tembeling kering kontang.

Bab hal agama ni WZWH mengaku WZWH bukanlah religiousman tapi WZWH cukup respect orang agamawan lebih-lebih lagi YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang DS Dr. Hj Abdul Rahman bin Hj Osman.

Pertama kali WZWH bersua secara live bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang di Masjid Kuala Tembeling sempena Majlis Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang berbuka puasa 4 tahun lepas. 

Ketika itu YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang memberi penerangan bahaya fahaman Syiah.

Jadi bila isu Slide The City Kuantan viral di alam maya, maka bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang memberi nasihat maka EXCO Pahang yang berkenaan kena dengarlah...

YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang itu adalah boleh dikira "Orang Tua Beta" selain dari YAB Perdana Menteri Orang Kaya Indera Shahbandar dan YAB Menteri Besar Pahang.

Bila YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang bersuara...itu adalah secara tersurat dan tersirat adalah juga pandangan dan kehendak KDYMM Tuanku Sultan Pahang atau KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Tak kan benda ini pun WZWH mahu mengingatkan kepada EXCO Pahang. Tidak Reti.

Surat Nasihat YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang kepada EXCO Pahang yang berkenaan:






WZWH sangat bersetuju dengan nasihat "Orang Tua Beta" YB Sahibul Sahimah Mufti Pahang berkenaan isu Slide The City Kuantan.

Kalau kita ikut nasihat dan pandangan Sahibul Sahimah Mufti Pahang, insyallah kita akan beroleh jalan yang lurus diberkati oleh Allah menuju kejayaan di Dunia dan di Akhirat.

Friday, May 20, 2016

Agenda Pemimpin Mahu Jadi MB Pahang, Deklarasi Haram Ulu Tembeling, NGO Alam Sekitar Komunis Dan Stupid Chief Editor



Isu-isunya mudah difahami:

Sungai Tembeling dan Sungai Pahang juga anak-anak sungai lain yang surut melampau, nampak pasirnya, pemandangan dari jauh seolah-olah sungai nampak kering dan kontang.

Ini kerana faktor El-Nino menyerang secara global. Banyak sungai-sungai di Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja menjadi kering kontang.

Penebangan balak di Ulu Tembeling oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Felcra, Yayasan Pahang dan PKNP bagi kegiatan ladang getah dan kelapa sawit yang dibenarkan oleh Jabatan Hutan Pahang.

Semuanya bagi kepentingan Kerajaan Negeri Pahang dan rakyatnya.

Jadi apa masalahnya?  Ada pertubuhan NGO Alam Sekitar kononnya oleh kerana terlalu peka menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang dengan alasan teknikal yang diputarbelitkan.

NGO Alam Sekitar yang mahu menjadi hero dan popular merasakan dirinya terlalu cerdik pandai sedangkan latar belakang tidak seberapa boleh memperkecilkan dan memperlekehkan kewibawaan Kerajaan Negeri Pahang.

Ini NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu menghasut rakyat Pahang membenci pemimpin dan Pemerintah Pahang.

Alasan teknikal yang tidak tepat. Itu bukan kawasan tadahan air yang digazetkan oleh Kerajaan Negeri Pahang tetapi kenapa mahu besarkan isu ini seolah-olah sudah jadi 'Bencana Air Negara.'

Maka dibuat Deklarasi Haram Ulu Tembeling yang tidak mengambil sebarang perwakilan dari rakyat tempatan tidak kira pemimpin atau rakyat biasa dari Ulu Tembeling.

Datang ke tempat orang tanpa memberi salam tanpa di undang dengan tidak menghormati pemimpin tempatan dan kepimpinan akar umbi dan terus memerhati selama 3 hari terus membuat kesimpulan deklarasi yang tidak matang, tidak wajar dan bersifat prejudis dan menghasut membodohkan Kerajaan Negeri Pahang!

