ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan sedang mendengar amanat ahli parlimen Jerantut, YBM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar bagaimana mahu mengurus dan mentadbir parlimen Jerantut suatu masa nanti.
Ada blog Jerantut mempersoalkan apa ADUN Tahan buat di DUN Tahan terutama di Lembah Tembeling? Kepada pembaca blog WZWH, DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dalam Pahang dan Malaysia.
Lembah Tembeling terbahagi kepada 3 lokasi:
- Hulu Tembeling
- Tembeling Tengah
- Kuala Tembeling
Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Mempunyai 18 JKKK dan penduduk seramai 14,500 orang (bancian 2010). Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.
Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.
Kepada ahli ekonomi dan ahli politik urban bandar selalu mereka mengatakan pembangunan Lembah Tembeling tidak ekonomik, membazir wang negara, untuk apa penduduk cuma 14,500 orang. Dalam kes Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta hanya untuk memenuhi kehendak penduduk Ulu Tembeling yang hanya berjumlah 2704 orang sahaja!
Esok, WZWH akan turun padang melawat ke Ulu Tembeling. WZWH akan menaiki bot dari Kuala Tahan pagi dan dijangka singgah di program Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat dan berhenti sekejap di kampung Bantal dan seterusnya ke kampung Bukit Mat Daling bermalam di situ.
WZWH mahu tinjau apa ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan sudah buat di Ulu Tembeling.
Kampung Bantal dan Kampung Gusai:
- Jalan "slack" Kg Bantal - Kg Gusai RM1.5 juta. Projek PIAS 2008 sudah siap
- Jambatan Kg Mogol RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
- Jambatan Tasik Jemuan RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
- Jalan "slack" dalam Kg Bantal RM1.5 juta. Projek PIAS 2009 sudah siap.
- Tambahan bangunan SRK Kg Bantal RM8.2 juta. Projek PIAS 2009 sedang buat.
- Masjid Kg Gusai RM600,000. Projek PIAS 2009 Sudah siap.
- Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008.
Kampung Mat Daling:
- Jalan seberang Kg Bantal-Kg Mat Daling 5km RM1.7 juta. Sudah siap.
- Jambatan Kg Tanah Memindah, Pulau Besar RM500,000. Sudah siap.
- Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008
Kampung Kuala Sat:
- Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009
- Masjid baru kos RM2.5 juta. Tapak yang sesuai sedang dikenalpasti
Kampung Pagi:
- Jalan tar dalam Kg Pagi 4km termasuk jambatan Pengor RM12 juta. Sedang buat.
- Jalan Kg Pagi-Kuala Tahan RM121 juta. Sedang buat.
- Projek jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling dalam proses.
- Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009.
Kuala Tahan
- Tanah lot untuk 400 penduduk Kuala Tahan 90 ekar
- Rancangan Pembesaran Kampung Kuala Tahan 570 ekar
- Rancangan Tanah Kelompok Kampung Tuit 500 ekar
- Dua projek hidroelektrik Sungai Tekai-peringkat taklimat TNB pusat di pembangunan Daerah Jerantut
Ada banyak projek pembangunan di Tembeling Tengah seperti jalan pesisiran kampung-kampung tradisional, jambatan, saluran paip air dsb tapi itu WZWH akan sentuh di lain posting.
Walaupun belum sampai sepenggal ADUN Tahan sudah menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. WZWH percaya jika ADUN Tahan diberi peluang oleh DS Najib dan MB Pahang memimpin Jerantut maka Jerantut boleh membangun ditahap yang cemerlang.