Ini Deklarasi Haram Ulu Tembeling namanya!

Stupid Chief Editors yang sepatutnya berfikir mencari isu-isu yang lebih relevant dengan perkembangan politik negara dan berdaya maju akhirnya terperangkap dengan permainan dan agenda pemimpin yang mahu menjadi MB Pahang dan NGO Alam Sekitar Komunis.

WZWH mahu Stupid Chief Editors ini ditukarkan kerana sudah tidak boleh membantu demi kepentingan politik negara.

Ini semua adalah agenda seorang pemimpin politik yang mahu sangat beriya-riya mahu menjadi MB Pahang dengan kadar segera.

Oleh kerana pemimpin politik ini punya banyak kekurangan dari segi perlaksanaan idea dan projek kerana semua projek-projeknya gagal belaka maka pemimpin politik ini berasa "inferiority complex" lalu mencari NGO Alam Sekitar Komunis ini dan wartawan media massa arus perdana bagi melancarkan siri serangan ke kawasan DUN tokoh tertentu.

Apa tidak jealousnya, jika tokoh itu boleh bawa peruntukan-peruntukan yang diluluskan dan akan diluluskan sebanyak hampir RM3 bilion dan belum ambil kira beberapa projek mega yang mahu membangunkan Negeri Pahang ini sudah tentu tokoh ini adalah pesaing yang perlu dibunuh politiknya.

Nasihat WZWH yang ikhlas kepada pemimpin yang bercita-cita besar mahu jadi MB Pahang dengan kadar segera itu JANGAN JADI BODOH!

Jangan gunakan NGO Alam Sekitar Komunis untuk sabotaj dan gagalkan pembangunan Negeri Pahang.

WZWH boleh gerenti tokoh yang diserang itu tidak bercita-cita mahu menjadi MB Pahang pun hanya mahu membangunkan kawasan DUN Tahan itu saja. Tidak lebih dari itu.

Wednesday, May 11, 2016

Reaksi Rakyat Malaysia Kepada Air Mata Mahathir 1 Juta Tandatangan Deklarasi Rakyat




Kabarnya setelah Deklarasi Rakyat mendapat 1 juta tandatangan. WZWH tidak dapat mengesahkan samada tandatangan itu betul genuine ditandatangani oleh setiap rakyat atau sebaliknya. 

Tun Mahathir menanggis terharu...

WZWH tidak pasti samada Tun Mahathir benar-benar sedih sebab berjaya dapat 1 juta tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat atau beliau sedih di ambang Hari Ulang Tahun Sambutan UMNO yang ke 70...beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO yang banyak berjasa kepada beliau dan kaum keluarganya serta kawan rapatnya.

Apa reaksi rakyat Malaysia secara rambang?...


Naim Ahmat 1 juta tandatangan belum sampai 10% jumlah penduduk negara kita yg dianggarkan 30 juta... adakah tandatangan tersebut boleh mewakili suara keseluruhan rakyat lagipun tandatangan melalui online ini boleh dipertikaikan ketelusannya sbb masih boleh dimanipulasi... satu orang boleh sain seberapa banyak dia suka sbb sistem yg ada tidak boleh menapis data penandatangan agar jgn berlaku dua kali tandatangan...


Arshad Putera Tt menipu tu...tak sah & tak boleh percaya.

Kalau ada pun sejuta tandatangan tu, apa yang boleh dibuat?


Jiman Jantan Najib buat tk tau jer.....


Ali Daud Susah ka nak dapat 1 juta tandatangan..hari2 duk buat t.tangan..ari buat can ni .esok can ni..lama2 dapat lah


Nordin Md Zain UMNO is above Tun M and Najib.Tun is no longer an UMNO member out of his choice.He should have retired gracefully. Politically Tun is no longer relevent.Najib has yhe support of most UMNO members which is most important.I will stick to current leadership.Orang Melayu tidak perlu berpecah lagi.


Abdul Aziz Embong Saya pun nak tanya.....Tun M.....nak buat apa dgn sejuta tandatangan tu...!??
Tun.....segala2nya adalh ketentuan Illahi......klu dah tiba masa buat DS Najib.....tak payah 30 juta tandatangan pun.....beliau akan turun dgn sendirinya....!!






Mohd Ghazali Umat Ni pon keje sie sie, nak jatuhkan Najib tu habis nak gantikan sape adik beradik kite ke ? Nanti kit siang ambik baru padan muka.


Azmi Ariffin Kalau buka semua tempat dlm malaysia ni...pasti angka 5 juta bolih dapat....memang kalau dapat 1 juta pun najib tak akan berganjak...cuma meseg kita tercapai...yg rakyat kebanyakkan tidak sukakan pm sekarang..inngat kalau najib turun pun...tempat dia bukan tpm sekarang...


Mohd Ghazali Umat Malsysia hak semua orang rakyatnye jangan kerana segelintir mencari kepentingan negara jadi kacau bilau.


Haji Ahmad Haji Yassin Sudahlan Tun M Najib tak akan berundur atau letak jawatan, ada 2 tahun lagi untuk PRU ke 14 disanalah nanti Kalau Tun M nak bertanding lawan Najib kita persilakan bukan mendesak Najib letak jawatan itu tidak adil. Sejuta tandatangan yg dihantar kepada Agong bukan bermakna satu kerugian bagi Tun malah lebih itu masih terus menyokong kepimpinan Najib untuk terus pentadbir negara ini sia-sia saja semua rancangan Tun M itu.



Nurdin BK 22 tahun boleh tunggu..pasti 2 tahun NO HAL.


Joffry Osman Ahli pembangkang pun belum habis sain....cari lagi....tun m


Nurdin BK Lgipun syarat ciptaan tun undi bonus tlh DSN mansuhkan.
Klu DSN tamak title presiden tu buat apa mansuh peraturan 10 undi bonus bukan DSN yg reka..so..DSN boleh saja make dont know ja..


Pg Ishak Abd Rahman Ada dua wajah . mana yg benar dan tulin....


Pemborong Haslee Deklarasi yang dilakukan oleh Tun M bukannya mau tukar kerajaan pun tapi untuk mau undur Najib ini langkah pembaharuan institusi atau reformasi dari segi pentadbiran akan dirancang selepas Nasib undur ini bagi menyelamatkan umno dan negara...Negara akan lebih teruk sekiranya Najib tidak berhenti dan beban ditanggung oleh pati dan akhirnya pati ditolak oleh rakyat...


Nurdin BK BN manang basar di Sarawak..


Nurdin BK Yg kta tolak UMNO tu geng ni..hehw




Arshad Putera Deklarasi T.T Boleh tipu2 bah? 
Tidak pakai lah...tda dlm Perlembagaan..


Nurdin BK Nah..itu kit siang pun ikut tepuk tgn..

Tuesday, May 10, 2016

Transformasi UMNO Dari Parti Melayu Kepada Institusi Bumiputera Dan Payung Bukan Melayu




Excerpt interview with Prime Minister and UMNO President Dato' Seri Najib Tun Razak in conjunction with the 70th anniversary of UMNO on May 11. The interview was conducted at the Prime Minister’s Office by Prof Dr Azizul Halim Yahya, Dean of the Faculty of Communication and Media Studies, Universiti Teknologi Mara.


"QUESTION: Unlike the many political parties in the world which had failed to retain power, UMNO has been able to do so since the country gained Independence in 1957. What actually the recipes that UMNO had used to retain power and what should be done by the party to stay relevant?


NAJIB: Alhamdulillah (All praise be to Allah), UMNO is probably the only political party that has remained in power continuously. Possibly because of its moderate policies. Besides, we give priority to the people’s welfare and wellbeing…and we have proved our capabilities to bring development and changes, or making national transformation as we call it.
And each time we face a crisis, internal or external, UMNO has proved its credibility to overcome it and put the party and the country back on track, and come out even stronger than before."

Dalam interview itu, DS Najib juga menyentuh perpaduan dan solidariti orang Melayu selagi bersatu itulah tiang kekuatan yang memberi kelebihan kuasa kepada orang Melayu.

UMNO kini lebih terbuka dan paling demokratik ini terbukti bila DS Najib adalah Presiden UMNO yang pertama dipilih oleh 160,000 perwakilan dari seluruh akarumbi bukan sebelum ini oleh 2600 perwakilan yang hadir di PWTC dan sistem kuorta.

Kepentingan parti diutamakan. Segala pandangan alternatif dan kritikan dilontarkan ke saluran parti dan berdisiplin. Pandangan dan kritikan dibincang dalam parti untuk mencapai konsensus. Parti akan menjadi tidak stabil jika ahli-ahli tidak menghormati peraturan ini.

Sesuatu polisi dan keputusan parti adalah mengikut perlembagaan parti bukan suara satu orang tertentu sahaja.


DS Najib menambah, "We are the party that adopts moderate policies and cares about all races even though our party is made up of only Malays and Bumiputera. But it is our principles to be fair based on the principles and spirit of the federal constitution. We also respect the policies of Barisan Nasional (BN), in which UMNO is the pillar. So, we do not stray away from the practices and policies brought by UMNO leaders ever since its establishment"
Sempena 70 tahun Ulang Tahun Sambutan UMNO, WZWH berpendapat antara resepi kenapa UMNO parti paling lama memerintah dalam dunia adalah disebabkan oleh:

Selama 70 tahun transformasi UMNO dari parti untuk orang Melayu berkembang kepada Institusi orang Melayu/orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak hingga boleh dan dipercayai menjadi payung kepada orang bukan Melayu.

Orang bukan Melayu lebih percaya kepada pemimpin Melayu kerana keadilan dalam menjaga kepentingan orang bukan Melayu.

Sudah tentu juga ini adalah parti orang Islam dan orang bukan Islam yang mendukung dan menyokongnya adalah parti yang diRahmati oleh Allah SWT dan disokong oleh Raja-Raja Melayu.

Sunday, May 8, 2016

Lupakan PRN Sarawak BN Perlu Fokus Parlimen Marginal Sungai Besar Dan Kuala Kangsar




Tahniah PRN Sarawak BN menang besar dapat 72 DUN dari 82 DUN. BN terutama UMNO perlu fokus kepada marginal seats parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan ada pilihanraya kecil ekoran kematian dua orang ahli parlimen BN-UMNO tragedi helikopter terhempas di Sarawak semasa kempen PRN.

WZWH berdoa semoga roh kedua arwah ini dicucuri Rahmat Ilahi.  Kedua ahli parlimen ini bekerja kuat hingga terkorban nyawa demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Walau Sarawak mengharamkan UMNO dari bertapak di Negeri Sarawak dan ada pemimpin UMNO yang tidak diberi kebenaran memasuki Negeri Sarawak namun itulah pemimpin UMNO tetap berkhidmat hingga nafas terakhir demi perjuangan. 

Alfatihah dan Takziah kepada 2 orang Al-Sahid ahli parlimen ini.

Pilihanraya kecil akan diadakan bila ahli parlimen meninggal dunia. Maka BN dan UMNO perlu lupakan keputusan kemenangan PRN Sarawak dan perlu fokus kepada parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana dua kerusi parlimen ini adalah kategori marginal seat.

Marginal seat ialah kerusi parlimen yang BN menang dengan majoriti sedikit hanya dibawah 56%.

Berikut adalah senarai marginal seat kerusi parlimen pada PRU 13:


GOVERNMENT SEATS
Marginal
Mas GadingNogeh GumbekSPDP40.6
KeningauJoseph Pairin KitinganPBS43.8
PensianganJoseph KurupPBRS44.3
Kota MaruduMaximus Johnity OngkiliPBS45.9
Cameron
Highlands
Palanivel K. GovindasamyMIC46.2
TenomRaime UnggiUMNO46.7
BaramAnyi NgauSPDP48.9
RanauEwon EbinUPKO49.2
BentongLiow Tiong LaiMCA49.4
BeaufortAzizah Mohd DunUMNO49.4
LabisChua Tee YongMCA49.5
Sungai BesarNoriah KasnonUMNO49.6
Kuala SelangorIrmohizan IbrahimUMNO49.6
Pasir GudangNormala Abdul SamadUMNO49.6
Bagan SeraiNoor Azmi GhazaliUMNO49.7
Hulu SelangorKamalanathan PanchanathanMIC49.9
KeterehAnnuar MusaUMNO50.1
MachangAhmad Jazlan YaakubUMNO50.1
TebrauKhoo Soo SeangMCA50.1
Kota BeludAbdul Rahman DahlanUMNO50.1
JeraiJamil Khir BaharomUMNO50.2
SegamatSubramaniam SathasivamMIC50.3
Kuala KangsarWan Mohammad Khair-il Anuar
Wan Ahmad
UMNO50.4
ArauShahidan KassimUMNO50.6
BeraIsmail Sabri YaakobUMNO50.6
TitiwangsaJohari Abdul GhaniUMNO50.6
LedangHamim SamuriUMNO50.7
Tasek GelugorShabudin YahayaUMNO50.8
SetiawangsaAhmad Fauzi ZahariUMNO50.8
TuaranMadius TangauUPKO50.8
Kulim-
Bandar Baharu
Abd. Aziz Sheikh FadzirUMNO51.0
MuarRazali IbrahimUMNO51.0
PulaiNur Jazlan MohamedUMNO51.0
Balik PulauHilmi YahayaUMNO51.1
PendangOthman AbdulUMNO51.5
MerbokIsmail DautUMNO51.9
Bagan DatokAhmad Zahid HamidiUMNO52.1
Sabak BernamMohd Fasiah Mohd FakehUMNO52.1
BalingAbdul Azeez Abdul RahimUMNO52.5
SikMansor Abd RahmanUMNO52.6
SepanggarJumat IdrisUMNO52.6
SaratokWilliam IkomSPDP52.6
JerlunOthman AzizUMNO52.8
Tanjong MalimOng Ka ChuanMCA53.0
Tanah MerahIkmal Hisham Abdul AzizUMNO53.1
SekijangAnuar Abd. ManapUMNO53.2
JerantutAhmad Nazlan IdrisUMNO53.7
Kepala BatasReezal Merican Naina MericanUMNO53.8
Padang RengasMohamed Nazri Abdul AzizUMNO53.8
TawauYap Kain ChingPBS53.8
KangarShaharuddin IsmailUMNO53.9
Sri AmanMasir KujatPRS54.4
Tanjong KarangNoh OmarUMNO54.5
Padang TerapMahdzir KhalidUMNO54.6
Lubok AntuWilliam Nyallau BadakPRS54.7
Tanjong PiaiWee Jeck SengMCA55.0
LipisAbdul Rahman MohamadUMNO55.1
TambunAhmad Husni HanadzlahUMNO55.3
LarutHamzah ZainudinUMNO55.6
Johor BahruShahrir Abdul SamadUMNO55.8



Sungai BesarNoriah KasnonUMNO49.6

Parlimen Sungai Besar BN menang tipis majoriti 399 pada PRU 13.


Kuala KangsarWan Mohammad Khair-il Anuar
Wan Ahmad
UMNO50.4

Parlimen Kuala Kangsar BN menang majoriti kecil 1082 pada PRU 13.


BN dan UMNO perlu fokus 2 parlimen marginal seat ini. Ini test dan ujian sebenar buat BN dan UMNO.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024